Wednesday, August 5, 2009

Hasil Rompakan Baju @ Bandung - Part 2

Wokeh lah, kengkawan punya pasal, sebab aku sayang korang, aku menyegerakan entry aku kali ni sebab ramai dah tak sabar nak tengok hasil rompakan aku di Jakarta & Bandung! Wakakka..Banyak entry lain aku tepikan dulu untuk memberi laluan kepada entry hangat nih. Hahhaa.. gigih aku amik gambar dan transfer ke Lappy tau! Korang punya pasal yang excited giler nak tgk hasil rompakan selama 4 hari di Indonesia tuh! Hehhehe..

Yeeha! Wardrobe baru aku berubah wajah setelah selama ini dipenuhi dengan coat-coat aku masa kerja dulu! Skang semua coat-coat tuh dah selamat di "campak" kan ke 2nd room! Hahahha.
Tengoklah tuh! Dorang jual longgok jer kain lawa-lawa weh! AKu dah macam pompuan Indonesia bawak anak. Hahahha..Aku baru beli mender alah tuh, Rp40K jer.Senang nak gendong Qarissa.
Semangat memilih kain pink! Yang ni Rp40K semeter! Giler murah!!
Yer, sessi pembelajaran aku dan Qarissa berlangsung di mana sahaja, dalam apa-apa jua cuaca! Kain ela pun boleh jadi tools tau! Wakakakak..

Frankly cakap, my 1st impression kat Bandung especially masa kat Rumah Mode was like..."Errrkk?? Ni ker yang heboh saentora Malaysia kata heaven, best, gempak dan yang sewaktu dengannya tuh?? Aku rasa biasa jer Factory Outlet nih?? Ker mata aku yang rabun? Iskkk..apsal tak best sangat nih?" . Kesimpulannya, aku keluar ke Factory Outlet di Bandung dengan perasaan bercampur baur- kecewa dan rasa like ..."Eeerrk...baik gi Factory Outlet kat Ikano jer kot??". Wakakka...

Ni ruangan khas untuk baju jalan. Seronok aku tgk semua baju yang cun-cun jer! Yang selebet semua aku dah lipat! Wakakakak...
Dr kiri-Baju Esprit dr FO Rumah Mode, yang dua lagi tuh from Pasar Baru. Semua lingkungan Rp100K sehelai. Lebih kurang RM 35 jer. Murah kan!
Aku suka baju nih, anggun & @ the same time ikut bentuk tubuh yang tak melampau. Aku tgk, similar baju camni kalau kat KL, RM99. Mahal gilos!

Aku cuba merilekkan diri yg cam dah frust & fikir maybe the FO tu not my type sebab aku bukan branded punya kaki. Kat FO tuh, banyak baju-baju branded like Esprit, MNG, Zara dan yg sewaktu dengannya. Harga plak, dalam Rp 100K @ around RM 35. Kalau nak dibandingkan branded punya baju dengan harganya, memang RM 35 tu kira murah lah jugak, aku tak nafikan, tapi memandangkan aku nih bukan branded punya kaki dan bila aku compare harga kat sana & kat Malaysia, aku rasa M'sia mahal dalam few ringgit jer.. so aku rasa cam tak best sgt lah..Maksimum pun beza dalam RM10 kalau FO @ M'sia. Cuma kat sana lebih banyak choice dan ada size aku berbanding kat M'sia. Sebab tak mau menghampakan diri yang dah semangat nak ke Bandung, aku beli jugak berhelai-helai baju kat sana. Hhehe..Brand Esprit paling aku suka sebab selesa dan cantik bila pakai. Kain sejuk jer. Oklah, harga pun semuanya less than RM35, around Rp 79K - Rp100K. Memang aku tak ambil yang mahal-mahal sgt, as i said, i bukan branded punya kaki. Gua belasah jer beb..janji cantik dan nampak mahal. Bukan orang nak pi tengok label kat leher korang tu kan .. hahahah..janji cantik & suit like mother ..aku ok ajer... hehhe..

Ni beli @ Victoria FO. tak silap aku dlm Rp89K jer kot. Less than RM35.
Ni pun hasil rembatan dr FO. Harga pun around Rp89K gak. Aku suka design nih, dah pakai lawa tau. Tapi ada satu jer tinggal stoknya. Kalau ada banyak, mesti aku beli 2-3 helai.
Kemeja Esprit yang simple tapi sedap pakai. Kain sejuk jer. Around Rp89K kalau tak silap.
Yang ni beli kat Jakarta. Sempoi jer baju nih & murah. Dalam Rp35K jer!
Kemaja brand Esprit gak. Lebih kurang cam kat atas tuh cuma dia pink+putih. Sweet jer nampak. Harga pun dalam Rp99K rasanya.

Even my frend pun bagi komen yang sama. Aku takut jugak sebab kat Jakarta, aku shopping baju gak tapi taklah banyak sangat sebab cuma sehari jer kat sana. Masa we all banyak kat Bandung so kalau tak jumpa baju yg berkenan, menyesal den pergi wei ..nyesal!! Hahahah..Aku kesian gak ngan hubby aku, susah betul dia nak jumpa baju yang dia berkenan, asyik aku jer yang pilih baju untuk diri sendiri (dalam pada tak berkenan tuh & asyik komplen jer.. balik-balik baju aku, balik-balik baju aku! wakkakaka...). Tapi lega lah sikit sebab Pak Dino kata kat Pasar Baru memang banyak baju murah dan cantik-cantik, so we all memang sabar jer nak tunggu ke Pasar Baru tuh...

Baju nih memang best! Untung aku beli sebab kebetulan kedai kat Mangga Dua ni baru bukak. Dia bg diskaun Rp20K. Jadi harga dia cuma dalam Rp35K jer! Ni kalau kat M'sia mau nak cecah RM 70-80 weh, design belum tentu lawa dan besar gedabak plak tuh! Yang nih just nice jer. Kain sejuk. Warna dark brown. Memang murah tempat nih sebab tempat lain aku survey lepas tuh, semua around Rp65K. Untung aku kan!
Dah tau murah, aku rembat dua helai. Yang ni warna hitam harga dalam Rp45K jer. Mahal Rp10K @ RM3.50 sebab ada lengan panjang sikit.
Yang warna biru tuh beli kat Pasar baru, Menyesal aku beli sehelai jer. Ni baju pertama aku rembat kat Pasar Baru. Masih blur-blur time tuh! Harga dia mak ai...Rp100K jer wei!! RM35 jer. Dahlah penuh beading cam nak gi majlis kahwin, murah gilos..Banyak warna plak tuh, nyesalnya aku! Ni kain lembut, sejuk dan berkilat. Memang cun! yang kat sebelah tuh, aku beli kat Jakarta dengan harga Rp65K kalau tak silap.
Lawa kan baju nih kalau pakai ngan seluar. Sesuai sgt wat gi majlis kawin @ dinner. Sopan & anggun gitu!
Ni set baju & seluar warna marron. Penuh beading. Tak silap aku dalam Rp170K.
"Wajah" selepas digantung!

Alhamdulillah, pepagi lagi we all dah semangat ke Pasar Baru tau! Mula dari Tingkat 7, satu-satu Tingkat we all jalan dan redah, beli macam2 baju! Memang puas hati aku sebab banyak baju yg memang aku cari especially untuk dinner dan baju raya ada kat sana. Heaven betul lah. Apa taknya, harga dia buat aku pusing kepala weh! Korang bayangkan, kalau baju sahaja dalam Rp100K, lebih kurang RM35, penuh sulam hokay!! Kat KL aku dah survey, paling murah aku jumpa RM 129 tu pun takder size aku dan color so so jer. Yang nih bermacam pilihan sampai pening aku nak pilih. Kalau beli dengan seluar pulak, dalam Rp150K jer satu set, tak sampai RM50 hengget korang dah boleh dapat baju yang vast gilossss... Jgn mimpilah leh dapat harga tuh kat KL hokay...Dont dream & drive org kata! Wakakaka.. Manalah mata aku tak juling tgk..Hahha...
Ni lah yang aku berkenan sangat masa nampak kat KL tapi mahal. Paling murah aku jumpa satu set RM 120 tapi tak selawa ni. Baju sahaja aku pernah nampak RM 99. Gilos. Kat sana aku beli cuma Rp150K termasuk seluar. Thai Silk lagi tau seluar dia!
Sulam memang penuh satu baju!
Aku memang peminat purple! Baju nih 2 tone.
Beading silver tuh yang buat baju nih special.

Paling mahal aku beli baju untuk 1 set, baju & seluar ialah Rp170K. Tu pun kain chiffon yang mahal dan nampak kelas ala-ala butik punya design. Jahitan tak yah cakap lah, memang kemas weh..kalau convert duit Malaysia, tak sampai RM 60 hengget. Aku beli baju chiffon jer kat sini RM80 tau! Baju jer lak tu..ni siap ngan seluar, seluar plak guna Thai Silk hokay..bukan murah punya jenis...

Baju yang paling best! Jenis Chiffon @ Rumah Baju. Taylor Made design. Memang lawa wei!
Aku suka design dia. Nanti kat sini leh bawak jumpa taylor utk tunjuk cth kalau nak buat lain! Hhehehe
Chiffon purple lagi! Sweet jer baju nih. Semua jenis baju lain-lain design.
Wajah bila baju digantung. Kat dada penuh beads.
Warna coklat gelap.
Kat hujung baju ada butang. Sesuai utk org bertudung yang takmau nampak lengan bila angkat tangan.

Cakap pasal Thai Silk, aku beli kain ela kat sana, Masya Allah, murahnya dan boleh jadi giler..aku rasa nak meniaga jer tau! Tak yah jual memahal, dapat double untung pun dah ok dah aku rasa. Pakkal aku malas jer nak meniaga macam2 takut tak terkejar kang.Hheheh.. Korang tau tak, Thai Silk kat sana berapa rupiah semeter? Rp15K jer semeter!! Tak sampai RM5 pun duit Malaysia! Thai Silk wei! Aku apa lagi, beli Thai Silk untuk lining hokay...jangan main2 ..tak mainlah satin biasa cam yg aku selalu beli kat M'sia tu, terus lupa daratan tak agak-agak amik Thai Silk as lining. Yerlah, Thai Silk lagi murah dari satin kat Malaysia, kejadahnya aku nak jadi mengong beli satin kat Msia? Wakakakka...Aku siap paksa laki aku beli gak Thai Silk untuk baju Melayu dia atau if dia nak wat jaket @ Tuxedo cam artis tuh ker kan ..peduli hapa aku dia segan ker tak. Aku nak gak sepasang ngan dia! Wakakaa..Laki aku selaku hubby mithali, dengar jer cakap isteri tercinta. Dia pun suka sebenarnya tapi segan nak cakap. Hahhahaa.... Aku tau...Aku beli 3 set kain ela Thai Silk- color oren menyala, lite pink @ beach color. Memang cantik dan nampak mahal.

Thai silk color pink untuk my hubby buat baju Melayu @ Tuxedo.
Yang putih & oren plain tuh semua Thai Silk for my hubby @ Qarissa. Yang luarannya tuh net & beads. Yang putih tuh cuma Rp20K semeter! Yang oren plak dalam Rp50K semeter rasanya.
Yang pink ni sweet lah sangatnya. Suka sgt aku tgk. kain ela dia tuh penuh beads dan sulam-sulam, cuma Rp 40K semeter! Memang murah. Kat KL confirm tak dapat!

Pastu kan, yang cover luar tu plak, kain mahal stok kalau kat KL memang aku jarang beli melainkan nak kawin atau nak tunang. Quite mahal lah tapi kat sana, stok letak depan kedai jer wei! Takder nak simpan cantik-cantik. Jual longgok jer!! Punyalah murah, semeter cuma Rp20K jer! Aku beli color beach. Then, ada jenis yang mahal sikit, stok net dan banyak kilat2 timbul-timbul tuh, cuma Rp40K semeter, yang tu aku beli color pink. Then, yang oren plak aku beli sebab kain dia unik sket,kilat-kilat then dalam satu kain ada 3 color so nampak lah fashinable sket. Aku budget nak buat seluar ngan kemeja. Untuk hubby aku nak dia wat kemeja dan untuk Qarissa, maybe dress atau seluar. Semangat 3 beranak color oren tau! Hahhahaa..

Yeeha! Inilah sessi memilih Thai Silk untuk dipadankan dengan lace oren tuh! mata bengkak tapi shopping tetap shopping!
Cik Puan Kenit pun sama memilih jugakkkk...
Jelas tak gambar kain dia? Penuh sulam nih tau!
Fokus kat sulaman dia. Puas hati aku beli kain nih wei!

Lepas ke pasar Baru, Pak Dino bawak we all ke TOKO TIGA sebab hubby aku masih lum jumpa T-shirt idaman. Kat TOKO TIGA ni semua jeans original. Ada banyak juga baju-baju yang branded-branded high quality macam Ralph Lauren, Nike, Burberry, Tigerwood dan macam-macam lagi tapi aku rasa tak ori kot...sebab murah lah ..aku rasa tak ori, aku tak tanya plak tokey kedai tuh! Hhahaha..Korang just imagine, giler tak giler aku ni, pergi TOKO TIGA tuh khas nak beli baju hubby aku sebenarnya, tapi bila time bayar, out of 10 helai, 8 helai AKU PUNYA! Wakakakka... sapa yg hoverr nih? Aku pun tak pahammm... Out of 8 helai aku punya tuh, 2 helai untuk abah ngan abang ipar aku, lagi 6 helai AKU PUNYA! Hover kan?? Cantik oo baju dia, mana tak hover aku beli. Baju T-Shirt Ralph Lauren yang sangatlah selesa dan lembut kain dia, memang kat M'sia tak dapat lembut gitu weh ..Aku jalan kat UPTOWN, dah lah susah cari, kualiti hampeh, bila cuci jadi keras, tapi yang nih mak aiiiii, lembut sgt kain dia, quality tip top dan harga?? Hambek ko...Semua around Rp79K - Rp 89K jer!! Duit M'sia dalam RM 26 hengget. Aku rembat 4 helai Ralph Lauren, sehelai AIG Manchester & sehelai NIKE. Hubby aku hangin giler sebab banyak yang dia berkenan semua takder size. We all pergi time baru pas cuti sekolah kat Indonesia tuh, jadi banyak dah takder size. Terpaksalah dia berpuas hati dengan 2 helai baju T-Shirt jer yang dia dapat kat TOKO TIGA tu. Wakakakka...

T-shirt NIKE yang smart. Hubby suka tapi takder size. Akulah rembat! Hahhaha..
Kat belakang ada sulaman ni.
Nampak kan dia timbul! Cun oooo....Rp89K jer.
Logo T-Shirt POLO. Macam-macam logo ada.
T-Shirt POLO Ralph Lauren Num 3. Warna coklat. Rp 79K.
T-Shirt Nike- AIG Manchester. Warna hitam. Rp69K jer! Hubby aku pun ada sepasang camni!
T-Shirt POLO Ralph Lauren Num 3. Warna kuning. Rp 79K.
T-Shirt POLO Ralph Lauren. Warna merah. Rp 79K.
Number 3 dia kat belakang. Kat tepi takder.

Esoknya, pencarian baju diteruskan kat Cihampelas Street plak. Ni hari terakhir we all kat Bandung. Hari nih, memang aku surrender shopping sebab aku dah rasa tak sihat badan dan penat serta panas. Cihampelas Street tuh takder aircond, letih dukung Qarissa. So, aku banyak jadi pemerhati jer. Cuma aku sempat beli baju Superman- sama design ngan laki aku, sehati sejiwa lah kunun, semalam pun we all ada beli baju sama design - AIG Manchester. Minat tak minat lain citer ahh..yang penting sama tau! Bila jalan nampak poyoss sket. Hahhah..Sib baik takder design yg sama utk baby, kalau tak, mesti aku rembat gak. Wakakaka.. Kat Cihampelas Point, dapatlah suami aku beli beberapa helai baju idaman dia. Penatnya aku tunggu wei... Dah lah si kenit nih sibuk nak berjalan, letih betul. Sudahnya, aku lepak dalam APV jer.

T-Shirt Superman warna kelabu! Rp74500. Hubby aku pun ada sepasang camni!
Superman dia tuh baldu tau! Nice...

Hari terakhir tuh jugak, we all singgah balik ke Pasar Baru. Dalam pada tak sihat, sempat lagi aku shopping another 3 set baju untuk raya + dinner. Puas hati den. Kali nih, Rp160K satu set. Sempat gak aku rembat handbag kat sana tapi aku beli yang takder jenama kat luar. Rp60K jer. Malas aku nak beli brand like LV @ Fendi @ Aigner tuh, nampak fake giler, daripada kena gelak, baik aku beli yang ado-ado jer. Wakkaka. Yang penting, cantik & stylo. Cuma aku terpaksa beli sling bag jenama LV sebab takder choice. Sling bag tak banyak kat sana, yang ada pun semua huduh-huduh belaka. Ada satu jer kedai yang jual sling bag yg cantik di mata aku. Jenama LV lah puloaaakkk..disebabkan design yang cantik dan menepati citarasa aku, kualiti pun bagus, inner part dalam bag pun cun dan yg paling penting harga mantop, aku rembatlah satu. Peduli lah fake ker tak janji aku dapat sling bag yang besar, muat nak masukkan wallet aku yg cam gajah besarnya nih ha! Hahhaha...Tak yah pinjam sling bag Cik Epul kita. Hahhaha...

Rompakan hari kedua. Warna maroon. Stylo erk baju nih! Siap ada rambu ramba lagik.
Another set of baju sulam-sulam yang aku suka.
Lebih kurang cam warna marron tapi yg ni off white. Design pun different sket.
Semangat laki aku belikan baju pregnant utk aku dengan harapan aku pregnant lagik! Murah dalam Rp80K jer!
Ni pun baju peknen tapi lengan pendek tapi yg ni tak peknen pun leh pakai. Hhehehe

Kesimpulannya, puaslah jugak aku mengkayakan tokey-tokey kedai tuh. Kalau tak sebab aku demam dan tak sihat, mau aku tawaf 5 kali Pasar Baru tuh agaknya. Hhahaha.. Sib baik aku dapat menahan nafsu. Hhehehe.. memang jadi org kaya kat sana wei.. Aku tukar RM 2000, macam-macam aku dapat kat sana. Aku pun tak pasti berapa aku berhabis sebab ada gak banyak baju aku Saiful yang bayar sebagai hadiah b'day aku. Aku pakai rembat jer apa aku nak. Dia yang kuar duit. Hahahha..Bila aku rasa nak bayar, baru aku bayar. Hheheh..best kan?

Kalau ada rezeki, aku memang nak pergi lagi tapi maybe kena cari waktu yang sesuai, waktu yang stok baju baru banyak masuk, jadi rasa puas hati bila shopping. Entah bila lah agaknya yerk..kena tunggu Air Asia wat promo lagik kot, dan yang paling penting, kena kumpul duit dulu dong!! Pergi sana tak cukup duit memang tak besh! Hhehehe..


Selamat tinggal Jakarta - Bandung!


31 comments:

BabyIntan said...

Cun cun tuuuu! Adui jeles banget ni...he he he. Paling suke yg kain ela warna pink, sangat tantek larrr :)

Sakan lah ko bergaya ye watie raya nie ;)

P/s: Mak aiii punyalah panjang hang punya "disable right click" tu...ekekek. Sabor je lah...

isabelle said...

ya rabbi...
aku pun x fhm la psl apa org mesia dok gah sgt cite psl rumah mode yg xde mende tu.
ni aku terhegeh2 nak wat entry psl bandung tu. meluat pun ada. tapi, xkan la x letak entry langsung kan?

byk gak ko borong kat psr baru ekkk?
psr baru is worthy. tapi aku borong x byk sgt mcm ko borong. hehehe

3740Journal said...

bestnyer watie...bile aku nak sampai bandung neeeehhhhhhhhh

Unknown said...

mak aiii... gila banyak hasil rompakan ko watie oii... sungguh jeles mak okeh.

agak2 kalo saiz mak ni ada ke kat sana? yelah ai kan plus plus plus size. :P

Watie Aziz said...

Intan,tu lah pasal, memang lawa-lawa beb baju kat sana, dah lah murah giler ..mau terkeluar bijik mata ko tgk semua design2 baju kat sana..

jubah pun lawa2 tau .. tak sempat aku rembat tapi...hu hu..

Watie Aziz said...

isabelle, tu lah pasal aku pelik duk sibuk Rumah Mode rumah mode ...aku n family geleng pala je masa masuk.. we aall cam ...erkk..ni ker Rumah Mode..? ok tuu ok..tapi taklah best gile..10 kali best pasar baru kan.. ehhehe..

aku mmg aim baju-baju untuk raya n dinner ..senang ah pakai suar nak jalan ..hehehe..senang nak kejar anak wei!! kang pakai kain tersangkut plak ..terus terlentang aku..hahaha

Watie Aziz said...

azza, amik air asia punya yg free azza... aku bayar RM70 jer kalau tak silap... pergi balik wei ..puas hati aku dapat seat free! waakkaka..

Watie Aziz said...

Zety, dont worry ..size hang mesti ada punya .. size besar2 banyak gak aku nampak ... kengkadang dia letak XXXL...lawa-lawa tau ..aku belikan gak untuk mak aku yg big size ..

mesti ada punya lah..hehe

Haiza said...

amboi yang....sakan tul shopping baju tuh...apsal baju u jek semuanya...baju Qarissa bebeh takde ke?....lawa2 tak baju2 budak tecik kat sana?

Ummi Salsabila said...

watie..aduh..i jeles ni..:(
bila nak smpi sane ni...
u doakanla i plak..

serius murah2 n cantek2 bju die.best gilos! suke sume..hehe

i suke lace pink tu..nk wat bj ry ea?

qarissa nyer bju xde jual ke?

Ummi Salsabila said...

oo.dah wat ek disable right click tu..fuyoo..takut seh..garang tol..:p

UmmiKhayra said...

Wahhhhhhhhhhhhh..... banyaknyer memborong... sakan.... hehehhehehhe suke la kan dapat banyak baju n murah2 lak tu.. :D

Eh, panjang tu ulasan tuk right click.. :P

Afzan Aini said...

sukenye baju sulam2 sumeee...nih yg mengidam nak gi lagi. kat sane kalo nk beli baju peknen mmg murah2 n byk pilihan. memang murah la..

alinalan said...

kwang kwang kwang... suke your disable right click tuh.. best2 tahap cipan!! hehehe

Daku dokan semoga baju pregy tuh leh pakai ASAP. Amin. hihihhi...

adianiez AIDA said...

adus watie... memang sakan ler bershopping. patut ler penuh boot kta. hi hi...

defina said...

watie,
ko amik gambar baju cam nak jual jer....boleh bukak kedai baju hape???

tersangat jauh beza rege dia ekkk...

defina said...

kalo bawak usd lagi gilo, berkampung trus kat sana....wakakaka

Airyll Iris said...

Hi Watie

This is Iris's mummy (Gymboree). Terkejut i tgk ur entry pasal gi bandung...coz we all pun baru gi bandung 19-24 julai ari tu. Dah tu...we all pun stay at grand serela. Bila you all gi??

Best la tgk all ur pics...wish we could have stayed there longer ....huhuu

Watie Aziz said...

Haiza,
baju Qarissa ada tapi ngah cuci dulu. Heheh..I tak beli banyak pun, sebab masa b'day dia dah banyak hadiah dia dapat baju..so mmg i tak beli banyak..nanti beli-beli tak pakai, rugi plak...

tunggulah dia besar sket .. kena ganti baju baru, barulah i beli ..wkakaka..sungguh kedekut mak dia ..:)

Watie Aziz said...

US, insya allah satu hari u mesti akan sampai sana. Amin...murah jer yang nak ke sana sebab i amik free seatt Air Asia. Pergi balik RM70 jer ..hehehe..kalau Air Asia tak wat promo ..tak smapai gak rasanya ..wkakakak...

i pun tak terpikir lagi nak wat apa baju pink tuh ..ehheh..maybe tahun depan kot ..tahun nih dah tak sempat dah ..hahaha...

Watie Aziz said...

US, hahahha..garang gilos kononnya ..hahah...saja jer tulih gituh..nampak gempak poyos sket ..hahah

Watie Aziz said...

UK, aah yang, memang giler kejap memborong baju kat sana ..memang berbaloi-baloi.. heheh..

heheh..hover kan right click i tuh ..wakkaka..

Watie Aziz said...

Afzan, tulah i jadi giler lupa diri jap...memang murah dan berbaloi berbanding malaysia ..mati hidup balik takkan dapat harga tuh kat msia nih kan ..hehee

Watie Aziz said...

Momma Mia, hehehhe.. best tahap cipan yerk..mesti sapa ter click hangin gilos... hahaha.. saja gurau2 jer ..takleh gurau duk surau ahh ..wakakka..

tq foe the doa yang ..Amin...hehehe

Watie Aziz said...

Aida, hehhheh..tu lah pasal penuhnya boot ..memang giler aku menghabiskan duit ..ahahha

Watie Aziz said...

Naimah, kalau ko yang gi sana ..memang kolah org paling kaya aku rasa ...hahaha..dengan tukaran USD, memang heaven sungguh wei!!

Watie Aziz said...

HI Mummy's Iris!!!!!! Tq sebab singgah my humble blog nih ..:)

i gi sana 27 July 09 lah yang ..no wonder tak jumpa u ..hehehe..u dah balik time tuh ...:)

grand serella best kan! ehehhe..not bad lah i rasa hotel dia .. :)

me too, wish we could stay longer tapi baju-baju dia cam banyak takder stok utk my hubby. maybe sebab baru lepas cuti sekolah @ Bandung...:)

Farah said...

aku pon sukaa tgk baju ko yg pink penuh beads tu..cantik gile!!

watie...agak2 baper budget untuk shopping sakan kat sana ek?? 1k?2k?3k? cukup?

c a b b i e n a said...

wooowwwweeee
bestnya sopping!!!

Qarissa's Parents said...

Farah, memang cantik-cantik farah, itu pun aku tak bongkar habis weh kat kedai tuh...aku beli yang paling murah dia longgok kat depan kedai..wakakkaka..

kalau ko bawak RM 2000 pun dah lebih dr cukup utk ko shopping sesuka hati!!! hehehehe

Qarissa's Parents said...

Cabbiena,

aah yang ..memang best shopping kat sana .. rasa cam org kaya .. kalau kat KL, rasa cam miskin giler ..wkakaka...

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading