Tuesday, September 29, 2009

Akhirnya Perpisahan Itu Pun Berlaku..

Syawal tahun ini membawa satu pengalaman baru bagi aku & keluarga. Rasanya kami bertiga merasai pengalaman baru ..dan agak lucu sebab aku terasa macam ada baby kecik balik.. Hhehehe.. Korang jgnlah plak terperanjat baca tajuk.. hu hu ..tu tajuk syahdu jer ..sebab aku pun syahdu jugak tapi untuk kebaikan semua .. aku redha seredha-redhanya.. :)

Semuanya berlaku pada malam hari raya pertama. Ketika itu, kami sekeluarga dah sampai pun ke Singapura. Aku bermalam di rumah nenek @ New Upper Changi Road. Macam biasa, bila dah sampai, kami berborak sakan dengan tuan rumah a.k.a auntie & uncle aku. Tengah2 sibuk berborak, aku pun ceritalah pada auntie aku betapa susahnya aku nak berpisah susu dengan Qarissa, memandangkan aku dah mengandung dan since aku mengandung, I can feel that my milk drop drastically. Memang aku tahu susu aku tak cukup untuk Q, aku kesian kat dia tapi aku takleh buat apa sebab Q takmo susu lain. Aku dah cuba bagi susu Dutch Lady 123, aku beli perasa Honey, tapi dia takmau sampai maid aku kena campur susu tuh dalam makanan dia, baru dia nak. Itupun sebab dia tak perasan yang actually air tuh susu. Kalau dia tau, memang dia takkan nak. Dah macam-macam cara aku buat tapi tak pernah berjaya sampai aku pun malas mencuba lagi. Aku letak limau nipis kat nenen, dua tiga kalu sedut dia buat muka kelat, pastu bila hilang rasa masam, dia sedut lagi... aku letak oren, lagi sedap dia hisap ( tu maid aku lah konon punya petua...ntah hapa-hapa tah ..hahah), aku nak letak minyak angin tapi tak sampai hati, sudahnya aku malas dan dah mula redha dengan apa pun yg akan berlaku.

Bila aku cerita macam tuh, auntie aku pun bagilah ceramah dia panjang-panjang. As usual yang selalu aku dengar, bila time ngandung tak bagus susu anak dan macam-macam lagi lah. Aku rasa korang semua pun pernah dengar mender tuh, tak yah lah aku ulang. Frankly speaking, kepercayaan aku terhadap susu ibu tak pernah berubah, i know that is the BEST for Qarissa, tapi dalam masa yang sama aku sedih sebab tak dapat bg bekalan yang cukup untuk Q. Semua org tanya ada lagi ke susu, memang ada susu tapi cukup atau tak, aku tak pasti, apa yang pasti, setiap kali Q nak, aku akan bagi. Deep inside my heart, aku dapat rasa tak cukup, tapi sebab Q takmo pisah susu, aku redha dan anggap sahaja ia cukup. Dalam keadaan aku mengandung, aku takmo fikir banyak2 yang boleh buatkan aku risau pulak. Not god for my dear baby in womb. :)

Auntie aku pula, bersungguh-sungguh suruh aku try susu anak dia. Dia dalam proses nak tukar susu dari Gain IQ ke PediaSure. Dia siap ajar aku buat susu lagi sebab aku memang tak reti. Rasa kelakar jer, nak wat susu anak pun tak reti wei... Dia kata satu scoop 60 ml. Bagi dulu 60ml. Dia kata lagi, adatlah kalau anak tolak bila mula2 kita suakan kat mulut dia. Cuba lagi...dan lagi.. dan lagi..mesti budak akan minum. Dia seboleh-boleh suruh aku amik susu Pediasure tu utk try walhal tak bukak pun lagi susu tu. Hhehe..baik auntie aku tuh.. Aku pun, cubalah malam tuh, tak pun aku menaruh harapan tinggi, yerlah, susu free, apa salah cuba kan.. heheheh..

Seperti yang aku agak, mula-mula Q menolak, 3-4 kali aku suakan dia tolak, hisap 2 saat jer, pastu dia tolak. Aku tak jemu lah suap kat mulut dia. Quite suprise, bila kali ke 5 tuh, member sedut baekkk punyaa...sampai takmau lepas, satu kali sedut.....sampai habis wei!!!!! Aku happy sangat sebab tengok buat pertama kalinya dalam hidup Qarissa, dia hisap susu dalam botol sampai habis. Ajaib sungguh aku rasa. Hahha.. Almaklumlah, selama nih, susu badan dalam botol pun dia takmo. Dah 1 tahun 3 bulan baru lah habis 60 ml susu dalam botol. Hhehehe.. My hubby pun happy tgk Qarissa dah start suka susu. Sekurang-kurangnya, boleh support mana yang kurang. Then, we decide nak continue ke hari yang seterusnya, memandangkan we all masih di Singapore. Kiranya, aku nak gunakan waktu di Singapore utk ajar Qarissa bertukar ke susu botol. Malam yang pertama, aku masih menyusu badan untuk Q time dia nak tidur. Walaupun dia hisap sikit-sikit jer, just nak lenakan mata da, aku tetap bagi.

Then malam kedua tuh is a nightmare jugak. Dia nak FM tuh, tapi dia mengamuk sepanjang malam sebab aku cuba nak pisah susu badan ngan dia time tidur. Yang peliknya tuh, bila aku dah tak tahan, aku bg jugak susu badan aku, tapi dia still meragam. Dia hisap kejap jer, then dia nangis..4 kali jadi macam tuh, sampai aku hilang akal jap. Tak tahu nak buat apa. Agaknya dia marah sebab susu tak keluar. Lagipun malam tuh we all ke Mustafa Centre dan balik around 2-3 am, maybe tak baguslah kot utk baby cam dia. Bila makcik aku letak minyak telon kat perut dia, dia terkentut dan lepas tuh, bila dapat nenen aku, terus terlelap sampai pagi. Kesian anak mummy.

Hari ketiga pulak, dia dah start minum 120 ml dan kemudian meningkat ke 180 ml sampai sekarang. Still kena cuba few times, barulah dia akan sedut takmo lepas sampai habis. Yang si kenit nih pulak, bukan main bijak. Dia TAKMO pegang botol tuh la time menyusu. Aku kena pegangkan sampai habis. Memang macam MEM BESAR. Tapi kalau air putih, pandai pulak dia pegang sendiri. Sabar je lah. Aku rasa dia saja nak kenakan aku lah. Yerlah, masa menyusu badan, mana ada pegang-pegang ni kan. Pegang nenen Mummy dia adalah. Ramas-ramas, raba-raba ..Apa kelas pegang susu botol kan? Mummy nak bg FM, Mummy pegang lah sendiri! Hahahhaa....Seriously, bila aku tgk Qarissa minum dengan rakusnya susu tuh, aku sedih dan dalam masa yang sama terfikir, mungkin dia mengamuk masa baru-baru aku pregnant tuh sebab susu aku dah tak cukup lagi. Bila tgk dia minum susu banyak macam tuh, aku tak rasa my breast can produce that quantity (in one session) dalam keadaan sekarang. Sebab tuh aku redha jika setakat ini sahaja susu badan yang aku dapat berikan untuk Qarissa. Yang penting bagi aku, anak aku sihat dan membesar dengan sempurna. Aku tak mau kekurangan dalam diri aku akan beri kesan terhadap perkembangan dia. Tak adil untuk dia, she needs milk utk membesar. Aku tak kisah kalau aku terpaksa campur susu if she still want my breast milk tapi nampaknya, ia tak menjadi kenyataan.

Sejak minum susu formula ni, Qarissa pun tak cari susu badan aku lagi. Dia tak selak-selak pun baju aku. Aku tunggu juga dia selak-selak, tapi dia tak selak pun. Petua yang aku baca dalam buku untuk proses berpisah susu ni, katanya, "Kalau anak mahu, jangan tolak, kalau anak tak mahu, jangan sua kan." Jadi aku ikut petua tu, nampaknya, memang Q dah tak mahu menenen lagi. Ada sekali tu, aku pakai baju kaftan (selepas 1 tahun 3 bulan tak pakai, yerlah, kaftan kan leceh nak menyusu badan ..hahahah) dan bahagian ketiak tuh besar sikit. Tengah aku bergurau-gurau dengan Q, tangan dia terseluk lah kat celah ketiak tuh, sempat lah dia meraba kat bhg breast tuh, tapi dia hanya pandang dan gelak-gelak ngan aku. Nampak cheeky giler, tapi dia pulak nak menenen. Aku budget kalau dia nak, teringin jugak aku suakan. Tapi, she just wanna play with it, hehehe..

Dan, setakat ini, dah 9 hari lah Qarissa menyusu botol menggunakan khidmat PediaSure-yang SURE akan mengkopak kan duit Mummy & Daddy nya. Hadoi nak....aku bagi susu 17 hengget ko tak nak.... susu 70 hengget setin yang ko nak yerk...Kopak Mummy macam ni sayang oi... Baru-baru ni aku beli 1.8 kg punya Pediasure - hambekk ko...RM 112.50. Tu pun Along aku kata murah sebab selalunya RM 118. Mak aihh.... Memang perit wei. Aku ingat lagi, sebelum Qarissa lahir, aku call Along aku tanya susu anak dia berapa RM setin. Bila dia kata 1.8 kg RM 118, aku punya terkejut beruk!! Saat tu, aku memang dah berniat nak bg susu badan kat anak aku selama boleh. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, dah 1 tahun 3 bulan aku dapat bg susu badan kat anak aku. Banyak jugak aku jimat. Aku pun tak sangka si Q ni demanding sangat sampai nak susu paling mahal. Sabar jer. Aku siap cakap ngan Along aku, "Kalau susu aku tak cukup, aku nak rembat susu kat umah ko. Hahahahhaa... ".

Tagline baru - PediaSure- SURE KOPAK!!!!

Hubby aku pulak, dalam seminggu ni, susah jugak nak sesuaikan diri dengan perubahan Qarissa. Almaklumlah, selama ni mana pernah bangun malam. Membuta jer kerjanya. Sebab tuh aku kata we all macam dapat baby baru. Hahahah.. kena berjaga malam. Tapi bukan buat susu pun. Setakat nih, Qarissa suka menangis - macam mengigau gitu tapi dia takmo susu tgh malam. Dia nak kita peluk & dodoi dia. In 5-10 seconds, dia akan tertidur balik. Dah 3 hari aku perasan sikap dia malam-malam. So, samada aku atau hubby akan dukung dia dan peluk dia kejap sebelum tidurkan dia balik atas katil. Aku pulak, tak lah rasa beban sebab memang asyik terjaga tengah malam- asyik nak terkencing jer sejak pregnant nih. Cuma hubby jer lah, macam ayam berak kapur sket. Hhahaha..Mula-mula dia risaukan anak dia. Takut apa-apa hal sebab tak pernah jadi gitu kan. Aku apa lagi, tempelak lah dia sikit..."Bukan tak pernah jadi yang...setiap kali anak u hek ker, hok ker, belum sempat u bangun, i dah bg nenen, mana u nak sedar!!!!" Hahahha..terkulat-kulat hubby mak noks....But now he get used to it already. Hhehehehe...

So, sebelum mak mengakhiri bebelan hari nih, memang aku nasihatkan lah pada ibu-ibu mengandung di luar sana, prepare yourself, niatkan dalam hati, nak bg susu badan selama yang boleh. Aku nih, kalau bukan sebab mengandung dan kadar susu badan semakin rendah, jangan harap aku nak beli susu RM 112.50 tuh tau!! Baik aku beli CD Education untuk Qarissa. Aku bayar duit Gymboree dia ker, lagi bagus dari nak habiskan RM 100++ for only 10-15 days!!!! Ni pun aku dah plan nak bagi susu Pediasure fow few months, then try tukar susu murah sikit, tgk Q nak tak. Harap-harap dia nak lah. hhehhe..Dulu mak aku bagi susu biasa jer kat aku. Pandai gak mak ni noks, masuk gak universiti, dapat gak ijazah. Wakakakaka.... Serius beb, bakal-bakal ibu yang baca this entry, susu ibu is the BEST!! Bukan setakat MENJIMATKANKAN tapi FREE lagi, just imagine berapa banyak korang leh jimat kalau dapat bg susu badan selama 2 tahun. Perghhh..memang best!!!


Berpisah juga akhirnya,Waaaaa!!!
Mummy Qarissa

14 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
defina said...

watie,
camne dah keadaan ko?
best raya sana?

sabarlah yer yang, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang lebih tahu...

aku ni pun nak traib gak kashful minum susu badan dalam botol tapi dari dulu mmg dia x mo...yelah, kadang2 ade nak kene join meeting ngan program kat sini gak...

ko take care

yaya said...

Pandai anak ko memilih, nak susu mahal..... wei berapa hantaran anak ko neh..... hantaran mak meletop, anak mesti lagi meletop. Slmt Hari Raya

isabelle said...

ohh..sungguh syahdu aku membacanya.
tapi, bersyukur la kan? dlm 15bulan yg lalu, kalo calculate blk, dah bape byk duit ko boleh save kan?
(diulang...yg ko BOLEH save, bukan yg ko DAH save).hehehe.

aku masih dgn bangganya menggenggam scroll setelah berjaya menyusukan adam buat sekian lama. hahaha.

adianiez AIDA said...

adui, syahdu juga aida baca.
namun, segala nyer tetap yg terbaik utk Q kan?
nurin & syuhada memang minum dutch lady honey. sebulan aida beli refill pack 1 kg tu for both of them tak kurang 10 packs ! mereka memang kuat minum susu. waktu nurin kecik, dia mimum gain. but, tak sesuai la plak. terlebih dari 6 bottles jek, nurin berak-berak. tukar jenama mahal 2-3 jenis, sama gak. so, tukar ke jenama murah - dutch lady honey. minum la 16 botol sekalipun dlm masa 24 jam, ok jek. so syuhada pun aida beri susu yg sama.

alhamdullillah. lagipun anak2 aida kurang makan. susu la pengganti.

pediasure memang the best. but, kakak aida (doktor) kata, susah cari. time emergency, susah! sebab tu aida tak beli.

mas said...

aku pun nak ceraikan susu badan gak ni..since sofea dah 2 thn....macam2 petua gak aku cuba...tp masih tak berjaya...dia pun susah nak isap susu botol Watie...skang ni paling banyak dia leh isap dr botol hanya 4 oz jek...susu aku nih pun makin kurang...dah tak cam dulu...ko tak nak try susu enfa?rasa susu nih lebih kurang cam susu badan gak...lagipun murah sket dari pediasure...mmg jimat sangat kalau anak isap susu badan...

Haiza said...

Salam dear,..amcam skang sihat ke?.....wah Q ni pandai demand ni nak susu mahal jek....i rasa kan yang Q tu tak serasi lagi dengan susu perisa honey, why dont u try yang plain dulu....sebab sebelum ni I pun pernah bagi Damia susu anmum honey flavour...memang dia tolak takmo minum....bila i rasa susu tu....manis gila...bila tukar yang plain jek baru dia nak minum...

try la bagi anmum ke takpun susu enfagrow A+ ke....murah skit tapi jangan beli yang campur madu punya....

Smelly Butt's Ama said...

ha! happy weaning to u!! my gal is using pediasure complete pasel meal solid dia tak complete wei. hahaha. kalo boleh, u look for those kedai ubat cina to buy milk powder. harga murah giler tau! eg mine pediasure complete tin medium tu kat shopping complex kalo ada promo pun plg kurang RM55 je (harga biasa RM62). kat kedai ubat cina, it is RM52!!!! tak yah tunggu promo, tiap hari harga rendah tu. sekian berita :)

ummiKhayra said...

Wahh... lama tak update.. sekali update.. amik.. panjang tuh.. hehehhehe wahh,., Q, susu mahal jugak yang nak ye? Demand ini anak.. Tp, auntie sokong Q.. sebab ni takdela semahal susu ibu kan Q? Hehehhehehe

Watie lak cemana? dah lepas dah alah2 tu? Jaga diri elok2... :)

salzahari said...

wei..paeds.aku cakap Pediasure ni formula utk budak kurang berat dan ada mlsh kesihatan je, tak digalakkan utk budak2 normal weight. lagipun mahal!
si Aliah aku minum ini, tp still dia x minum byk...1 tin besar je sebulan. FM jenis ni je yg dia terima ke tekak dia masa umur dia mcm Q!

* aku dah tukar link daaa

Anonymous said...

slm watie, slmt hari raya, maaf zahir batin!

1st skali nk congrats u n hubby for ur 2nd pregnancy ni. rs cam ada komen kt prev entry, tp td cr tak jmp pulak..ehhe..
q nk dpt adik tak lg lagi...yeay!!

ckp psl susu ni kan, the same thing happened to qistina. lps shy stop bf masa qis 6mnths, kitorang bg dia snow, dpt la dlm 7-8 tin camtu pastu dia tnjuk perasaan takmo minum. jmp pead, dia suggest utk tkr pediasure. terkujat la jugak coz pediasure kan mahal! tp apa pun sggup la asalkan qis nk minum susu blk. tp tu pun tak lama, lps dia umo mcm qarissa ni dia refused utk consume pediasure pulak. kitorang try blk snow, alhamdulillah la smp skg dia da 17mnths ni ok dgn snow. takde la koyak sgt poket ni..eehhe...

btw, enjoy ur pregnancy journey n gud luck to qarissa with her FM!

Emma said...

kita serupa.... walaupun i kasi ryan dutch lady 123 plain, tp terasa la jugak poket tu...

waa... bila i nak mai mood nak update blog pasal perihal susu nie!!!!!???

-mama emma®-

Lovely Mommy... said...

ehehehh... Aku ingat ape benda la ko tulis, tajuk bukan main saddis lagik...

Aku bermasalah la nak putus susu badan nih huhuuu.... Dah mcm2 cara aku buat. Haihhh...

Anonymous said...

Previously my daughter use to rely on breast milk only. Tetapi, my daughter was lacking appetite and my milk doesn't help with that. So, I decided to give Pediasure a try. She love the taste and she started eating more.

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading