Monday, February 22, 2010

Isu Mualaf: Besar Sgtkan Nilai RM 50 Wahai MAIWP?

Semalaman aku susah nak lelapkan mata bila aku baca AL-ISLAM keluaran terbaru. Memang tetiap bulan aku akan dapatkan majalah MASTIKA, AL-ISLAM & INFINITI. Tu kira majalah WAJIB yang mesti ada dalam koleksi aku. Kalau setakat majalah-majalah hiburan & artis nih, aku pinjam & tumpang baca kat umah mak aku jer ..sebab akak & adik2 aku nih rajin gak beli.. Aku malas nak beli sebab rasa membazir ..Cerita gossip tak menjana minda pun... baca kat CARI.COM FREE jer wei.. wwakakakka... :)

Dalam majalah AL-ISLAM ni, memang ada ruangan mualaf every month, dan isu yg dipaparkan sangat bagus untuk renungan kita bersama sebagai umat Islam. Dan, apa yang aku nak tulis kat sini adalah pendapat peribadi aku sendiri, takder kena mengena dengan hasutan mana-mana pihak. Kita yg dah besar dan bijak pandai nih pikirlah sendiri kewajaran dan kelogikannya. Aku tak tahulah pembaca blog ni berapa ramai dan apakah suara hati aku sebagai rakyat Islam Malaysia akan didengar pihak2 terbabit atau tak. But, blog ni adalah medan untuk aku meluahkan rasa malu, segan & kecewa dengan sikap sesetengah pihak berwajib dalam isu mualaf nih.

Aku personally rasa sangat kecewa bila cerita-cerita macam ni di paparkan. Nampak sangat org Islam ni tak ikhlas, berkira, suka buruk sangka dan rasa apa yang diberi tuh macam banyak sangat. Bila dah banyak isu dipaparkan, sampai hati kecil aku berkata, "Padanlah ramai yang murtad - baik yang dr Islam nak kuar Islam atau yang dah masuk Islam nak kuar balik dr Islam". Kita sendiri selaku umat Islam menunjukkan contoh tak baik pada dorang. Buat malu jer..Tentang isu murtad, aku malas nak ulas panjang sebab aku bukan pakar pun, tapi inilah pegangan aku, selemah-lemah iman aku, senipis-nipis kulit bawang tuh, Insya Allah aku tetap akan hidup dan mati dalam Islam walau apa pun terjadi. Setiap org ada masalah sendiri tapi keluar dari Islam bukanlah penyelesaian terbaik, walau sebaik mana sekalipun orang "agama lain" membantu kita dalam kesusahan. Janganlah sebab termakan budi, hingga tergadai iman & pegangan kita. Nauzubillah...

Aku sebagai org Islam rasa malu bila membaca luahan hati mualaf tentang kerenah birokrasi yang diamalkan sesetengah jabatan kerajaan dalam membantu mualaf-mualaf ini. Yang paling ketara, semua mualaf akan bercerita perkara yang hampir sama. Kalau sorang dua, mungkin kita boleh kata dia buat cerita, tapi kalau setiap hari kita disajikan dengan cerita-cerita yang serupa, tetapi dari berlainan mualaf, apa maknanya tuh? Takkan dorang buat cerita pulak? They dont know each other tapi masalah yg dorang alami hampir sama. I really hate when that happends. Kebanyakan mereka berkata amat sukar untuk mendapatkan bantuan dari jabatan-jabatan berkaitan. Kali pertama pergi, dapatlah layanan baik, tapi kali kedua pergi, siap kena marah dan dapat layanan buruk. Seolah-olah mereka ni semua peminta sedekah yang tiada harga diri. Inikah ISLAM yang kita cuba kita gambarkan pada agama lain? Aku selaku pemberi zakat setiap tahun rasa sangat kecewa. Duit zakat itu sememangnya ada bahagiannya untuk mualaf. Memang dah termaktub dalam Al-Quran. Kenapa perkara yang senang disukarkan sebegitu rupa? Setahun berjuta-juta wang zakat yang dapat dikumpul, tapi perkhidmatan nampaknya masih ditakuk lama (mungkin juga makin teruk..)

Malah, wartawan yang membuat liputan yang cuba mendapatkan komen dari CEO & Pengarah yang terlibat tapi sukar sungguh nak buat appointment. Asyik meeting..meeting..meeting ... (tapi hasilnya walahhualam .. meeting kemain...outcomenya tuhan jer tahu ..). Yang lawak tuh, appnt dapat dibuat pun "hasil kesilapan" setiausaha yang silap catit tarikh ..kelakar kan? Dan bila dapat jumpa, bukannya jawapan dibagi on the spot, kena bg soalan dalam bentuk teks. Soalan-soalan yang dikemukakan tuh, kononnya akan dijawab, tapi sampai sudah tak dijawabnya. Ni apa kes nih? Nak kerja ker tak nak kerja? Kalau tak nak kerja, ko bg lah org lain yang betul-betul nak kerja! Jangan bagi malu institusi agama sampai camni sekali. Sampai wartawan nak wat kerja pun susah! Bukan sekali, dah berkali-kali jadi, kalau rakyat tak kutuk @ tak tegur pun memang tak patut! Memang kena tegur so korang boleh sedar diri sket ..(tu pun kalau korang jenis sedar diri ... kalau jenis tak makan saman... korang jawab la ngan Allah nanti...)

Dan yg paling memalukan aku, sampai aku terpanggil nak buat entry pasal mualaf nih, adalah bila wartawan tuh dapat jawapan spontan dari pihak MAIWP, dia bgtau yang mualaf datang memang datang dengan macam-macam masalah. Dia kata lagi, sementara menunggu bantuan sebenar diberi (katanya kena pastikan duit yg nak diberi tuh disalurkan ke mana , kuar masuk duit kena tau, ntah berapa lama nak lulus tuh tuhan jer lah tau ..paham-paham jer lah kalau dah namanya "gomen" kan ..) , dorang akan bg duit segera RM 50 kepada mualaf. Dan ayat seterusnya yg aku tak tahan...macam ni lah bunyinya lebih kurang .."Duit tuh sepatutnya cukup utk makan 4-5 hari, tapi kita tak tahulah dorang ni buat apa dgn duit tuh sebab asyik datang mintak duit jer ... mungkin dorang buat mender lain ....". Dari apa yg dia cakap, percayalah aku memang bila mualaf datang kali kedua dan seterusnya, memang kena "marah+ perli" lah jawapnya. Takkan samalah layanan kali pertama nampak muka ngan kali kedua. Seolah-olah hina sangatlah kalau datang 2nd time tuh.

Hello Encik, u tau kira ker tak tahu kira? Encik ingat ni tahun 50-an ker? Yang RM 50 macam Rm 500.00 nilainya? Sila bangun dr tidur yer Encik... ni tahun 2010, yang nilai RM 50 macam RM 5.00! Mungkin Encik tak sedar sebab minyak bukan Encik bayar, Encik boleh claim company, gaji Encik besar, gaji driver pun tak bayar bayar sebab company sediakan. Encik ada rumah besar, kereta besar dan mungkin Encik ada bisnes sendiri (mungkin guna nama anak, isteri atau sesapa sahaja memandangkan encik kerja gomen) yang dapat menampung kehidupan Encik dengan sangat selesa sehingga 7 keturunan, tapi ingatlah sedikit Encik..Tuhan boleh tarik segala nikmat & kemewahan tuh bila-bila sahaja! Dan ingat sikit, doa orang yang teraniaya selalu makbul. Sedangkan aku yang tak terlibat dalam cerita nih pun bila baca statement tuh, boleh menyumpah dalam hati (dah kira doa dah tuh...) apatah lagi mereka yg betul-betul rasa teraniaya... Apa tidaknya, buruk sangka dengan mualaf sampai macam tuh sekali! Fikirlah dulu sebelum bercakap kalau iyer pun!!! Tak rasa malu & bersalah ker kuarkan statement camtuh sekali?

Buatlah kira-kira sendiri. Paling busuk pun skang sekali makan RM 7 termasuk air. (aku nak letak RM 10 sebab memang logik tapi aku tetap kurangkan jadi RM 7, biar aku tolong kirakan kalau dorang nih memang tak reti kira!) Nasi sepinggan RM 5, air RM 2 (air biasa-biasa jer, kalau air buah, RM 3.50 paling busuk yerk..). Sehari makan 3 kali, dah RM 21 (RM 7 X 3 kali). Hari kedua pun sama, jumlah dah RM 42, adalah balance RM 8 untuk sarapan esoknya. Tu belum masuk tambang nak ke mana-mana. Jadi, macam mana, Encik yang berjawatan dan berpendidikan tinggi nih boleh kata RM 50 tuh cukup untuk 4 -5 hari? Agaknya, jawatan & pendidikan jer tinggi tapi hati dan pemikiran Encik masih tahap yang menyedihkan! How pathetic!!! Dia tak pikir ker org tuh nak balik rumah naik apa? (tu pun kalau ada rumah nak berteduh, kalau tak tidur masjid @ surau lah jawabnya..). Takkan jalan kaki? Dan duit yg dibantu RM 50 (macam besar sangat lah tuh konon...) untuk dia sorang, dah tuh, kalau dia ada anak-anak, camner plak? Takkan anak dia nak makan pasir? Kalau makan anak beranak, RM 50 tuh silap-silap sekali makan jer dah habis dah. Paling busuk pun 2 kali makan, makan malam pun miss!! Kalau dah memang peruntukan tertinggi boleh bagi setakat RM 50 tuh, takperlah kan, apa nak buat kalau dah itu dah diputuskan kerajaan (mungkin keputusan tuh dibuat 30 tahun lepas dan masih diguna pakai sampai skang ..sapa tahu kan ..:), tapi janganlah sampai kuarkan statement seolah-olah mualaf yang minta bantuan tuh menyalahgunakan wang yang diberikan. Kalau dia datang lagi kali kedua, ketiga dan seterusnya sekalipun, bantulah dorang sebaiknya, kerna itu tanggungjawab korang, duit dan peruntukan memang dah ada, kenapa susah sangat, kenapa berkira sangat? Tu bukan duit korang pun, sedarlah sikit ... :(

Korang diamanahkan untuk menjaga duit zakat dan memberikannya kepada yang hak, jadi berikan jer lah. Mulut jangan bising nak kutuk-kutuk dan perli-perli saudara baru kita tuh. Siap nak mempersoalkan keikhlasan dorang masuk Islam pulak... ko tuh tanya diri sendiri. Ko ikhlas ker kerja? Sebab dari apa yang korang buat skang, memang nampak sangat korang tak ikhlas. Buat kerja tapi mulut sibuk mencerca saudara baru tuh. Siap tengking-tengking lagi. Ikhlas ker korang ni? Kerja sebab nak gaji hujung bulan ker atau sebab kerja kerana Allah? Malulah sikit lebih-lebih lagi korang kerja di bawah institusi agama. Jangan sampai org kata korang ni bertopengkan agama semata-mata ...(apa rasanya bila aku sebagai rakyat biasa yang takder kepentingan untuk kedua-dua belah pihak mempersoalkan keikhlasan korang berkerja? Sakit hati kan ... camtu lah saudara baru kita rasa bila korang mempersoalkan keikhlasan mereka menganut Islam). Ikhlas atau tidak..itu antara dia dengan Allah. Korang jangan sibuk & menyibuk nak amik tahu hal orang. Buat jer kerja korang elok2 dan kerja dengan ikhlas. Sorry kalau bahasa kasar sikit. Gaji korang tuh semua hasil dari pembayar-pembayar cukai yang bayar kat gomen tetiap tahun. So memang korang kerja untuk rakyat. Jadi jangan banyak bunyi! Baiki prestasi diri sendiri dan cuba saingi & bg servis yang baik macam yg pihak swasta amalkan! (tu jugak yang aku selalu ingatkan diri aku kalau satu hari nanti aku ditakdirkan kerja dengan gomen...dah muak dengar org kata penjawat awam nih lemau, lembab dan macam2 lagi kutukan in terms of servis!)

Special notes untuk front liners yang rajin sound2 mualaf nih, ko tuh kerani jer, kerja perli-memerli dan marah-memarahi nih bukan kerja kau! Jadi, jangan macam bagus! Kalau ko tak suka kerja, boring sebab setiap hari berhadapan dengan pelbagai kerenah mualaf yang pada ko ntah-hapa-hapa tuh...ko berhenti kerja jerlah ..ko gi cari kerja lain .. kerja ko tuh, ko bg kat mualaf tu. Aku jamin dia boleh buat kerja lagi bagus dari ko!! Takder sapa suruh ko stay kat situ. Kalau ko sendiri dah nak kerja situ, FACE IT! Kalau tak suka..blah!! Kalau ko bagus, dah tentu banyak company nak amik ko kan? Apa ko takut? Lainlah kalau ko ni memang jenis lemau..malas, takut nak pindah syarikat sebab ko tau ko tak bagus mana (gomen nak amik ko kerja pun dah cukup bagus ..), jadi memang patutlah ko kecut nak jump to other company. So, if that is the case, u better improved urself! Jgn sebab ko dah muak jumpa & dengar masalah orang, saudara baru yg tak bersalah tuh jadi mangsa mulut "longkang" ko tuh... Sorry lah kalau bahasa aku nih melampau sangat. Orang cam korang nih (sapa makan cili dia rasa pedas yer ..) memang patut disound macam tuh jer...sebab korang pun sound saudara baru kita ala-ala gini jugak kan? Nasib baik jugaklah aku nih tak pernah berhadapan dengan kes-kes camni in real life, kalau tak, memang aku dah sound dah staff mulut busuk & puaka tuh! Sungguh memalukan sebagai umat Islam!!!!

Untuk kepuasan hati, korang beli & bacalah sendiri AL-ISLAM keluaran terbaru. Kalau korang ada hati & perasaan, mesti korang pun malu. Mungkin aku tak pernah baca majalah berunsurkan agama selain dari yang bercorak keislaman, tapi sepanjang pengetahuan aku, jarang sungguh aku baca agama lain mempersoalkan wang yang mereka berikan dalam membantu org susah. Tak kira orang tuh Islam @ tak, kalau mereka nak bantu, mereka bantu sahaja. Memang ada organisasi-organisasi tertentu gunakan wang untuk menjerat orang Islam menjadi murtad, terutamanya yang miskin dan melarat. Mereka keep on tolong, bg duit, bg rumah perlindungan, bagi nasihat, jadi kawan yang baik, sering bertanya masalah dan tak pernah mempersoalkan kemana wang yang diberi itu dibelanjakan. Mereka guna pshycology untuk menjerat orang Islam menjadi murtad. Bila dah dilayan sebegitu rupa, mereka yang imannya lemah sudah tentu mudah untuk masuk ke perangkap ini. Bukan tak pernah kuar dalam majalah MASTIKA, siap interview lagi pasal isu murtad ni, dan memang itulah kebenaran yang paling pahit yg harus kita telan. Kalau kita sendiri yang menunjukkan Islam itu susah, sukar, banyak diskriminasi, macam mana kita nak sebarkan dakwah kita? Baru mintak tolong 2 kali dah kena perli, dah kena soal pasal keikhlasan mualaf tu.. sendiri mau ingatlah..sikap kita sendiri yang menyebabkan musuh Islam mudah menusuk jarum memurtadkan berpuluh ribu umat Islam masa kini.

Berubahlah wahai umat Islam terutama mereka yang terbabit dalam organisasi berkaitan. Kalau korang tak berubah, sampai bila2 lah Islam akan dipandang serong. Jangan sebab korang sorang dua, menyebabkan kami umat Islam dipandang serong oleh saudara baru. Aku bukanlah baik sangat, as u can see, mulut aku lancang jugak, tapi sebagai umat Islam, aku terpanggil jugak nak komen pasal isu ini. Aku rasa malu dan segan pada saudara baru. Cukuplah mereka disisihkan keluarga, diancam bunuh, di selebungi ketakutan hanya kerana ingin mendalami agama suci kita, janganlah kita memberikan perspektif yang negatif pulak pada dorang. Malulah sikit..kita ni Islam dari lahir, sepatutnya lagi bagus dari dorang tuh... tapi nampaknya sikap sesetengah umat kita nih lebih buruk dari orang kafir sendiri. Kita tak alami pengalaman sukar yang dorang alami, jadi jangan suka-suka hati nak tuduh yang bukan-bukan. Muhasabah lah diri tuh sikit..bukan lama pun kita hidup kat dunia. Jangan sampai tak leh jawab bila dipersoalkan di akhirat nanti. Ingat, doa orang yg teraniaya selalu makbul. Aku yg tak teraniaya ni pun bila baca cerita-cerita ni, menyumpah orang-orang yg terlibat, apatah lagi yang terkena batang hidung tu. Kalau 40 orang menyumpah korang, hm...sendiri mau ingatlah hidup tuh berkat ker tak...


Kerja biar ikhlas,

14 comments:

Cool said...

Marah betul ko ni!

Kita banyak lupa laa pekara pekara ni, mcm bukan hal kita... kita sibuk tgk org punya handbag ornag punya kasut kadang kita lupa dunia ni bukan hidup takattu je. Mualaf pon tanggunjawab kita dari abis beribu riban , baik salurkan pada mereka kan.....

Farah said...

walaupon aku tak baca majalah al-islam tu (aku memang tak beli aapape majalah dan suratkhabar ) tp aku leh faham ape yg ko rase...kalau aku pon marah..ade ke pegi marah2 orang tgh susah..die tak tahu dugaan mualaf tu..mane tau kena buang dengan keluarga ke..takde tmpt tinggal lansung tinggal sehelai sepinggang.memang takde otak la diorg ni..duit 50 ringgit skang ni sehari pon dah leh abis tau.

Watie Aziz said...

Jiji, memang aku hangin Ji, malu pun yerk.. yg aku geram tuh bila dorang nak marah2, perli2 dan persoalankan keihlasan mualaf tuh .. macam besau na RM 50 tuh dibuatnya ..sakit hati aku! Masalahnya bukan duit dia pun... mmg dah ada peruntukan..ko bg jer lah .. kalau takut sgt dia tipu, ko sediakan semuanya ...jadi ko nampak apa dia buat .. buruk sangka jer kat org ..wat malu jer!

Watie Aziz said...

Farah, tu lah pasal kan ..mcm besau na RM 50 tuh .. aku org biasa ni pun dah rasa sesak skang ..dah leh rasa bahana ekonomi merundum, yg dorang ni lagi lah ..dengan masalah family lagi, duit takder ..padahal mualaf tuh semua bukannya low class punya org .. kebanyakannya pernah hidup senang, ada jawatan tinggi, tapi sebab masuk Islam, macam2 dugaan dia dapat .. dia dapat bertahan demi keislaman dia pun aku dah rasa syukur dah...kita jgnlah tambahkan masalah dorang lg... just imagine kalau kita kat tempat dorang, ntah2 kita pun lum tentu leh tahan ..

tuh kengkadang aku rasa bagus jugak cadangan ustaz Ridhuan Tee Abdullah tuh, ada satu department khas yg pegang kes2 mualaf nih .. sebab dorang jer lebih memahami ..(kalau dah kita melayu islam sejak lahir nih susah & benak sgt nak paham atau sengaja malas nak paham sebab hatti dah berkarat ...baik bg org lain jaga!!!)

Nur said...

sabar beb...
mmg kbykn org islam ni x memaparkan imej islam sebenar..tu yg ramai org x yakin..tup2 blk ke agama asal. ruginyer...

isabelle said...

wahh..ustazah watie sungguh marah kali nie.
sabar watie, ko tu sarat. kang yg keluar nanti ada pulak jadi muka amil zakat kang.kuikuikui

mas said...

aku sokong kenyataan yg watie utarakan ni..kalau dapat diketengahkan pun bagus gak....kena bukak skit mata2 n telinga2 org2 yg rasa berada dlm comfort zone nih...senang2 nak memperlekehkan org lain...sangat tak profesionalisme...

mas said...

aku sokong kenyataan yg watie utarakan ni..kalau dapat diketengahkan pun bagus gak....kena bukak skit mata2 n telinga2 org2 yg rasa berada dlm comfort zone nih...senang2 nak memperlekehkan org lain...sangat tak profesionalisme...

Haiza said...

tu lah bagusnya baca majalah macam mastika ngan al-islam ni.sebenarnya dari sinilah kita dapat tengok kebenaran tentang sesuatu perkara.macam mastika tu bagi i memang diorang ni 'majalah berani mati tuk tegakkan kebenaran'.Me pon pembaca setia mastika

dalam kes mualaf ni,i rasa sepatutnya diorang letakkan mualaf jugak untuk handle bahagian2 macam ni,sebab hanya diorang jek yang paham perasaan mualaf lain.Mungkin dengan cara ni kita takkan dengar lagi masalah2 macam ni

Haiza said...

tu lah bagusnya baca majalah macam mastika ngan al-islam ni.sebenarnya dari sinilah kita dapat tengok kebenaran tentang sesuatu perkara.macam mastika tu bagi i memang diorang ni 'majalah berani mati tuk tegakkan kebenaran'.Me pon pembaca setia mastika

dalam kes mualaf ni,i rasa sepatutnya diorang letakkan mualaf jugak untuk handle bahagian2 macam ni,sebab hanya diorang jek yang paham perasaan mualaf lain.Mungkin dengan cara ni kita takkan dengar lagi masalah2 macam ni

Watie Aziz said...

Nur, tuh lah pasal kan ..buat rugi jer .. buat jer lah kerja sendiri .. sibuk duk perli2 tuh yg i geram sgt tuh..

Watie Aziz said...

issabelle..hahaha..mmg aku angin + malu sebenarnya .. bila jadi camni ..harap2 anak aku dah besar nanti leh lah jadi "somebody" yg adapat ubah semua senario birokrasi "sampah" camni .. hu hu..

Watie Aziz said...

mas, tu lah pasal kan ..dorang dah comfort sgt sampai dah malas nak amik tau kesusahan org lain .. nak lepas tanggorok sendiri jer .. macam ner hidup nak berkat .. kaya pun hati tak senang ..

Watie Aziz said...

Haiza..yup..mamang Mastika majalah berani mati lah .. i suka baca untuk tambah pengetahuan dan tahu isu semasa.. bila dorang promote al-islam, i pun start beli majalah tuh .. dulu i tak beli .. :)

mmg i pun sokong kalau mualaf yg jaga hal2 mualaf coz dorang jer tahu masalah yg dihadapai saudara baru ..coz they've been thru all this .. kan kan .. mungkin khidmat dia akan lebih baik...:)

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading