Monday, March 22, 2010

Berkerusi Roda di Motherhood Expo!

Wah ...hover sungguh aku selaku mak buyung yg tunggu masa nak bersalin jer nih! Sempat lagi nak menghabiskan hujung minggu di Motherhood Expo lak tuh! Bukan apa, selagi aku lum bersalin, baiklah aku gi memana yg patut. Nanti dah bersalin, kena duduk umah 44 hari, mak aiii...buhsan giler hokay! Harap2 dengan adanya 2 anak disisi, taklah aku rasa bosan tahap dewa! Hahahhaa...

Mmg kalau nak ikutkan ..aku tak larat giler dah nih. Aku dah mula rasa penat Ya Rabbi..jalan sikit jer dah mengah ..pinggang dah sakit dan rasa cam nak duduk jer selalu. Lately nih, aku selalu rasa pelik kat my private part... aku boleh rasa otot-otot di sekitar vagina tuh cam mengembang dan menguncup seolah-olah tgh bersedia utk "menyelesakan" dirinya bagi menanti keluarnya satu hamba Allah di muka bumi ini! Waaa....seram tau bila aku dapat rasa otot-otot tuh menegang. Memang cuak cam baby dah nak terkeluar sgt dah! Tapi yang pelik, aku tak rasa lagi kepala baby tuh dah masuk ke "soketnya". Dulu masa Qarissa, tak plak aku rasa otot-otot tuh berfungsi masa nak dekat2 lahir. So, aku macam blur-blur skang ni .. Aku tak tahu, dah tiba ker masanya ..ker belum ..? Iskkk.. cuak lah ..macam nak lahir anak pertama plak nih! Hhahahaa...

Goshh....So ugly lah me!!!! Nampak tuanya haku nih!! 37 weeks beb!

Masa kat Motherhood Expo tuh, aku pergi dengan family Along. Jadi, bawak semua anak-anak dia skali. Q ngan sepupu-sepupu dia semua aku letakkan kat MegaKidz tuh. Memang sengaja aku nak bg Q main kat situ, takmo ajak dia skali ramai-ramai kat expo tuh. Hehhehee.. Biar dia main puas-puas ..! Jemnya kat Mid Valley Ya Tuhan .. tak sanggup aku. Padahal hari Jumaat! Sudahnya hubby turunkan aku kat South Wing, aku jalanlah naik ke atas. Bila sampai atas, rupanya aku dah sampai Cinema. Nak ke MegaKidz, kena jalan sampailah hujung! Jauh giler aku rasa ... hu hu... Then, bila dah settlekan anak-anak aku tuh semua ..dorang dah syok main2 dalam tuh, hubby pun sampai dan we all terus lah "memulakan perjuangan" kat Expo tuh. Sempatlah hubby aku sewa kerusi roda kat Mid Valley tuh sebab mmg aku tak larat nak jalan sgt. Mula-mula mmg rasa segan jer tau ..hahaha..tak pernah-pernah aku pakai wheel chair, bila pakai rasa cam pelik giler..Semua org pandang wokey! Bak kata laki aku, "Orang tolak stroller, kita tolak wheel chair!" Hahahhaha... Mmg kelakar tgk muka-muka org kat situ bila dorang tgk aku naik wheel chair, skali tuh bila sampai kedai dorang, aku turun dengan selamba sambil membeli belah! Wakakakak....

Hubby aku semangat suruh si Nor amik gambar dia ngan aku kat wheel chair nak wat kenangan. Sabar jer lah ...!

Sampai-sampai jer, terus aku dengar seminar Tweedle Wink pasal Right Brain Education. Memang tuh lah tujuan utama aku sebenarnya. Hhehhe.. Sanggup aku tukar plan dr ke Pesta Buku terus ke Motherhood Expo sebab seminar nih. Best jugaklah information pasal Right Brain tuh. Most of the technique mmg aku dah amalkan cuma aku mmg suka dengar the sharing from the family yg amalkan this technique. Semangat giler beb, aku duduk depan sekali betul-betul depan Lappy dia walaupun masa aku masuk tuh, dia dah start dalam 5 minit kot .. Wakakaka... hover mak nya ..Duduk belakang nanti tak dengar .. Aku tak suka .. :) Aku sempat gak beli buku pasal Right Brain nih, saja nak tambah ilmu & praktik kan kat Q & newborn baby.

Sempat lah jugak aku meregisterkan diri kat Stem Life yang ada bukak booth kat expo tuh. Memang aku sejak dari zaman Qarissa lagi dah bercadang nak amik Stem Life tuh punya pakej, tapi sebab aku bersalin kat Putrajaya a.k.a gomen spital, dorang tak benarkan prosedure tuh dilakukan, so tak dapatlah aku amik pakej tuh. Aku pun tak tahu napa kat spital kerajaan tak boleh, padahal sebelum nih ok jer. Sudahnya, aku rekomenkan akak aku suruh amik pakej tuh memandangkan dia bersalin kat PMC. Untuk anak kedua aku nih, memang aku bercadang untuk ke Putrajaya jugak, cuma kali nih aku akan amik pakej FPP (Full Paying Patient) sebab kawan aku yg Gyne tuh tengah cuti, dan aku takut nanti takder katil dan kena htr plak aku kat Serdang (leceh giler), sudahnya me & hubby decide nak amik FPP punya pakej, dia cam private gak, ada private wing sendiri dan aku leh pilih pakar yang aku nak. Staff kat Stem Life tuh pulak kata, ada customer yg bersalin di Putrajaya under FPP ni amik this plan, maybe sebab dia dah consider cam swasta, so pakar tu benarkan kot. Thats y aku terus amik plan Stem Life tuh. Next week aku akan bgtau pakar aku yg aku dah amik the pakej dan nak dia buat the necessary procedure masa aku bersalin nanti. Harap2 dia benarkan lah. Tapi kalau tak boleh sekalipun, Stem Life ni akan fully refund duit aku, so I've got nothing to loose cuma rugi sebab tak dapat simpan stem cell baby.

The company. Entah bila2 lah hubby aku snap gambar nih guna phone camera. Sempat lagik tuh!

Sesapa yang tak tahu stem cell tuh apa, atau apa yg aku "bebelkan" kat atas, hehehe... actually mender ni pada aku adalah satu "keperluan di masa akan datang", something like insurans lah, sebab kita tak tahu apa yg akan jadi pada kita dan keluarga in the future kan. Bila kita bersalin, doktor akan ambil darah dari tali pusat anak kita, dan simpan di "bank" stem cell. Stem Life ni adalah satu syarikat yang menyimpan stem cell ni. First in M'sia, dah jadi Berhad company dan dah ada 8 kes atau "testimoni" di mana pelanggan-pelanggan dorang guna stem cell of their baby utk curekan macam-macam penyakit. Sekarang, ada banyak dah syarikat yg buat this servis, tapi aku pilih Stem Life because of the company profile & testimoni. Kebanyakan syarikat lain masih baru dan belum ada testimoni lagi..:) so better lah aku amik ngan Stem Life ni.

Gambar ni pun entah bila dia snap, tau-tau dia dah transfer kat my Lappy. Hahahha... Seingat aku, dia ada kat sebelah aku all the while! Wakakaka...

Stem cell ni adalah cell yang boleh regenerate dengan sendiri dan dengan adanya stem cell nih, banyak penyakit terutamanya berkaitan dengan darah dapat dipulihkan. Macam contoh, sakit leukimia, atau thalasemia, diabetes @ kanser ...and the list go on. Touch wood, tapi katakanlah anak sulung kita sakit lekimia contohnya, dan kita ada simpan stem cell nih masa kita bersalinkan anak kedua, dan jenis darah nya match dengan darah anak sulung (potensi kebarangkalian dalam 25% untuk adik-beradik), maka kita leh gunakan stem cell anak kedua kita tuh utk bantu pulihkan penyakit leukimia anak pertama. Procedure transplan akan dilakukan dengan mengambil stem cell adik tersebut. Stem cell ni kalau digunakan untuk diri sendiri, ia akan match 100%, kalau untuk ibu bapa, kebarangkalian dalam 50% dan kalau adik beradik dalam 25%. Sebab tuh aku rasa, its very important for me to save the stem cell for my 2nd baby memandangkan masa Q dulu, aku tak berkesempatan buat cam tuh. I really hope my gyne akan benarkan procedure tuh dibuat. tak susah pun, less than 5 minutes & it painless.

Sakan shopping mak buyung...Penuh plastik bag sampai "perut" pun hilang! Hahahha.

Bila aku baca testimoni parents yang anaknya cure 100% hasil dari transplan stem cell nih, aku rasa terharu sgt... ada satu kes kat Thailand tuh, penyakit cereberal palsy pun dapat dipulihkan. Harga untuk kita buat this procedure & simpan stem cell nih pun tak lah begitu mahal, lebih-lebih lagi kita boleh buat interest free dengan mana-mana bank for 12 months. Memang tak terasa sgt berbanding kita bayar lumpsum. Stem cell ni akan disimpan sampai 21 tahun umur anak kita dan lepas tuh, terpulang pada dia nak continue simpan atau tak. FYI, memang susah nak cari jenis darah atau stem cell yang match antara orang perseorangan yg lain, kalau ada pun, harga dia sgtlah mahal, boleh mencecah RM 100, 000! Sebab tuh aku rasa lebih baik, kita simpan sendiri stem cell anak kita, manalah tahu bila dia dewasa @ remaja, tetiba dia didapati sakit yg memerlukan transplan, dia boleh gunakan stem cell dia sendiri utk memulihkan dirinya. Taklah kita risau kan ...:)

Mmg aku suggestkan lah, kengkawan yang mana belum amik this pakej, bolehlah think about it..for our baby's & family future jugak. Aku nih taklah pandai nak explain in details (bukan aku yang jual servis nih ..ahhaha.. tapi aku tau sikit-sikit dari pembacaan dan aku tgk kepentingannya... mmg rasa ralat sebab tak dapat amik time Q dulu, yerlah, mmg dah plan awal-awal nak ke Putrajaya ... lagipun gyne aku tuh my friend, mmg aku percaya kat dia .. but this time, since dia dah takder, i really hope pakar gyne yg baru tuh akan benarkan aku buat procedure nih..) If kengkawan nak tahu lebih lanjut, leh ah aku rekomenkan ngan si Sophia, aweks yang terangkan all the details to me masa kat expo tu. Puas hatilah jugak penerangan dia coz she's know what she's talking about ..:)

My lovely baby ...suka dia dapat jalan2..

Lepas puas shopping, aku & Along turun ke bawah, jalan-jalan, sempat lah amik gambar kat Alice In Wonderland punya "arca" tuh ha ..tapi aku tak larat bangun dah, hubby amik gambar Q jer ..then we all ke Aussino punya promotion. Murah beb Aussino wat promo. Aku rembat ah satu set baby comforter utk baby cot set, dapat 60% diskaun, after less jadi RM 91 jer ...murah aku rasa, sebab dulu aku beli yang brand Mom's Care dalam RM 122 rasanya .. Design dah lah cantik, kain dia sedap lak tuh, 100% cotton. Normal price is RM 299. Puas jer rasa sebab dapat belikan something new for my baby. Or else asyik bg yang "turun temurun" jer dari kakak Q tu. Cian anak aku ..Hahhaha..Mmg anak kedua nih, aku taklah ghairah sgt nak membeli. Sebab kemungkinan besar aku akan dapat baby girl jugak, so mmg jimat banyak ah ..Banyak baju Q berlambak-lambak leh bukak kedai wei... Hahhahaa...

Nor kata dia suka main kat Mega Kidz tuh - kat bahagian cermin..Sengih sorang2 buat muka gatal! Hahahhaa...

We all balik dalam kul 8 pm, aku dah kepenatan giler babassss tak hengat ... terus balik umah, tak sempat nak singgah umah mak sebab aku tak larat dah nak turun keta .. Hheeheh...


Shopping selagi terdaya,

15 comments:

3740Journal said...

woh.. sakan ko eh. aku pun pi hari jumaat. jem nak mampus. pastu terus taknak dah return hari sabtu & ahad. macam mane la tak terserempak ngan ko. keke

isabelle said...

semangat ko watie.siap menyimpang terus...
kiranya ko lgsg x jenguk pesta buku tu la ekk?

Unknown said...

salam watie..ina dulu merasa juga naik wc masa gi shopping.malu pd mulanya tp peduli apa kan..kita yg penat bawa perut neh.ina dulu pun FPP dgn dr jamil tp dia tak da dah kat putrajaya, naik pgkt kot. u dgn dr mana? mmbe ina dulu pun dgn dr jamil n dia buat yg stem cell tu.dr jamil yg wat procedure tu and takde caj tambahan pun.dia sporting sgt even masa ina nak kena csect tu kalau bole dia nak jak huby masuk sembang2 ms procedure tp biasalah, hosp gomen mana benarkan cenggitu.tp memang suggest fpp sbb dpt vip rum level 5 so tak strict sgt kalu dok wad biasa. but ada gak pengalaman pahit dgn nurse2 kat level tu sebab dia treated ina like non fpp sedangkan kita dah beli pakej sekali dgn bilik where family kita boleh overnite sama2 (spt yg diterangkan awal2 masa nk sign up pakej tu) tp nurse kat level tu buat mcm kita tak bayar pulak..ntah lah sekarang ni mcm mana pula prosedure (ina last year bulan 5) anyway nanti share experience watie pulak ek..semoga bila dah sampai due semuanya selamat dan sihat =D

Watie Aziz said...

azza, tu lah pasal, aku ingat hari Jumaat tak lah jem giler ..just imagine lah kalau hari Sabtu Ahad ..mau rentung dalam keta nak tunggu turn parking ...

aah yerk...camner leh tak terserempak ngan hang .. takder rezeki kita nak jumpa ..i tot ko gi hari Sabtu nak tgk Yaya masuk contest?

Watie Aziz said...

isabelle, hahaha...jgn tak tahu ..aku gi gak pesta Buku tapi hari Sabtu..nanti esok aku masukkan entry ..hubby lum transfer gambar dr hp dia ..:)

hang mesti jeles bila baca entry tuh! Wakakakaka...

Watie Aziz said...

Ina, oooo...maknanya leh ah wat that procedure if kita amik FPP? lega gak ah i dengar..sebab hari Khamis ni baru i nak jumpa Dr tuh .. i amik Dr Hamidah kot ..

Mmg Dr Jamil dah takder lagik yang ..dia dah ke Miri,, naik pangkat jadi HOD kat sana i rasa .. dulu, masa Qarissa, dia lah yg wat ECV procdure tuh .. mmg baik sgt kan ..:) very polite n lembut jer .. heheheh..

berapa Rm ina kena amik FPP tuh yang ..& berapa hari u duduk spital if caesar .. suka jugak i dgr u kata ok tempat tuh ..cuma dr segi nurse lah kan .. dulu i kat sana they treat me wuite well maybe sebab my friend is a gyne yg sambut anak i .. dorang tau Dr Sumitra tuh is my friend .. so i rasa ok lah gak they treat me .. heheh.. harap2 kali nih pun ok lah ..sebab Dr Sumi dah takder .. huhuu..kawan i dah cuti dah ..

yaya said...

MASA KO CITE KAT AKU OVER THE PHONE PUN AKU DAH TERGELAK-GELAK MEMBAYANGKAN KO ATAS KERUSI RODA...
JANJI DPT SHOPPING WEH...

Hanz Jamaludin said...

Cayalah Watie! Semangat x hengat nih.

Anonymous said...

salam watie, I'm one of your silent readers. semoga watie selamat bersalin anti. sorry out of topic sikit, boleh saya tau how much is the gogo set that you bought for qarissa during pesta buku last time? hope u don't mind telling, thanks.

Watie Aziz said...

yaya, hahhaha,, tuh lah pasal..janji dapat shopping beb ..last minute org kata .. padahal bukan sopping sakan pun ..ala ala jer ..hahahaha...

Watie Aziz said...

Hanz, wakakkak..memang yang ..selagi blum bersalin, selagi tuh lah nak berjalan jer .. ahaks .

Watie Aziz said...

hi paparide .. tq for leaving a comment ..:)

masa i beli dulu, harga one set gogo tuh dalam rm 1700++ kalau tak silap i...:) skang i tk pasti pulak yang .. u berminat nak beli ker? i leh rekomenkan org yg entertain i dulu ...

u leh bayar pakai credit card interest free tau ... dulu pun i wat cam tu .. guna maybank cc rasanya ...

Unknown said...

ina bayar more or less RM3k..lupaa la dear nak update pasal kos sbb huby yg setel bab2 tu..ina duk 3hari 2 mlm kat sana..

hopefully kalau anak no.2 nanti dr jamil dah balik sini sebab memang nak bersalin dgn dia..sgt baik dan mententeramkan hati

doc bius ina dulu pun baik, dr naim namanya..dia akan dok tepi kita masa csect tu..dia akan sembang2 to make sure kita ok jer

lepas procedure, ina dipasang morfin as requested by dr.jamil.

selalunya morfin hanya utk major operation tapi dr jamil minta dipasang juga kat ina sebab tak nak bagi rasa sakit lepas ubat bius tu hilang. maybe u boleh consult dgn dr hamidah pasal morfin tu.it works well sebab bila kita mula rasa sakit, tekan je button, morfin tu masuk ke bdn thru iv.

better u discuss awal2 pasang stem cell tu dgn dr hamidah ye..ada doc fpp yg tak nak perform menda tu..

Afzan Aini said...

hi watie, baby girl ek.. i lak doc scan kate baby boy jugak.. so, u dua2 girl.. i dua2 boy.. dah 39 weeks nih, baby x kuar2 lagi.

Watie Aziz said...

ina, hmm..not bad ak hrga dia erk ..tk lah ahal macam swasta ..harap2 i normal lah gak cam Q tuh .. i takut lah nak caesar nih .eheeheh

tuh lah, i dah bincang ngan dr hamidah tapi dia kata kena cek ngn pengarah plak .. hu hu ..lum cek lagik nih ..

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading