Sunday, May 30, 2010

Apa Kita Buat Anak Ikut!!!

Memang aku sgt setuju dengan tajuk nih. Apa kita buat mmg anak ikut! So pastikan apa kita buat depan anak hanya yang baik-baik sahaja yerk! Yang "tak berapa baik" buat belakang anak! Hahhaha...

Aku kan mmg addicted to books, tak kesahlah apa buku pun, mmg aku suka baca, baik dr newspaper, majalah, novels hatta brochures pun aku akan baca hokay! Nak-nak kalau gi memana aku kena tunggu - like tunggu doktor ker, tunggu nombor kena panggil ker, tunggu hubby kuar toilet ker..tak kesahlah, janji tunggu! Mesti kena ada something utk aku baca! Kalau tak, aku jadi mati kutu tak tahu nak buat hapa..tu yg sampai semua brochures yg aku nampak aku akan baca! Papan kenyataan yg bertulis pun aku belasah jer ..janji baca! Hahhaha.. Dan nampaknya penyakit "baik" aku nih dah menjangkit kat Qarissa...Bagus kan! Tak payah nak paksa-paksa ...:)

Best actress of the year reading newspaper!
Pegang paper cam org besauuu jer!

Hubby pun sama. Dia taklah suka membaca sgt, tapi sejak kahwin ngan aku dan dia tgk bini dia nih mmg takleh dibawak berundding hal baca-membaca nih, dia pun terikut sama lah kan. Weekend jer mmg ada newspaper man dtg htr paper kat umah, so hubby mmg lepak bawah dan baca sesama ngan aku. Dulu, Q hanya tgk jer gelagat we all baca dan yg kiut tuh, dia duduk between us, dan amik buku dia baca, so cute tau..macam dia nak join pulak tapi dia ada buku sendiri, so member eksen ah baca buku sendiri konon2nya .. :)

But now, dia dah besar sket .. dah poyo lah kan. Mentang2 dah pandai pegang paper, pegang buku yang tipis-tipis tuh, member sibuk lah nak join sama baca magazine @ newspaper. Siap tarik-tarik Daddy dia nak mintak bg sikit paper kat dia utk dia baca! Poyo kan! Hahha.. Tgk gelagat dia mmg leh wat we all gelak. Sebab dia akan amik sehelai paper, letak dekat2 ngan muka dia, dan pretend to read! Just like Daddy did! Dengan muka serius, mulut bebel-bebel ntah hapa-hapa.. hahha.kengkdang tuh, bila dia nampak tulisan besar a.k.a tajuk, dia akan baca tajuk tu..mmg cam poyo! Contohnya :"HOT AIR BALLOON bla ..bla ..bla..", aku dengar dia sebut HOT! Hahhaa.. so lah poyos anak Mummy! But i like her action! :)

Tekunnya baca nak oi!
Agaknya dia kagum tgk body brother dlm paper tu lah ..hahah!
Belek-belek lagi page2 yg lain pulak!

Gambar ni aku rakamkan dalam 2 masa yg berbeza. Gambar baca paper tuh masa Qarissa baru bangun tidur (siap bg pose TERBAEKKKK) , time aku kat bilik tetamu sambil layan tenet, aku pegang Zayra & this kakak lepas bangun jer terus sibuk nak naik atas katil. Atas katil tuh plak mmg ada paper Star, member baik nya amik sehelai paper dan terus bukak, pretending to read! Aku apa lagi, cepat2 lah fokus camera dekat2, dan terus snap secara curi-curi! Yokoyo jer aksi dia kan! Hehhe.. Lama tau dia baca paper tuh..sampai dah boring, barulah dia let go the paper. Jgnlah korang berani nak ubah-ubah atau amik paper tuh dari dia. Memang nak kenalah tuh.. Hangin satu badan member nanti!

The best pose everrrr!
Tenung & renung lama-lama sampai puas!

Gambar yang bawah ni plak adalah majalah Positive Parenting yg aku dapat FREE. Kalau gi spital, mmg selalu ada majalah nih dan aku akan habiskan masa aku menunggu dengan membaca isi kandungan majalah ni (disamping majalah @ novel yg aku bawak sendiri sebagai bekalan..ehhehe) . Aku suka tunjuk Q gambar Doktor yg rawat dia a.k.a Dato' Dr Zul. Dia penasihat majalah ni kalau tak silap aku. Q takut betul ngan Dr ni sebab dia selalu kena cucuk! Hahahha...tengoklah gaya dia tuh ha.. Memang pantang nampak bahan bacaan yg Mummy @ Daddy baca, mesti nak join sama.

Alahai sayang, comeynya pandang Mummy! Nampak clever! (u are Darling ..!)
I love to read!!!

The good thing is, dia sekalipun tak cuba nak koyakkan the paper @ magazine yang nipis2 tuh ..setakat kemek-kemek sikit tu adatlah kan, especially bila dia nak turn the big magazine. I really loves to see her tiny fingers duk belek-belek dan turn the page tau! Look so cute! And of course tak sabar nak tgk gaya adik pulak buat the action. Nak-nak adik punya right hand so special, skang ni aku masih ada rasa risau on how she will do that with her only left hand, and me terus teringatkan Zayra bila setiap kali nampak Q turn the page, but dalam masa yang sama tak sabar menantikan detik Zayra pulak turn the page. I know she will suprise me of course, it just that aku tak sabar nak tgk dan capture the moments! Hmmm.. mesti best dan teruja kan! :)


Turn the page again & again..

Rasa sgt berbaloi apabila aktiviti me & hubby setiap hujung minggu membuahkan hasil yang sungguh memberansangkan buat Qarissa. She really "see" what we did all this while & bila cukup jer masa, dia pun akan ikut sama. Thats y kan .. sometimes we wonder, bila kita marah-marah adik-adik kita depan anak, contohnya & say bad words like "BO**H, BA**ANG" dan sebagainya, tau-tau jer anak kita dah pandai sebut that words tau, walaupun masa kita sebut tu, dia masih belum berkata-kata lagi! Hmmm.. actually they heard it, process it, keep it in mind, and when the time comes .. POOOOFFFFFF!!! The words come from their mouth easily! Masa tuh, pa yg perlua kita buat? Hmmm..apa kata kita hantuk je kepala kita kat dinding sebab mulut kita lancang naaa nak menyebut yg bukan2 depan anak? Hahhahaa.. Peringatan untuk aku jgk yg sumtime terlepasssss... hehehhe.. But again, susah jgk nak kawal sebab persekitaran kita memungkinkan anak belajar macam-macam. Maybe dia belajar kat Tadika, kat taman permainan, kat nursery dan macam2 lagi. Cuma kita boleh kawal dan pantau sebaik yang boleh supaya anak kita tau mana words yang baik dan mana yang tidak ...Kan? :)


I love ur action Dear!!!

2 comments:

Kaklong @ Izan said...

Betul kak...setiap anak akan jadikan ibu bapa sebagai contoh mereka...apa mak ayah buat, itulah yg die suka buat...malah cr kita bercakap pun dia akan ikut...

Sooooo....cute lah Q bc buka...

Watie Aziz said...

Izan .. kan kan kan? sebab tuh akak takut gak kalau terlepas ayat bukan2 ..kang dia dengar habislah aku ..ahhahaa

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading