Hovernya aku noks...! Cukup habis jer pantang 44 hari, hari yg ke 45 terus bawak Q & Zayra ke Gymboree. Bukan apa, aku kesian kat Qarissa, dia pun dah cuti 44 hari gak macam org bersalin! Hahaha.. Nak harap daddy bawak time Mummy dalam pantang, jangan harap lah kan. daddy kalau Mummy tak ikut, mmg dia takmo bawak Q, maklumlah, Mummy yang selalu participate dalam aktiviti Q at Gymboree tu. Sometimes Daddy join, but most of the time, jadi tukang sorang dari luar jer. Hahaha..
Mummy & Zayra on her 1st class! Enjoy!
Terkejut teacher Zayra tgk Zayra besar. Dia ingat Zayra dah 3 months! Bila aku kata Zayra baru 45 hari, mmg dia terkejut giloss.. Hhehehe.. Q bila sampai jer Gymboree dah excited gilerrr! Mmg nampak sgt dia rindukan her class. Sampai salah masuk kelas. Patutnya, tu kelas untuk Level 6. Si Q ni patut masuk Level 5, tapi sebab kelas Level 6 tu serentak dengan level 1 (utk Zayra), si Q main belasah jer..berjoget2 dalam kelas Level 6 tuh, sudahnya cikgu dia pun layankan jer... Hahahha.. Next week mmg kena ajak Q jalan2 ke Toys R Us for 1 hour, baru leh bawak masuk kelas Level 5 tuh. Kalau tak, mmg dia akan pulun jer 2 kelas...! Wakakak.
Class start dengan acara menepuk tgn!
Sian my baby Zayra for 2 things - Yang 1st, sebab dalam Level 1, hanya dia sorang jer yang ada dalam kelas tuh! Sebabnya, kengkawan sebaya yg datang hari Sabtu semuanya dah naik Level 2. Jadi, mmg Zayra keseorangan hari tu. Tapi yg bestnya, dia jadi PRINCESS sebab teacher only focus kat dia. Tuh yang best! Hhehehe..Aku suka gak kalau ada kawan so at least Zayra ada geng tapi Principal dia kata its ok if she's alone sebab Level 1 is one to one session. Between us & our baby. But i still hope next week Zayra ada kawan baru yg akan join...:)
Come & Play with Mummy!
Pity her for the 2nd thing - class for Level 1 tuh aircond dia sgt sejuk, dahlah dia sorang, pakai plak rompers, mittens & booties mmg kena bukak sebab nak sentuhan kulit ke kulit between Mummy & Baby, so Zayra mmg kesejukan! Especially on her right hand tu, dah tukar jadi biru aku tgk! Yerlah, just like us kalau dalam sungai, mau biru tangan kita kalau dah lelama kan, apa lagi si Zayra yg tapak tgnnnya takder tulang tu! Lagilah leh rasa sejuk anak aku tu ha. Sian dia! Muka dia pun tukar color jadi gelap sebab sejuk lah tu. Aku asyiklah genggam2 tangan kanan dia nak bg dia rasa panas.:) Next week kena pakai baju tutup semua lah, barulah dia tak rasa sejuk sgt ..only tgn n kaki jer akan "bogel". Hhehehhe..
Gymbo the Clown goes up & down..
The session run smoothly, cuma Zayra kengkadang merengek-rengek nak dukung! Ngengada lah dia ni tau, kat umah asyik berpeluk dan berdukung, sampai bila letak sejekap jer nangis. Bukan aku biasakan, tapi mmg dia camtu, letak jer nangis..kengkadang aku biar jer lelama, kejam kan! Hahahha.. Takmo bg manja sangat nanti aku yg susah. So, bila kat 1st class tuh, dia masih nak sesuaikan diri, plus dengan sejuk lagi, Zayra seems tak selesa but after sometimes, dia ok. Teacher siap bagi shaker untuk alihkan perhatian dia supaya tak nangis. Memang pun! Dia leka tgk shaker tu, dengar bunyi dia dan terus senyap jer. Teacher kata dia bijak sebab bila angkat, terus senyap, bila letak nangis tapi tak kuar air mata! Drama Queen!
Bubbles all the way...
Yang paling Zayra suka adalah session mirror. Dia ngadap mirror tuh dengan penuh leka sampai bila teacher amik balik mirror, member hangin terus nangis lagi hokay! Hahhaha.. Baguslah nak, nanti dah besar, ko lawanlah sapa paling lama ngadap cermin ngan kakak Q. Wkakaka..
Sapa baby kiut nih..cam muka aku lah .. (Zayra cakap dlm hati..)
Having fun looking at her own image .. Leka sgt sampai bila habis mirrir session, dia nangis!!
Banyak jugak stimulations yang dibuat dengan teacher, aku pun dah dapat polish balik skil lama. Refresh balik all types of stimulations yang pernah dibuat dengan Q dulu, dan kini aplikasikan kat Zayra pulak. Bila kat rumah, we will do all the stimulations as our routine. Practice makes perfect kan! And the best thing, Zayra sangat suka the stimulations bila aku buat kat umah. Dia keep on senyum & gelak, then pandang tepat pada mata aku! Best giler buat all the activities with her!
Zayra: Sejuk ah Mummy ..tak tahan...! terus berbungkus lepas habis kelas...
Cant wait for the next class!!
2 comments:
hoh, baru 45hari ko dah hntr gymboree? ganaz ahhh....
issabelle, aku kan hover nokkssss!hahaha
Post a Comment