Thursday, June 10, 2010

Aku Nak Pergi BERPERANG Today!!!

Hishhh...aku tengah hangin nih! Memang nak gi perang today!! Geramnya aku ..Alasan tak logik langsung! Kalau tak tahu apa makna "Amniotic Band Syndrome" tuh gi lah buat research! Tak pun tanya org yg expert ker, tanya doktor ker...ni sesuka hati jer terus reject! Tak patut sungguh! Tapi dalam marah-marah tuh ..nak gak aku tergelak baca statement dia ... Sebab kelakauuuuuu!

Ada ke patut, bila aku nak beli insuran PRUBSN untuk Zayra, dorang reject dan bg alasan yang tak masuk dek akal...aku punya agent insuran message aku dan tulis cam ni, (ni ayat dr PRUBSN lah ni ..dia copy paste balik..) -

"Permohonan ditolak sementara waktu sehingga 'amniotic band syndrome is treated and child attaine age 3'. "

Apa korang rasa bila baca statement tuh? Kelakar tak???? (untuk org yang tau apa tuh ambiotic band syndrome sahaja. Yang tak tahu, gi wat research dulu yer... hahha) . Aku memula hangin jer baca, pastu aku tergelak. Dorang ingat ABS ni penyakit ker hapa nak treated-treated dulu, dah baik sakit baru apply insuran balik? Lawak sungguh!!

Actually, aku dah tahu dan faham sangat kalau tangan kanan Zayra tuh tak dapat insurans nak cover sebab ia berlaku sejak dari dalam perut, so memang aku tak harap apa2 coverage pun in terms of reconstructive surgery tuh, Aku tau, kalau aku nak "mekap" tgn si Zayra tuh, mmg kena pakai duit sendiri, so I'm 100% ok with it. Tapi, yang aku hangin tuh, takkan sebab tangan Zayra comey lote gitu, sampai dia takleh beli insurans nyawa? Tak ke kejam namanya tuh!! Tak berperi ke"insuran"an sungguh! Aku expect dorang akan bagi aku beli insurans tuh with certain2 conditions. Cthnya, ada clause- Mana yang melibatkan tangan kanan Zayra, for any reconstructive surgery yang bakal dibuat untuk memperbaiki tangan tuh, dorang takkan cover. Barulah adil dan patut. Cam contohlah kan, ada baby lahir jarinya bercantum, so Doc akan buat pembedahan untuk pisahkan jari jemari tuh berperingkat-peringkat, so kos untuk pembedahan tuh insurans company takkan cover sebab ia adalah ketidaknormalan yang berlaku sejak azali, sejak dari dalam perut. So, memang patut pun dorang tak cover. Ataupun mungkin untuk kes Zayra, dorang leh wat conditions on pembelian tangan palsu. Dorang takkan cover @ bg aku claim kalau Zayra nak beli tangan palsu untuk tangan kanan dia for whole life. Tapi, untuk menidakkan hak seseorang individu membeli insuran nyawa & kemalangan hanya disebabkan anggota badannya tidak senormal orang lain adalah sungguh tidak adil & tidak masuk akal!. Betul tak kengkawan?? Ni persoalan yang berlegar2 kat paler otak aku:

  • * Just because of her hand, dia tak leh beli insurans nyawa. Kalau dia sakit sebab 36 kritikal illness contohnya, ada kena mengena ker penyakit tuh ngan tangan dia ? Adil ker?
  • * Kalau dia eksiden contohnya, dan kemudian meninggal atau mengalami kecacatan kekal, ada kena mengena gak ker ngan tangan kanan dia tuh? Adil ker?
  • *Kalau baby lahir tanpa mana-mana anggota badan, memang dia tak leh beli insurans nyawa ker? Ada kena mengena ker yerk?
Cuma, persoalan yang aku timbulkan kat agent aku adalah camni:

  • *Zayra ada tangan, tapi dari segi fungsinya, ia mungkin tak boleh berfungsi seperti tangan yang normal. Katakan dia eksiden dan tangan kanan dia putus (tak kisahlah sampai paras mana pun) , adakah insuran akan cover 100% atau ada percentage2 yang lain @ tak cover langsung memandangkan tangan kanan dia tu tak berfungsi seperti yang normal sejak lahir?? (But, bear in mind yang dia eksiden dan tangan dah putus, lahir2 ada tangan tau ..walaupun takleh pakai..but still ada hokayyyyy) . So, tulah persoalan aku. Cover atau tidak? If yes, 100% atau ada percentage2 nya?
  • *Katakan tangan kanannya tercedera teruk akibat kemalangan, luka yang besar dan memerlukan surgery, adakah insuran company tuh akan bayar the surgery expenses? Atau tak cover langsung? (Tapi, cam tak adil kalau tak cover just because tangan dia ABS, sebab dia cedera akibat kemalangan, so pada pendapat aku, it shud be treated as per normal case. Takkan sebab tgn dia dah dr azali cam tuh, bila eksiden dan kena wat surgery utk tutup luka, pihak insurans tak cover kan? Tak logik ah pulak..bukan aku nak wat plastik surgery nak cantikkan tgn pun kan .....)
Ni lah soalan2 yang aku tanya pada agent aku masa nak beli insuran tu dulu. Tapi dia pun tak leh jawab, sebab dia lum pernah berhadapan dengan kes camni. So, aku pun paham lah kan ..aku suh dia refer ngan PRUBSN dulu. Tapi aku tak sangkalah dorang reject terus application aku!. Kata agent aku, sebab dalam referral letter to Selayang Hospital yang aku bg salinannya tuh, ada tulis pasal treatment (sebab tuh PRUBSN suruh "treat" dulu kononnya, kelakauuuuu!!). Padahal, tu adalah surat dr Hospital Putrajaya yang refer kes Zayra ke Selayang Hospital sebab Selayang is the best hospital for hand & microsurgery. Mestilah doktor Putrajaya akan explain keadaan tangan Zayra dlm surat tu dan mintak doktor bg rawatan a.k.a "treatment" yang sebaiknya mengikut kemampuan hospital.

Anyway, aku dah pergi pun last 3 weeks dan pakar pun dah tengok xray tgn kanan Zayra tuh. There is nothing much that Doc can do sekarang sebab tapak tangan dia takder tulang. So, Doc kena tunggu pertumbuhan tulang dia for another 3 months, and dari situ barulah leh pikir untuk "mekap" tgn dia. But, kalau nak kata ia boleh berfungsi seperti biasa, aku personally rasa pun tak boleh, sebab tulang tangan kita kan very kompleks, so kalau ikut logik, memang tulang tak boleh tumbuh sekompleks itu selepas baby lahir kan. Tapi, nak cakap lebih-lebih pun, aku bukan Pakar Tangan. So, biarlah Pakar yg bgtau bila masanya tiba. As I said, walaupun resultnya tak memberangsangkan (tulang tak tumbuh as we hope & Doc takleh wat apa-apa), Insya Allah, I can deal with it & triple sure that Zayra also can deal with it!!! Takyah citer pasal sedih @ kesian ahhh..aku tak harapkan simpati tuh pun, kalau Doc bgtau the worst part pun, sebagai ibu, mungkin bergenang air mata dan meleleh sikit, sebab naluri keibuan aku yang tinggi (yang mengharapkan the best utk anak dia), tapi secara batinnya (batin tak tahannn.hahaha), tu jugak yg aku rasa (there's nothing much that Doc can do), walaupun aku bukan Doc. Hehheh..

Cuma, setiap kali lepas sembayang, aku berdoa agar Allah menumbuhkan dan memanjangkan tulang tangan kanan Zayra. Walaupun tak selengkap dan sekompleks yang normal, tapi sekurang-kurangnya ia memanjang dan Doc dapat lakukan sesuatu. Walaupun nampak cam impossible, tapi kuasa Tuhan sapa pun tak boleh halang. Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan keajaiban itu dan sebagai hambaNya, aku bebas nak mintak apa yang aku nak walaupun nampak cam tak logik. Kun Faya Kun...remember that always..(kan best kalau tetiba bangun pagi, tangan kanan Zayra sebijik cam tangan kiri dia! Huiyooooo....nazar botak kepala aku weiiii!!) Hahahhahaha...

Dan, yang aku tak puas hati jugak, dorang siap tulis "and child attaine age 3'. " Ada beza ker amik skang ngan bila umur dia 3 tahun? Adakah bila umur dia 3 tahun, dorang akan bg aku beli insurans tuh dan bg full coverage to Zayra? Adakah dorang akan cover all the reconstructive surgery yang bakal dilakukan kelak (kalau ada lah kan ..). Kalau STILL TAK COVER, then apa bezanya amik sekarang atau akan datang? Kelakar kan??? Sedangkan, kemalangan atau penyakit kritikal tuh boleh datang bila2 masa sahaja. It doesnt make sense at all!!!!

So, kesimpulannya, hari ni memang aku nak call dan "berperang" ngan PRUBSN tuh, nak tanya napa baby Zayra aku takleh beli insuran tuh. Sebab, alasan yang diberi sungguh tak logik dan nampak sangat dorang tak tau apa itu ABS. Mentang2 ada tulis "Syndrome" kat situ, ko ingat semua "Syndrome" tu maksudnya "penyakit" ke hapa??? Lawak sungguh..So my frends, korang doakan aku berjaya mendapatkan hak anak aku okeh!!! Lawan tetap lawannnnnn! Iyaahhhhhh.......Abooooo Gggittttttt!!!!! Siap ko PRUBSNNNNNNN!!!!! Hihihiiii...

Zayra: Huaaaaaaaa! Ini TIDAK ADILLLLL! I WANT JUSTICEEEEEE!!!
Kak Ros: Iya Zayra Sayangg...nanti mak ko jadi Incredible Hulk gi "lawan" kat PRUBSN kay yang oi...
Suara latar Qarissa kat belakang: "ACCA..ACCA...ACCRRRYYYYY" (Maksudnya - Adik, dont cry!!! ) Hhehee...comey jer bila dengar Q cakap camtuh!

Zayra: Aunty2 & Uncle2 suma doakan Zayra dapat beli insuran + tulang tangan kanan Zayra bertambah panjang okehhh.. I Love Uolssss! Simpan senyuman Zayra ni dalam hati tau..:) ~Mummy kata "Dalam hati ada tamannnnn". Teeheee~


Aci aciiii...aciii mettttttt!!!

13 comments:

BabyIntan said...

Insya'Allah siapa tahu kan kuasa Tuhan tu besar, mana tau tup2 one day dengan berkat doa ibu dan daddy zayra...tangan nya kembali pulih atau pon ada perkembangan yg positif kan....aunty pon akan doakan yg sama ye zayra sayang :)

Watie...go go go...fight for her right! Gud luck :)

mila.ibunajihah said...

chai yuk..chai yuk..watie.. baby zayra deserve her rights (aku rasa cam nak join je pi berperang tu..geram tau) Aunty mila pun doakan moga baby Zayra will have her miracle..mana tau..InsyaAllah..Aminn..

mas said...

ooo perang ini..aku pun sokong...macam peliks je insuran ni...doa seorang ibu memang mustajab..kena wat dengan yakin..aku nak share sikit nih...baca yasin 44 hari selepas maghrib..dan wat solat hajat...usaha..insyaallah..segala urusan akan dipermudahkan ...aku sentiasa doakan zayra sihat...zayra baby yang memng cerdik..dalam hari pun dah leh gelak sakan..aku mmg tak leh lupa yg dia gelak2 tgk sofea...so cute...best of luck watie..

Unknown said...

huh nampak sangat diorang tak kaji betul2 amende ABS tu. bengong sungguh! go watie! fight for it! aku doakan semuanya berjalan lancar.

isabelle said...

aku mls betul deal dgn org perasan pandai nih.
apa lagi beb, serang je..jgn lupa bwk kapak sekali (hehehe.jadi mami jarum pulak)

Fid said...

cer tanya mommylyna MSK tu insuran fahry cover tak kaki...

macam2 la org insuran nih
semoga dapat beli insuran ya

erkk derang x nak duit erk?
mommywatie ni uwangnya besarrrrr kan kan
kakakkaaaa

Unknown said...

yeayyy .. hit it for zayra .. :)

Ros Ibrahim said...

watie, i sokong perang!..he..he

besides calling them, i suggest buat surat complain.. attached sekali makna AB tu.. email, fax and post to the highest level people kat PRUBSN.

kalau still tak layan, kena report kat newspaper.. sebab this is truly not fair..*dah..tarik nafas*

Myalycia said...

go Mummy go..
anty slalu doakan untuk Q & Zara,, mwahhh..

Haiza said...

perang je untuk menegakkan keadilan....hihihi..

InsyaAllah jika diizikanNya semua doa untuk kebaikan anak-anak ni diberkati olehNya..Semoga berjaya memperjuangkan hak anak Watie tu...

*tetiba plak semangat mak berkobar2 ni noks*

Watie Aziz said...

Hi kengkawan suma ..wahh ..berkobar2 aku baca komen korang ..hahaha..tq tq tq so very2 much .. terharunya ..:D

aku dah perang smalam .. hehhe..sib baik staff tuh baik..memula dia bg alasan kata Zayra masih sgt kecik..aku terus lah sound - Hello!! anak yg yg 1st si Qarissa tuh i beli PRUBSN masa umur dia sehari tau! (& of course lah it take some time b4 dia approve sebab tak silap aku dulu dalam tempoh 30 hari baru leh approve kot, but the sign suma tuh awal2 dah buat) .

Then bila aku kemukakan hujah2 aku, diia pun cam tak cakap apa sgt lah, coz she see my point there, then dia kata leh appeal, so aku pun cakap lagi - My dear, thats is what i'm doing now ...! Sabar jer yerk.. hahaha

then aku tanya apa yg nak kena buat utk appeal, dia suh aku wat fully medical check up, which i agree & think its fair to them also.isi borang checkup, wat surat dan bg kat agent.

so now, me ngah kumpul report dr doc2 yg pernah rawat Zayra dan juggak dato dr zul kat smc untuk isi borang medical checkup insurans tu ..dato dr zul pun kata Zayra is very healthy so no issue on the insurans purchase sebenarnya ..

& me pun dah print wikipedia info & abs website nak attachkan skali (thanks to Little Mama for that suggestion, aku rasa cam nak highlight jer ayat2 penting dalam tuh ..hahahah)

Fid, if u nak tau, mummy Lynalah org pertama yg i call tau ..heheh.. nak tanya whether fahry dah amik insuran tak & how it goes, tapi Lyna lum amik lagi rupanya ..skang baru nak amik..:) so tak dapeklah dia nak bg pendapat camner kan ..but its ok.. i dah dapat solutionnya ..harap2 the appeal succesfull lah ..kalau tak .mau aku berperang lagik nih .. hahahha..

tq again for my dear frends for the doa .. love uolssss lotsss...!

EllyRouzinie : Monolog said...

hurm..slm...i'm agent insuran (terbaca blog ni)prubsn..hehe..no comment tapi sepatutnye agen kena wat memo gak kat proposal tu...kcian kat akak..but...skang ni da ada insuran ke?hurm...hope u get the best..kemarin sy ada submit case kawan sy ada history pembedahan brest lump n alhamdulillah approve..ada gak agent yang smbil lewa (x semua)...im in dis field..mcm2 ragam..kita kena figth ngan benda2 yang patut...if sy jd akak pun sy akan call sendiri costumer servis..lebih puas hati...dis my no. 0193731966...ready to servis....just nk advice pun xpe...^_^

EllyRouzinie : Monolog said...

hurm..slm...i'm agent insuran (terbaca blog ni)prubsn..hehe..no comment tapi sepatutnye agen kena wat memo gak kat proposal tu...kcian kat akak..but...skang ni da ada insuran ke?hurm...hope u get the best..kemarin sy ada submit case kawan sy ada history pembedahan brest lump n alhamdulillah approve..ada gak agent yang smbil lewa (x semua)...im in dis field..mcm2 ragam..kita kena figth ngan benda2 yang patut...if sy jd akak pun sy akan call sendiri costumer servis..lebih puas hati...dis my no. 0193731966...ready to servis....just nk advice pun xpe...^_^

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading