Aiyoo...ini baby sudah pandai demand ooo.. i notice it masa dia umur sebulan setengah tapi ni dah masuk 2 bulan 4 hari umur dia, ke"demanding" an baby Zayra semakin ketara noksss...! Ho ho .. ni sudah lagi advance dari kakak Q dia dulu..Hhehe.. Seingat aku, Q masa 3 months pertama hidup dia, dia biasa2 jer lah ..sebab Mummy tak pandai nak stimulate sangat time tu, masuk Gymboree pun masa umur Q 4 bulan. After that is history lah kan ..Hhehehe.. Tapi sejak ada baby Zayra nih, aku mmg mengaktifkan diri untuk stimulate Zayra on daily basis. Tak kesahlah time bila pun, janji ada free time, mmg both of us bercengkarama di atas katil. Hahhaha..
Zayra love massage time!
Dan, mmg aku observe yang Zayra ni mmg nampak advance sket dari Qarissa. Bila aku baca-baca balik buku parenting, katanya budak umur 3 bulan mmg dah nampak clear dan start to cooing & gooing, tapi Zaya ni bukan main becok dah ah. Baru dua bulan! Kuat membebel leh tahan nokss.. ni aku rasa gene aku kuat lah. Hahhaha.. Zayra suka senyum, buat muka, then ajak aku berborak! Dan aku pun rajin melayan dia berborak. Suka sgt tgk dia balas apa aku cakap sambil senyum. Macam paham jer org cakap apa. Hehhe..
Antara sessi-sessi stimulation yang dibuat ke atas Zayra.
Hari Selasa lepas, aku sibuk sket update ebook early education aku tu. Kalau tak merajinkan diri, ntah bila nak siap aku pun tak tahu lah.. Hu hu.. So, aku layan Zayra ala kadar jer lah kan..Member pun dapat nenen, tidur dan bangun bebel-bebel, rengek-rengek pastu tidur lagi. Bila dia merengek2 sket, aku mmg tak angkat dan tak layan sangat, takmo dia manja. Tau-tau jer, dia tak tertidur balik. Kesian lah pulak...tapi kena keraskan hati sket lah kan..
Bila hari dah petang & me masih sibuk depan lappy..aku tengok Zayra membebel & merengek lama sangat. Aku nak bagi nenen, tapi dia pandang muka aku sambil bebel-bebel lagi. Penat aku sumbat nenen, memang tak jalan pun...! Dia takmo! Tolak-tolak nenen aku yg cun tuh! Hahah.. Siap aku baring sama-sama atas katil, dia tetap tak nak. Duk pandang muka aku sambil merengek-rengek cam nak cakap something. Then, my instinct terus kata, "Ntah-ntah dia nak ajak aku main tak?" Then terus aku realise yang aku tak buat pun stimulation routine untuk Zayra hari ni! Setakat layan dia ala kadar je. Kesiannya anak aku! Teruslah aku stop apa aku buat dan start to play with her.
Enjoying the time we spent together!
Bila aku nyanyi jer lagu permulaan yang biasa aku amalkan sebelum start any routine, terus dia senyum lebar dan senyappppp! Mak aiiii..terkejutnya aku! Memang betul rupanya Zayra nak ajak main. Hadoi...bersalahnya rasa sebab lambat wat stimulation ngan Zayra today! Sorry sayang..Mummy tak sengaja kay...:( Terus aku ajak dia main macam-macam aktiviti dan sepanjang permainan tu, dia suka sangat!! Asyik senyum, sambil ajak aku borak. Aku paling suka bila tengok dan dengar Zayra "bercakap". Sangat kiut dan comel serta nampak bijak! Selain dari nyanyian dan massage2 sket sambil nyanyi, sempat jugaklah lah aku bacakan Zayra buku cerita, bagi dia pegang "Feel & Touch" Book dan buat reading session. Memang nampak sangat Zayra happy & fokus degan semua aktiviti. Mata bukan main besau tengok flash card tu...
Mirror time tak leh lupa ..Wajib!!
Dah puas main, aku pun biarkan dia atas katil dan terus sambung kerja aku yang tertangguh tadi. Wow, Zayra memang baik tau ..dia senyap jer lepas tuh, mata terbukak tapi mulut diam jer..tau tau jer tidur balik!!! Dah penat main lah tuh..dan dah puas sebab Mummy dah wat stimulation routine kat dia. Bijaknya anak Mummy nih! Dah pandai demand yer! Tapi takper sayang..Mummy suka anak Mummy demand camni, jadi Mummy tak lupa tanggungjawab Mummy. Bz camner sekalipun, sehari sekali mesti kita main & berborak sama2 kay sayang...Nanti Zayra ingatkan Mummy kalau Mummy lupa lagi ok...! I Love u my honey pie...!
Really suka saat stimulation with my Q's.
5 comments:
watie..zayra da bape kg nih?
ko slalu urut2 ek?
nampak 'sihat' dan bijak!
suka dia tengok cermin ye?
esok2 mesti rajin melawa mcm kakak dia
munira, smalam check up dah 5.27 kg..cepat jer dah besar, aku pun penat dah dukung ..hahah..tapi leh tahan lagi ah ..:)
mmg aku urut dia setiap kali pas mandi yang..urut satu badan .. then bila main2 tuh, ada gak pegang2 badan dia .. tapi beralas baju lah kan ..pas mandi tu direct touch ..kena kulit terus ..:)
tq munira ..mmg dia gemok cepat dan bijak.. hehhe.. suka balas apa aku cakap ..duk ooo...ahhh..siap ada intonasi tinggi rendah dan cam mengeluh pun ada .. hahhaha
issabele .. hahaha..mmg pun yang! kecik2 dah tunjuk bakat! dia mmg suka cermin cam Q gak dulu ..mmg aku kata- nanti dah besauuu, lawanlah korang dua sapa paling lama mekap ngadap cermin .. hahahah..
ada aku rakamkan satu set mirror session with zayra @ home tapi tak transfer lagi ..ko tgk mesti gerammmm.. hahaha
dah tembam dah zayra..baguslah u.stimulate zayra..bijak dia.i nak wat mirror session jugaklah dgn adam.:)
Post a Comment