Tuesday, June 15, 2010

Q Dah Pandai Tantrum. Apa Nak Buat??

Hadoi budak bijak nih. Makin usia nak menginjak 2 tahun, dah pandai tantrum tau! Memang mencabar kesabaran aku sungguh! Lately ni Q suka buat perangai pelik-pelik. Sakit jiwa aku menengoknya ....Ni antara "perangai" molek yang dia suka buat...

  • * Suka lari-lari pastu eksen jatuh terus meniarap kat lantai. Pastu bangun balik, sambung lari, dan jatuh tertiarap lagi. Muka tak bersalah langsung! Buat muka DIVA plak tuh. Ala-ala tuan puteri jatuh, so sila tolong angkat yerk....! Kalau kat umah takperlah, ada laminate flooring. Ni kat shopping kompleks pun dia buat gak. Aku mmg hangin btol lah .. dah lah kotor lantai tuh, sejuk pulak. Segan jer ngan mak bapak lain tau .. geramnyyyyaaaa!!
  • * Ni pun aku berangin tau - Dia suka sangat melembik-lembikkan badan dia setiap kali me & Saiful nak dukung. Dah macam belut gamaknya! Susah giler dowh aku nak dukung dia bila dia wat perangai camtu, rasa nak cubit2 jer .. Hahhaha..sib baik aku ibu mithali, aku tak cubit, aku lempang jer! Hahhahah... (gilo per nak lempang anak ..) Mana ader, aku peluk jer dia kuat-kuat jadi dia tak leh menggelinjang lagi dalam pelukan aku.. hahah...terus jadi keras..
  • * Dah pandai demand nak tengok DVD yang dia suka jer. Kalau bukak DVD yang dia tak suka, dia akan merenegek2, tarik tangan aku @ Saiful, pergi kat DVD player, sambil tunjuk2. Selagi tak jumpa cerita yang berkenan di hati, selagi tuh lah dia akan membebel. Nasib baiklah aku dah latih tengok video education dari kecik. So, semua DVD yang dia mintak tukar tuh hanya berkisar pada DVD education saja lah. Taklah aku marah sgt, cuma penat bila dia asyik takmo, asyik nak mintak tukar jer. Tu lah pentingnya kita ajar dan latih anak dari kecik, kalau tak, bila dia dah pandai cakap "NO", mmg susah sket nak melayannya . Si Q yang asyik mintak tukar DVD pun sudah buat "my blood go upstairs", apatah lagi kalau anak nak mintak tengok citer yang bukan-bukan, atau cakap takmo belajar, nak main, nak tgk kartun, bla, bla bla .. susah nak handle gak ooo...
  • * Suka sangat memanjat katil dan turun tanpa sebab yang munasabah. Dia panjat dari kiri, then turun kat kanan, pastu panjat lagi, turun balik. Hangin ker tak hangin? Nak-nak time tengah malam, tgh netekkan Zayra, habis di pijak2 nya kaki aku!
  • *Itu aku leh sabar lagi. Yang lagi aku geram, dia naik katil dan terus lompat-lompat pastu terus meniarap. Melantun-lantun badan dia! Siap gelak kesukaan tu! Dia ingat MegaKidz ker hapa?? Aku cuak btol kalau dia jatuh katil. Dah lah katil tinggi. Sia-sia jer patah riuk. Nak sambut dia, aku plak ngah dukung Zayra. Dah tu camnooo?
  • *Pastu skang nih, susah giler nak tidur bila malam. Selalunya dah bg susu, terus tergolek, mata pun lelap, ni tak..habis susu, turun balik katil, tawaf satu bilik, panjat katil, turun balik, panjat lagi..memang mencabar btol lah nak layan kan ..Sampai we all kena pretend to sleep tau! Tu pun lum tentu jalan! Smalam member leh siap tidur celah kelangkang aku lagik!!! Bila Daddy dia amik nak letak tengah, dia merengek2 takmo. Then, dia patah balik kat aku, tidur balik celah kelangkang ni. Aku ngah netekkan si Zayra. Just imagine lah kan..buruk tak buruk rupanya menetek sambil mengangkang?? Perghhhh! Dia cemburu ker ngan Zayra ker erk? Tapi tak mo tunjuk..kata DIVA kan ... egolah konon .. hmmm..
  • *Time tengah hari pun sama. Nak tidur bukan main susah. Siap nangis2 tak hengat dunia. Aku memang paling menyampah kalau budak nangis tak tentu pasal nih. Syukur sangat anak aku tak cam tuh kan ..Tapi Q ni ada plak tanda2 nak mula buat perangai camni. 2 tahun hidup dia ok jer .. Semalam kan, bila dia nangis tgh hari tu, aku buat tak paham jer . Aku buat2 tidur. Dia tarik tgn aku suh bukak DVD dia, aku tak layan. Aku amik buku citer dia, pastu aku ajak dia baca! Hahha.. boleh gitu?? Member berangin jer lah..Dia amik buku pastu campak buku tuh. Aku amik lagi buku lain, buat mender yg sama, dia amik lagi dan letak balik kat rak. Hahhaa. Aku amik lagi, sudahnya dia pun duduk dan baca ngan aku! Wakakakak... Siap sebut-sebut- food, food dan point to the word. Habis di beleknya satu buku. Berjaya jugak akhirnya aku nak alih perhatian dia dari menangis. Cayalah Watie!
Tu lah antara perangai2 pelik yang dia buat lately. Aku tak tahulah sampai bila kan..Memang kalau pikirkan, aku takut bila malam menjelma! Hahah..Sebab dah tau mesti Q akan buat perangai punya..tapi apa nak buat...agaknya dia nak beralih bulan tak? Wakakak.. "Period" time kot ..hmmm..

Korang ada idea tak, kalau anak tantrum kan, tak kesahlah sebab apa pun, dan apa jenis tantrum, camner korang handle yerk? Meh share sket ngan aku. Leh aku aplikasikan kat si Qarissa ni ha ...tq in advance yerk my frends ..

Telinga kuar asapppp,

7 comments:

munira said...

watie..part lembik2 badan ngan saje2 jatuhkan badan tu sama je cam zahraa!
eh aku rasa q berusaha untuk tarik perhatian ko laa....
sebab sekarang attention yang dia dapat tak macam dolu!

isabelle said...

ohh..itu adalah taktik biasa kebanyakan budak at her age. rasanya bila ada adik nnt, adam punya aksi pun akan makin mengada.
aku dah minta laki aku tlg jaga dia. kalo x, haaa...tau la dia

salzahari said...

mmg begitu laa sikap budak 2 thn ++ Watie..bkn tantrum! dia dah mula menunjukkan skil 'buasnya'..ehehe, ko sabarkan jerlah sbb skil itu bkn akan berkurang,tapi akan bertambah2 lagi ikut bulan! hahaha....budak makin byk akal.

Ros Ibrahim said...

oh..no 1-5 sebijik sama dengan izzah.. ha..ha

alinalan said...

hokalloo watier no2-7 tuh sebiji cam Damia ler. Me ada sharing sket kat sini [http://alinalan.blogspot.com/2010/04/damia-tantrums-ke-jeles.html]

so far bila dah abis pantang cam dah kurang sket pe'el pelik tuh cuma no6-7 yg masih tak hilang2 lagi... kekadang geram la jugak...

mila.ibunajihah said...

hmm..Q pun da sampai stage 'troble two' cam najihah. kalau dia minta things yg kita mmg tak boleh bagi, distract her with other thing yg boleh. Right now if pi mana2 i just guna buggy utk najiha, coz tak larat nak layan jeritan dan aksi 'belut' dia di khalayak ramai. yg lain2 tu i guess dia cuma nak your attention:) gud luck dear!

Watie Aziz said...

Kengkawan, terima kasihlah kerana kongsi ngan aku ..sangat2 menghargainya ... aku ingat anak aku sorang jer yg buat tebiat cam nih .. hahahaha.. ada geng rasa safe sket .. wakakakk ..

skang ni nampak Q dah ok sket ..dia dah tau yg the "belu2" things, nangis2 hempas2 does not work ..so dia nangis sedu2 jer .. hahahah .. sometimes dia buat gak perangai ..ikut time lah ..nak beralih bulan kot .. hahahaha ...

thanks again my dear friends ..:)

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading