Tuesday, June 1, 2010

Perginya Hafiy Menyentak Perasaan Keibuanku..

Hari Ahad yang baru saja berlalu membawa khabar duka buat diriku sekeluarga. Kami menghabiskan cuti hari Wesak di PD, seterusnya meraikan perkahwinan sepupu hubby @ Melaka dengan penuh kegembiraan. Pulang pada hari Sabtu, tertidur kepenatan dan bangun lambat pada hari Ahad.

Niat dihati ingin melepak saja dirumah pada hari Ahad. Tapi hubby mengajak aku menemaninya ke Little India @ Kelang untuk membeli shawl bagi dipasangkan dengan baju ala Bolywood yang bakal digunakan pada hari perkahwinan sebelah lelaki hari Sabtu ini. Sempat jg aku membeli & menempah sepasang baju Punjabi berwarna oren garang.

Usai membeli, kami terus pulang ke rumah kerana Zayra telah mula berak dan pampersnya bocor. Silap aku kerana lupa menukarkan pampers mahal buatnya. Aku pakaikan pampers murah jer while at home, tapi terlupa nak tukar masa keluar.

Dalam perjalanan balik, hubby dapat panggilan dan mukanya berubah serta merta. Aku tahu sesuatu yg tidak baik telah berlaku dan tambah manakutkan apabila aku terdengar hubby berkata, "Anak dalam perut ker?". Aku terus bertanya hubby bertalu-talu, "Siapa??? Kenapa bangg??". Hubby kemudian memberitahu aku khabar duka yang mana anak sahabatku a.k.a jiran setaman di AP ini telah meninggal dunia. Bukan yang di dalam perut, tetapi adik Hafiy yang berusia 3 tahun. Aku tersentak dan terus menangis sambil memeluk Zayra. Ya Allah.. Hafiy ker??

Serta merta senyuman manja nya terbayang ditubir mata. Wajah yg comel dan hensem, pipi yang gebu dengan kedua-dua lesung pipitnya di kiri dan kanan, rambut yang perang dan terpacak ketika usianya bawah setahun dan kulit yang putih gebu. Memang pakej yg lengkap serba serbi. Tambah menyedihkan kerana baru seminggu yang lepas dia dan ibunya datang ke rumah melawat baby Zayra. Ibunya, Alina hanya membawa Hafiy bersama dan meninggalkan 4 anak yang lain dirumah. Qarissa begitu seronok bermain bersama Hafiy. Bukan main semangat Qarissa mengejar Hafiy keliling rumah dan mereka tergelak-gelak dan bermain bersama. Kami duduk berborak lebih kurang 3 jam lamanya. Dari satu cerita ke satu cerita kami bualkan. Sempat juga Alina mengajar aku cara menggunakan steamer AVENT (yang aku beli zaman Q lahir tapi tak pernah guna. Yer, aku mmg hampeh!) . Dia jugalah yang mengesyorkan aku menggunakan Milk Shell Collector Medela di bhg breast yg tak diberi susu (ketika sebelah breast lagi tengah menyusu). Mmg aku tak tahu pun wujudnya Milk Shell Collector nih. Selalu aku pakai breast pad BEBE jer, tapi sayang sebab susu banyak melimpah. Segan jer kan, anak dah 2 tapi tak tahu pun pasal Collector tu. Hu hu.. Tengah seronok-seronok bercerita dan melihat kedua-dua anak kami saling bermain bersama, arwah Hafiy asyik tersenyum dan menayang lesung pipitnya hingga aku berulang kali memberitahu Alina betapa geramnya aku melihat Hafiy tersenyum sambil menjeling ke arahku bila aku mengusik dia. Now, ia seakan layar lebar yang asyik diulang tayang dalam kotak fikiranku...so fresh like yesterday!

Dan, aku tabik juga dengan Alina kerana dia seorang yang berani. Apabila mendapat tahu berkenaan dengan tangan Zayra, balik jer rumah, dia terus buat research pasal amniotic band dan kami menyambung perbualan kami di FB chat. Aku terkejut kerana Alina memberikan link FB Group berkaitan dengan Amniotic Band ini. Aku pun tak tahu adanya group ini di FB. Kalau di laman web lain, mmg aku tahu ada. Sayu dan terharu bila Alina kata, bila balik, dia asyik teringatkan Zayra dan terbayangkan tangan Zayra. Dia tumpang sedih dan simpati dengan takdir Zayra dan dalam masa yang sama, kami berkongsi cerita anak-anak. Alina pula sedang pregnant 7 bulan ketika ini dan aku terus menegurnya apabila dia dengan selamba berkata, "Ada macam-macam jenis amniotic band ni yer Watie..". Aku terkejut! Rupanya Alina meneliti satu persatu gambar di FB Group tersebut. Beraninya dia! Aku terus menegurnya, maklumlah dia mengandung sekarang, aku takmolah dia tgk gambar-gambar yang ada kat group tu. But, she was very open minded and say, "Everything's in God hand Darling". Yer, memang aku setuju. Just like me, sepanjang mengandung rasanya both of us takder pun buat mender2 pelik, semuanya normal, tapi kalau Tuhan nak bagi sesuatu, tak perlu kita nak tgk atau buat mender yg diluar kebiasaan, kita tetap dapat juga bahagiannya. Keistimewaan yang diberikan untuk melihat sejauh mana kita beriman padaNya. (but, me still takut tgk gambar pelik-pelik like gambar hantu, setan, jenglot binatang pelik-pelik atau apa2 jer lah yg lain dr lain.. huhu). Tuh yg membuatkan aku tabik kat Alina. Dia mmg kuat semangat!

Dan kini, aku pula yang terbayang-bayangkan Hafiy apabila dia pergi meninggalkan kami semua dlm keadaan mengejut! Tersentak dan terpaku seketika. Memeluk Q dan Zayra sambil terbayangkan Hafiy. Jujur aku katakan, tidurku tidak lena di malam pemergian Hafiy. Terbayang dan termimpikan Hafiy, Alina dan keluarga. Bila bangun pagi, otak aku rasa penat. Kepenatan "otak" yang aku rasa, walaupun tidaklah sehebat kepenatan "otak" ketika malam pertama melahirkan baby Zayra di Putrajaya, tapi ia tetap terkesan. Aku risaukan Alina, maklumlah dia sedang mengandung anak ke 6 sekarang. Memang ujian yang sangat hebat sekarang buat dia dan keluarga. Begitu cepatnya Hafiy dijemput pulang. Aku tahu kini Hafiy di syurga tetapi kehilangannya sememangnya dirasai. Naluri keibuanku begitu tersentuh. Memang semenjak menjadi ibu aku agak sensitif mengenai anak-anak ini. Sedangkan aku yang sekali sekala bertemu Hafiy tidak bersedia menerima berita mengejut ini, apatah lagi ibu dan bapanya.

Ya Allah, ko kuatkan lah sahabatku Haslina, semoga dia tabah menerima ketentuanmu Ya Allah... semoga dia redha dengan pemergian Hafiy, semoga dia sihat selalu sehingga tiba waktu melahirkan. Kau kurniakan sahabatku Alina dengan anak yang sihat dan sempurna tubuh badan dan akal fikirannya Ya Allah. Mudahkanlah urusannya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui dan Berkuasa ... Amin ...

Wajah comel Hafiy yg masih terbayang2 di tubir mata. Beginilah comelnya Hafiy tatkala kali pertama aku membuat unofficial open house di rumah baru @ 2008. Masa tuh Hafiy still small & yet so hensem, chubby, rambut pacak dan gebushhh ya amat! In fact, dia yg paling semangat antara all the siblings masa lahir. (gambar ihsan FB Alina)

Hanya kenangan yg tinggal. Arwah Hafiy yang keseronokan ketika1st B'day Celebration Qarissa yang lalu. Masa nih, umur Hafiy dalam 2 tahun ++. Yang baju oren tuh kakak sulungnya, Hasya. So caring..jaga adik main slide .. hu hu..


Masih sedih dan sayu sampai mood nak tulis ayat berbunga2 pun takder..:(


7 comments:

MrsYusofhussain said...

Innalillah...Hafiy tu meninggal kenapa kak? Sy pun semenjak dh jadi ibu ni mmg xleh kalo tau ade budak sakit ke meninggal ke...sbb kita pun taknak sthing happen to our child...tapi tu la, semuanya di tangan Allah...kita doakan la ibu nya kuat

isabelle said...

hush..dah la namanyahafiy, maknye lina...
i terus blur jap...
takkan mommylyna yg dok hoyeh2 kat london tu? hehe..rupanya x.

Pidah said...

semoga kak haszy sabar menerima dugaan Allah ni... kak haszy betul2 kuat... susah nak cari orang cam akak...sabar yer kak...thanks watie for this entry... sedihnya baca - pidah & wan ...saujana utama..

Watie Aziz said...

meninggal dalam tidur yang .. dah sampai masa dia pergi ..mmg mengejutkan tapi allah lebih syg dia ..:)ibu hafiy mmg tabah sgttt.....respek dia a lot!

Watie Aziz said...

issabelle, aah kebetulann kan yang? heheh..bukan ah ..terbatuk2 lyna kalau baca nih ..ahhaa

Watie Aziz said...

pidah ..sedih kan yang ?/ watie pun sedih tau ..tak sangka sesangat ..padanlah dia bawka hafiy sorang jer dtg umah hari tuh ..tak terluah nak tanya lebih2 kenapa .. hu hu..

nurnajwa said...

Innalillah..mengalir air mata saya...semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya...seperti kata mrsyusofhussain, sememangnya kita akan jd sensitif bile dngr trbaca kisah2 cam ni sb tringtkn ank2 kite...bt arwah hafiy, walaupn auntie x brpeluang nk mengenalimu nak, autie sedekahkn Al-Fatihah buat mu, semoaga suatu masa kelak kite akn brjumpe di tmn Firdausi..Amin

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading