Sunday, September 12, 2010

Dato' Sosilawati mati dibakar?? Kejamnya manusia!!

Entah kenapa, tiba2 malam semalam aku mimpi, dan dalam mimpi aku tuh ada Dato' Sosilawati nih. Dalam mimpi tuh, aku masuk dalam bilik tengah cek up ngan Doktor dan Dato' Sosilawati pun ada dengan Doktor tu, dia yang bagi arahan sungguh2 kat Doktor tuh suruh cek aku and few other patient yang aku tak kenal siapa. Dalam mimpi tuh lagik, dia sampai terbongkok-bongkok (not sure dia buat apa) tapi time tuh terdetik kat hati aku, "Baiknya Sosilawati nih, semangatnya nak tolong aku". Pastu aku berborak ngan dia, aku terus tanya "Mana Dato' hilang nih? Semua orang cari Dato. Kat sini rupanya Dato' sembunyi. Keluarlah Dato, suma orang cari nih!!!" Pastu Dato' Sosilawati nangis-nangis and say something like this, "I tak boleh keluar dari sini ... " and few other words tapi aku dah tak ingat apa dia kata. Aku lega jugak sebab at least aku tahu dia hidup lagi dalam mimpi tuh ...

Dan, bila bangun pagi, aku pun amik my bb, cek FB dan baca few comments from my frends saying that "DATO' SOSILAWATI MATI DIBUNUH..". Me like....."Oh My God...betul ker nih???? Bukan ker few hours ago aku baru mimpi dia & dia selamat???? Betul ker? Mana satu mimpi nih sebenarnyaaaaa!!" Terus aku bangun dan mengadap Lappy utk baca berita terkini.

Seriously, aku pun tak tahu kenapa tak pasal2 aku mimpikan Dato' Sosilawati tu. Walaupun all this while aku cuma baca dan ikuti perkembangan melalui berita dan paper tanpa mengomen dan mengomel dalam blog nih, tapi this morning, bila dapat berita nih, terus aku update blog pasal berita ni. Sebabnya aku masih terkejut dan rasa sedih yang teramat, tak sangka langsung kejadian nih berlaku tatkala Hari Raya, apatah lagi aku mimpi baekkk punya dia masih hidup. Walaupun dia nangis sungguh-sungguh macam sedih sgt, tapi at least aku tahu dia hidup. Tapi bila bangun dr tidur dan dengar yang dia dah takder ... terus aku terkujat ...:( Sedihnya ....

Ni berita yang aku ambil dari forum cari. Innalillah hi wainna ilai hirojiun pada arwah Dato' Sosilawati dan rakan-rakannya. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka. Kejamnya manusia, apalah yang ada di hati kamu sampai sanggup membunuh dan membakar mayat saudara seagama! Semoga Allah memberi balasan yang setimpal utk kejahatan itu!


Keratan KOSMO


KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.



Hari Raya yang sedih,



No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading