Monday, September 20, 2010

Jemputan Open Office & Genius Baby On Board Official Launching!

Salam Lebaran buat semua,


Rasanya time nih semua dah balik dari kampung & dah mula bekerja kan? Mesti malas nak kerja selepas lama bercuti kan? Hhehehe... Tau sangat, lazy Monday mood yang akan menyerang semua pekerja2 yang amik cuti panjang neh ..hehhehe..


So, untuk menghilangkan rasa boring dan menambah aura seronok di pagi Isnin nih, aku dengan segala sukacitanya nak jemput semua saudara-mara dan kawan-kawan - baik yang rajin baca this blog, silent readers mahupun active readers, business partners PFA dan sesapa sahaja yang menyinggah ke laman blog ni untuk sama-sama memeriahkan majlis yang bakal kami adakan di awal bulan Oktober nanti!


Pihak GBOB dan Bling Lustre telah pun bersepakat untuk mengadakan Open Office dan dalam masa yang sama, merasmikan pejabat baru Genius Baby On Board di Tingkat 2, Wisma Bling Lustre. Selepas seronok membuat kejutan pada my parents, tibalah masanya untuk kami membawa anda semua buat Road Tour kat pejabat baru GBOB. Dah tengok gambar kat FB @ Blog kan, this is the time uols leh tengok liveeee....:) *mode excited & teruja neh ...*


Sengaja we all pilih awal October sebab tahu, mesti banyak Open House yang menanti uols semua kan .. so, habiskan semua rumah yang ada, tapi block date kat bawah ni okay! Jangan lupa bawak anak-anak datang, lepas potong riben, anak-anak uols leh lepak2 dan main2 kat Kids Zone @ GBOB. Mak leh makan kat bawah, anak main kat atas! Ada 2 tempat nak lepak2, Tingkat 1 dan tingkat 2 .. Ikut uols lah nak lepak mana pun ... Best kan ..Hhehehe ...


Majlis nih we all memang plan nak buat secara santai dan taklah terlalu berprotokol sebab our main intention - NAK BERAMAH MESRA DENGAN PARA TETAMU YANG DATANG. Chit chatting, mingle around dan berkenal-kenalan dengan para tetamu .. hehehe.. rest & relax orang kata. Hheheh..Sebab tuh we all takder nak wat aktiviti-aktiviti yang terlalu banyak, sebab takut nanti terkocoh-kacah dengan aktiviti dan tak dapat nak melayan tetamu yang hadir. Dah lah raya setahun sekali kan ..ni lah masanya nak kenal-kenal anda sekeluarga .. :)


Jemput datang tau!!!



Sambil-sambil borak, kita juga akan dihiburkan dengan rangkaian lagu- lagu raya .. heheh.. bolehlah kalau korang nak lepas gian karaoke, leh nyanyi puas2 hari tuh yer! Hahhaha..Kalau tak cukup CD abang karaoke tuh .. korang bawak lah CD minus one sendiri .. wakakka.. layankan jer ... yang penting semua have fun! :)


So, this is the details pasal majlis tuh ..:)

Date : 2 October 2010
Day: Saturday
Time: 11 am - 4 pm
Place: Tempat Letak Kereta,
Wisma Bling Lustre, No: 47-G, 1 & 2, Jalan Meranti Jaya 3/1, Tanming Boulevard, Taman Meranti Jaya, 47120, Puchong, Selangor.
Tema: Hari Raya 1 Malaysia (pakai baju kebangsaan okeh!)



Aunty-anty & Uncle2 semua kena datang jumpa we all tau! Hhehehe


Any info pasal majlis tuh, aku akan update dari masa ke semasa dalam this blog okeh gang ..:) Jangan lupa block this date tau! Please ..pleaseee...& pleaseee... treat this as my personal invitation tau, janganlah sebab aku tak call uols direct ajak datang, korang takmo datang sebab aku tak cakap sendiri dari mulut kekdahnya...so hati suda kecik dan terus takmo datang .. hu hu ..sedih aku nanti tau .. kan skang ada banyak teknologi terkini, mehlah kita gunakannya okeh...lagipun, hp aku tuh banyak nombor dah takder sebab hp lama aku hilang, semua nombor dalam hp lama, hp baru banyak number kawan yang takder ..haruslah nanti time majlis aku wat koleksi kumpul nombor phone .hehehehe...


Ni pulak, peta utk korang datang ..Jangan sesat tau ..tak susah sebab dah banyak landmark yang ada ..susah-susah, pakai GPS okeh .. confirm tak sesat ..heheheh..







Yang Ikhlas Menjemput ...
Watie & saiful Sekeluarga ...:)

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading