Sunday, September 19, 2010

Kecik-kecik dah pandai menggoda!..

Adeiii... aku tak ajar pun ayat ni kat dia .. aku tak tau mana dia belajar sebut, maybe dia selalu dengar aku sebut kat Daddy dia, pastu dia ikut2 kot .. nasib baik ayatnya sedap didengar cuma aku sangatlah segan dan termalu sendiri bila dia sebut kat rakan sebaya! Perghhh..segan acik nokss....

Q skang mmg mulut dia dah mula nak bercakap, pantang dengar aku sebut apa2, dia mesti nak ikut, yang aku geram tuh, siap ada accent yang poyo okeh! Slang mat salleh ah kononnya .. tak kuasa akak dek non... hari tuh nampak words "Yati Ayam Percik", aku suh dia baca the word YATI, dia pronounce it as YETI .. hover kan! Nasib baik tak sebut Eyem Peycekkk.. hahahha..

Then, aku suh dia baca the word kat paper, ada tulis PULANG..(saja aku bagi BM punya sebab nak dengar slang ngada2 dia ..hahah), dia sebut PULENGGGG... nyampah mak dengar noksss!

Anak daraku yg jelita...konon...!

Pastu ada few English words yang dia cuba ikut setiap kali aku sebut, like "Let's go out, Let's go in, Let's go back, Come on, I love You... " dan macam-macam lagi ah ..Yang paling best bila dia sebut nama dia sendiri & nama Quzayra .. hehhehe.. sebijik dia tiru intonasi aku okay! Tergelak aku dengar! Memang aku ada rekod suara dalam Little Reader software tu, part nama Qarissa tuh aku ada 'lagukan' sket, boleh si diva ni ikut intonasi dia sebijik sebijan .. hhahaha.. Kelakar tul masa 1st time aku dengar. Daddy dia pun gelak. Then baru2 nih dia sebut plak nama Quzayra .. Mak aiiii.. accent bukan main comey lagi yer...slang RRR dan AAA tu wat aku asyik nak cium dia jer sebab geram!

Tu belum masuk perkataan "SEMILEEEE CHEEESEEEE" yang tetiba dia sebut walaupun kamera takder depan mata! Ni pun aku tak ajar, sure dia dengar we all sebut selama nih. hahaha...gedik giler hokay .. tapi best sebab bila we all dengar jer dia cakap camtu, terus amik camera dan mintak dia senyum, memang dia senyummmmmm sokmoooo... hahhhaa...!

Posing bukan main penuh gaya!

Yang terbaru, kelmarin! Memang buatkan aku terpana dan terus tersegan dengan partner aku, si Kay tuh.. adei Q ...ko ni wat malu Mummy jer lah sayangg....hari Jumaat lepas, aku singgah opis untuk tampal wall deco kat tangga, so, bawaklah suma anak-anak. Si Q ni pun sibuk nak tolong. Kebetulan pulak, aku dan Kay, my partner kat Level 1 tuh duk berbincang pasal Open Office & Launching GBOB yg bakal di adakan nanti. (will blog about this later kay ..). Anak sulung Kay yang hensem tuh pun ada sama, duk lepak2 kat luar pintu tu ha ... :)

Sekali tuh, Daddy Q pun turun membawa Q .. Nampak jer anak Kay yg hensem & putih tuh .. Si Q dengan suara seksi dan bangganya terus panggil "HI SAYANGGGGGGG" !!!!!!. Aku punyalah terkejut badak, terus terpana dan pandang hubby dengan muka blur! Tak pernah aku dengar si Q nih sebut that word dengan penuh menggoda, ni sapa ajar ni ha? Adoi...terus aku segan ngan Kay, dah lah anak dia bujang lak tuh .. hahahaha..nasib baik dua-dua bawah umur.. wakkakaka... pastu, teruslah Q gi memain ngan anak Kay ..sambil kadangkala terdengar gak dia panggil2 Aisy dengan kata-kata "HI SAYANGGGGGGG"...Sesuka hati ko jer yer Qarisssa... Adoiii....

Try to be as sexy as Mummy punya mata tapi mana leh kalahkan OTAI sayang ...Wakakakak!

Dah besauuuu anak omakkkkk.....jangan gatal2 tau bila dah akil baligh nanti ... Daddy dah mula ala-ala risauuu memikirkan Q bila besar nanti!

Suka tengok kerenah Q ...


No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading