Thursday, October 7, 2010

Bila Dua Q's Bergumpal!!

Yer, memang huru-hara bila dua Q ni bergumpal atas katil. Yang sorang tak padan kecik, ada hati nak punch kakak guna tangan kanan atau sometimes lempang guna tangan kiri. Yang sorang lagi, mentang-mentang dia kakak, nak tunjuk eksen .. sampai kengkadang dia selamba naik atas badan adik bila adik meniarap, dan lepas tuh jerit dengan muka tak bersalah ..."RIDE.... RIDE..!!". Adoi, ni penangan Little Reader lah nih .. dia nampak anak patung tuh dok ride horse .. Qarissa jadikan Zayra 'horse' dia plak .. aduyaii... anak ..anak .. menggelabah puyuh aku selamatkan si Zayra yang bila akak dia wat camtu ..muka Zayra selamba katak takder perasaaan sakit .. suka lagi ada kot .. isk isk..

Zayra is riding on Q. Loving sista kan .. Suka sgt tgk gambar neh!

Dan, mula bergumpal!!!

Tapi, dalam pada kecoh2 tuh kan ..memanglah sangat bahagia me & hubby tgk keletah dua beradik nih tau. Nampak sangat Q very loving kat adik. Walaupun dia ala-ala notty dan sometimes nampak jealous bila we all bg tumpuan kat adik, but dia cepat mengalah especially bila aku letak adik atas dia. Dia suka sangat, dan nampak sgt dia caring & sayang adik.Memang selalu aku suruh Zayra "ride" on Q, it shud be that way, not the other way round kan .. Comey jer bila Zayra "ride" Q, then Q tertoleh-toleh pandang adik sebab nak cium.. :) Tapi, kalau korang tanya Q, "Boleh tak nak amik adik balik?", Dia akan buat bodoh as if dia nak kata,"Erk...ada aku kesahhhh?" Memang sungguh diva yang yokoyo!

Q: I want to kiss u adekkkk!
Senyum banyak makna .. Mission - nak geget jari adik yang crunchy!

Tapi, dalam pada baik duk sayang-sayang adik, si adik ni pun dah naik sheikh, adik dok korek2 mulut kakak, kakak apa lagi, dalam pada baik, dia gigit jari adik!!! Hu hu hu ..dah lah jari yang ada tulang kat tangan kiri!! Kesiannya Zayra .. dia terkejut bila rasa sakit dan terus nangis! Tau-tau kuku dah merah macam kena himpit pintu tu. Gerammnya aku ..teruslah mulut Q kena babab. Dahlah adiknya tangan ada satu jer yg leh guna, tangan tu jugak yang ko nak geget yer Q .. Pity adik tau!! Dia tau pulak tuh bila aku ngan Daddy dia marah ..konon2 nak nangis suruh Daddy pujuk, sekali Daddy pun marah, terus tak jadi mengadu. Nangis sorang-sorang sudahnya Q .. Then pelan2 aku pujuk balik.. cakap tak boleh camtu, kesian adik.. dia dengan air mata bersepah-sepah, sampai air-air hidung suma kuar .. terus datang dan peluk aku and Zayra, terus baring dan minta aku letak Zayra atas badan dia . Then they play together as if nothing happened before! Sabar jer den .. tapi Zayra cam phobia jer ngan Q tau .. Cuak agaknya jari kiri hilang. Ekekekek.. Cian anak Mummy ..:)

Bersedia membuka mulut, untuk mengeget!
Korang nampak jari hantu yang termasuk kat tepi mulut Q? Tu lah yang kena gigit tuh..Sekejapan jer sampai adik dia terkejut!!

Happy lah ada 2 anak nak dekat sebaya ni kan. Memang penat tapi bila tgk keletah dorang, hilang suma penat.. They really know how to tackle us and make us smile all day kan ..:) Sapa yang ada anak sorang .. leh ah cepat2 buat anak yang 2nd ..serius best oo...

Gomol dan gumpal .. G's VS Q's .. ekekeke...
Dalam pada baik dia cium2 Zayra..Q amik kesempatan!

*sedang membayangkan keadaan aku dengan 2 anak di Bali yang panas.. harap2 Zayra tahan lasak macam Q dulu .. tapi si Q ni sejak dapat tittle DIVA TERPOYO ABAD INI, bila kena cahaya matahari sikit, tak kesah kat luar umah atau dalam keta, terus tutup muka dia dengan both hands ..konon2 puteri lilin tak leh kena panas lah .. serius menyampah bila tgk okay!!! Hahhahaa...*

My Q's..My Life,

4 comments:

mamaqari said...

so cute 2 beradik nih=)

Hanz said...

...they reminded me of my Double-H, cuma opposite sex & slightly older...just kurang sikit bab dush-dush-hiak-hiak-peng-peng..pastu sorang dah pengsan konon dah kena tembak... :)

Watie Aziz said...

mamaqari, tq dear ..sorang kalau berdua memang kiut tau .i suka tgk ..adik mmg tak padan kecik, melasak bukan main.. ehhehee

Watie Aziz said...

hanz, wkakkakaka.. so cute lah .. they really know how to play pretend yerk .. kalau lelaki mainan dia lain sket tapi best lah ..adventure ..kat umah nih takder tembak2 lor .. sian anak aku silap2 senapang pun taktahu apa ..wkakakaa

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading