Friday, October 8, 2010

Gelojak Rasa Dua Orang Ibu..:)

Last 2 days, aku menghabiskan waktu malam dengan berborak with Jiey - Mummy Rayyan. Seriously, as a friend, aku rasa bersalah sebab lama tak contact, dan tak letak komen dalam blog dia, but I'm a good follower and reader..:) Selalu baca entry Jiey dan rasa kagum dengannya bertambah setiap kali membaca entry dan kisah Rayyan yang ensem tak hengat tuh! We talk more than an hour & mmg banyak sungguh yg both of us borakkan...:) Quit bz lately dan lepas semua settle, puas rasanya dpt berborak mengenai perkembangan anak masing2..:)

Personally, aku risau dgn keadaan Rayyan seperti yang dicerita Jiey dalam blognya. It's not that easy to be in her situation dan dia sememangnya seorang wanita dan ibu yg tabah. Terpaksa tabah sebenarnya, terpaksa kuat demi anak dan suami, kan Jiey! Bila kita sangkakan kita tidak mampu meredah sesuatu masalah itu, selalunya kita pasti dapat meredahnya juga, samada kita suka atau tidak. Dan, orang lain melihat kita tabah, yer, memang kita tabah .. tapi terpaksa tabah sebenarnya.. That makes me proud of her, being one of her friends..mengenalinya melalui blog seterusnya berjumpa dan mengenali anak sekacak Rayyan..:)

Putera beradu - di colek dari blog Jiey..:)

Jiey merasakan dia tak cukup menstimulasi Rayyan dan dia cukup suka dan bangga tengok pencapaian Qarissa. She said that Q is a living prove that all babies are genius. Jiey pun berminat nak kongsi dengan Mummies yang ada special babies on stimulation, if anything she can help kalau-kalau aku ada wat session on that. Insya Allah, will be planning on that too. Cuma, Jiey rasa tak confident sebab Rayyan is a special baby, so pencapaian Rayyan tak lah boleh dibanggakan sangat.. konon.....!

Goshhhh... Jiey Darling ..now let me tell you & the whole world .. that what happen to Rayyan is AMAZING! I repeat..AMAZING!!!!. U have done a very good & fantastic job as a mother in terms of stimulation & you shud be proud of it! Terus terang cakap - from nearly ZERO braincell, NO HOPE AT ALL, look how far Rayyan dah pergi! Aku perhatikan dari jauh, membaca setiap inci perkembangan Rayyan and frankly speaking, sangat bangga dan kagum dengan Rayyan. He is so damn GENIUS in his own way! Sebenarnya, Rayyan lah contoh terbaik untuk ibu-ibu diluar sana, yang mempunyai anak istimewa, untuk terus...dan terus menstimulasi anak mereka tidak kira apa tahap sekalipun anak mereka berada. Pedulikan apa yang Doktor cakap, apa harapan yang Doktor berikan. Dorang bukan Tuhan, itu anak kita, kita yang selalu berada dengannya. Satu demi satu tilikan negatif yang Doktor katakan sebelum ini berjaya 'dipatahkan' Rayyan. Sedikit pencapaian yang ditunjukkan anak kita adalah sesuatu yang sangat kita banggakan, harus kita ceritakan seantero dunia, so that we will feel good about our baby and proud to have them around. No matter what. Peduli lah orang nak kata kita brag about our baby ker apa kan .. dah anak kita, mestilah nak brag, hang takmo brag pasal anak hang, tu hang punya pasal.. pity ur baby lah dapat mak atau bapak yang malas nak puji pencapaian anak kan .. :P

Jejaka kacak seMelaya

Ternyata stimulasi adalah sangat berkesan tidak kira apa status anak kita. Sama ada dia normal atau special, ia pasti berkesan. Apa yg penting, kita stimulate bersungguh-sungguh, dgn hati yg tenang dan terbuka, for sure kita akan lihat hasilnya! Personally aku rasa, adalah agak malang utk ibu bapa yg ada anak normal tapi tak stimulate berbanding dgn orang yg ada anak special. Sedangkan yg special pun kalau stimulate, kita nampak hasilnya, apatah lagi yg normal kan. Peringatan utk aku jugak, yang sometimes dtg aura malas nak 'main a.k.a stimulate' 2 baby bijak neh ..:) Jiey, u patut rasa bangga dengan apa yang u dah lakukan pada Rayyan, look how far he goes now, his milestone dan U yang membuatkan mak-mak yang ada anak normal macam i termalu sendiri kalau lupa pada 'tanggungjawab'. (For mak-mak yang masih tak sedar lagi ... hu hu..) Teruskan perjuangan you Jiey .. jangan putus asa walaupun apa pun yang bakal berlaku kelak. As what you said, mati itu adalah pasti, tapi selagi hidup, kita pastikan kita buat yang terbaik, jadi bila tiba masanya dia pergi, tiada sesalan di hati kerana kita telah melakukan apa yang sepatutnya seorang ibu lakukan, The best, the very best that we could .. walaupun ia bukan sesuatu yang mudah.

If only Rayyan could say something to u, sudah pasti dia nak berterima kasih pada u sebab hasil dari stimulasi u tanpa jemu, banyak perkembangan positif yang dapat Rayyan kecapi. Its not the 4 hours yang u spent kat SMC tapi the 20 hours yang u spent with him all this while yang buatkan dia menunjukkan kemajuan yang memberansangkan. 4 hours mean nothing compared to the 20 hours kan. Pada I, apa yang diajar dan dicadangkan semasa sessi @ SMC tu adalah sebagai panduan utk u ikut bila u ada kat rumah bersama Rayyan. Kalau setakat nak harap pada sessi yang seminggu sekali tu, dah tentu hasilnya takkan sebegini bagus. So, to those yang selalu cakap tanpa berfikir tuh, stok mulut takder insuran tuh, please think before you speak or else you will look stupid okeh ..! Baik diam dari berkata-kata kalau setakat kata-kata yang keluar tuh stok 'ala-ala sampah'..

I'm a special baby too.. sangat special sampai leher pun 'hilang'! Ekekeke...

Dan satu lagi, aku kagum & happy dengan cara both of us think about our own babies. It makes me think that kita sebenarnya ada jalan untuk keluar dari masalah, terpulang pada sendiri untuk memandangnya dari sudut mana, dan bagaimana. Sebagai contoh, aku bersyukur kerana kekurangan Zayra adalah dari segi fizikal dan tidak melibatkan otaknya, thats why I respect Jiey sebab dia sangat tabah menghadapi masalah brain damage Rayyan, tetapi bagi Jiey pula, dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia tidak perlu menerangkan keadaan Rayyan apabila dewasa kelak seperti mana aku terpaksa menerangkan kepada Zayra tentang keadaan tangan kanannya yang berbeza dengan orang lain, so she respect me for that, sebab aku tabah dan harus bersedia menerima pelbagai soalan dari si kecil itu nanti. See, kita semua mempunyai cara tersendiri untuk melihat segala ujian yang diberikan Allah dalam bentuk yang berbeza. Yang penting, bagaimana kita handle sesuatu ujian @ situation itu :) . Bila kita berbalik pada fitrah dan janji Allah SWT, Insya Allah kita tidak akan tersasar, Insya Allah ..:)


My Zayra..my life ...:)

Semoga Allah melindungi Rayyan selalu, menjadikan keluarga Jiey tabah dan terus melangkah dan menongkah arus. Seronok juga sekali sekala dapat berkongsi pandangan dengan rakan-rakan yang mempunyai anak istimewa..haruslah buat cepat2 session kat my GBOB opis nih, dapat kumpulkan parents so that we can borak2 and discuss the best stimulation to our babies .. :) Its part of our mission - as one of our way to give back to the community..:) Its feels GREAT when u can inspire people, naikkan semangat, menukarkan masalah menjadi peluang dan melihat kehidupan dengan cara yang lebih positif.. :)

Dagu cam boleh buat minyak yerk? Kekeke..Muka seposen...

I have few friends yang ada special babies, tak ramai rasanya yang i kenal tru blog, cuma Mommy Lyna, Jiey dan Put yang pernah jumpa dan bertentang mata. If ada kawan-kawan uols yang ada special babies, maybe uols leh rekomen this blog to them, atau call @ emel me, so that we can set a date, dan jadikan perjumpaan with them as a routine, maybe sebulan sekali atau 2 bulan sekali @ GBOB, bergantung pada kesibukan masing2 .. :) Maybe ini masanya yang terbaik untuk mingle around & treat our baby as normal as other baby. Ia sememangnya memerlukan kekuatan dan sapa tahu, kekuatan itu bermula di SINI.. Insya Allah..

Terima kasih di atas kekuatan itu Ya Allah,

5 comments:

Hanz said...

Zayra, auntie nak dagu cam zayra leh tak? wink!

Watie, do u know that Hanafi is one special child too..dunno whether u should classify him as OKU but he is diagnosed with high-functioning autsim..
His uniqueness is not easily can seen as he looks like any normal kid but spend few days with him & u can 'feel' he lacks in certain development..

Masa dier toddler, the symptoms are there & i noted it too but since he's beyond par on other areas as he is very good in maths & reading & has photographic memory..we tend to ignore that.

Once Hanafi dah ada adik, baru we starts to compare & to wrap up all, yes, he is but very mild ones....

Me memang tak pernah cerita in my blog but maybe one day i will tell...

eyna said...

aku suka entry ni kau!..
last year aku follow citer ryaan tu.. mak dia mmg tabahhhh :)

dah besar pon dah..

Watie Aziz said...

hanz .. boleh boleh..amik ah ..ekekek.. nanti preggy tgk muka zayra slalu ..untung2 anak dapat rupa dan pipi serta dagu dia kay ..ahaks ..

ohhh really ker yang? he look so smart lah .. and loving too... buatlah entry yang ..eden nak baca ..:)

tapi kan yang, memang selalu kalau ada kes camni, bila ada 2 anak baru perasan, cam my friend pun lebih kurang lah, anak kedua dia normal, buatkan anak pertama dia pun aktif sama sebab ikut adik..as if adik yg banyak ajar akak.. its good tho..:)

Watie Aziz said...

eyna ..

ha ..dia lah yang .. yg aku bgtau kat ko dulu ..dah besar dah .. yip..mak dia mmg sgt superb ..:)

transformed housewife said...

my niece (belah hubby) pun special child yg ada masalah saraf (tak ingat special term dia apa). My SIL is doing her PHD in medical field just to find out how else she can help her eldest daughter.

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading