Friday, December 31, 2010

Isu Sensitif: Malu Ker Ada Anak Cacat?

Isu yang akan aku ketengahkan ini mungkin akan: 
  1. Mengganggu perasaan sesetengah pihak yang suka sentap tak tentu pasal :P
  2. Memberikan inspirasi pada ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa @  cacat :) 
Terpulang kepada bagaimana mereka menilai entry ini. :) Apa yang dapat aku sampaikan : Nilaikan entry ini dengan hati terbuka, lupakan seketika yang kita ada anak istimewa @ kalau bukan kita pun, sedara-mara atau kawan-kawan kita. Mungkin dari situ, kita akan menilainya dengan lebih adil. 

Soalan aku: Khas untuk ibu-ibu yang ada anak istimewa, marahkan anda jika orang sebut atau cakap anak anda cacat? Yer, ayat yang dia guna CACAT, bukan istimewa ker, special ker .. tapi CACAT!! Marah Ker? Sentap Ker? Tension Ker? Kecik hati ker?

Pandangan Peribadi Aku: Pada ibu-ibu yang suka sentap atau terasa hati bila orang guna perkataan tuh, takyah lah kita nak sentap sangat pun. Menyediakan diri untuk menerima kata-kata yang "paling tak sedap di dengar" adalah lebih baik daripada mengharapkan orang mengguna kata-kata yang "lebih lembut" seperti istimewa, special dan sebagainya. Tak semua orang akan guna ayat lembut macam itu. Lagipun, apa salah guna ayat CACAT? Memang itu realitinya. Kita sendiri yang dah setkan bahawa perkataan CACAT itu adalah perkataan yang "keji, buruk, teruk, memalukan dan tidak sopan", sebab tuh kita tak boleh terima bila orang guna perkataan tuh, betul tak? Cuba kalau kita dah setkan di minda kita yang CACAT hanyalah satu perkataan yang memberi gambaran anak kita sedikit berbeza dengan anak orang lain, mungkin kita akan menghadapi saat-saat orang lain menggunakan perkataan itu dengan lebih relax dan tanpa rasa sedih atau marah.Mungkin orang tua yang suka guna perkataan tu, sebab time dulu-dulu belum ada lagi perkataan lebih sopan seperti "Orang Kurang Upaya" atau OKU, belum ada lagi  istilah "anak istimewa" pada zaman dahulu, yang memang digunakan adalah istilah CACAT itu sendiri .:) 

Mungkin juga yang guna istilah CACAT itu ialah kanak-kanak bawah umur yang masih belum mengerti bahawa perkataan tersebut "sangat menyakitkan" bagi sesetengah ibu bapa. For me kanak-kanak ini sangat pure, jujur dan bercakap sebenarnya. Agak sukar untuk mereka menyebut istilah2 bombastik seperti "Orang Kurang Upaya" misalnya, jadi istilah yang paling senang adalah perkataan CACAT itu sendiri. :) Mengapa mesti sentap sendiri sedangkan itulah hakikat sebenar dan itulah takdir Ilahi? 

Ini anak sulung saya, Qarissa. Nak kata "cacat" pun okeh sebab dia memang berbeza dari kanak-kanak sebaya. Dia boleh membaca seawal satu tahun, membaca dengan kuat pada usia 17  bulan dan membaca buku pada usia 2 thn 5 bulan. "Berbeza @ Cacat" lah gak kan?  :)

Sebab tuh aku kata, menyediakan diri menerima perkataan yang paling tidak enak didengar adalah lebih baik. kerana, apabila orang disekeliling kita menggunakannya, kita tidak akan terasa, dan jika mereka menggunakan perkataan yang lebih sopan seperti OKU, istimewa, special dan sebagainya, kita akan lebih gembira dan berterima kasih. Semuanya bermula dalam diri kita, otak kita. Sekiranya kita MEMBENARKAN perkataan CACAT itu menghantui hidup kita, maka ia sememangnya ia cukup menyakitkan. Jika tidak, maka perkataan CACAT itu hanyalah salah satu daripada jutaan perkataan yang ada di dunia ini. Pada aku sendiri, aku jarang menggunakan istilah CACAT itu untuk anak aku mahupun anak orang lain (kerana kita tidak tahu apa anggapan mereka kalau aku guna istilah tuh) tapi aku tak kisah pun jika ada sesiapa menggunakan istilah CACAT untuk menggambarkan keadaan tangan Zayra.:) Itu lah juga yang aku rasa patut ada pada semua ibu bapa yang ada anak istimewa. :) 

Daripada kita bersedih dan terasa hati, lebih baik kita lakukan sesuatu dan buktikan pada mereka bahawa anak kita juga berupaya melalukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak lain, malah mungkin lebih lagi. Ini akan membuatkan orang lain lebih menghormati kita dan secara tidak langsung, memberikan inspirasi pada orang lain, Bukankah itu lebih baik? Hidup ini terlalu singkat untuk kita menangisi nasib diri wahai kawanku sayang.. :) 

Biarlah aku berterus terang. Sepanjang 8 bulan Zayra lahir dan hidup di dunia ini, sepanjang aku membesarkan, cuma ada sekali sahaja kata-kata orang yang buat aku menangis sepanjang malam. Itu pun dilakukan secara "baling batu sembunyi tangan". Aku rasa dia nak tuju kat Zayra, tapi bila aku sound tepat dan tanya apa maksud dia, dia terus tukar channel dan buat cerita lain kata ayat tuh utk kawan dia lah ..apa lah .. whateva! Aku tak kisah langsung kalau dia "usik" aku, tapi secara terang2 aku rasa dia nak kata anak aku sebab ayat yang digunakan ialah  "Allah dah bagi petunjuk besar pun masih tak sedar .. bla..bla ..bla..". Apalah salah bayi sekecil Zayra sampai dia pulak nak tanggung mak dia punya salah (kalau betul mak dia salah dan kalau betul ayat tuh sebenarnya dituju utk Zayra lah kan ..) Di sebabkan dia dia dah tukar channel, aku pun malas nak panjang cerita sebab nanti aku pulak yang nampak bodoh. Cukuplah dia sorang jer yang "bodoh". Ekekeke... Aku senang jer, kalau nanti dah kena batang hidung ko.. tak pun anak cucu ko, tolong ingat balik nama Watie & Zayra yer! Sekian terima kasih! Hahhahaha... Tapi rasanya, bak kata Lyna & Jie, dorang tak layak pun ada anak istimewa @ cacat.. Hhehehe.. betul gak lah tuh .. :) Sebabnya, cukup2lah dia tu sendiri yang "cacat". kang lahir lak anak cacat, kesian lah pulok... :P 

Ini anak kedua saya Quzayra. Dia cacat di tangan kanan, tiada tulang atau namanya Symbrachydactyly yg berlaku 1 dari 32,000 kelahiran.Satu lagi kecacatannya, dia boleh "membaca" seawal usia 5 bulan. :) 

So, kesimpulannya, ia bergantung pada otak dan minda kita. Bagaimana kita menerima sesuatu perkara tersebut. Daripada memikirkan kata-kata orang yang takkan habis, lebih baik kita lakukan sesuatu yang berfaedah pada masyarakat. Orang akan lebih respect pada kita. Kita buktikan kat orang, ada anak istimewa tak menghalang kerja harian kita, kita jadi lebih baik, lebih maju, lebih berdaya saing dari mereka yang ada anak normal. Malah, kita boleh motivate orang lain untuk terus maju ke depan. Cukup-cukuplah bersedih, kerana ia tidak membawa kita ke mana-mana, kita akan nampak lebih lemah dan orang juga akan memandang lemah, malah mungkin syaitan juga bergembira bila tengok kita lemah, supaya senang dia nak tusuk-tusuk dan tanam-tanam wasangka jahat dalam hati kita kepada Allah SWT. Mintak dijauhkanlah perkara camtuh kan.. 

Banggalah dengan setiap anak kita, tidak kira mereka normal atau cacat kerana di mata Allah SWT mereka adalah sama sahaja tarafnya. Begitu juga di mata kita kan? :) Alangkah bahagianya kita bile kita dapat katakan pada masyarakat luar sesuatu yang membanggakan kita, seperti , "Yer, anak saya memang berbeza dari anak orang lain kerana dia boleh melukis dengan mulut pada usia 4 tahun!" atau "Yer, anak saya cacat kerana dia boleh bermain piano dengan kaki pada usia 5 tahun!" Siapa lagi yang nak ubah pandangan masyarakat kalau bukan kita, ibu dan bapa anak-anak cacat ini sendiri dan mereka-mereka yang cacat diluar sana. :) Secara jujurnya, apabila melihat orang dewasa yang cacat atau kanak-kanak cacat yang melalukan sesuatu yang hebat, seperti bermain piano menggunakan kaki misalnya, aku malu pada diri sendiri, sebab umur dah 30 tahun, main piano pun tak reti! :) Jangan kata pakai kaki, pakai jari pun belum tentu bunyi! Kekkeke... Syabas pada ibu budak tu :) Proud of you! 

Dan, di akhir tahun 2010 ini, marilah kita bersama-sama menanam azam untuk melakukan sesuatu yang lebih baik pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat supaya apa yang kita lakukan itu membawa erti dan manfaat pada orang lain. My company under Genius Baby On Board with my partner Lyna ada macam-macam plan utk dilakukan pada tahun 2011 dan semoga ianya menjadi kenyataan. Insya Allah ..kawan-kawan doakan yer! 

post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading