My hubby call me tanya pasal adik ai yg nama Nana, whether dia dah pindah rumah ker? Sebab nampak dia tulis Vista Milenium kat FB. Manalah aku tahu dia dah pindah ke belum, sebab aku bz giler + demam lately, so mmg tak amik tahu sgt perkembangan semasa (baca kan entry pasal Khairul Fahmi Che Mat tuh.. i told you! Blur tahap dewa!). Hubby kata ada gambar2 anak kat wall dia lah@ Vista Milenium ..bla bla bla .kepoh gak hubby den nih ..ahaks ..
Niat di hati nak tengok gambar tuh kat Wall Nana, tapi tgk status dia aku terus terkedu!
Sila abaikan gambar gediks itu. Tu bukan Nana tetapi anak buah aku yg sungguh poyo tahap dewa hasil didikan makcik dia yg juga poyo! Hhahaa.. Model tepi pool ala-ala majalah MANGGA kekdahnya!
I was like.."Ya Allah, sorang lagi meninggal? Innalillah..." Sayunya rasa. Sedihnya rasa. lately banyak betul orang yang dikenali meninggal kan? Semuanya muda-muda. Memang dunia nak akhir zaman aku rasa, Insaflah jugak..sebab memang kematian itu pasti, bila-bila masa sahaja akan datang. Aku berdoa pada Allah, biarlah kita semua pergi dalam keredhaan Allah, dalam keadaan bersedia dan yakin akan syurga. Kuatkan imanku Ya Allah ..adoii...cuaknya aku ..banyak dosa neh! Hu hu ... :((
Zaman gembira mereka
Aku rasa Nana mesti terkesan juga. Walaupun tuh bekas suami dia, tapi anak dia dah kehilangan ayah. Anak dia kecil lagi. Dah lah tak lama dulu kawan baik dia Achik Spin meninggal, sekarang bekas suami dia pula. Harap Nana tabah. Dan jadikan lah pengajaran. Baru-baru ni kuar citer Nana dah menyeksi bagai, sejak jadi janda, pakai baju tak cukup kain sampai semua orang kutuk. Aku tak lah kutuk, malas nak campur. Dosa sendiri banyak, jaga diri sendiri sudah, jangan sibuk nak jaga dosa pahala orang pulak. Cuma aku harap Nana dapat lah nilaikan semuala samada betul atau tak apa yg dia lakukan tu. Aku tak mau masukkan gambar seksi tuh, membantu korang dan juga diri aku menambah dosa gak. Ekekeke...
Zaman indah sewaktu pernikahan
Takziah pada family Faizal dan juga pada Nana. Semoga tabah membesarkan anak tersayang. Comel anak dia. Semoga menjadi anak yang berguna. :)
A happy family.. satu ketika dulu ...:(
Marilah kita doakan agar arwah Faizal Yusoff dicucuri rahmat Allah SWT. Amin. Kat sini juga aku nak kongsi antara doa yang boleh di amalkan ketika sakit. Rasanya ramai yg dah tahu juga. Aku amalkan juga setiap kali nak bersalin. Memang mujarab. Baru-baru ni masa kat Karnival Upin Ipin, aku sempat singgah ke Kedai Buku Marwilis kat PKNS dan beli few books. Antaranya buku bertajuk : Bacaan di Hari-Hari Akhir Menghadapi Kematian. Aku belum go through habis buku tuh, cuma yang sempat ternampak adalah ayat kat bawah nih. Ni doa Nabi Yunos. Dalam buku nih tertulis, "Bagi beroleh pahala mati syahid atau agar pahala amalan berterusan selepas mati, eloklah dalam masa sakit kita membanyakkan membaca Doa Nabi Yunos a.s sebagaimana yang disebutkan dalam hadiths berikut:"
Sa'ad bin Malik r.a menyebutkan Rasulullah s.a.w bersabda mengenai firman Allah SWT :
"Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau , sesungguhnya saya termasuk kalangan orang-orang yang zalim " [Surah An-Anbiyaa': 87]
[H.R Al Hakim: "Mana -mana seorang Islam memohonkan dengannya dalam masa sakit
sebanyak 40 kali, lalu dia mati dalam kesakitannya, maka akan dikurniakan kepadanya pahala syahid, dan jika dia sembuh, terlepaslah dia (daripada dosa); sedangkan seluruh dosanya diampunkan."
Ada banyak lagi yang di beritahu dalam buku tu, bagus juga kalau kita beli dan baca sebagai persediaan. Maklumlah, "Mati itu PASTI, hidup belum tentu!"
Ni lah buku dia, cuma yang aku punya kulit dah baru, keluaran Al-Hidayah cuma RM 7 sahaja.
No comments:
Post a Comment