Monday, December 13, 2010

Stimulasi Lalok Dengan Qarissa!

Hahaha..Memang best ni ..sebab aku pun tak sangka tetiba datang idea bernas aku nak rekod suara si Qarissa time tgh lalok-lalok nak tidur malam. Hhehehe..Video suara ni dah lama gak aku rekod, dalam seminggu lepas tapi bila nak transfer masuk dalam blog, ada problem lah pulak..blog tak accept .amr file, dah tukar ke .avi pun tak boleh, kena guna Camtasia Video Editing barulah boleh masuk.. thanks to Mommy Lyna sebab suggest guna Camtasia..:)

Ni lah antara aktiviti si Q sebelum tidur. Ada 2 rakaman suara yang sempat aku rakam kan, tapi aku upload satu dulu.. nanti free-free aku upload satu lagik wokeh ..:)

Sebenarnya, aku dah lama nak rekodkan aksi si Qarissa sebelum tidur, sebab memang best dan sometimes kelakar + geram pun ada. Pernah cuba rekod tapi sebab gelap, apa pun tak nampak.. dan Q pulak cam sibuk2 nak capai hp tuh kan .. terus ah tak jadi rekod..:P

Then tetiba datang idea bijak aku nak rekod suara Q guna application Voice Notes yang ada dalam hp bb tuh. Aku teruslah mintak hubby punya bb dan rekod our conversation. Bila aku dgr balik, mmg tergelak2 aku dibuatnya. Q ni kalau malam nak tidur, datang ah lalok tak betul dia tuh ..Dia kuat buli tau! Yang selalu kena buli tuh Daddy dia lah ..tapi malam nih, aku lah kena buli sebab Daddy dah "ke laut". Hhehehe..

Sebelum tidur, Q mesti nak Daddy dia nyanyikan lagu. Yang geramnya tuh, baru satu ayat kita nyanyi, dia dah suruh tukar lagu lain. Dgn aku pun kena gak. We all dah masak dah perangai Q sebelum tidur nih ..:)

Aku pulak, as usual lah kan .. anak nak tidur pun masih nak wat stimulasi lagik.. hahahaha... tapi of course ah dgn cara fun, dia tak sedar pun aku tgh nak stimulate dia..:) Aku nyanyikan lagu dan suruh dia sambung at the end of the word. Actually, teknik nih bagus jugak diamalkan kalau nak anak cepat bercakap. Gunakan nyanyian dan rhyme lepas tuh kat hujung lagu korang senyap atau buat ala2 nak suruh anak sambung. Secara tak langsung anak akan suka untuk bercakap atau menyanyikan lagu tu. Jangan lupa puji pas anak nyanyi dgn betul. Kalau dalam rakaman ni, aku nyanyikan lagu Five Pillars dalam CD We Are Muslims. Lagu2 We Are Muslims nih best sgt tau, ia mengajar anak tentang akidah ketuhanan dengan cara yang paling sempoi tapi berkesan. Kat dalam Playgroup @ GBOB memang ada aku gunakan lagu-lagu nih. Masa mula2 nak berlatih buat Playgroup dulu, aku selalulah bukak this song utk menghafal dan buat gaya, Q punyalah suka, sekejap jer dia dah hafal. Bila aku buat this kind of activity (nyanyi pastu senyap suruh dia sambung), tuh yang dia cepat tangkap tu ..:)

Lepas nyanyi lagu tuh, aku suruh Q nyanyi lagu Twinkle-twinkle Little Star pulak. Aku tak sangka tau, si Q nih rupanya dah pandai nyanyi lagu tuh the whole song. Kengkadang datang hangin baik dia, tetiba jer dia nyanyi dari mula sampai habis.. memula dgr aku cam terkejut jer ngan hubby pastu we all gelak sesama. Tak sangka betul dia dah boleh nyanyi the whole song! Tapi dalam nih, dia nyanyi separuh dan yang paling kelakar...siap boleh termasuk sekali lagu ABC!! Wakakakak.. memang lawak btol masa tuh.. mmg best ah dapat rakam sebab aku pun tak sangka.. kesian kan anak aku nih.. dah lah banyak lagu dia tau, semua bercampur baur, dalam keadaan lalok nak tidur, Mummy sibuk nak suruh nyanyi..sampai caca marba dibuatnya .. Hahhaha... Comell sungguhlah Qarissa nih ... :)

Yang geram plak, dia mesti amik kesempatan nak buli adik dia. Bila tidur mesti nak dekat2 sampai berlaga kepala, pipi semua, pastu duk suka tap tap kepala adik pelan2 sambil cakap "Ge, ge, ge, ge!!' Ntah hapa2 punya ritual aku pun tak paham. Ntah2 dia tgk kat Charlie & Lola punya DVD tak? Hahhaha.. Tapi mmg kiut sebab dengan muka cheeky dia masa buat tuh, rasa nak cubit2 jer ...

Korang layan ah rakaman suara nih.. Nanti esok aku masukkan satu lagi rakaman suara Q sebelum tidur okeh ..:)

video
Antara sessi borak-borak sebelum tidur..:)


Qarissa Yang Bijak!

1 comment:

isabelle said...

smlm masa lalok2 tido, tau2 adam speaking u!
wahahaha. tu belum aku stimulate mcm kau suruh, watie. kalo x, ntah apa2 dia ckp gamaknye

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading