Friday, January 14, 2011

Mommy Semua, Block Date 29 Jan nih!

Okeh semua Mommy-Mommy HEBAT, Selepas penat bekerja di siang hari, di petang hari, dan di malam hari (ekekkke...) Watie nak ajak Mommy-Mommy semua merehatkan minda dan diri di Bling Lustre! Tak lah rehat sangat sebenarnya, heheeh..sebab banyak aktiviti yang akan dibuat sepanjang hari di situ, cuma maksud Watie, di sinilah tempatnya kita nak release tension kan, jumpa kawan-kawan baru, belajar mender yang baru, anak-anak pulak dapat kawan-kawan baru dan bg yang ada bisnes kecil-kecilan tuh, di sinilah juga tempat untuk kita melebarkan rangkaian perniagaan kita. :)


Apa yang akan kami buat di Bling Lustre nih? Best sangat ker? Memang best wei! Tak best aku tak wat entry! Wakakkakaka...bak kata arwah pakcik yang pernah jadi model ASTRO dulu - MACAM MACAM ADOOOO!  Banyak aktiviti yang akan buatkan korang seronok dan rasa cepat betul masa berlalu! Event nih full day tau! Dari pukul 9 am - 5 pm. Dan, partner aku, Kay kata, sekarang Insya Allah mereka dalam proses nak ajak org TV9 buat coverage Majlis tuh nanti! Wahhhhh.. curlass noksss.. masuk TV lagi .. haruslah aku menempelkan diri di antara ibu-ibu hebat yang lain! Ekekekeke.. Lepas jer habis Playgroup, akan ku mekap tebal-tebal nak pastikan muka aku paling menyerlah di kaca TV! Wakakakaka... Gila glamour sungguh! Tak sesuaaaaiiii.. :P

Ni aku nak cerita apa yang akan korang dapat dengan bayaran RM 80 jer! Sungguh berbaloi-baloi! Kenapa aku kata berbaloi-baloi?  Kerana kalau korang nak datang BF Talk di SaraKids misalnya, korang kena bayar yuran RM 80 kalau tak silap aku, tapi di event nih, korang bayar harga yang sama, tapi bukan sahaja dapat dengar BF Talk, malah lebih dari tuh! Tak caya tgk kat bawah nih. Antara aktiviti yg bakal dijalankan ialah:


Breastfeeding Talk dari Puan Farah Farhan, the business owner from SaraKids yang famous Amos tuh! Memang haruslah korang suma amik kesempatan jumpa Puan Farah nih untuk tanya macam-macam soalan tentang BF. Aku rasa Puan Farah akan jadi orang paling gembira kalau korang banyak tanya. Lagi banyak korang tanya, mesti dia lagi suka. :) Jadi, sediakan soalan siap2 apa korang nak tanya okeh! Untuk ibu-ibu yang rasa-rasa nak down pasal BF nih, memang aku galakkan sangat lah korang datang. Ni esok aku nak share entry yang kawan aku tag kat FB Wall aku tau .. Aku nak korang nilaikan entry tuh okeh ..:) Tajuk dia gempak oooo... Aku siap rekomen semua datang ke function nih jadi kita semua sedar akan tanggungjawab kita terhadap anak anugerah terindah dari Allah SWT nih ..:)   


Cupcake Deco Basic dari Puan Dilla's Deli. Puan Dilla akan tunjuk demonstrasi macam mana korang boleh decorate cup cake yg korang dah buat. Semua peserta akan diberi 2 cupcakes dan Puan Dilla akan ajar few designs yg korang boleh cuba buat. Korang pilihlah mana design yang menarik dan design lah cupcake sendiri, dan katalah design yang korang nak buat tuh tak menjadi, hahahaha.. (tangan kayu a.k.a kaku katakan ...) bolehlah korang dapatkan cupcake tambahan dari Puan Dilla. Aku siap call Puan Dilla suruh dia bawak extra lagik nokss! Sebab aku tahu, orang-orang macam aku nih, memang tak cukup 2 cupcakes. Haruslah berlagak ngan hubby bila balik nanti seolah-olah aku baru balik dari baking class, bawak byk2 cupcakes padahal aku wat design jer! Wakakakaka... Mesti hubby aku sujud syukur sebab dia tahu bini dia nih agak lemau sket dalam hal masak memasak .. Hahhaha.. Pastu kan, Puan Dilla nih dah bersetuju nak bg GiveAway pada semua peserta tau! Korang semua akan dapat satu Pop Cake dari Dilla's Deli. Aku dah tgk dah tengok dah kek Pop tuh. Comey giler weiii! Mesti anak-anak korang akan tak sabar2 nak "ngap" sebelum sempat korang bawak balik tayang kat hubby! Ekekeke.. Selain dari tuh, Puan Dilla juga ada buat kelas baking & decorating. Dalam kelas nih. lebih banyak yaang uols akan belajar. Kalau masa demo, korang cuma belajar buat deco guna butter cream, tapi dalam kelas, dia ajar korang deco bukan saja guna butter cream tapi juga fondant dan macam-macam lagi lah. Syiok oooo.. :) 


Puan Anizon dari Anizon Collection akan memberikan demonstrasi cara lilitan selendang untuk wanita Muslimah agar kelihatan cantik bergaya dan anggun sentiasa. Puan Anizon ni dulu bekas editor Dara.com. Aku rasa setiap kali adanya kelas lilitan tudung atau selendang, mesti akan dapat perhatian dari semua Wanita kan? Terutamanya yang bekerjaya. Walaupun me belum pakai tudung, I really love to see wanita Muslimah yang pakai tudung dengan kemas, cantik dan nampak ayu. Sekarang dah banyak jenis tudung di pasaran & me jenis suka sarung jer. Cepat dan mudah. Tapi kena pandai cari yang sesuai dengan muka. Sebab kadang2 ada jer tak kena kan? Longgar lah, ketat lah, sebab tuh kena amik masa utk pilih tudung yang cantik, lawa, berseri dan kena dgn wajah. Kalau dah sesuai, gua tak tunggu lama noks.. Terus rembat satu! Banyak jugak koleksi tudung aku kat rumah. Hehhehee.. :) So, ibu-ibu yang baca blog nih, amik kesempatan nih utk belajar bukan satu, tapi rasanya lebih dari satu teknik bagaimana melilit selendang! Sure hubby terpikat wei! 



Ha, satu lagi aktiviti yang akan dilakukan adalah Felt Craft bersama Puan Norlie atau nama femesnya Sekoci Norlie. Aku dah jumpa personally dengan Norlie. Comey jer orangnya. Bukan Norlie jer, dengan anak dia yang bijak tuh aku dah jumpa tau! Hehehhe.. Norlie nih memang expert dalam bidang felt craft. Macam-macam design dia pandai buat. Aku hangin jer bila setiap kali kelas dia, aku tak dapat join sebab bz kat atas dengan anak murid. Hehehe.. Insya Allah kali nih, aku nak join. Demo craft with felt kali nih adalah untuk ibu-ibu buat. Jadi bila balik umah, leh ah ajar pada anak pula. Kalau nak anak pula join, bolehlah datang sekali lagi ke Bling Lustre pada hari Ahad, bukan anak belajar pasal Felt Craft jer, siap dapat masuk TV noks! TV3 akan datang buat coverage untuk segment Kids News @ TV3 hari Ahad tuh. 


Dan, yang terakhir punya aktiviti yang akan diadakan pada hari tesebut adalah dari Kak Engku. Bukan Kak Engku DJ Sinar tuh tau! Hehehe.. Tapi, dari Kak Engku Bidan Bersalin. Sepatutnya Puan Yati (anak Pengasas Sendayu Tinggi) dari Sendayu Tinggi yang akan buat talk pasal kecantikan 24 jam, tapi sayangnya Puan Yati ni dah bersalin pulak. Heheheh.. Tak sempat nak datang bg talk sebab masa tuh dia dalam pantang. Sememangnya kami semua orang-orang yang bertuah. Dah dapat ganti pun tempat Puan Yati dengan Kak Engku. Tak kurang hebatnya apa yang akan Kak Engku share pada hari tersebut.  Hari tuh, Kak Engku akan share cerita pasal penjagaan selepas bersalin. Aku rasa banyak yang akan Kak Engku share pasal petua-petua yang boleh diamalkan ketika pantang, dan produk-produk yang harus di ambil atau dijauhi ketika dalam pantang. Kak Engku ni  jururawat terlatih dan bidan berdaftar dengan 10 tahun pengalaman di wad bersalin! So, korang leh bayangkan apa yang akan dikongsikan oleh kak Engku pada hari tuh. Memang patutlah ibu-ibu mengandung datang sama untuk mendapatkan tips-tips berguna dari Kak Engku kan.  

Pergh, memang banyak sungguh aktiviti yang akan dilakukan hari tuh! No wonder lah sampai petang wei! . Kat bawah ni aku bg details pasal event nih yer: 

Tarikh: 29 Januari 2011 (Sabtu) 
Waktu: 9 am - 5 pm 
Tempat: Wisma Bling Lustre, No: 47-2, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, Selangor. 
Bayaran: RM 80 sahaja / pax. 
Max Pax: 35 orang sahaja. 
Anak: Boleh bawa beramai-ramai! Kalau bawah tak cukup atas, kita letak anak uols kat GBOB okeh! Bg dorang main2 kat Kids Zone! 

Jadi, ibu-ibu HEBAT di luar sana, marilah kita memeriahkan lagi Event ini! Setiap peserta akan mendapat Eco Friendly Goodie Bag di mana banyak penaja akan bg gift yang best2 tau! Termasuklah Pati Perfume dan Genius Baby On Board sendiri! Nak tau apa aku akan bagi ..ehehhe..kenalah datang beb! :) Suprise!

Salah satu syarikat yg akan sponsor hadiah di goodie bag!

Syarikat ni pun akan sponsor tau! Hehehhee

Sapa yang nak datang tuh, bolehlah register dengan Watie. Just smskan info anda di hp Watie seperti di bawah atau emelkan maklumat anda ke geniusbabyonboard[at]gmail.com. :) Aku tak pasti dah berapa ramai register tapi dengar katanya hot cakes gak lah ..:) So, better hurry sebelum melopehhhh!. 

post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading