Wednesday, July 11, 2012

Anak Flu, Cold, Selsema, Batuk & Sakit Perut? Meh Cuba Produk Ni!

Oh, rindunya rasa nak kembali aktif menulis seperti dulu! Sayangnya, masa sgt mencemburui saya, ada banyak sungguh perkara yang berlaku dalam hidup saya kebelakangan ini, membuatkan masa saya sgt2 limited, dan satu demi satu kisah saya yang ingin saya kongsikan dengan anda semua sering sahaja terbantut. Niat di hati nak buat banyak video so saya boleh upload dan kongsikan, tapi setakat ini cuma 2 sahaja yang sempat saya share dengan anda, malah, video kedua itu pun, saya cuma sempat kongsikan di FB dan bukan di blog, saya tak punya banyak waktu untuk bukak Lappy sekarang, bila dah bukak, ada banyak perkara lain yang harus saya dahulukan, sudahnya, blog bersawang.. hehehe.. Saya ambil kesempatan menulis di entry kali ini untuk kongsikan video kedua yang saya rakamkan lebih kurang 2 minggu sudah, khas untuk mereka yang masih tidak tahu dan tidak berkesempatan menjenguk FB Genius Baby On Board. :) 


2nd video from Teacher Watie - Row-Row, Row Your Boat

Sebenarnya, malam ni saya nak kongsikan dengan anda semua satu produk yang saya gunakan untuk anak2 saya, mungkin juga ada di antara anda yang dah guna, dan pasti mereka yang dah guna produk ni akan bersetuju dengan saya, yang produk ini sememangnya sangat baik dan memberikan hasil yang sangat positf terhadap selsema, batuk dan kahak bayi & anak anda kan? Bagi mereka yang belum tahu dan belum mencubanya, Watie highly recommend this produk untuk anda gunakan di dada, perut dan belakang anak anda sekiranya mereka batuk berkahak, selsema atau sakit perut. Sgt berkesan membantu anak tidur lebih lena tanpa merengek di malam hari! 

Produk keluaran Himalaya ni dibuat dr bahan-bahan ORGANIK dan mengandungi Eucalyptus Oil , Mint Oil serta Holy Basil yang sememangnya berkesan dalam meredakan dan melegakan simptom2 flu dan cold ini. Yang penting, ianya NATURAL dan BEBAS dari Parabens & Petroleum. Tu yg best produk ni. Tak perlu pakai banyak2, sebab pakai sikit pun dah terasa kehangatannya di bahagian yang kita sapukan itu, mungkin anak2 kita akan merengek sedikit di awal pemakaian kerana tidak biasa dengan rasa panas tersebut, tapi tak lama selepas tuh, mereka akan rasa selesa dan tidur nyenyak. My Q's juga begitu, bila Watie sapukan mula2, Qarisa siap cakap, "Hot Mommy!!" dan saya pujuk dia cakap kejap jer hot tuh .. dan seminit lepas tuh, Q diam dan rasa lega sepanjang malam. 


Himalaya Comforting Cold Balm - Wonderful! 


Ada few cases yang berlaku pada anak2 saya, yang menyebabkan saya rasa this produk mmg perlu ada di setiap rumah bagi keluarga yang ada anak kecil. Pernah beberapa kali Qarissa tidur dengan nafas yang berbunyi sungguh kuat kerana kahak dalam dada dan selsema serta hidung tersumbat, bila saya pakaikan Cold Balm Himalaya ni, terus hilang bunyi tuh dan dia tidur lena selepas tu. Zayra pun sama, pernah dia bangun tengah malam dan menangis2 tak selesa hidung dia berair jer, dia nangis2 sambil gosok2 hingus dia, Watie terus sapukan Cold Balm Himalaya ni di dada dan di ubun2, selepas tuh Zayra terus tidur sampai siang dengan lenanya! Begitu juga bila Q sakit perut dan cuba meneran, selepas poo-poo, Watie akan sapukan Cold Balm ni di bahagian perut, dada dan belakang Q,  memang lepas tuh dia akan rasa lega dan kembali cergas seperti biasa. Mungkin juga rasa hangat Cold Balm itu mengurangkan kesakitan perut Qarissa. 

Harga Cold Balm ini tidaklah terlalu murah dan tidak juga terlalu mahal. Memang mampu milik ah ..tak sampai RM 30 pun, dalam RM 28++ sebotol kalau tak silap. Anda boleh dapatkan di farmasi @ kaunter Himalaya yang berdekatan. Lama juga nak habis tau.. seriusly berbaloi2 kalau beli. :) Jadi, bagi anda yang belum tahu dan menghadapi situasi yang Watie alami (rasanya semua pun pernah alami kan ...kalau tak pernah, sila SMS saya bgtau apa petua anda sampai anak anda KEBAL penyakit .. hehehhe) bolehla dapatkan Cold Balm Himalaya ni ni dengan segera. Insya Allah akan membantu anda tidur lena juga di malam hari!. Hehhehe.. 

Insya Allah, kita jumpa lagi di entry akan datang okeh ..Sharing is Caring ..semoga memberi manfaat pada semua, Amin .. :) 


post signature

post signature

5 comments:

MamaAliya said...

lepas baca entry akak sy terus g cari balm ni ganti vicks anak sy.alhamdulillah it really helps her to sleep well.thanks for sharing kak watie :-)

smfadzil said...
This comment has been removed by the author.
smfadzil said...

Salam Puan,
Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas entry ini.
Pernah jugak isteri saya menggunakan balm untuk legakan selsema anak.
Namun saya juga gunakan satu produk Krim sapuan DrSneez (thrudermal biotechnology).
Alhamdulillah berjaya...Pada peringkat bayi amatlah membantu melegakan selsema dan hidung tersumbat dengan cepat.
Lawati page saya untuk info di
http://anasuzieshoppe.blogspot.com/ atau https://www.facebook.com/AnasyedDrsneez

Unknown said...

Thanks for sharing

Unknown said...

Thanks for sharing

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading