Saturday, June 13, 2009

Q's Development @ 11 months age.

Sebelum aku terlupa apa perkembangan terbaru puteri kesayanganku ini, lebih aku catatkan dalam blog nih supaya bila besar nanti, boleh lah aku & Q tgk balik apa yang dia dah berjaya buat sebelum dirinya berusia 1 tahun ..hehehe..tak lama jer lagi nih ..:)

Latest Qarissa Development:

1. Qarissa semakin becok dan petah bercakap bahasa baby. Kuat membebel (ikut aku lah agaknya) dan suka buat bunyian-bunyian binatang sejak aku belikan dia software Little Reader (LR). Tersenyum-senyum gatal bila aku sebut "READING TIME.." dan bila terlebih excited akan menepuk2 labtop aku (nasib baik software tuh ada function yang kalau baby tepuk2 @ kacau2 keyboard, program takkan terganggu..still jalan ..hehehe) Yang kelakar nya, suara lembut jer..tapi intonasi berbeza untuk setiap binatang ..yang paling aku suka dengar - intonasi horse- so gediks! Semalam pulak, aku sempat rakam dia berborak ngan patung Gymbo dia dalam baby cot tu .hahhaah..Comey sangat ..tapi tak sempat upload dlm You Tube. Ntah mana aku letak connection wire dia ntah, kena cari..hu hu..

@ Gymboree tgh belajar bersosial ngan kawannya - Leya. Time nih masa Level 2 lagi.(6-10 months class). Now Q dah masul Level 3.

2. Dia semakin mesra dan mengenali keluarga. Thanks to LR juga sebab dengan adanya software tuh, memang marapatkan lagi hubungan keluarga. Qarissa nih sejak dah start kenal orang, dia takmo orang lain dukung. Cepat takut lah kiranya. Cuma me, hubby & Nor sahaja yang dia nak. Tapi software LR nih didatangkan khas dengan voice recorder, jadi aku rekod semua voice family dan buat satu entry khas untuk Qarissa under "Family Phrase to Qarissa". So semua kata-kata yang diluahkan oleh nenek, atuk, auty & cousin2 dia semua aku masukkan. Simple phrase like "Qarissa, nenek love you ...heheeheh" (mak aku memang gelak tau ..!) tapi itu sudah cukup untuk membuatkan Qarissa gelak sama!!! And it look so cute! Bukan itu sahaja, Qarissa juga akan mengangguk-anggukkan kepalanya setiap kali dia melihat gambar-gambar keluarga yang dia kenal. Dan in reality, bila aku bawak jumpa family once a week (biasanya time Gymboree class) , aku tgk Q dah tak takut orang dah. Tuh yang penting! (leh aku rilek sket ..hahahah) Dia dah nak dengan neneknya, dan bermain-main ngan cousin2nya (walaupun sumtime buat perangai manja jugak ..heheheh)

3. Q dah pandai buat aksi menelefon orang dan menjawab telefon. Hahhaha..So comey especially bila dia membebel. Aku rasa yang nih dia nampak we all berborak kot. So, dia ikut. Bila phone, bunyi, dia letak tangan kat telinga pastu bebel bebel bahasa baby. Aku siap belikan plush toys bentuk telefon ada bunyi-bunyi so dia leh main tapi agaknya leceh nak letak kat telinga (sebab mender tuh gebu), member pakai tangan jer ..lagi cepat & lagi senang ..hahahaha

Hello Pak Tam?? Ni Icha nih ...(poyo nya anak Mummy ...) hahhhaa!

4. Dua minggu lepas, masa b'day party Grammy dia @ Shah Alam, semualah org berkerumun kat dia. Semua aunty2 dia nak dukung Qarissa. Then sebelum nak balik, Nek Busu Q nih pun nak lah main ngan dia. Aku pun ada sama. Aku letak dia kat sofa, so nenek dia leh main-main ngan dia, then aku nyanyilah lagu Gymbo. Lirik dia cam nih - "Gymbo the Clown goes up & down, up & down, up & down..." . Terkejut badak aku bila Qarissa angkat tangan dan turun tangan berulang-ulang bila sampai kat lirik "up & down" yang aku nyanyikan tuh!! Wahhhh!! dia paham lah rupanya ..hahahha...Selama, bila nyanyi lagu tuh kat rumah @ kat Gymboree, we all kena dukung dia dan lambung dia ke atas dan ke bawah ikut lirik lagu. So taklah berkesempatan nak test dia tuh paham ker tak maksud up & down tuh..(tak terpikir pun wei nak test dia ...nih kes terpencil nih ..hahaha..) so bila tetiba Q wat cam tuh ..aku cam terkejut badak & excited giler. Yang nenek Q ingatkan memang Q dah tahu dah that action.Hhahaha..suami aku yg kebetulan duduk kat sofa depan pun nampak lah time bersejarah tuh ..senyum panjang Daddy dia ..banggalah tuh kunun ....hehehhe

5. Ni yang paling terbaru aku discover & aku rasa inilah waktu yang paling hebat sekali. Chewahh.. Minggu lepas, aku selalu lepak kat living room ngan Q, satu petang nih, aku dah buhsan giler tgk GOGO, tak tahu nak wat apa, aku pun off GOGO dan cari lah flash card. Lama juga we all tak main flash card. So hari tuh, aku pun tunjukkan flash card kategori "Transportations & Occupations" kat Q. Member time tuh melepak kat swing dia. (sian dia, time tuh dia tgh tgk GOGO tapi aku tutup..hahahaha...tak buhsan ker nak oiii??) Mula-mula aku tunjuk bhg word aja (konon-konon nak ikut Glen Doman punya teknik) laju jugak lah aku slip the flash card, tapi Q cam tak minat sebab only word, takder gambar kan .. dia tgk kejap2 jer pastu pandang tempat lain.. aku tetap teruskan jugak sampai habis kad tuh sebab dalam buku-buku yg aku baca, walaupun baby ni cam tak peduli time kita ajar dia, they actually listen to what we said.

Then, aku repeat for 2nd round tapi kali nih ada gambar punya. Pun laju jugak aku slip the cards. Kali nih, Q nampak suka sangat dan pandang all pictures dengan penuh konsentrasi. Bila laju aku slip, lagilah dia fokus. Yang bagusnya, gambar nih pun still ada words. So aku harap, sambil2 dia tgk gambar, dia akan tgk the words jugak. Habis 2nd round, aku pun "main game" ngan dia. Aku tunjukkan 2 cards Occupation, then aku sebutkan nama Occupation yang aku nak dia pilih. Wahhh...Alhamdulillah, sukanya aku hanya Tuhan yang tahu bila 100% yang dia pilih tuh SEMUANYA BETUL!!!! Apa yang buat aku confident yang Qarissa memang tahu apa yang aku sebutkan ialah Q akan pandang kedua-dua flash card tuh, then pilih satu yang betul.

Sebelum nih, masa dia umur 6 bulan kot, memang aku ada tunjukkan flash card juga, dalam 80% lah betul kad dia amik. Tapi that time aku pun tak pasti dia betul-betul paham atau it just her luck. So this time, bila aku nampak dia tgk kedua-dua flash card tuh sebelum pick the correct one, aku rasa happy giler. So at least aku tahu anak aku "can read" but "cant speak" yet.. Insya Allah, by the time dia dah boleh cakap nanti, lagi best lah permainan yang we all leh buat.

Tapi aku mmg agree dengan phrase yg mengatakan "BABY TAK SUKA DI UJI". memang betul sangat, Q pun tak suka bila aku suruh dia buat itu ini. Kita mak mak nih yang excited nak uji anak kita, tapi dorang cam tak suka. Setiap kali dia rasa kita nak test dia, dia akan wat blur @ tak layan pon @ buat buat salah, tapi bila dalam keadaan tak perasan atau semulajadi, mender tuh akan jadi sendiri.Hehehehe...

Yang Seronok,

7 comments:

Ummi Salsabila said...

comella Q.pndai sgt..mcm2 da pndai nih.
watie,US xdpt pi gather la sok..:(

Watie Aziz said...

US,
tq so much yang..cepat sungguh masa berlalu kan ...seronok dapat tgk perkembangan anak kita ..sayu pun ada, nanti dah besar tak dapat dah tgk keletah yg sama lagik..huk huk..

alamak US, i tot u gi lah gath tuh ...ada hal ker? baru ingat nak jumpa u & aufa ..:(

agak2 masa time b'day qarissa leh dtg tak? if u caan make it, mehlah dtg sekali..teringin nak jumpa aufa..mtry to make urself available lah on Saturday 27 tuh yang..:)

defina said...

wah terrornya Q, cepat belajar...

pe2 pn, tahniah kat ko watie, berkat ketekunan seorang mummy! :)

BabyIntan said...

Syabas pada mummy Q kerana usaha dan semangat nak melihat Q genius akhirnya berbaloi dan yg penting nampak kepintaran Q already...cute & clever girl :)

Watie Aziz said...

Naimah & Intan,

Tq so much my frend .. heheh..tak sangka pulak dalam suka2 we all main-main tuh, rupanya banyak yg Q dapat belajar & aku rasa dia tak tahu pun dia actually tgh blajar ..dia ingat dia tgh main kot ..hahahha...

alang-alang aku berhenti kerja kan ..biarlah berbaloi aku duk umah ngan Q tuh .. taklah dia bosan dan macam takder sapa nak main gan dia ..hahah..sorang2 ank aku layan perasaan kang .huk huk...

defina said...

aksi menjawab tepon tu cam iyo2 jer....hihihi....

betul tu watie, alang2 duk kat umah, tumpu betul2 kat baby....orang kata, satu kepuasan yg tak terucap...

kshful sekarang suka nyusu lama2. selalunya mata dah pejam tapi masih nak nyusu. kalu dia nyusu sampai sejam lebih, aku plak yg tersenguk2. tapi aku suka....hihihi

Qarissa's Parents said...

hahaha..tuh lah ..aku pun suka gambar hp tuh..dgn raymos tak jadi tuh!! nampak klakar ..dan poyoss... hahaha..

tu lah beb ..alang2 duk umah, biarlah aku jadik cikgu dia .. puas hati aku nampak development dia fro day to day ..kalau kerja, ada lah excuse sket kan ..ni tak kerja ..takder excuse ..kena wat btol2 ..

hmmm...kashful tuh dah start pandai nak bergatung lah tuh nih..hehhe..takper beb ..bg puas2 ..free katakan ..hhehehe

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading