Tuesday, August 4, 2009

Jakarta & Bandung - Aku Serannnnggggg!!! Part 1.

* entry membebel yang panjang di sertakan dengan gambar-gambar yang tak ikut sususan. ISA a.k.a Ikut Suka Aku nak taruk camner. Wakakaka*

Ya betul, ayat yang paling sesuai utk orang gila shopping cam aku ke syurga baju di Jakarta & Bandung adalah SERANGGGGG!! Memang dah lama aku simpan niat nak shopping baju kat sana. Baju aku sejak jadi mak ni selebet-selebet belaka walaupun ramai kawan-kawan aku minat baju aku. Aku pelik gak, aku rasa biasa jer baju-baju aku semua, huduh jer, tapi setiap kali aku pakai, mesi ramai kengkawan suka dan kata cantik..Tima kasihlah Sue @ Lovely Mummy, ko mmg lovely btol sebab jadi peminat setia baju-baju aku. Hehheheh...

Muka serius Qarissa masa kat LCCT. Cian anak aku, pagi dah kena bangun!
Pemandangan Tangkuban Perahu dari Tingkat 7- Pasar Baru Bandung!
Sejuk oooo kat Paring lot Pasar Baru ni. pagi-pagi we all dah sampai nak SERANGGGGG!

Aku memang simpan kesabaran aku lama dah wei... setiap kali aku nak beli baju lawa-lawa dan mahal-mahal kat sini, hubby aku mesti suruh sabar. Asyik lah duk sebut Bandung, Jakarta, Pasar Baru, Rumah Mode dan yang sewaktu dengannya membuatkan aku terbantut nak beli baju kat sini. Memang mahal lah baju mak-mak kat M'sia ni yerk! Giler btol... Aku memang jarang beli baju mahal, sebab aku rasa membazir. Aku ingat lagi, dulu sampai skang baju aku tak pernah lebih RM 29.90! Hahhahha... best kan ..baik kasut baik baju. Aku memang beli murah-murah sebab puas hati aku kalau "pakai buang". Ni beli beratus-ratus pastu kang dah gemok, dah tak muat, letak tepi gak kan. Bazir jer.

Botol yang tinggal kenangan sebab hubby aku lupa amik masa makan kat cafe pasar Baru- hari terakhir di Bandung!
Sarapan kat cafe Grand Serella. Time ni mata aku dah bengkak. Kena cover pakai spek! Spek tu pun baru beli smalamnya kat Episode FO. Polarized spek. Oklah harga dia dalam Rp308K. Aku tgk kat M'sia mahal kalau Polarized...
Us @ The Cafe. Cover jgn tak cover mata tuh Watie! Wakakka..Selebet...

Tapi skang aku kena "up" kan sket batu tanda rega tuh jadi bawah RM 40 lah aku rasa (nak sedapkan hati lah tu...hahhaa) , sebab aku rasa semua baju ibu-ibu anggun cam mahal lebih dr RM 29. Ada gak yg harga dlm lingkungan camtu, tapi tak berapa lawa aku rasa, i mean tak anggun untuk ibu-ibu. Agaknya, rega RM 29 tuh rega anak dara lah...hahahaha...dah jadi mak-mak dara nih, kena pakai kain banyak kot, tu lagi mahal tuh Wakakakka..Boleh ker gitu?? Aku ingat lagik, aku terpaksa korbankan RM 80 hengget nak beli satu baju chiffon yg anggun sgt masa b'day mak aku, terpaksa pejam sebelah mata sebab aku suka kain dia. Tu lah yg paling mahal baju aku ada. Baju jer tuh!! Memang wat duit betul usahawan baju nih kan.. Hu hu...

Muka lasak Qarissa ngan Daddynya.
Aku siap bawak pouch bag dah macam konduktor bas weh!! Huduh! Hahhaa...
Sempat laki aku snap gambar depan FO yang we all singgah.
Sementara menunggu suami-suami bershopping!

Qarissa melentok sepanjang jalan ke Bandung! Cian dia penat sgt!

Aku takmo citer pasal shopping kat entry nih, nanti aku wat entry khas pasal shopping sebab ramai lah suh tayang apa aku beli kat sana. Hahaha... Takder beli apa wei...memang aku shopping baju jer giler2 kat sana. Tu jer tujuan murni aku gi sana. Wakakka.. Aku nak citer pasal tempat-tempat yg we all sempat singgah dan apa jadi kat sana sepanjang 4 hari tu.

Aku sikit punya semangat pakai penutup muka masa kat LCCT, takut betul aku H1N1 punya jangkitan. Dengan Qarissa aku pakaikan sekali tapi sebab muka dia kecik, habis tertutup semua! Wakakkaka... korang tgklah muka dia ni...lawak tul, masa tu dia tidur. Tu jer lah skali aku dapat pakaikan, pastu tak dapat dah, dia asyik tarik jer mender tu. Sabar jer haku. Aku rasa holiday kali nih, paling sikit aku amik gambar sebab sibuk fokus on shopping! Hahhaha.Bila aku cek balik gambar, mak aii..sikitnya? Wakakaka...bagus lah tuh, tak lari fokus namanya! Hhahh...

Qarissa pun nak pakai penutup muka tau! Wakakakak..hilang terus muka anak aku!

We all sampai Jakarta dalam kul 9 pagi waktu tempatan rasanya. Tak pakai supir pun, ada supir jalanan tuh siap mintak Rp 200K nak bawak we all ke Ibis Hotel @ Mangga Dua! Giler mahal!! Dia ingat aku kureng pandai ker?? We all amik teksi bermeter, driver teksi tuh encem nama Irfan, cam nama adik aku. Hehhehe.. Total bil teksi yang we all kena bayar cuma Rp 89K jer! Kurang separuh dr yg supir tadi bg! Giler cekik darah tul. Laki aku bagi extra kat Irfan tu, berapa sen jer pun tips dia kan.. Puas hati aku...

Hotel Ibis. Sila abaikan mak ngan anak yang posing ngantuk atas katil. Hahahha!
Seksanya nak bg makan kat kenit ni. Asyik lari satu bilik!!
Qarissa excited sampai hotel, sampai makan pun nak berjalannnnn je!
Both hotel @ Jakarta & Bandung ada tempat "mandi ekspress" utk Qarissa, senang kerja aku!
Qarissa suka sgt mandi kat dalam ni. Menangis2 takmo keluar!
Dia suka tgk air keluar dari paip tu! Kiut jer mender tuh muat-muat bontot dia. Hahhaa!
Hotel @ Grand Serella. Cantik & Selesa.

Pastu we all lepak bilik, bagi Qarissa makan dan mulakan aktiviti SERANGAN kat area Mangga Dua tu!! Dari kul 11 pagi sampai tutup kedai tuh! Wakakakak..Dalam pukul 7 malam kot kedai tutup. Cepat betul kedai kat sana tutup tau! Habislah senget-senget stroller anak aku, penuh ngan barang we all borong. Qarissa plak dah keletihan, tak cukup tidur kat flight, sepanjang shopping dia bantai tidur! Bagus kan, memudahkan kerja aku menyerang hendap kedai-kedai kat situ! Hahahha... Memang besar giler babboon wei Mangga Dua tuh! Almaklumlah, ni lah 1st time aku sampai Jakarta. Wakakak..sedih giler... sib baik Air Asia murah skang, kalau tak, sampai tua lah aku duk Malaysia jer. Hahhaa...Bersambung-sambung shopping complex kat situ, tak silap aku ada 3 shopping complex yg bersambung sekali. Memang besar, we all tak sempat redah sampai habis pun... Hu hu.. Penat betul aku jalan, sampai malam, aku terus nak lepak kat SPA hotel. Puas hati aku bila dapat urut badan dan kuarkan angin. The staff siap keruk lagi badan aku untuk kuarkan angin. Memang aku dah pasang niat nak gi SPA kat sini sebab murah. Aku bayar dalam Rp300K untuk urut satu badan dan kuarkan angin. Nampak cam mahal tapi berbaloi lah jugak. Kalau just urut Rp150 K jer, tapi sebab aku nak keruk dan kuarkan angin, kena tambah lagi Rp150K. Memang lega pas dapat urut. Hubby aku plak amik refleksiologi jer. Lelaki yang urut dia, menjerit-jerit dia sakit. Wakakaka...

Inilah Mangga Dua. Tingkat bawah sekali.!

Hambek ko...Mau pengsan jalan sehari suntuk!!
Sibuk shopping while Q's sleeping! kasut dia pakai tuh pun tinggal sejarah. Hilang sebelah kat Jakarta. Hahhaha..
Spa @ Ibis Hotel. Best ooo....

In terms of makan, 1st time aku makan kat area Mangga Dua tu, dia letak dalam bakul bulat. Presentation cantik lah, rasa pun sedap. Memang leh masuk lah tekak Malaysian aku nih! Harga pun murah, lebih kurang harga sepinggan makan kat Malaysia, tapi puas hati lah. Aku suka minum air Avacado, sedapp oo..kat M'sia susah dapat, kalau ada pun mahal. Hahhaa..kat sana bersepah2 air Avocado tu beb!

1st food yang we all makan kat mangga Dua. Sedap gilos!!
@ Dapur Sangkuriang! Leh tahan sedappppp!
Terasa sungguh kekampungannya! Best!
Us with Ejump's & Family.
Nilah peneman anak aku sepanjang kat Jakarta & Bandung. Leka di baca buku tau! Hheheh..
Muka serius tau! Tgh baca buku lah..jgn kaco! Hahha..Buku yg berjasa!

Hubby aku siap senaraikan tempat-tempat mana we all kena makan atas saranan para blogger dan para forummer Cari.com. Hahhaha..tak sesia dia mengadap komputer tetiap hari jd silent reader, memang puas we all makan kat Jakarta & Bandung. Kat Bandung, aku tak leh lupa we all pergi "Dapur Sangkuriang" dan "Kampung Daun", dinner kat both of this place like heaven weh!!! Memang best sangat especially Kampung Daun. Sejuk giloss, nyaman sangat dan memang superb tempat tu. Sejuk kalah Genting.Dah macam Cameron dah! Nasib baik aku bijak dah siap2 bawak Q punya baju sejuk. Mengigil aku tahan sejuk. Aku rasa kalau kat M'sia, ntah berapa ribu lah kena bayar rega makanan tuh! Kat sana, we all makan 2 family dalam Rp300 K ++ lah, puas hati dengan suasana malam dia. On the way naik ke Kampung Daun tuh, nampaklah villa-villa besar dengan nama "Pondok Indah". Memang giloss besar weh ..tu malam aku nampak besar tuh..kalau siang, mau pengsan agaknya aku tgk rumah-rumah kat situ. Memang sepanjang naik ke bukit di Kapung Daun tu, dipenuhi villa orang-orang kaya Bandung. Bestlah, tak puas, memang rasa nak gi lagi Kampung Daun tuh!

Dalam shopping place @ Kampung Daun!
Siap ada pemanas api lagi hokay!! Memang sejuk ooo kat sana!
Muka Qarissa yang sungguh poyos depan logo Kampung Daun! nampak tak mata aku ala-ala bengkak?
Sungguh best & nyamannyaaaa.....
Makanan yang sedappp malam tuh! Tapi cepat sejuk sebab keliling sungguh sejuk!
Kalau nak panggil waiter, kena ketuk mender ni tau!!
Kalau korang nak tau, ni toilet. Apsal ntah si Saiful nih ajak bergambar depan toilet. Sebab batu dia cantik kot! Wakakak...
Kenangan di Kampung Daun! A gud one!

Holiday we all ni di cacatkan sikit dengan kehadiran "demam ala-ala ngada2" dari aku. Tetiba aku rasa tak seda badan, siap muntah sekali kat Bandung dan yg paling hangin, walaupun aku tak makan ubat doktor like panadol atau ubat tahan sakit, mata aku tetap bengkak!!! Hanginnya aku! Aku nih memang ada allergik yang pelik. Kalau aku demam, aku tak leh makan ubat tahan sakit hatta PANADOL sekali pun! Confirm mata aku akan gemoks, bengkak dan sangat huduh!! Amik masa at least 3 days bengkak tu nak surut. So, bila dah tahu penyakit tu, aku pun tak ambik panadol, yer lah, kat negara orang, aku takutlah apa-apa jadi kat aku nanti. Tapi, bila malam menjelang, aku rasa panas je mata aku nih..Tau-tau esok bangun dah bengkak sikit. Sabar jer lah wei! Jelas jugak bengkak tuh walaupun aku tak ambik sebarang ubat! Kalau aku makan Panadol, tak tahulah cam mana rupa mata aku. Mesti korang takut nak tgk. Serius huduh dan menakutkan. Memang cam Alien. Yang korang nampak kat gambar bawah nih, tak sampai 2% kehuduhan dia! Wakakaka... Aku takut betul masa tu, sebab aku takut kantoi kat airport plak bila balik nanti. Alhamdulillah, semua selamat. Semalam jer aku demam, esoknya dah ok..


Belakang we all tu air terjun! Memang vast ooooo tempat nih. Gempak ah Kampung Daun tuh!
Qarissa kesukaan sebab Daddy gurau2 ngan dia.
Gelak besau Qarissa melayan Daddynya dalam APV Pak Dino..

Dari segi DVD plak, aku cuma sempat pergi shopping DVD kat Jakarta sahaja. Memang tak se"heaven" Bali. Tak banyak education DVD yanag aku dapat. Aku sempat beli dalam 10 keping jer kot. Tu pun tak leh try, bila aku try kat Malaysia, hampeh btol, ada plak Bahasa Indonesia dalam VCD English dia! Wakakakka..lawak jer. Baby Einstein punya siri, dapatlah dalam 3 keping mana-mana stok yang aku takder. Your Baby Can Read punya DVD memang takder. Memang aku kena beli kat KL jer lah nampaknya. Hu hu...tapi, kali ni sempat aku rembat banyak CD yang series punya dan juga movie-movie yang latest! Best siut, gambar lawa gilos!! Puas hati dennn...Hhahhah..harga kat Jakarta murah dalam Rp6K sekeping DVD. Beli 10 dapat 1 Free. Hehhehe..

Anak yang bakal di eksport ke Malaysia!
Sibuknak tolong kemas gak...Habis dia masuk dalam bag tuh!

Kat Bandung, we all duduk kat Grand Serella, memang cantik hotel tuh dan we all naik Suzuki APV. Memang berjasa Pak Dino tu punya APV. Penuh gilos APV dia dengan hasil rompakan we all kat sana. Wakakkaka..Bila balik ke Jakarta the last day, we all terpaksa bersempit sket kat seat depan sebab seat belakang dah penuh dengan muatan. Hhahahah...

Hasil rompakan we all selama 4 hari di Indonesia.
Penuh selagi boleh we all sumbatttt!!

Kesimpulannya, percutian aku sekeluarga kali ni penuh dengan warna-warni lah. Seronok sebab dapat shopping baju tapi tak seronok sebab aku tak sihat. Sama je anak beranak semua tak sihat sgt. Even sampai skang aku masih batuk & rasa tak comfortable lagi. Nak sesuaikan diri pas balik bercuti. Aku rasa cam tertinggal banyak mender bila bercuti ni. Hu hu...Bilik opis bersepah, sakit mata aku tgk.. Ntah bila nak kemas pun tak tahu lah ..malas jer rasanya ... Hhehehhe..

Lawa sangat baju-baju @ Rumah Baju ni tau!. Aku beli 3 pasang. Baju dia semua Tailor Made, kat kedai lain takder design ni. Aku amik size S, hanya size tuh jer yang ada. memang cantik giler buatan dia, chiffon dan macam seolah-olah dibuat khas untuk aku! Sangat kemas dan just fit me! Harga pun murah cuma Rp170K satu set termasuk seluar. Murah kan!!
Q: Boooo....boring lah Mummy! Cepat lah Mummy! Aku terpaksa bukakkan kasut Qarissa selapas secara tetiba dia MAKAN KASUT time kat Bandung! Apakah maknanya itu! Wakakak...Dah bukak kasut, dia MAKAN KAKI plak...! Sabar jer haku!
Antara baju-baju pilihan kalbu.
Sessi terai menerai baju..

Kaylah, korang nantikan entry Part 2 aku kay. nanti aku cerita pasal apa aku shopping! Hehhehee..


Penat tapi berbaloi,

25 comments:

BabyIntan said...

Wahhh best giler baca ur n3 nie watie...terasa mcm intan lak yg g sana :)

Mak aiii punyalah besar gedung nya, sure tak puas jalan kat situ kan...mau kena amik few days baru "settle" semua penjelajahan!

Lawak nya Q pakai penutup muka tu...dah macam jadi "tawanan" kat bandung lak...ekekek

Cepat2 update tau part 2!

P/s: Semoga watie cepat sembuh kay, banyak kan rehat ;)

Haiza said...

best ...best....ni tak sabar nak gi sana gak ni...tang shopping tu memang berkenan sangat2 tuh...tak sabar weh mak nak gi negara seberang nih..

psstt... 11 sampai 13 hb ni mak nak pi Surabaya...ape yang menarik kat sana ek?...any idea...teruja ni dapat jenjalan sambil di support oleh Avon Malaysia...tak sia2 jadik dealer Avon..

tapi tak best nya takleh nak bawak en.somi n Damia... :(

Ummi Salsabila said...

yang,bestnye shopping sakan sana.i like!!

besau gile mangga 2 tu..terinngin nak pi sana gak.my dad pun ckp sana byk bju mrah2.borong byk2 then jual kat sini..:)
u beli bju raye skali ke?

sedap2 mknan dorang ea.lapar laks tgk..yum yum..

sya said...

syoknya bercuti dan shopping sakan... :D

isabelle said...

aku pi bandung x best pun rasanya.
x puas hati la.

ni nak post entry psl bandung pun xlalu.

alinalan said...

Wah! suke bangat dgn ur hasil rompakan. hihihi... Aksi Q yg bakal dieksport ke M'sia oso chomel.

Afzan Aini said...

wah syioknyeeee gi bandung. Tahun lepas gi mase pregnen 5 bulan. Best gile Kampung daun tu. memang Heaven.. Nak gi lagi!!

Lovely Mommy... said...

eh watie, mmg kena pakai mask tu ker? kat saner pun bahaya H1N1 tu ek?

ha mmg seronok tgk ko shopping saner. maid ko ikut sekali tak? aku rasa yg paling best is Q mandi dlm sinki tu ahahahahha gelak besar aku ahahaha...

wei, post la baju2 and brg2 ko beli aku nak tgk!

Watie Aziz said...

Intan, memang giler besar Intan Mangga Dua tuh..yg hubby sempat amik cuma 0.5% jer gambar nya ..wkaakakka.. mmg besar pengsan we all jalan ..hahha.

tu lah ..gambar Q pakai penutup tuh memang klakar ...mmg cam tawanan AL Qaeda pun ada gak..hahahha..

tq for ur doa yang ..:)am getting better..

Watie Aziz said...

Haiza, wah ..bestnya soping ..i tak pasti Surabaya ok ker tak ..tak pernah sampai lagik..cuba u cek kat cari.rasanya ada thread Surabaya gak .. alah yang ..kalau dah Indonesia, sure murah sket dr Malaysia kot..

sayangnya takleh bawak Damia & En Somi ..cian dorang yerk..takper2 ..nanti ada rezeki leh gi skali lagi..bestnya Avon bwk jalan ..i tak pernah merasa MLm @ single level company bawak i makan angin..hahaha...

Watie Aziz said...

US, aah yang ..best giler shopping baju tapi kat Factory Outlet dia tak lah se best yg org cakap tuh ..maybe sebab we all pergi time habis cuti sekolah jadi baju yg tinggal so n so jer ..

cuma kat Pasar Baru memang best, i banyak beli baju-baju for dinner & raya, i suka seluar and baju kemeja lengan panjang atau yg motherly type tu .. kat KL i survey mahal giler dalam 150 - 200.. kat sana 50 hengget dah dapat satu set ..tu menggila beli..memang boleh buat meniaga yang oi.... hahaha

Watie Aziz said...

sya, hahaha..memang syok sebab dah simpan "dendam" lama ooo.. hahaa

Watie Aziz said...

Isabelle, yang, memang 1st time aku sampai pun kan ..aku rasa tak best pun Rumah Mode tuh .. pelik tul aku org malaysia duk kata best giler2 .. aku rasa biasa jer! maybe sebab aku bukan branded punya type kot ..kalau pikir logic RP100K untuk satu baju esprit kira murah ah ..tapi sebab aku bukan branded punya kaki, so aku rasa biasa jer .. hehehe

tapi Pasar Baru pada aku mmg heaven ..sebab baju raya aku semua aku beli kat situ ..mmg dah lama ngidam ..puas hati aku dapat weh! hahaha..kain ela murah wehh..nanti aku masukkan gambar ..

Watie Aziz said...

Momma Mia.. hahaha...giler banyak kan ..kawan i lagik gilos..dia datang sehelai sepinggang jer! memang budget nak shopping beli semua baju baru kat sana ..hehehe...

Q time tuh memang cibuk jer nak masuk dalam beg tuh ..sabar jer haku! heheh

Watie Aziz said...

Afzan, best kan yang ..tu lah ..sapa dah pergi mesti rindu nak gi lagik...cam dah jadi tempat wajib kan .. best giler yang ...

Watie Aziz said...

Sue, tak lah wajib pakai tapi sebagai ibu prihatin, aku pakai lah ..macam2 org beb kat sana ..takut aku ..dah lah sesak... nasib baik Pasar Baru masa we all pergi tuh normal day, hari tak sesak sgt ..rilek jer aku shopping ..hehehe..

maid aku tak ikut sue, aku lah yg kena uruskan Q sepanjang kat sana tapi my baby nih baik setiap kali jalan dia tahu behave so senang aku nak handle dia.. hehehe..

mmg dia suka gile duk dalam basin tuh beb .. takmo turun siap nangis bila aku suh turun ..wakakkaa..

nanti aku masukkan Part 2 ok.. baju2 yg aku beli... murah dan cantik..best oo...ko patut pergi beb!

Hanz Jamaludin said...

Comel jer tengok Qarissa dalam sinki tu

adianiez AIDA said...

yes... muat-muat je q dlm tu.

member aida yg bujang baru jek gi few weeks ago ke jakarta & bandung. sakan gaks mereka shopping.

mereka plan nak gi lagi february nanti. nak ikut ke tidak yek ???

defina said...

warghhh...menduga kesabaran ku ler entri ni....baju2 dia lawa bangat....terasa mau terbang ke bandung sekarang jugak....

si Q bukan men kelako n cute bila masuk dalam luggage tu, mujur tak terhangkut ngan dia2 skali...hikhik

Watie Aziz said...

Hanz, hehehhe...tuh lah ..excited giler dia mandi kat sana. Senang pun senang ..sekali lagi pergi tak muat dah i rasa. Wakakaka

Watie Aziz said...

Aida, kalau u free, patut gi if u plan nak shopping baju2 yg murah2 tuh ..ehhhee

Watie Aziz said...

Naimah, memang ko akan teruja dan giler isim jap bila kat sana. Murah dan laawa beb. Hishh..geram lah aku tgk..hehhe..

wakakak...sekali bila cek2..anak aku dah lemas dalam luggange ...memang tidur balai lah gamaknya aku ..wakakk...si kenit tuh mmg sibuk nak mengemas sama!

eyna said...

aku aritu x sempat g kg daun..
ramai kata best.. harus g lagi skali nih...tp nak kene tgu anak besar sket.. seksa nak mendukung jer.. dah sama cam org indon lak aku ngendong anak hehehe....

Mangga dua tu aku g gak tp aku giler borong telekung weiiiiiiiiii.. hahaha.. tapikan pasar baru tu tak yah ckp laa kan kau mmg best.. sapa nak kawen beli jer baju kat sana mmg vogue the vass

Unknown said...

wah memang meriahh yer... :)

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading