Friday, August 14, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

Akhirnya, sempat jugak aku memasukkan diri ke contest MBP untuk bulan August nih. Aku budget cam tak sempat jer nak masuk sebab sejak balik Bandung, so many things happened to me, sampai aku rasa masa nak update blog pun tak banyak. Blog education Qarissa pun cam dah bersawang dah .. Hheheh.. Tapi kau gagahkan jugak diri untuk masuk beberapa contest sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kawan-kawan. Hhehehe..

Memandangkan besok tarikh tutup contest ni, aku dengan segeranya membuat entry nih, rasa sayang tak masuk sebab Q ada bergambar dengan toys dia. Bila aku cek balik, alamak, toys bukan main banyak, tapi gambar dia dengan toys tak berapa banyak, gambar dia dengan buku yang banyak. Wakkaka..boleh kira as "toys" ker buku-buku tuh semua? Hhahaha..Kalau tak percaya, korang tgklah gambar kat bawah ni. Memandangkan masa dah suntuk, gambar nih je yang sempat aku godek untuk masukkan dalam contest kali nih. Meh kita tgk aksi Qarissa yang leka bersama toy nya. nanti aku cerita lebih lanjut pasal toy ni ok..:)

Baby's Name: Rania Qarissa Rizal bt Saiful Rizal
Date Of Birth: 26 June 2008.










  • Cerita pasal TOYS in the picture: Untuk pengetahuan uols, inilah toy peneman setia Qarissa masa we all bercuti kat Bandung hari tu. I shud be thankful to this "toy" sebab berjaya melekakan Qarissa & she will behave everytime aku bg mainan ni kat dia. Mainan yang sedang dia main ialah Nursery Rhymes Book Toys. Yes, i have to admit that aku memang particular sikit dengan mainan untuk Qarissa. I will make sure apa yang dia main tuh mendatangkan manfaat atau sekurang-kurangnya memberikan ilmu pada dia. Bukan mainan suka-suka. That's y Qarissa tak banyak bear. Wakakaka.. Aku tak pernah belikan dia bear tapi memang banyak bear yang dia dapat masa b'day dia. Jimat sket duit aku. Hheheh.. This toy aku dapat FREE sebab aku redeem point masa Maybank Treats Point @ Mid Valley hari tu. Aku suka this toy sebab ia dapat menggalakkan Qarissa mencintai buku. Toy ni direkabentuk seperti sebuah buku, comel & boleh di bawak travel, boleh di selak seperti buku, ada 6 lagu berbeza dengan suara yang jelas, ada lampu dan sangat bewarna-warni. Qarissa akan leka menyelak satu persatu buku toy dia ni dan jari jemari dia akan tekan the button untuk dengar lagu seterusnya. Aku pun boleh main game secara tak langsung dengan dia. Aku nyanyi lagu yang ada dalam buku tu, dan suruh dia selak page mana yang ada that song. She seems to understand what I'm saying by trying to open the correct page. Bila aku nyanyi lagu dalam nursery rhyme tu, dia cam excited dan tau that song. Paling best, senang aku nak shopping coz she is so attach to the toy. Bagus kan...? Hhehehee..Gambar kat atas di ambil masa we all makan kat Kampung Daun, Bandung. Bagus anak aku tuh, dia leka selak buku, tak kacau pun Mummy & Daddy dia makan. Hehhehe.. Gud girl kan..
  • My opinion about the usage of TOYS in early childhood learning: Aku memang sokong 100% the usage of TOYS in early childhood learning dengan syarat - The TOYS sememangnya membantu perkembangan otak kanak-kanak dan bahan yang digunakan untuk membuat toys itu tidak mengandungi bahan berbahaya kepada kanak-kanak & bayi seperti merkuri, raksa @ plumbum. Aku kurang setuju sekiranya ada lambakan produk mainan kanak-kanak di pasaran tetapi ianya tidak mendatangkan faedah kepada kanak-kanak itu sendiri. Sebagai ibu bapa, kita harus pandai memilih mainan yang sesuai dengan usia dan perkembangan anak kita. Pilihlah permainan yang mendatangkan manfaat kepadanya, yang dapat membantu perkembangan & kecerdasan otaknya dan bukan permainan yang tangkap muat. Aku tak kata mainan murah tak bagus, ada juga mainan murah yang bagus dan challenging, cuma kita kena alert dr segi bahan pembuatannya sahaja, takut ada bahan terlarang yang berbahaya untuk anak kita. Sebagai ibu yang inginkan yang terbaik untuk anaknya, aku memang choosy sikit. Aku akan pilih harga yang berbaloi dengan hasil yang akan aku dapat. Aku takkan pilih yang mahal hanya kerana nama @ brand. Yang penting pada aku, ia dapat mengembang & membina jaringan dalam otak Qarissa. Dari segi harga, budget aku tak tinggi sangat. Buat apa beli mahal-mahal kalau tak mendatangkan faedah pada anak? Baik aku beli puzzle RM 5 ringgit dr aku beli teddy bear RM 19 tuh? Apa dia leh wat ngan teddy bear? Setakat peluk-peluk, sayang-sayang jer kot.. Oklah untuk pupuk rasa kasih sayang antara sesama "manusia", hehehehe.. tapi baik aku pilih Barbie, boleh anak aku berimaginasi & berkomunikasi dengan patung cantik tu. At least it can help her to grow her imagination & we can share the ideas untuk mencantikkan Barbie tu. Pada aku, there is a lot of ways untuk kita pupuk habit anak kita terhadap sesuatu mainan atau rancangan TV atau apa-apa jer lah sejak dia kecil. I can really see it in Qarissa. Dia tak sibuk pun nak tgk TV walaupun 613. Kalau aku bukak, bukaklah, Kalau tak, dia tak kesah pun. Dia lebih suka tgk DVD Education yang selalu aku tayang walaupun beribu kali. Setiap kali bila aku sebut "Reading Time", dia akan kesukaan sambil tangan dia tunjuk-tunjuk flash card @ logo LR kat Lappy. Dia tak sedar yg aku nak ajar dia sebenarnya, Dia ingat aku ajak dia "main". Makin Qarissa besar, aku makin percaya yang kalau kita bentuk peribadi anak kita terhadap sesuatu mainan, buku @ rancangan TV, memang anak kita akan lebih mudah menyukai sesuatu perkara @ mainan yang kita belikan. Sebab kita dah galakkan dia dr kecil lagi. Insya Allah, aku akan amalkan this teknik sampailah Qarissa besar nanti. If i have to invest to buy something yg mendatangkan faedah pada dia, insya allah aku akan beli. Tapi kalau membazir atau tak berbaloi, sorry yer nak ..no way ..heheheh...
Ni aku letak lah gambar penuh toy ni so that i can share the beneficial of this toy to ur baby pulak ok..:)





Oklah, tu lah pendapat aku terhadap isu bulan nih. Aku harap ia dapat membantu para ibu bapa diluar sana untuk memilih mainan yang bagus untuk anak mereka. Sesapa yang belum join contest ni lagi, esok tarikh tutup dia, mehlah kita meriahkan contest MBP ni ok. hadiah pun best, ntah bila lah agaknya aku akan dapat. Hehhehehe...Kalau sapa nak masuk dan nak tgk hadiah apa yang dapat, meh klik sini.


Only Beneficial Toys For My Baby,

20 comments:

Haiza said...

panjang berjela nih entry nih...lepas ni mak nak wat contest "entry paling panjang berjela" ...muahaha...sure u bleh menang nya noks....ekeke takpe2 tulis lah panjang mana pun...really luv tu read it...gud luck ye yang for tha contest...I tak tau la sempat ke tak nak join contest MBP ni....eh yang join la contest before & after makeover tuh..sure u ada gambar2 yang meletup punya...hihihi

Hanz Jamaludin said...

Agree 100% on your opinions about choosing the right toys tu..

Qarissa punyer buku nursery rhyme tu cam hambali punyer, tekan2 butang ada lagu2, itu pun dia suka, syukur ada kawan sudi nak bagi hadiah tu kat hanafi dulu sekarang dah jadi hak milik hambali pulak.

guess Qarissa ngan Hambali boleh geng bab2 buku2 & educational vcds..:P. Good luck!

UmmiKhayra said...

Gud luck watie tuk contest ni.. Nini pun nk join gak,. tp kesuntukan masa nak cari gambar Khayra dengan toys.. And nini memang setuju pasal kalau nak beli biar berbaloi and pilih yang betul.

Macam nini, Khayra memang takde bear pun. kalau ada, barney and dino and 2 bear yang bulu panjang( ni tak penah kasi sebab tkt bulu dia :P ). tu semua org kasi. Khayra pun lagi suka main buku dari bear tuh.. :)

3740Journal said...

good luck babe.. hope ade harapan menang...

Myalycia said...

yesss, I memang agree 100% yg kita kena beli toys yg boleh develope perkembangan otak anak-anak... Alycia sendiri memang jarang belikan toys utk adam kat pasar2 malam.. selalu alycia review dulu toys tu kat internet.. tgk ape benefitnya, umur yg sesuai, how to play etc...

gud luck qarissa!!

Mysunshine cake said...

salam, i tgh blog hopping terjumpa your blog.I love your songs!!! sume best. and also your bandung trip. soo detail... ^_^ buatkan i terliur hee heh heee...

mengidam nak gi nie hu hu huu..
btw, jemput singgah my blog..

zar

Watie Aziz said...

Haiza, hahaaahah.. tu lah pasal, aku nih kuat membel lah .. try to short kan entry tuh, tapi selalu tak berjaya! wkakaka...

tq yang.. i suka lah gambar u tuh.. nantilah kalau sempat i carik gambar2 i yg huduh tuh! wakakaka... kalau sempat i masuk..:)

Watie Aziz said...

hanz, tq very much dear for the comments. Wah ..bestnya dapat hadiah FREE. Untung u sebab harga dia kalau beli mahal gak tau yang ..cecah Rm100++ gak if takder diskaun. Lucky me sebab i guna my points to redeem. Ni pun ada satu lagi game crtech i blum amik kat opis dia. Bz giler takder masa nak amik. Hari tuh masa kat MBB Treats fair tuh stock dah habis.. so kena pi amik kat opis dia terus.. hu hu..

Watie Aziz said...

Nini, i think barney & character tuh oklah jugak, at least our baby suka tgk and follow the character yang banyak ada unsur nilai2 murni kan .. heheh.. tapi kalau bear tuh i kureng sket ah .. hehehe.. maybe sebab bulu jugak kot.. i nih alah bulu gak .. hidung tak tahan...hahahha

Watie Aziz said...

Azza, tq so much dear!!

Watie Aziz said...

Wah, memang untung Adam coz maknya rajin carik info pasal toys kat tenet. I jarang sket surf mainan anak kat tenet. Hehhehe.. selalu masa jalan2 jer but i tak nafikan, sometimes dapat gud deal kat internet berbanding kat luar kan ..ehehhe..

Watie Aziz said...

Hi Zar, tq so much dear! hehheh.. I pun suka all that song tapi selalu tersangkut2 ..tension haku ..ahhaha..

yang bandung tuh my blogger frend semangat nak tgk hasil rompakan. Wakakkak.. tuh yg tunjuk, semua murah2 jer .. hehhehe...kalau mahal tak koser nak beli..ahaks ..

Zar, i try nak singgah ur blog tapi tak leh ah .. dia kata profile Not Available. Apsal yerk? Can u gimme ur blog address?
Zar

defina said...

kak Q, all the best dari Kashful. Mama Kashful pun mengah masukkan Kashful dalam contest tu, bagus gak ade contest kan? Kalo tak bersawang blog mama....hahahaha (syyyhhh....jgn bgtau mama eh....:P)

defina said...

lupa habaq mai kat hang, nnt amik homewok tag n award kat blog aku yer....hihi

Ummi Salsabila said...

i setuju dgn u.menan kn pilih btol2 gak kn..

good luck yang..;p

i nak join.sempat lg ker?

Watie Aziz said...

Kashful,mama Kashful tu memang, auntie dah suruh mama kashful masukkan satu entry satu hari, tapi mama tuh bz sokmo, ramai org datang umah kashful kan? so mama asyik kena masak jer .. wakakkka... cian mama kan ..tapi bagus gak, nanti balik M'sia, Mama leh bukak restoran, auntie leh datang makan kat restoran baru Mama .. hehehe ...

Kashful suh Mama masukkan cepat2 tau contest nih, auntie nak tgk gambar Kashful yg gebu tuh! Hhehehe

Watie Aziz said...

naimah, wokeh yang ..sure will do .. hish ...aku nih malas tul wat kerja umah ..harus merajinkan diri lah .. hehehe

Watie Aziz said...

US, tq so much yang .. sempat lagi u nak masukkan aufa kat contest ni .. hari nih tarikh tamatnya ..hehee

Mysunshine cake said...

really? ok u can go here www.mysunshine2u.blogspot.com
or www.mysunshine-cupcakes.

I'm doing 'Say it with cupcakes' - charity drive. I work together with my sahabat in TM, Jules, eksekutif suri (serunding)& ummikusayang

Part if our sale goes the the orphanage home. you can see the list in my blog.

if sudi pls share this with all your friends & relative.

appreciate your help

Watie Aziz said...

Zar, tq so much for ur reply ..sure i will add u to my list ok ..:)

tq again dear ..appreciate it ..:)

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading