Thursday, September 3, 2009

Kenapa Blog Qarissa "Bersawang"?

Vavava..rupanya ramai jugak kengkawan yang prihatin dengan aku yerk..? Tak sangka lah aku, terima kasih kengkawan semua sebab prihatin dan siap tinggal msg tanya kenapa dah lama tak update blog ni.. Dah hampir bersawang dah kan ..hu hu....terharunya aku di atas keprihatinan semua. Terasa disayangi tau ..hu hu..Emo lah plak malam-malam nih..hehehehe..

Sebenarnya, bukan aku sengaja nak biarkan dia bersawang, banyak mender rasanya nak kongsi ngan korang semua tau .. tapi ada macam-macam mender yang berlaku lately, sampai aku malasnya rasa nak update blog nih... kalau korang perasan, dulu aku boleh dikatakan selalu update blog ni kan, tapi kalau sesapa yang "betul-betul perasan", sejak aku balik Bandung, aku dah tak update sekerap dulu. Seminggu mungkin 2/3 kali jer... Ikut mood orang kata, dan mood tuh makin lama makin kureng....hu hu..mungkin sehingga selepas aku stabil kembali... hua hua ...

Napa aku dah malas update blog? Hhehehe.. Kaylah, aku pun dah tak mampu nak sorok dah, semua asyik tanya jer. Blog Genius Baby On Board pun lama gak tak update, ada few kengkawan blog call tanya few things pasal early chilhood development, ramai jugak suruh aku buat talk on this issue, siap sms tanya berapa bayaran aku kenakan sejam? Wah...happy betul aku tgk dah semakin ramai parents yang alert & ingin sama merangsang anak mereka menjadi "genius" dan bila baca blog tuh, they feel excited & thankful to me! Aku pun tumpang bangga dan seronok untuk berkongsi kegembiraan para ibu bapa nih. Insya Allah, kalau ada rezeki, satu hari nanti, aku ada cuba buat seminar berkenaan dengan ECD ni ok..:) Ada sesapa nak cadangkan kat mana kita leh start buat seminar nih? Hotel cam mahal jer kan? Nanti Parents kena bayar mahal plak...Hhehehhe..

Kay lah, direct to the point...blog aku hampir bersawang sebab...:) jeng jeng jeng.....

Hehhehe..Siap letak image "bersawang" tau..nak tunjuk betapa lamanya tak hapdet blog!!

  • Qarissa bakal dapat ADIK BARU!!!! Insya Allah dalam tempoh 7 bulan akan datang!! Apa kena mengena ADIK BARU dengan blog bersawang ...? Yer, sebab mak Qarissa nih, kalau dah pregnant, hormon "mengada-ngada" dia naik mencanak-canak. Dapat tau pregnant masa kat Bandung, tapi tak confirm sebab line tuh cam tak clear, dah balik KL, baru test lagi sekali, Alhamdulillah, memang ada rezeki we all cepat pulak kali nih... (bak kata laki aku - "We make love only once masa u subur kan?" Wakakakaka....) . Maaf to all my blogger friend sebab tak bgtau awal-awal lepas balik KL tuh, sebab aku takmo lah kecoh-kecoh kan, baru lagi, kang apa-apa jadi kang, aku yang sedih, even sekarang pun masih 1st trimester, anything can happen but we pray for the best & aku tahu kawan-kawan blogger & non blogger aku juga akan doakan yang terbaik buat kami sekeluarga kan??? I love uols....!! Muahhs....
  • Then, ada berita yang mencuakkan we all, 2 minggu after balik Bandung, aku ada bleeding sikit. Masa ngandung Qarissa, sekali pun tak pernah bleeding, jadi aku dah cuak. Yang paling mencuakkan lagi, hari yang sama aku bleeding 1st time tuh, adalah hari aku dapat tau yang kawan baik aku miscarriage her 2nd baby. Anak dia yg sulung tua 4 bulan dari Qarissa. So we all happy sebab ngandung kali kedua sesama tapi now dah sedih pulak..:( . Right afer borak ngan dia, aku ke toilet, dan nampak ada blood spot. Gabra gak aku. Then 2 consecutive days ada that blood spot. Aku terus call my gyne a.k.a my friend kat SMCS dulu, dan dia suruh jumpa @ Putrajaya Hospital. Bila check, nampak baby ok. Cuma date sahaja berbeza. Sebab kalau ikut my last period, the baby shud be 8 weeks, tapi kalau ikut ultrasound, condition baby macam 6 weeks. Heart beat pun lum nampak. Tapi time tuh, aku dah muntah & loya bukan main lagi (Yer...memang badan aku nih terus ngada-ngada lepas dapat tau pregnant ... tuh kengkadang malas cek ..hu hu...) , so my friend suruh datang lagi 2 minggu untuk cek development baby. Jadi, dalam masa 2 minggu tuh, memang aku cam takder mood lah sangat nak menulis, ditambah pula dengan "all day & night sickness" yang aku alami nih...jangan kata nak online, bukak Lappy pun malas... aku cuba jugak gagahkan sebab takmo org nampak sangat aku dah jarang update. But lately, aku muntah on DAILY BASIS...kalau sehari tak muntah, bukan Watie namanya .. hu hu ... jadi korang bayangkanlah camner keadaan aku skang .. hu hu .. dengan sayunya, aku bgtau ..SEHARI pun aku belum puasa lagi tau! Sedih kan? Aku tak boleh lapar, kalau lapar jer aku muntah! Terlebih makan pun muntah. Aduiii... tapi seteruk-teruk aku muntah kali nih, teruk lagi aku rasa masa ngandung Qarissa, so aku masih boleh maintain kot ..mungkin sebab aku dah tau teknik-teknik muntah terbaik..Wakakakaka....
  • Alhamdulillah, after 2 weeks, aku pergi cek, baby dah ada heart beat. Development pun ok, so doktor bagi new due date. Insya Allah kalau ada rezeki, Qarissa bakal jadi kakak on 6/4/2010. Perjalanan yang masih panjang & aku harap, semuanya berjalan lancar, Amin....Memang aku pun tak sangka cepat jugak Qarissa bakal jadi kakak, sebab masa plan nak ngandungkan dia tuh, rasa lama jer nak dapat dia, jadi untuk anak kedua, we all memang plan lepas B'day Qarissa yang pertama, so budget2 leh dapat lah dalam tempoh 6 bulan ker kan...hehehhe.. Padanlah muka aku, tak percaya kuasa Tuhan leh bagi cepat, siap plan-plan 6 bulan, lah, 8 bulan lah, hambek ko...sekali main terus melekat! Syukur sangat... tapi memang ianya sungguh menguji kesabaran .... kadang-kadang aku terbabas juga ..Hu hu ...sedihnya ...
  • Sejak aku disahkan mengandung, Qarissa buat perangai yang sungguh menguji kesabaran aku sebagai ibu. Aku rasa kalau korang ada baca entry-entry sebelum nih, aku ada ngadu jugak yang Qarissa buat perangai malam-malam kan? Tu lah dia, memang dia wat perangai setiap malam sejak aku pregnant. Dahlah aku muntah, penat, sakit perut, Qarissa menangis & mintak perhatian dari aku. Asyik nak menetek, mengemping dan bergayut sepanjang malam!! Kalau lepas sikit, nangis, salah sikit nangis, ya Allah, memang aku hilang sabar betul. Tapi dia wat perangai time malam jer, time nak tidur, Pagi & petang dia ok..very baik & behave, sampai aku takut nak tunggu hadirnya malam... Hu hu...Pernahlah few times aku tinggikan suara bila dia wat perangai tuh, dia tau aku marah sebab aku tak pernah tinggikan suara, bila dia dengar cam tuh, lagi kuat dia nangis tau! Macam memberontak gitu... then bila ku nenenkan dia, aku usap rambut dan kepala dia, aku cakap lembut-lembut, "Icha, Mummy sakit, Mummy tak larat sayang, Icha tak kesian adik ker? Icha janganlah wat perangai cam ni sayang...". Dia pandang aku sambil terkebil-kebil, lepaskan nenen aku, dan terus nangis sayu-sayu gitu... yang stock terhenti-henti, pastu sambung nenen balik, then nangis balik. Few round ah cam tuh, sampai aku plak jadi sedih.memang clever sungguh anak aku nih... Pernah sekali time dia nangis kuat giler malam-malam buta, aku hangin, aku babab ah sikit (pelan-pelan ah kan ..eksen jer lebih ..hahah) kat peha dia 2 kali...dia paham dan terus membalas dengan tangisan yang lebih kuat sambil hentak-hentak peha yang aku babab tuh! Terkedu plak aku tgk! Tak pernah dia wat gitu sepanjang dia hidup setahun 2 bulan nih tau! Marah btol tuh! Agaknya dia jeles lah ... Entahlah, aku pun tak pahammm.. hu hu...macam manalah aku nak update blog kalau camni lah kerenah Q memalam, bila siang plak aku cam tak larat, ada jer mender nak kena buat sampai takder masa nak ngadap Lappy, nak wat perfume pun rasa bercinta sangat, tapi sebab tanggungjawab dan punca rezeki aku, aku gagahkan diriku ini. Hehhehe..
  • Sekarang, aku dah jumpa formula untuk kasik Q tak mengamuk malam-malam. 90% berjaya lah jugak. Hheheh..Aku bg dia jalan satu rumah, atas dan bawah sampai penat, dah betul-betul ngantuk, dah tenyeh-tenyeh mata, dah merengek-rengek, nangis 2-3 kali, baru aku amik dan letak atas katil, sumbat nenen terus!! In less than 30 minutes, dia akan pengsan seperti disuntik ubat tidur! Kalau nasib aku baik, dia tak bangun sampai pagi, kalau nasib aku tak berapa baik, tengah malam dia akan bangun 2-3 times nak ngemping. Sejak aku tahu aku pregnant, aku cuba bg Qarissa susu formula sebab susu aku dah macam kering. Aku takut Q tak dapat enuff khasiat, lagipun dia hanya menyusu badan time malam jer, siang cuma kadang2 jer dia nak susu badan. Tapi malangnya, si bijak nih takmo lah susu formula dalam botol. Letih btol aku, membazir buat susu, dia memang tak nak. Dia lagi suka minum air putih dalam botol susu. Tu pun aku guna botol susu MAM yang aku baru beli kat Parenthood Expo. Sepupu aku rekomen sebab dia kata lembut cam puting ibu. Q nak lah jugak, tapi air putih jer. Kalau susu formula, dia takmo. Sudahnya, maid aku bg susu formula tuh time dia makan sarapan pagi. Campurkan susu tuh dalam makanan dia, baru dia nak. Atau sometimes, bg dia dalam sippy cup, tapi tak pernah habis. Susah betul lah .. aku sampai mati akal, apa nak bg budak nih minum?? Sebab susu makin kurang, dia takmo susu formula langsung... camner nak buat??? Hadoii....
  • Dalam masa yang sama, aku GIGIH untuk menghabiskan kelas Gymboree Qarissa yang setakat nih ada lagi 17 kelas yang perlu aku pergi sebelum November 2009. Dalam keadaan aku yg lembik nih, terpaksa jugak aku pergi sebab kalau tak, dia akan burn dan rugi lah aku. The Principal suruh aku continue untuk 2nd year & can cary forward the balance of the class, memang aku plan nak continue tapi dalam keadaan aku pregnant, aku rasa susah untuk aku bawak Qarissa kalau takder bantuan hubby. Lagipun, nanti aku akan rugi 2 bulan sebab dalam pantang camner aku nak pergi? Dah tentu kelas Qarissa akan bertimpa-timpa lagi. Lebih baik aku rilek dulu, settlekan semua hal, then baru start lagi. Aku plan nak continue yang plan 3 bulan, tapi tak pasti boleh tak carry forward the class sebab dia offer utk setahun punya kelas jer. Hu hu. My hubby plak ajak ke Tumble Tots, nak tukar angin katanya, sebab Bangsar jauh dia kata. Entahlah, aku prefer Gymboree sebab bila Qarissa 1 tahun 6 bulan, ada kelas Art, aku nak dia masuk kelas tu. Aku tak pasti Tumble Tots ada tak, kena survey dulu camni. Kalau ada kelas-kelas camni kat area rumah, aku masukkan kat sini jer, dekat sikit, tak yah gi KL every week kan? Hu hu...Dahlah kereta aku manual, aku plak kalau dah preggy, memang malas bawak keta, sakit perut tekan clutch & brek.. hu hu .. kalau dekat-dekat ok lah, kalau Bangsar..alamak...letih ah ...
Wah..panjang nya aku membebel kan? Hhehehe.. Ni pun baru lepas teman hubby bukak poser, aku ngadap komputer kat bilik opis dan baru lepas MUNTAH!!!! Aku cuma sempat tgk jer blog Q nih, tapi tadi bila aku bukak, aku nampak ada 2 msg yang ditinggalkan utk aku dari Intan & Haiza, bertanyakan tentang aku yang dah lama menyepi, aku rasa terharu pulak cam meninggalkan kawan-kawan blog tanpa khabar berita ...hehehehe... jadi aku gagahkan diriku untuk menulis sebab-sebab "Mengapa Blog Saya Bersawang?" supaya kawan-kawan semua tahu apakah sebab UTAMA aku menjadi begitu PASIF lately ... hehhehehe..bukan aku sengaja tapi keadaan aku yang weng-weng sekarang tak mengizinkan aku membebel sekerap dulu! Wakakaka.. Insya Allah, lepas nih, aku akan cuba juga update cerita-cerita terkini yer..Korang doakan lah agar "all day sickness" aku nih cepat berlalu. Tak larat dah perut aku cramp sebab asyik muntah jer .. Bila aku tekan perut aku, sakit tau!! Hu hu...

Kaylah kengkawan tersayang, kita jumpa lagi di entry akan datang. Sekali lagi, terima kasih sebab prihatin dengan keadaan blog aku nih ok...memang aku terharu sangat .. :) Love uols tau!! hehehe... Doakan yang terbaik utnuk kami sekeluarga kay ..supaya aku cepat sihat & boleh menulis & berkongsi idea dengan semua parents di luar sana!!!! :)

All Day Sickness,

41 comments:

Afzan Aini said...

Congrats Watie!!! banyak nak dicakap kan.. tapi takpe.. kite simpan dulu.. Ehehehe..

BabyIntan said...

Ya Allah, watie "berisi" rupe nya!!! Congrats dear :)

Patutlah rezeki murah masuk contest, rupanya ada "pembawa rezeki" dlm perut watie tu. Wah seronok lah Q nanti, next year ada adik baru...

Patutlah Q meragam, rupenya dia "jeles" dgn yg kat dlm perut tu...ekeke.

Apa pon Intan doakan agar watie lekas "keluar" dari zon "morning sickness" nie kay...amin.

Take care dear...make sure jaga kandungan tu elok2 kay. Makan, minum dan rehat secukupnya kay...dun worri too much ye ;)

P/s: Intan pon dlm "proses" nak bagi Arissa adik nie but still lum ada rezeki lagi. Insya'Allah kalo ade, leh geng lagi ngan "adik baru" Q kan :)

h4ni3 said...

Congrats watie!
Q nak jadi kakak dah. Take care. Hopefully this pregnancy will be uneventful lah yer. Eat in small portion but frequent.. Avoid oily food.

Mummy Iris said...

Congrats watie!! Take care of urself. Harap2 cepatle morning sickness phase ni berlalu.....

Mommy2H said...

congrat dear!
im one of ur silent reader..
Alhamdulillah semoga dipermudahkan

Haiza said...

Tahniah dear...bestnya Q nak dapat adik....patutlah lama menyepi rupanya tengah berperang dengan morning sickness rupanya...ni lah dikatakan diam-diam ubi berisi....muehehe...tahniah lagi sekali ye...

patut lah Q ni meragam n buat perangai...maybe dia ingat nanti mummy n Daddy dia tak layan dia lagi kot bila dah ada baby baru..dun worry la Qarissa darling..mummy n daddy tu tetap akan sayangkan Qarissa n adik2 Qarissa lebih dari segalanya....

tenkiu dear sebab bersusah payah nak buat entry ni demi nak menjawab persoalan dari I ngan Intan tu..nasib gak we all tanya kalau tak...tentu tak tau u tengah pregnant...bestnya...Damia gak kena tunggu 2 tahun lagi baru leh dapat adik....tu lah sapa suruh kuar kot tingkap haritu...kan mama dah kena planning kaw-kaw...

Ummi Salsabila said...

pttla sepi je blog u.mmg dah bersawang.hihi.i juz pk u bz dgn biz..:p

rupenye ada good news.tahniah2..bestnye..Q nk dpt adik.i jeles tau.:)

yey! qrissa nk jd kakak..smg berlalu cpt2 mabuk2 laut tu.amin..

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

loorr..ptut lar stiap kali aku msuk blog hg neh b'keliaran spider babe..rupe2 nyer ade gud news.. congratezz!! aku nie yg tgh gigih b'usaha nk bg Eiymann ADIKs.. doakn aku plaks..doa ibu ngandung nie cpt makbul..hehe..

do tk a gud care of yrself, dear.. gue kangen bangat sama loe..

munira said...

ohhh dear...
congrate!soooo happpy lor :)
garissa da jadik kakak!

Myalycia said...

tak lame lagi qarissa nak jadi kak yong ekkk.. tahniah.. takecare dear..

Lia Dalia said...

wah kak watie pregnant rupanye...heran gak bila blog ni bersawang gile...k, take care of urself..besela budak wat perangai time nk dpt adik ni...bertabah ek

Fid said...

tahniah
wah wah

dah sethn kan
kalau dia tak nak FM...bg dia fresh milk la watie....

maybe lemak manis fresh milk bleh tambat hati dia...

UmmiKhayra said...

Wahh... congratz watie... pttla lama menyepi.. rupanya ada cerita di sebalik cerita... :)

Rasa happy sgt untuk u... tak leh nak express kan kat sini.. :) sebab feeling bestnya... :)

Jaga diri elok2... jaga pemakanan jaga segala2nya... bestnya Q dah nak dapat adik... :)

I'm really happy for u dear... Muahhhhhh ;)

suria said...

tahniah tahniah..
tertanya2 jugak, nape la blog tak ber'update.saya kan pembaca tegar, sblm buat keje kena tinjau blog ni dulu..
semoga all day sickness tu cepat2 berlalu pergi..nnti boleh catatkan perjalanan pregnant pulak :)

Mamamarina said...

Congrats babe... dah agak dah pasal ramai mommy blogger pon berisi gak nih... ish.. ish.. ish.. tp kn Watie.. x larat2 pon panjang gak entry u kn?? tu yg best blog ni!!!ngehngehngeh

yaya said...

congrats dear! aku masih tgh layan mabuk preggi gak...

Watie Aziz said...

Afzan, ehhehe..tu lah dia kan ..banyak nak cakap tapi satu pun tak terluah ..hehehe... takper2..pelan2 kayuh kay ..anything u nak cakap, just bgtau jer .. tinggal note or komen pun ok ..:)

Watie Aziz said...

Intan, tq again dear for yourr comment & msg last nite..terharu i .. hehehe... tuh lah pasal..i pun rasa rezeki murah coz ada baby lam perut .. hehehe...

mmg nampak sgt Q ni macam memberontak lately...macam kurang kasih sayang jer gayanya ..nak kita layan dia tetiap saat.. tapi skang i dah start panggil dia kakak (tapi dia cam blur2 sket ...tak pandang sgt ..panggil Qarissa baru toleh..hahaha) & i dah suruh dia pegang my perut selalu... ehhehhe..

Watie Aziz said...

hi drHanie, tqvm for ur concern yang ..appreciate it .. tu lah.. i kena makan selalu ..tak leh lebih, tak lehh kurang .. semangat beli crackers bergula sebab i suka ..tapi cam tak bagus jer utk kesihatan ..wkakakaka.. takut gak kena diabetis time peknen .. tapi tak lah makan banyak sgt ..kalau rasa lapar jer .. cam pagi2 tuh ...hu hu

Watie Aziz said...

Mummy Iris, tq dear, tu lah pasal... i mmg tak suka morning sickness tau ..tapi apakan daya, both pregnancy pun sama jer ..cuma this time maybe i can control sebab dah ada experience Qarissa. dulu masa Q, nasi pun takleh makan ..at least skang leh makan nasi .. tak tahulah sampai bila plak tuh... takut gak if dah 3 bulan kang suddennly nasi pun tak mo dah ..hu hu... cepat2lah 4 bulan yerk..hehehe

Watie Aziz said...

mommy2H, oo really? tq so much dear ..finally i dah kenal one of my silent reader.. heheh.. thanks again for ur doa... i melawat blog u tadi ..wah ...boleh ah i belajar japanese ngan u ?? heheheh... moshi moshi... tuh jer i tau ..ehhehee

Watie Aziz said...

haiza, hehehhe. tu lah yang .i pun cam dah agak, mesti ada kawan yg pelik sebab i jaraang tak update blog kan .. tapi lately memang malas yang ..entahlah tak tahu kenapa .. hehhehe.. insya allah after this ..i akan aktifkan diriku ..wakakakka... kalau larat lah .. hehhehe..

takper yang .. at least 2 tahun Damia dah pandai banyak perkara. kita pun dah senang nak explain kat dia .. macam i nih, skang ngah berperang ngan Q .. ahhahaha... i cakap jer ..tak tahulah dia paham ker tak ..i harap dia paham lah ..yg dia akan jadi kakak .. wakakaka..

Watie Aziz said...

US, heheheh.. tu lah pasalnya yang .. kengkadang nak bukak PC @ Lappy pun malas.. bukak tgk order perfume jer ..nak tulis apa pun tak tau ..mood tak mari .. hu hu ...

tq so much dear ..:) nanti aufa dah setahun lebey, u tambah anak sorang lagi tau .. leh aufa ada geng .hehehe

Hanz Jamaludin said...

akhirnya terbongkar jua, he,he...

ucapan congrats untuk kali ke-2 from me..do miss your posting kat blog lagi satu tu.

tak tahanlah ayat2 ini:-
"...dah tau teknik-teknik muntah terbaik.." ekekekekeekekek!!!

Watie Aziz said...

Ecar, heheheh...gue pun kangen bangat sama lu ...dan gue jeles tgk baju raya loe bukan main lawa leh ... aku pakai baju yg mana muat jer lah tahun nih ..wkakakakak... takder mood sgt sebab rasanya time raya muntah aku tak surut lagi ... puasa pun tak, hover nak raya lebey-lebey pun malu beb ...wakakkaka..

aku doakan ko dapat tambah baby lagi satu...bg eyman adik cepat2 tau ..eyman dah 2++, dah sesuai sgt dapat adik baru kan .. dapat baby girl kay? heheheh..aminn....

Watie Aziz said...

Munira, tq so much dear .. :) tu lah ..aku pun tak sangka Qarissa jadik kakak secepat nih.. hehehe..alhamdulillah ..rezeki dapat cepat ... umur dia dalam 1 tahun 10 bulan lah kot time dapat adik baru ..ehhehee

Watie Aziz said...

Alycia, tq so much dear ..aah lah ..Kak Long tak tahannn...hehehehe... i dapat bayangkan dia akan jadi akak yg garang ngan adik..wkakakaka...

Watie Aziz said...

Lia, hehehehe.. tu lah sebab musababnya .. heheh..ramai yg perasan gak yerk rupanya ..segan i .. hehehe

Watie Aziz said...

Fid, te for ur idea yang .. oklah Fid, au try bg FM tgk Q nak ker tak .. kalau dia nak ..harus aku kiss hang 2 3 kali nih.. ehhehehe.. bagi sejuk ok ker Fid?

Watie Aziz said...

UK, tq so much dear .. i really appreciate it ... :) terharu ah semua prihatin .. ehheheh..

i risau baca ur entry pasal accident tuh dan khayra masuk ward. i harap khayra ok dah ... insya allah BF akan bantu sistem imun dia .. setiap kali Q sakit, i selalu doa yg BF akan bantu my baby. so far alhamdulillah .. it really works ..

hmmm...Khayra dah setahun kan? leh lah u plak wa baby yang .. ehehhehe..meh join i jom....:)

Watie Aziz said...

Suria, hehehehe... tu lah pasal, mesti u pelik kan awat lama tak hapdet blog nih.. tuannya wengweng, blog pun weng lah gak .. hahahaha.. nak suh hubby hapdet, dia tak reti nak tulis apa ..wkakakka...

i pun harap my MS cepat2 berlalu, so that i can aktif back ..ehehhee.. insya allah ..ada idea @ anything to share, nanti i tulis lam nih...tq so much yang ...

Watie Aziz said...

Mama Marina, hahhahahaa. tu lah pasal...i kalau dah bebel, susah nak stop.. wkakakaka... muntah2 pun tetap gagahkan diri gak menulis... hehehe.. tq so muvh dear ..

Watie Aziz said...

yaya, tq for ur msg yang .. :) tu lah .. masa aku tau ko peknen, aku pun happy dah ...aku kata wahhh...sama tahun lah nanti anak kita .. leh ah ajar anak sesama yerk...ehhehhe..

sya said...

tahniah watie... wah, seronok betul baca berita gembira kawan2 di bulan puasa nih...

take care! :)

Unknown said...

Aha patutlah bersawang, anyway congratulations.... Qarissa pun dah besar so apa lagi tunggu yer... best nye Qarissa nak dapat adik... Alisha lambat ag kot, mummy operate so tak leh rapat sangat :(

defina said...

watie,
tahniah... Alhamdulillah rezeki...
pasal Q tu, banyak2 sabar tau, tu semua dugaan, nnt nak kene tahu juga cara nak handle dia bila dah ade adik. Q baby yang bijak, kalo slow talk ngan dia mesti dia faham...

Farah said...

tahniahhh watie!! wah ramainye yg pregnant bulan pose ni hahaha...

Watie Aziz said...

Sya, tq so much dear ..ya allah, berkurun baru aku nak balas komen .. hu hu .. sungguh tak larat ... ada banyak hutang komen dalam blog nih....heheheh...

Watie Aziz said...

Alisha, aah yang ..kira beza Q ngan bakal adik dia insya allah 1 tahun 10 bulan lah .. kalau ikut tahun - dalam 2 tahun la ..eheehhe...

takper yang ..after 2 years ..u leh wat baby lagik..ehehee

Watie Aziz said...

Naimah, aku harap pun cam tu jugak ..now dia dah ok sket kot .. yer lah ..nak tak nak dia kena terima hakikat lah kan ..wkakakak.. but its ok..aku rasa dia bijak dan senang paham ..:)

Watie Aziz said...

Farah, tq Farah ..tu lah ..ramai plak kengkawan blog kita peknen yerk..tak sangka plak aku masuk lam carta ibu mengandung sama ..wakkaka..

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading