Kad dari hubby terchenta- Dia memang eja & panggil aku camtu sejak we all bercinta lagi..segan sehhh.. Hehehe
Memang rasanya terlalu hijau perhubungan ni jika nak dibandingkan dengan orang lain. Tapi aku pernah dengar orang kata 5 tahun pertama perkahwinan adalah waktu kritikal untuk sepasang suami dan isteri itu. Within that 1st 5 years adalah masa yang penting untuk sepasang suami isteri mengukuhkan sesebuah institusi perkahwinan. Insya Allah, sekiranya 5 tahun ini berjaya dilalui dengan selamat, tahun-tahun seterusnya akan lebih mudah kita mendayung. Kiranya 5 tahun tuh dah sampai kat tengah lautan lah kot..Bukan baru nak bertolak dari pelabuhan..Wakakaka..And we have 1 more year to go...! Insya Allah, bukan setakat 5 tahun, tapi bak kata hubby aku, "Jom kita wat sambutan Jubli Emas, Jubli Preak, Jubli Gangsa dan segala Jubli yang ada lah ..Nak tak?" Wakakka... Semangat laki mak noksss....Nak dapat hadiah lagik lah tuh! Hahahhaa...
Kad yang membuatkan aku terkemut-kemut kesukaan di pagi hari. Senyum lebar sampai telinga!!
Aku nak share petua kerukunan rumah tangga pun bukanlah pandai sgt ..maklumlah, aku bukan Ustazah Bahyah yang bagi ilmu Cakar Harimau...aku memang tetiap hari main cakar-cakar laki bini. Hahahhaa... Tapi selama 4 tahun yang aku amalkan nih, nampaknya berkesan jugak kot.. berkesan untuk both of us, tapi utk orang lain aku tak pasti. Aku share lah sket yerk..bila-bila aku lupa atau time tgh gaduh, boleh aku tgk balik petua nih ..mana tau lupa kan ..hehehhe..Maklumlah, nak masuk 2 kali meneran ni, mau putus urat saraf ingatan aku gamaknya ...hahahahaha...
Me & Hubby memang open dalam semua segi. Apa yang tak puas hati, memang we all akan cakap habis-habis. Aku jenis yang tak boleh nak simpan dalam dan buat tak paham macam takder apa-apa jadi & continue our life. Aku bukan jenis macam tuh. Contohnya, we pernah berkelahi sikit dan bila hubby balik kerja, dia buat cam takder apa-apa jadi, peluk aku cam biasa, belikan coklat dan borak cam nothing happened (sometime memang lelaki cam tuh, they hope dengan belikan isteri something, isteri akan senyap dan takkan ungkit hal yg membuatkan kita gaduh...tol tak?) Yer, aku memang suka coklat, aku akan makan coklat tuh...tapi isu gaduh tetap isu hokay...WE MUST TALK ABOUT IT...Bukan dengan coklat jer, mulut aku akan diam dan habis terus cerita kat situ. Kami akan tetap biacarakan isu yg membuatkan we all gaduh tapi dengan cara yang berhemah lah. CAKAP TETAP CAKAP sebab aku tak suka simpan-simpan. Boleh jadi BARAH kalau pendamkan dalam hati semata-mata nak jaga hati orang lain. Kalau sakit atau tak puas hati pun, biarlah selesaikan kat situ at the same time, dari nak ungkit-ungkit di belakang hari. Anak dah 5 baru nak ungkit segala macam hal masa baru-baru kawin dulu. Aku tak suka cam tuh..:) So far, ia memang BERKESAN for both of us. Ia membuatkan we all lebih memahami antara satu sama lain dengan lebih dalam lagi.. Chewahhh...
My romantic husband siap bgtau hadiah tuh utk anak sekali, suruh aku praktis selalu so anak aku bijak! Ok daddy, Mummy akan buat latih tubi everyday!
Satu lagi, aku amalkan, bila sorang tengah marah, sorang diam dan dengar (walaupun dalam hati meyumpah tak hengat...wakkakaka). Memang susah jugak nak kontrol memandangkan aku nih jenis becok tapi aku sabarkan diri. Once dia habis cakap, baru aku cakap pulak, kalau tak - sapa nak dengar sapa kan! Hahaha.. Aku bertuah juga sebab hubby aku jenis yang cool dan tak banyak mulut tapi sesekali dia tinggi suara, cuak jugak aku dibuatnya! Hahhaa.. Lagipun, both of us dah matang kot (nak cakap dah tua segan..hahaha) We all dah puas bergaduh dengan pasangan masing-masing dulu. Hahahah..Aku dah tak larat nak menjerit2 dan bergaduh macam nak giler dah.. bila hubby aku cerita dulu dia gaduh ngan ex gf sampai jerit dari tingkat 4, aku tak dapat bayangkan camner teruknya pergaduhan tuh sebab sepanjang aku kenal dia, memang dia cool giler. Aku rasa time tu mesti dia dah hangin tahap dewa agaknya. Bila aku cakap pasal tuh, mesti both of us akan gelak-gelak sesama. Rasa kelakar sangat...
Tapi, aku memang tak nafikan, lepas aku break off dulu, dan kemudian kenal ngan my hubby, aku memang banyak berubah in terms of kesabaran. Aku jarang sangat bergaduh ngan Saiful walaupun masa bercinta atau bertunang dulu. Alhamdulillah, walaupun bertunang dua tahun, our relationship tak tergoyah walaupun orang kata "darah manis." Aku rasa, maybe sebab my hubby pun dah 30 tahun time tuh, dia dah betul-betul ready nak jadi suami dan aku pulak, memang jenis loyal bila dah commit, aku malas betul nak start over a realationship, nak try to flirt around ker, aku memang PEMALAS kekdahnya .. hahahaha.. Tapi kalau dah mula pasang badan, ko siaplah ... hahha.. Tu lah sapa jadi hubby aku kena jaga aku betul-betul..Spesis yang hampir pupus nih! Hahhaah.. (Tu lah juga tag line yg aku guna utk hubby aku..wakakakakka). Aku pun bersyukur sangat sebab dapat boy friend (masa bercinta dulu lah ..heheh) yang jenis setia dan selalu tunjuk dia sayang dan caring kat aku, so aku tak risau atau rasa terancam kalau ada perempuan-perempuan lain nak ngorat dia, coz he really take care of me. So, takder nak jeles-jeles atau cemburu buta. Aku pula jenis yg senang nak "di puaskan hatinya", maksud aku, bila aku nampak my hubby betul-betul concern, caring, asyik nak berkepit mana-mana we all pergi, hati aku jadi senang dan aku rasa takder masalah langsung, so memang takder point nak gaduh. Kalau gaduh pun, selalunya bukan pasal orang ketiga, its always about something else...:)
Buku tebal yg membuatkan aku rasa sungguhlah "lemah otak", bila dapat jawab betul, rasa pandai giler . hahhha..susah wei soalan2 dia!
Aku still ingat, pernah sekali masa tunang, ntah hapa angin ntah hubby aku, nak cari pasal ngan aku pukul 3 pagi, jeles tak tentu pasal, padahal taker kes apa-apa pun, dia saja nak test aku agaknya...aku memang berangin satu badan..Hahahah.. Dia wat perangai takmo letak telefon, bila letak call balik, dan sambung lagi bercakap dan membebel ntah hapa-hapa ntah..aku memang hangin jer, terus aku sound baekkkk punyaaa.... siap cakap lagi sebelum sound tuh ..ahahah. (takut kena marah sebab ayat aku memang power bila dah mengamuk..), aku cakap, "I belum kawin ngan u lagi tau ..kalau apa i cakap pasni @ i kurang ajar, i tak dosa tau ..u dengar sini yerk......." dan aku pun memulakan perang dunia ketiga dengan mengeluarkan peluru berpandu sampai hubby aku terus terdiam tak dapat nak cakap apa-apa ..Wakakakakakaka... Nak marah pun tak boleh sebab aku dah bgtau awal-awal ..aku tak dosa kalau cakap lepas sebab kita belum kawin ..hahahaha.. pandai tak aku? Lepas tuh sampai skang, takder dah dia wat perangai giler tuh lagi... (tapi kalau dia wat jugak pasni kena guna teknik lain sebab tekni nih dah dikira berdosa....hahahahaha)
Dan, bila habis sesuatu topik yg we all perdebatkan, mesti both akan say sorry to each other & hug sesama. Then only aku anggap the case settle & we can continue our life like normal. Memandangkan aku ni jenis hyperactive dan becok sepanjang masa, it's very easy to see that something wrong with me kalau aku marah, merajuk @ hangin satu badan. Memang obviously akan nampak coz i really cannot hide it from my face. So, hubby aku akan tau dengan segera. pada aku, the faster we settle the case, the better. Jangan simpan lama sangat sebab it really dangerous utk relationship & marriage.
Ni betul2 nak bg anak pandai nih! Hahhaha..dah lama tak main Sudoku, kena praktis balik. Words Search memang aku suka...!
Sempena 4 tahun pernikahan kami ni, aku berdoa semoga Allah SWT akan memanjangkan usia perkahwinan kami hingga akhir hayat, merahmati kami sekeluarga dan memberikan rezeki yang melimpah-ruah untuk kami anak beranak. Semoga Allah SWT kuncikan hati kami berdua hanya utk each other dan anak-anak kami. Semoga tidak ada anasir-anasir luar yang cuba meruntuh dan memusnahkan kebahagiaan yang sedang kami kecapi ini. Aku selalu percaya, apa sahaja yang aku lakukan, terutamanya bisnes yg aku buat sekarang, adalah untuk keluarga dan anak-anak aku. Makin aku percaya, makin murah rezeki yg Allah berikan pada kami. Semoga ia akan berterusan dan Insya Allah, sebagai ibu bapa, kami akan cuba yang terbaik untuk anak-anak kami. Amin....
Dan, sesungguhnya aku amat bertuah kerana dikurniakan suami yang layak dikatakan "family man", romantik dan sentiasa ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup kami. Aku malu dan segan nak cakap yg sampai skang, aku masih tak hafal IC number hubby aku padahal semua pasal aku dia memang hafal. Tu lah, meneran banyak sangat, semua aku lupa! Sungguh tak romantik aku nih! Hhehehe...Pada aku, memang wajib untuk kita ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup kita agar ia dapat menyemarakkan kasih sayang antara suami isteri. Aku memang tak pentingkan hadiah, coz I'm not really into "kebendaan", pada aku, ingatan itu lebih penting...& my hubby is so lucky coz his wife bukanlah materialistik, hehehe..pada aku, dari bagi emas @ berlian, baik bagi buku..sebab aku memang giler buku..! Hheheh.. (lagipun, aku nih orangnya sangat pelupa, sesia jer beli mahal-mahal pastu aku lupa mana aku taruk barang tuh, pernah dulu cincin kahwin aku tertinggal kat hotel, cincin tunang memang dah lama hilang.. then hilang lagi cincin kawin & set berlian hantaran, aku salah letak, last 2 days baru jumpa balik, aku letak dalam bekas kayu, gi cari tempat lain mana nak jumpa...nasib baik dapat suami penyabar, kalau tak dah lama kena penampar! hahaha...) Sebab tuh aku suka pakai aksesori "pakai buang" ..hilang pun takder hal..takyah aku pening-pening...pencuri masuk umah pun padan muka...taik gigi aku lagi banyak dari koleksi emas dan berlian yang aku ada .. Wakkakakka..Dan, aku bertuah juga sebab my hubby tau kesukaan isteri dia dan belikan hadiah yang aku rasa so lah best & marvellous nya .. tapi bila cuba nak buat latihan tuh, rasa bodoh lah pulak...hahaha..susah wei soalan dia ..mencabar otak aku yg hampir reput nih!!
Best tau dapat suami yg memahami isterinya! Aku suka giler hadiah kreatif ni sebab tak pernah jumpa this kind of present. Aku suka membaca hatta di dalam gelap dan selalu kena bebel ngan hubby. Dia kata rugi buat laser ribu-ribu tapi masih nak baca dalam gelap! Bila dia belikan hadiah nih, aku suka sangat. Tq sayang!!
Apa-apa pun ---To "love of my life" - My Dear Hubby, my soul, my everything, terima kasih atas segalanya. Thanks for always be there, menyayangi kami sekeluarga sepenuh hati, asyik nak berkepit satu family, caring, sharing & sentiasa memberi semangat pada Mummy. You're the best thing that ever happen in my life.. I'm nobody without you sayangg.... Terima kasih atas segalanya ..:)
Love You Always,
Mummy ...
7 comments:
happy 4th anniversary darling...
wah, best giler dapat hadiah tu...
tnye hubby ko, adiah utk kengkawan x der ker? hahaha
babe,
hepi 4th anniversary.. wahh, kite kawen di thn yg sama erk.. 2005.. weolls july 2005..
lame gilerr wehh blog ko neh b'sawang..dh abes monink sickness lum?? tnjuk lar gmbr pewot boyot ko.. haku nk tgk..mane taww leh dpt berkat melekat kt haku laks.. hehe..
ape2 pun..tk care taww!!
happy 4th anniversary watie dear..semoga kebahagiaan u all sekeluarga berterusan buat selamanya.
betul cakap ecar tu...letak la gambo tgh preggy ni...leh kenkawan amik berkat gak...hihihi
p/s:serius romantik la hubby u tu...patut u leh terjatuh cintan cintun ngan dia ye...hehehe :P
eh, our anniversary sama lak.
happy anniversary to u & hub. may u all be showered with pure happiness.
happy 4th anniversary dear...
happy anniversarry watie!
hehe mmg bijak pilihan hadiah husband ko..semuanye berkait ngan otak..lagi bijakla anak dlm perut ko nnt!
happy anniversary to both of u..
Post a Comment