Thursday, February 11, 2010

@19 Months Age, Q Can Say & Read More Than 70 Words!

Alhamdulillah, diam tak diam, dah masuk 19 bulan usia anak kesayangan me & hubby, si Qarissa Einstein ni (suka panggil dia Einstein ...rasa comey jer ..hehehh). Cepat betul masa berlalu kan! Bila merenung kembali kehidupan aku sejak kehadiran permata hati ini, memang ia berubah 360 darjah. Me sendiri tak sangka yang aku akan berubah sejauh ini. Bukan maksudnya perangai aku berubah tau..hahaha...aku still lagi Watie yang kengkawan kenal dulu - becok, happy go lucky, cakap macam bullet train, dan peramah you....wkakaka...

Maksud aku tentang perubahan ialah tentang dunia baru sebagai ibu. Pelbagai situasi & rasa telah aku lalui sepanjang 19 bulan tu. Walaupun tak sehebat ibu-ibu lain yang mungkin cabaran & dugaannya berbeza, namun aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasa nikmatnya menjadi seorang ibu, menjaga anak dirumah, melihat perkembangan dirinya setiap hari, sentiasa disisinya bila diperlukan dan mengajar sendiri anak kesayanganku ini. Orang kata "homeschool". Yer, memang aku suka istilah ni dan sememang nya aku telah meng "homeschool" kan Qarissa sejak umurnya sehari di dunia. Dan aku telah melihat sendiri "kehebatan" seorang bayi yang mana "otaknya" sangat-sangat terbuka untuk menerima segala jenis macam maklumat. Bagilah apa sahaja, bayi ini pasti akan berjaya melakukannya. Qarissa telah mengajar aku sesuatu yang aku sendiri tidak tahu & tidak yakin pada awalnya. Terima kasih sayang ...:)

Inilah magic board PERTAMA Qarissa. Harganya cuma RM 5, beli kat pasar malam tapi sungguh berjasa pada aku & Q!

Dan, aku rasa tidak ada apa yang paling membanggakan bagi seorang ibu apabila anaknya berjaya melakukan sesuatu yang "jarang dilakukan" oleh kanak-kanak sebayanya. Dalam usia semuda 17 bulan, Qarissa sudah mula "membaca" perkataan-perkataan yang ditulis di atas magic boardnya dengan jelas dan dalam tempoh 2 bulan, tahu-tahu sudah lebih 70 patah perkataan yang boleh disebutnya! Masih terbayang di mata aku, sepupu kami datang ke rumah untuk membeli perfume, bila dia melihat "kebolehan" Qarissa, dia menjerit kesukaan dan berkata, "Wah, so scary ....tak pandai cakap lagi tapi dah pandai baca!!!!", sambil melompat-lompat kegembiraan. Yang lebih kelakar, Qarissa buat muka "blur" dan "pelik" bila melihat "auntienya" bertepuk tgn sambil melompat setiap kali dia "membaca". Aku rasa mesti dia pelik dan kata dalam hati, "Awatlah makcik nih hover excited setiap kali aku cakap nih...". Sudahnya, setiap kali habis satu perkataan, Qarissa akan tepuk tgn dan kalau kita tak tepuk sama, dia tak mau baca ayat seterusnya!!! Wakakakakaka... so demanding ini budak!!! Memang lucu tengok keletah Qarissa malam tuh...:)

Aku dapati setiap hari menjadi semakin mudah untuk aku mengajar perkataan baru kepada Qarissa. Dua tiga kali ulangan, Qarissa sudah boleh membacakannya sendiri bila aku menulis ayat baru tersebut di magic boardnya. Seperti ibu bapa lain, hubby aku juga meminta aku mengajar Qarissa huruf A-Z. Dia kata, sekarang anak seolah-olah menghafal perkataan yang aku tulis tersebut. Yer betul, aku tak nafikan, di permulaan pengajaran, memang anak kita nampak macam menghafal, itu juga yang dikatakan & diakui oleh Dr. Titzer, tetapi lama kelamaan anak akan mengenal pattern dan corak huruf seterusnya mampu membaca keseluruhan perkataan. Ini terbukti apabila terdapat beberapa perkataan yang tidak pernah aku tunjuk & tuliskan pada Qarissa, tetapi dia masih mampu membacanya bila aku menulisnya buat pertama kali. Memang aku terkejut & kagum pada mulanya, tapi lama kelamaan aku tahu yang Qarissa mula mengenal corak, patern, bunyi dan suku kata dalam perkataan yang aku tuliskan.

Magic Board Qarissa yang terbaru. Hadiah untuk my little einstein sebab menunjukkan peningkatan yg menakjubkan during reading session!
The box, board nya besar dan puas untuk kita tulis, high quality dan sangat lembut bila kita nak padam. Very smooth....

Daripada mengajar A-Z, aku lebih suka mengajar Qarissa Phonics kerana ia memang membantu mempercepatkan pembacaannya. Hubby terdiam bila aku kata, "Lagipun, apa yang anak u akan dapat kalau dia tau huruf A-Z sekalipun?? Dia boleh baca ker? Berapa ramai budak yang tahu huruf A-Z tapi still tak boleh baca? Sebab huruf-huruf ni kena digabungkan baru boleh membentuk satu perkataan..betul tak?". Walaupun aku rasa hubby cam tak puas hati jer , (wakakaka...Mummy degil kan ..) tapi dia terima pendapat aku sebab aku telah membuktikan sesuatu pada dia selama ni. Camne nak lawan cikgu kan ... selama ni cikgu yang ajar anak... Wakakakaka.....Daddy tukang tepuk dan bagi galakkan kan?? & he is so proud of her baby & keep saying, "Tengoklah anak sapa, sperm sapa.." Hahhahaa.....:)

Aku sentiasa berdoa agar Allah SWT akan mempermudahkan segala urusanku agar aku boleh terus mengajar anak kesayanganku ini, bukan sahaja Qarissa, tetapi juga anak-anak yang bakal lahir nanti. Aku percaya keikhlasan aku menjaga amanah Allah ini dan inginkan yang terbaik untuk mereka akan memudahkan segala-galanya. Insya Allah. Aku risau juga kalau satu hari nanti, aku tiba-tiba penat dan stop everything apa yang telah aku mulakan, mintak dijauhkanlah dari perkara sebegitu. Aku dah niat nak sediakan asas yang kukuh sebelum anak-anak aku masuk Tadika. Aku nak memudahkan kerja-kerja cikgu kat sekolah, sebab aku percaya - AKU ADALAH CIKGU TERBAIK UNTUK ANAK AKU...:)

@ the back of the box..
Qarissa yang suka berebut setiap kali nampak aku conteng2 kat board baru nih!

Setiap pencapaian Qarissa, apakah perkataan baru yang boleh diucapkannya, akan aku tulis dalam sehelai kertas bagi memudahkan aku memantau perkembangannya. Rasa seronok bila setiap hari, ada sahaja perkataan baru yang ditambah di kertas itu. Dah 3 kali tukar kertas dan yang terakhir, aku guna kertas lukisan, potong 2 bahagian dan rekodkan semua perkataan untuk memudahkan aku membuat revision dengan Qarissa. Sama seperti kanak-kanak lain, kadangkala, Qarissa moody dan tak mau membaca apa yang aku tulis di board. Dia setakat senyum dan berpaling ke arah lain. Kadang-kadang, lebih ekstrem - dia terus menolak board tersebut! Mungkin dia penat, malas atau mungkin juga dia rasa aku cuba mengujinya. :) Kadang-kadang, aku rasa kesian juga, terpikir juga, adakah aku nih "terlalu memaksa?" Orang kata, dah bagi betis, nak peha pulak yerk? Hehhehe.. Tapi nampaknya most of the time, Q happy sebab dia ingat itu game yang menyeronokkan. Dan aku pun membuat sessi bacaan tuh sesuatu yang happening dan dinantikan si "Einstein" tu. But, sebagai manusia biasa yang sentiasa khilaf dan tak pernah puas, kadang-kadang kita inginkan lebih lagi sampai terlupa yang Qarissa cumalah anak kecil yang belum pun sampai 2 tahun! Masih "belasan bulan" lagi. Masih banyak masa untuk aku melihat perkembangan dan keistimewaannya. Aku akan menantikannya dengan penuh sabar ...:)

The features yg ada dalam magic board ni. Human voice dia sgt jelas dan accent Englishnya sangat bagus.
Leka menconteng si kenit nih!

Up to date, perkataan kat bawah inilah yang Q dah pandai sebut, syukur alhamdulillah ...:) Kebanyakannya, memang dia sebut, ada yang siap buat actionnya sekali, ada yang hanya buat action sahaja. Setakat ni, aku dapat rakamkan 27 perkataan dalam 4 video yang berasingan, yang lain tu, kalau ada kesempatan, aku harap dapat rakamkan juga, aku nak buat kenangan sampai besar nanti ..:). Memang agak sukar bila anak kita dah mula pandai nak join tgk kamera skali, memang susah nak rakamkan aktiviti tuh, but i hope i can record it someday..:)

Words that Qarissa can say setakat entry ini ditulis ...:) Some of it, she will do the action...
1.Gogo
2.arms up (action only & lately i can hear she say "arm")
3.fish
4.sit
5.a shop
6.book
7.cat
8.kick
9.big
10.bird
11.key
12.chicks
13.mouth
14.shoe
15.shake (with action)
16.hair
17.bee
18.in
19.lion
20.feet
21.nose
22.pig
23.zoo
24.elbow
25.turtle
26.apple
27.hug
28.dog
29.ball
30.eat
31.ear (with action)
32.frog
33.eye
34.toes
35.teeth
36.tap
37.sleep
38.toy
39.cheeks
40.hand
41.bow
42.black
43.blue
44.pink
45.yellow
46.horse
47.cows
48pet
49.hi
50.open (with action)
51.please (with action - lawak sebab dah macam penari mak yong)
52.poo poo
53.read
54.igloo
55.walk (with action)
56.duck
57.is in
58.leg (with action)
59.no (with action)
60.yes (with action)
61.boy
62.girl
63.on top
64.bag
65.sun
66.hat
67.beach
68.jump (with action)
69.run (with action)
70.hop (with action)
71.point (with action)
72.clap (with action)
73.wave (with action)
74.head (with action)
75.fingers (action only)
76.bellybutton (action only)
77.octopus (the latest word, so cute dengan pelatnya menjadi "OPUS")
78.elephant ( the latest word, so cute dengan pelatnya menjadi "EPHANT")

Dan, sebagai menghargai apa yang telah Qarissa lakukan selama ini, aku hadiahkan dia dengan magic board baru!! Magic board yang korang nampak selama ni dalam video tuh adalah magic board pertama Qarissa, beli kat pasar malam dengan harga RM 5 sahaja!! Sampai retak-retak mender tu Qarissa kerjakan! Memang berjasa magic board tuh pada aku selama ni. Disebabkan magic board tuh dah lama, dan dah susah nak padam, asyik tersangkut-sangkut jer (yerlah, nama pun magic board murah, takleh nak expect kualitinya tinggi pulak kan ... dapat tulis dan anak dapat baca pun dah cukup baik...heheh), di tambah lagi sebab aku nak cari magic board yang lebih besar, sebab perkataan yang panjang-panjang susah nak tulis kat board kecil tu, berminggu-minggu jugak me & hubby cari. Memang ada kat Toys R Us tapi harga mak aiii... mahal siul! Sampai ratus-ratus satu board! Macam melampau sangat rasanya. Budget aku dalam RM 50 jer (tu pun lepas tgk harga semua mahal-mahal, kalau ikut hati, nak cari yg RM 10 kat pasar malam, tapi takder size yang besar ..hu hu...)

Ada butang, tekan sekali dia baca ABC, tekan lagi sekali, dia eja pulak...:)
Aik, ni tidur ker tulis nih nak oi? Hahhaha..

After few weeks, bila pergi lagi ke Toys R Us, ada produk baru sampai & salah satunya ialah Magic Board yang besar, siap dengan ABC- Sound & Spell dan yang bestnya, the sound & spell tuh clear sangat. Takder pelat cina, memang accent english yang bagus. Agak berat sebab kena guna bateri. Kualiti pun bagus. Tersangatlah smoothnya bila nak memadam. Terasa sungguh kualitinya. Memang puas hati. Harga pun boleh tahan, dapat RM 59.95. Tuh lah yang paling murah aku leh dapat. Hari tuh jugak aku belikan untuk Q! Happy Q dapat board baru. She keep on conteng-conteng kat board tuh, selalu gak dia berebut ngan aku sapa nak tulis dulu. Hahahhaa....Aku sengaja amik yang tulisan hitam walaupun ada jenis board yang ink color-color tapi bila aku test yang color-color punya board, tulisan tak nampak jelas macam yang ink hitam. So, aku pilih yang hitam jugak. Dan yang hanginnya, hari yang sama we all ke Jusco One Utama, aku ternampak board yang besar juga, cuma RM 29.90 sahaja!!!! Padahal dah pergi sebelum ni memang takder! Agaknya stok baru sampai. Hanginnya rasa. Nasib baik dia takder extra feature - Spell & Sound tu. Tak lah rasa bengang giler. In terms of quality, aku tak pasti pulak sebab tak try pun. Hangin katakan... ahhahahaa..

Ada 3 stampers jugak. Stamp ni susah nak tercabut sebab ada magnet dan susah nak terkeluar dr lubangnya tuh..so tak la risau dia hilang...:)
Round ..& round ..& round .... dia suka aku nyanyi lagu tuh sambil dia conteng2 dan gelak2 ..hehhehe..

Aku rasa tak rugi invest pada "education material" untuk Q sebab aku rasa itu pelaburan yang sangat berbaloi. Boleh guna lama & untuk adik2 akan datang juga (kalau jaga dengan cermat, heheh). Makin Q besar, makin banyak education material yang aku nak gunakan sebagai alat bantu mengajar @ home. And salah satu cita-cita aku yg belum tercapai, nak jadikan 2nd room sebagai "Q's Montessori". Tengah kumpul duit nak hias that room. Harap-harap sempat lah untuk we all hias bilik tuh sebagai hadiah hari lahir Q dan hari cukur jambul adiknya nanti. Insya Allah. Kalau tak sempat sekalipun, Mummy & Daddy tetap akan buat jugak that room sebab memang dah niat dalam hati. Satu malam aku tak leh tidur asyik pikir pasal bilik tu jer. Sampai adik Q in womb tendang-tendang non stop. Agaknya dia pun dapat rasa yang Mummy is so excited sampai takleh tidur. Hehehhee...

Will do the best for my generation,

16 comments:

h4ni3 said...

yeahh.. u go girl! :)

isabelle said...

whoa...semangatnye kau!!!
anyway, aku pun tumpang excited. rasanya aku pun kena p cari board yg mahal tu la.aku beli yg murah dulu, xdan berapa hari dah lingkup. huahuahua

Farah said...

waaaahh...banyaknye words yang qarissa pandai baca!! ni yang aku excited nak ajar afif jugak ni..magic board tu memang ade kat rumah..afif buat conteng2.

ina_syuk said...

suka aunty bace progress Q..salam kenal ina add link kay..

Haiza said...

hebatnya Q...berkat mommy dia tungkus lumus ngajar la ni..adeii kena cari semangat cam u ni watie.I kalau balik keje,letih terus malas nak bukak dvd education kat Damia tu...huhuhu bukak blog rajin plak :P

defina said...

well done Q....
tahniah buat ko gak watie...

defina said...

well done Q....
tahniah buat ko gak watie...

Watie Aziz said...

hani, tq so much yang ..:)

issabelle, aah yang oi, ko kena beli yg bagus punya sket ..tahan lasak..Q yang pompuan nih pun dapat bertahan few months dah kira baik dah ..kalau lelaki aku rasa tak sampai seminggu jahanam lah semua ..hahaha...

Watie Aziz said...

Farah, tq yang ..hmm..bagus ko bg afif conteng ..aku pun suka bg Q conteng2 ..bg dia pandai skil pegang pensel ..senang nanti nak tulis dalam buku ..eheheh

Watie Aziz said...

hi ina, tq so much for dropping by my baby's blog ..:) really appreciate it ..:) salam kenal gak kay ..

Watie Aziz said...

Haiza, hehhehe.. i pun sometime datang gak malas tuh yang walaupun duk umah, tapi bila tgk aksi Q, automatik i akan start buat any activities with her ..so bila banyak kali repeat, dah jadi rutin plak.. ehehhe.. u boleh haiza, mesti boleh punya .. ehheh..coz sometime, i kuar ngan hubby dr pagi ke petang, penat gak rasanya ..tapi bila balik tuh, terus ajak Q main, rindu mencanak2 ngan si kenit tuh.. hahaha... tak lama dalam 10 minit, peluk2 .. ajak main2 baca itu ini .. then mandi lah .. pastu malam sambung lagik tgk dvd dia .. tuh lah jarang tgk astro mak Q nih...hehehh

Watie Aziz said...

Naimah, tq so much dear ..:) mesti ko tak sabar nak ajar kashful gak kan ..aku pun tak sabar tgk dia bebel2 .. heheh

munira said...

bangga makcik!bangga!
kompem q jadik cam einstein nnt nih!

Mimi said...

wow bravo Q! and kudos to u Watie~
Kagum dgn effort u ;) My first time here.. very informative blog I'd say. My son baru nak kenal ABC hehe.. Babysteps right!

Salam kenal! Will be linking ur blog to mine kay..

Watie Aziz said...

munira, tq very much dear! ameen... moga makbullah doa ko tuh..ahaks ..

Watie Aziz said...

hi Mimi, tq coz sudi jengah my humble blog ..:) tq for ur praise ..:)

i pun link kan ur blog with mine kay ..:)

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading