Serta merta wajahnya terbayang diruangan mata. Anak muda yang putih dan kacak, malah sedari kecil sudah terserlah kekacakkannya itu, walaupun ketika itu ramai yang menggunakan istilah "comel" namun dia sememangnya dilahirkan dengan wajah yg tampan. Bukan itu sahaja, dia juga seorang anak yg baik. Sanggup kerja di 2 tempat yg berbeza pagi dan petang semata-mata untuk membantu ayah dan ibu. Dia sedar kewajipan sebagai abang yang sulung untuk membantu 2 lagi adiknya yg masih bersekolah. Maklumlah, tinggal di bandar besar seperti di Singapura - memang semuanya mahal. Walaupun penat, sangat penat hingga bila dia berbicara dengan ibunya, katanya dia ingin tidur dan tidak mahu bangun lagi... kerna terlalu letih..entah bersungguh entahkan tidak katanya itu, hanya Allah yg Maha Mengetahui..
Dan kini, Allah telah memakbulkan apa yang dikatanya itu. Dia tidak akan bangun lagi..dia akan terus tidur sehingga dibangkitkan seluruh manusia di padang Masyar nanti. Dia pergi meninggalkan kesan yg cukup mendalam di hati seluruh keluarga. Walaupun Selat Tebrau memisahkan kami, namun tali persaudaraan yg terjalin selama ini tetap terikat kuat. Hingga kini, aku masih terbayang-bayang wajah & tubuhnya yg comel. Dan, mulai saat ini, setiap kali tibanya 7 April setiap tahun, aku pasti akan mengingatinya, kerna di hari itulah, satu nyawa telah diberikan Allah SWT dan satu nyawa ditarik kembali dalam keluarga besar kami...
Ini juga bermakna, tiada lagi "sambutan hari lahir berganda" antara dia & sepupu sehati sejiwanya yg dipanggil Abg Fad. Tahun ini akan menjadi tahun yg paling memilukan buat Abg Fad kerana menyambut hari lahirnya tanpa "baby brother" di sisi seperti sebelum ini. Malah, tahun-tahun yang akan datang, sampai kapan pun, tarikh 7 Mei itu pasti akan diraikan dengan kehibaan dan kesayuan mengenangkanmu di sana. Semoga Fad juga akan tabah menerima ketentuan Allah SWT.
Abdul Shafa'at Abdul Razak, sepupu ku yg tersayang, dalam mengingati sebulan pemergianmu ini, kami doakan semoga rohmu dicucuri rahmat, semoga perjalananmu menuju akhirat dimudahkan, semoga kuburmu lapang & semoga syurga menjadi milikmu yg hakiki. Seindah namamu itu, semoga shafa'at dari Allah SWT menjadi milikmu selamanya. Amin...Sesungguhnya, kami sekeluarga akan mengingatimu selalu dan selamanya. Al-Fatihah..
Arwah Abdul Shafa'at Abdul Razak
7 May 1988 - 7 April 2010
Kali terakhir kami berjumpa masa arwah & siblings serta my adik datang my house back in 2008. Considered inilah kali pertama & kali terakhir dia dtg my house :(
Dr kiri: Nana my sis, Fadhli, Enal comey, Sabariah, Mahadi dan Arwah at the back.
*kepada sesiapa yg membaca entry ini, mohon disedekahkan Al-Fatihah pada sepupu saya ini. Terima kasih sekalung budi*
Cucurilah ramat ke atas rohnya Ya Allah,
3 comments:
Al fatihah..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..amin
Salam kenal..
Al Fatihah! Insya Allah, ada tempat istimewa yg dijanjikan Allah utk org yang istimewa. :)
Salam takziah buat watie & keluarga sepupu..
Post a Comment