Wednesday, May 26, 2010

Ini Caranya Nak Bg Q Suka Buku!


Cantiknya gaya duduk nak oii! Sib baik dah moden, kalau dulu-dulu, kaki dah kena katok!! But I like this pose! Hehhehe..

Ada banyak cara nak bagi anak suka buku dan salah satu yang me & hubby buat adalah dengan membelikan rak buku baru untuk Qarissa!

Bukan apa, terpaksa beli sebenarnya, wakakaka..sebab buku dia dah bersepah-sepah kat living room tu ha! Aku dah tak sanggup tgk! Sebelum nih, aku simpan dalam storage box, campur skali ngan mainan dia, tapi sudahnya, mainan makin banyak sampai buku2 dah susah nak amik.. Tensen jer aku setiap kali nak wat reading session dia. Tercari sana sini, korek sana sini ..Q nak amik buku dia pun jadi susah!

Q's getting excited nampaknya ..

Aku bawak turun sikit buku2 dia dari almari buku Q kat bilik tidur dia untuk memudahkan aku capai, tak yah lah setiap kali nak baca, nak kena naik bilik kan, leceh ah, thats y bawak turun separuh ke bawah, senang kerja, bersepah-sepah buku Q satu rumah ni ha kalau korang nak tau! Gara-gara mak Q malas nak amik jauh-jauh lah nih! Hahhahaa...

Dan memulakan pencarian buku2 pilihan..

But, its really paid off bila tgk Q sgt teruja, excited dan sangat-sangat suka bila dapat new rack book tuh! Sampai dia letak tgn kat dagu sambil mengadap rak buku tuh- dengan lagak macam org yg blur tak tahu nak pilih buku apa! Hahhaha.. Lawak ah Q nih ..Hubby aku siap amik gambar masa baru pasang the rack sebab dia pun seronok tgk Q teruja!Siap citer kat aku lagi yg anak dia suka dapat rack baru (masa tuh aku kat atas tengah prepare tempahan perfume).

Yeah..She loves this book sooo much!

Aku perasan, sejak ada rack tuh, Q makin suka belek buku. Mungkin sebelum ni susah dia nak amik buku-buku tuh semua, tapi bila ada rack yang tingginya pun lebih kurang size dia jer, dia plak jadi blur tak tahu nak pilih mana! Hehhe.. But she's so eager & suka baca all the books. Dia akan pilih memana buku & say "sit..sit" pastu duduk dan start to read. Aku akan dengar lah dia bebel-bebel sambil tunjuk-tunjuk buku dan baca apa yang dia tahu. Mana yang dia tahu baca, mmg dia akan sebut, macam A-Z, numbers & all the words yang dia dah recognize. Mana yang dia tak tahu, dia sebut lintang pukang ah .. dia sendiri jer lah yg paham apa dia cakap. Wakakakka...!

Nak kemas ke nak punggah ni sayang?

Apa pun, aku dah berjaya buat Q cintakan buku dengan lebih mendalam lagi! Hehhe..lepas ni bolehlah baby Zayra ikut jejak langkah kakak dia pulak. Senang sikit kerja aku. :) Mata aku pun tenang jer tgk buku2 tuh tersusun cantik kat bawah ni ha. Kalau tak ..hadoii... sakit mata den!

Nak baca lagi lah Mummy! I love bookssssss...

Me really tak sabar bila Q dah pandai sebut full sentence. Aku nak ajak dia sesama menyebut isi kandungan buku cerita tuh. Si Q ni baca pandai, cakap lum pandai. Hhehe..Pelik kan? Dia bebel2 bahasa dia jer lah skang nih ..Ada kengkadang aku paham sebab dia ikut apa yg dia dengar kat DVD cam "Saya Muslim, Ana Muslim" "Elmo" dan "GOGO". Bila aku tgk citer tuh sesama ngan dia, aku pahamlah apa yg dia cakap walaupun pelat, but selagi dia tak sebut penuh full sentence dengan jelas, mak tak puas hati nokss! Hahha.. nak baca sesama buku ni ha.. Hu hu .. tapi takperlah, Q pun belum 2 tahun, sabar2 lah yer mak Q weiii... agak2 nya budak akan sebut full sentence umur berapa yerk??

Kenangan masa kengkawan UTM datang melawat baby Zayra time aku dalam pantang baru2 nih (tapi dressing tak macam org pantang, hampeh Watie ni.hahah) dan Q menunjukkan ketererran dia "membaca". Hehhehe..Menganga jer semua auntie2 tuh..Klakar pun ada, dah macam Q pulak yg jadik cikgu! Hahhaha...

Love the new rack!

2 comments:

isabelle said...

nnt bila zayra baru pandai panjat, mesti qarissa hangin sbb dia kemaskan buku, tapi adik dia sepahkan. baik ko buat strategi siap2, watie.

kakyong said...

watie,
kakyong la ni kena sorok buku... bila nak start ajor jer baru keluor kan.. itu pun selalu kena tukor tempat sorok buku.. sbb nanti depa akan kuorkan semua.. pastu ade lah yg terkoyak bagai.. letih dah tgk buku2 tu berselotap.. nazak jer rupanya..

anak2 kakyong selagi ade buku, selagi tu depa nak kuorkan.. so la ni just menten 2 buku jer kat hall.. let them ulang2 utk 1 minggu.. next week kuor kan buku lain & sorok kan buku yg last week... haru sungguh kan ibu yg mcm ni..

sbb aliya masih tak pandai appreciate buku..walaupun dia suka dibacakan setiap pagi.. tp bila hangin nya tak tentu.. habis buku dikoyak.. ya lah kita kan mana ade masa nak pantau anak depan mata 24 jam...

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading