Wednesday, May 12, 2010

Teknik Meneran Terbaik Ketika Bersalin!

Ada kawan blogger yang mintak aku kongsikan teknik meneran yg aku amalkan ketika bersalinkan kedua-dua anakku itew.. Hehehe.. terasa cam dah tua plak nak siap nak bg tips. Cam kan terer jer..wakakka..Tapi inilah teknik yang aku sendiri amalkan dan aku kongsikan dengan beberapa rakan yang datang melawat masa aku dalam panntang dulu. Ada kawan yang amalkan dan dorang pun setuju cara tuh membuatkan dorang senang bersalin. Kalau kelahiran yang sukar sekalipun (macam aku lahirkan Zayra), Insya Allah, dengan teknik yang aku amalkan ni, sakit lama meneran tuh dapatlah dielakkan. Aku tak dapat bayangkan kalau aku tak kuat dan tak pandai teran masa lahirkan Zayra dulu, mahu aku kena caesar kot..Adushh..tak sangup!!

Ok, tak mau bebel pepanjang. Korang ikut step kat bawah ni yerk..:)

1. Tarik nafas panjang-panjang, sepanjang yang boleh masa nak mula meneran tu. Kalau korang masih leh ingat dalam keadaan kritikal tuh, jgn angkat punggung time bersalin. Takut koyak besar. Tapi time aku, dah sakit giler, tak terpikir & tak terasa punggung aku terangkat ker tak. Belasah jer..janji kuar ..hahaha..

2. Bila dah ready, lepaskan nafas & mula meneran sekuat hati sambil korang kira dalam hati - minimum 10 harkat macam bacaan dalam ngaji Quran tu ha...Kalau ada midwife tolong kirakan, korang layan jer lah kiraan tuh, kalau tak, sendiri kira lah yerk..hehhe.Lagi panjang harkatnya lebih baguslah. Tapi jangan sampai tak tahan pulak.Agak-agak lah ok..ikut kemampuan :)

3. Jangan putus nafas sepanjang kiraan 10 harkat tu. Ini adalah untuk mengelakkan baby korang termasuk balik macam yoyo masa korang tarik nafas kembali (kalau putus-putus nafasnya masa meneran). Tahan nafas kat perut masa meneran, mulut tutup, fokus dan jangan berbunyi atau kuarkan keluhan "Oh, Ah, Eii...Adoiii" dan sebagainya. Pengalaman aku lahirkan Q dulu, masa tuh tak reti lagi, aku dok merengek2 sakit dan masa meneran, aku tak sengaja terkeluarkan bunyi mengeluh tu. Midwife tak bg wat cam tuh sebab teknik salah. Bukan tu jer, aku dapati masa dalam pantang, aku haus giler hokay!! Asyik nak minummmmm jer tekak aku ni ha. Memanglah bila BF kita akan lebih haus dan perlu minum banyak untuk gantikan air yg dah keluar tuh, tapi ni memang haus melampau. I believe ianya kesan aku meneran kat tekak masa bersalin. Sebab time Zayra nih, tahap haus aku masih boleh dikawal. Hehhee..

4. Bila dah habis nafas, midwife akan suruh korang curi nafas dan push lagi. Memang kena curi nafas tapi sikit jer dan terus push lagi. Tak boleh lama-lama sangat sebab takmo baby termasuk kuar masuk-kuar masuk sebab tak push sehabis mungkin. Aku pun tak suka curi nafas nih, sebab susah dan bukannya leh tarik nafas dalam-dalam like first time. Bila tarik nafas, baby masuk sikit, bila lepas nafas, baby kuar sket. Sebab tuh kena push 10 harkat kaw-kaw jadi baby ada banyak masa utk lepaskan diri dia. So, bila tarik nafas tuh. buat cepat-cepat dan terus push lagi. Insya Allah, 2-3 kali push, baby akan keluar dengan suka hatinya. Hehehe..

Tu lah step-step yang kena korang buat masa bersalin tu. Selamat mencuba yerk..dan jgn lupa bgtau aku samada ianya berkesan atau tak! Gud luck bakal-bakal Mommy!!!!

Pushhhhhhhh 15 harkatttt!


5 comments:

Faz said...

yeahhhh, hv been waiting 4 tis tips.. tenkiu :)

Eliss said...

nak meneran pun kena ada teknik.tak pernah lagi ni meneran even dah ada anak sorang.boleh dijadikan panduan bila kena meneran anak kedua nanti :)

p/s: me c-sect dulu :P

elissmie.com

3740Journal said...

okes.. aku try 15 harkat.. keke

Ummi Salsabila said...

tringat time push aufa dulu.hehe.yg 2nd ni xthla cmne.baby xmo kuar lg la watie..hehe

Sharini aka Ummi Khayra said...

hehehhe gud2... boleh jadi panduan.. nini dulu memang failed sampai nurse tu ajar time nak bersalin tu.. ekekkekekek kelakar la bila ingatkan time khayra dulu... :D

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading