"Dengar sini orang-orang kampungggggg! Dengan ini aku nak bagitau suma, apa yang berlaku pada Zayra bukanlah Amniotic Band, tetapi...yerrrr..tetapiiii.....sila betul kan lidah anda semua kerana aku pun amik masa 3 setengah hari termasuk malam dan siang nak menyebutnya dengan betul yerrrrr.... Ini diaaaaa...."
S.Y.M.B.R.A.C.H.Y.D.A.C.T.Y.L.Y
Hambekkkk ko....amacam, leh sebut tak? Wakakaka.. harus aku wat pertandingan kat blog nih - Cara-cara menyebut Symbrachydactyly dengan betul! Korang kena rekod suara korang pastu hantar kat aku. Korang leh buat dalam bentuk nyanyian, pantun, seloka atau apa jer lah..janji sedap dan betul bunyinya. Suara siapa paling merdu sampai bila Zayra tertidur mendengarnya, akan jadi pemenang pertama! Ok tak? Lain dari lain sikit kan? Ahaks ..Aku sampai skang takder idea apa nak buat contest tau! Ramai gak suh buat, tapi aku nih tak pandai sgt nak reka2 contest, nak cek2 emel @ blog tengok sapa join... aduiii... tapi niat di hati tuh ada . Hehhehe.. Akan ku usahakan kalau ada masa terluang nanti.:) Korang nak join ker kalau aku buat yerk? Sekali contest aku tak laku sebab semua kena gi spital - LIDAH TERPELE'OT NAK MENYEBUTNYA, sesia jer aku kena "I SEE YOU IN COURT". Hahahaha..Baru berakallll.....:PPP
Actually, aku pun baru dapat tahu. Masa aku gi ambik documentation Zayra kat Hospital Selayang hari tuh, aku baca memo yang Doktor Rashdeen bagi. Dia tulis kat situ - Symbrachydactyly (amelic type). Aku memang pernah dengar pasal Symbrachydactyly masa aku survey-survey pasal Amniotic Band tapi tak terpikir lah nak baca pasal tuh, nak nyebut pun susah ..hahaha..malas lah aku nak amik tau kan .. ahahahah..Bila dia dah declare kata Symbracydactyly, aku pun teruslah buat research pasal ni. Tak dapat buat banyak sebab aku dah terlalu sibuk dengan seminar dan dalam masa yang sama, produk Little Reader & Little Math akan masuk Malaysia!!! Haaaa...jangan tak caya ..Erk..tu citer lain entry lah ..Nanti terkuar tajuk. Hilang lak markah exam nanti. Wakakaka...
So, kat bawah ni adalah informasi yang aku dapat pasal Symbrachydactyly nih. Memang banyak salah diagnos, doktor ingat Amniotic Band sebab ciri-ciri fizikalnya lebih kurang sama. Kena tengok betul-betul baru leh bezakan. Bila aku baca pasal nih, aku pun dapat rasakan yg memang betul Zayra punya condition is Symbrachydactyly, sebab tapak tangan dia takder tulang. Thats one of the "petunjuk". But, kebanyakkannya yang berlaku, selalunya jari baby tu tak complete, mungkin hanya ada ibu jari dan jari kelingking, yang lain takder, dan worst case, semua jari takder, tapi hanya ada nubbins atau stump - dia cam daging terlebih, nak jadi jari tapi tak jadi, so it looks like extra daging lah. But, in Zayra case, aku consider very the special and unik (harus masuk majalah nih ...Lyna, ko tolong panggil magazine interview aku yang ..aku pun gila glamor nih! Hahhahaha..keji giler dowhhh...) sebab Zayra ada semua jari (walaupun takder kuku) , dan jari-jari dia tuh semua terpisah as usual, tapi dari tapak tangan takder tulang. So unik kan? Dan jari-jari tuh nampaknya dah semakin membesar dan panjang hasil dari urutan yang aku lakukan setiap hari. Hmmm... jadi tukang urut aku skang..korang jangan tak tahu ..hahhah.. Tuh nanti dalam full seminar aku nak ajar participants aku urut anak ..ahaks! Ni confirm tak kena tangkap ngan Majlis Perbandaran weiii!! Hahahha...
As usual lah kan, kenapa dan mengapa dia leh terjadi Doktor pun takleh nak jawab. They dont know and just wat conclusion yang during fetus tuh membesar, bekalan darah tak dapat sampai sepenuhnya ke bahagian tangan masa tangan develop. So, thats y jadi camtu.. Ala, tak kesah kenapa dan mengapa. Dah termaktub di Loh Mahfuz nasib dan takdir seseorang. Kami redha dengan ketentuanNya. Banyak hikmah yang sedang dan Insya Allah bakal berlaku di masa akan datang. And, I'm very proud of my litte hush baby ni. Aku yakin Zayra akan kurangkan kegalauan hati aku setiap kali hati jahat aku terdetik risau tentang pembesaran dia di masa akan datang. Sebab tuh aku sangat bersyukur, Allah kurniakan aku hati yang kuat seiring dengan kehadiran Zayra. And I know I'm not alone in this world. (*sambil menyanyi lagi abe Mikael Jackson) . AKu ada keluarga & kawan-kawan yng selalu support aku kan? Muahhsss... :)
Ok, ni aku paste sket apa yg aku dapat dari tenet tentang situasi tangan Zayra wokeiii...
**Symbrachydactyly is a congenital abnormality, characterized by limb anomalies consisting of brachydactyly, cutaneous syndactyly and global hypoplasia of the hand or, rarely, foot.In many cases, bones will be missing from the fingers and some fingers may be missing altogether. The ends of the hand may have "nubbins"—small stumps where the finger would have developed, which may have tiny residual nails.
Symbrachydactyly has been reported to appear without other combined limb anomalies in 1 in 30,000 births.
The cause of symbrachydactyly is unknown; doctors theorize that it results from a failure of blood flow in the affected arm, causing the fingers, hand, or part of the arm itself to cease development
In most cases, children born with symbrachydactyly are able to adapt to their physical limitations and experience a fully functional life with no treatment. (* statement ni wat aku senyum.Heheh) Possible treatment includes surgery or a routine of regularly stretching the fingers.
Symbrachydactyly may be confused with Poland syndrome, which is a separate disorder which includes a missing pectoral muscle as one of its symptoms. **
Hmm.. tu lah dia yg aku dapat dalam wikipedia. Satu lagi linkd dia pun bagus, ada Q & A pasal nih. Aku paste jer lah kat sini sebab panjang sangat -
In terms of treatment, aku pun tak tahu apa yang doktor akan buat. Doktor kata kena tunggu dia besar sikit, tengok pertumbuhan tulang tangan kanan dia tu lah. Tapi aku nak tanya during the next appointment, boleh tak kalau Doktor releasekan the band yang seolah-olah mengikat kat lengan dia tu. Paed Zayra kata shud be no problem, tu mmg biasa buat, cuma tapak tangan tuh yang dia tak pasti. Hmmm.. memang aku nak tanya Doktor Rashdeen & Dato Pathma kat Selayang nanti. :)
Kaylah, tu jer lah aku nak annouce hari nih. :P. Perkembangan terbaru pasal insuran, aku dah pun hantar surat cinta berbunga-bunga kat PruBSN. Tengah nak tunggu result lah ni. Harap-harap lulus lah permohonan tuh nanti. If ada berita, baik atau buruk, insya Allah aku khabar lah dalam blog ni wokeh ..:)
Ok, aku nk sambung berlatih depan cermin nih ..untuk 1st mini seminar aku nanti! Hehhehehe...Go Watie ..go! Ale ..ale ...ale....
Dah terer sebut SYMBRACHYDACTYLY,
No comments:
Post a Comment