Wednesday, October 27, 2010

ECE Seminar @ GBOB Kembali Lagi!

* entry ini merupakan entry STICKY MODE sehingga 27 October 2010. Sila skroll ke bawah untuk entry terbaru. Terima kasih*

Alhamdulillah, pihak GBOB sekali lagi berpeluang mengadakan seminar ECE (Early Childhood Education) ini. Berdasarkan kepada maklum balas yang sungguh baik sebelum ini, di mana kali pertama pihak kami menjalankan seminar ini, maka pihak GBOB telah pun bersetuju untuk membuat satu seminar khas yang berkaitan dengan ECE dan mengasingkannya dengan seminar-seminar lain yang bakal di adakan kelak. Ini kerana, melalui feedback yang kami terima, peserta semuanya berpendapat yang seminar ECE ini adalah penting untuk pihak GBOB teruskan kerana disinilah bermulanya kesedaran bagi setiap ibu bapa tentang betapa pentingnya ECE ini kepada anak mereka - tidak kira status ibu bapa tersebut - sama ada bekerja sepenuh masa atau suri rumah sepenuh masa.

Pada mulanya, pihak kami ingin menggabungkan seminar ini dengan beberapa tajuk lain, tetapi berdasarkan pengalaman di mini seminar yang diadakan sebelum ini, adalah tidak praktikal sekiranya ia digabungkan, kerana terdapat banyak sekali maklumat yang ingin disampaikan dalam satu masa untuk setiap tajuk, dan ia menyebabkan penyampaian yang dilakukan tidak sepenuhnya kerana mengejar waktu untuk menghabiskan tajuk-tajuk tersebut, jadi tidak sepenuhnya maklumat dapat dikongsi bersama. Itu belum lagi masuk bab Q & A. Jadi, kami membuat keputusan untuk memfokuskan kepada satu-satu tajuk, dan menghuraikannya dengan terperinci di samping sessi Q & A yang akan dibuat di sepanjang sessi seminar berlangsung. Jadi, semua participants akan lebih fokus dan betul-betul faham mengenai tajuk yang dibincangkan. Selain itu, kita juga dapat berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman semasa sessi Q & A tersebut. Melalui cara inilah, pemahaman tentang sesuatu tajuk itu dapat dilakukan dengan lebih efektif dan berkesan.



Apa yang lebih istimewa, ini adalah seminar yang PERTAMA kali di adakan di pejabat baru GBOB di Tingkat 2, Wisma Bling Lustre. Semoga, seminar ini akan menjadi pemangkin kepada seminar serta bengkel-bengkel yang akan diadakan seterusnya. Insya Allah.

Buat masa kini, pihak GBOB telah pun menyediakan satu seminar ECE dan satu bengkel Stimulasi (will blog about this bengkel soon...). Seminar-seminar serta bengkel-bengkel lain akan menyusul kemudian. Seminar ECE ini akan memfokuskan tentang apa itu ECE, mengapa ianya sangat penting untuk anda ambil tahu, mengapa mesti bermula awal, apa kaitan ECE dengan perkembangan otak anak anda, bila seharusnya anda bermula dan bagaimana otak anak anda berkembang. Pendek kata, segala-galanya yang anda perlu tahu tentang Early Childhood Education akan diterangkan dengan terperinci dalam seminar ini. Seminar ini bakal menjadi titik tolak untuk anda memaksimumkan potensi anak anda dan memberikan kesedaran yang bukan sedikit kepada anda selaku ibu bapa. Jangan terperanjat kalau saya katakan, dengan mengikuti seminar ini, anda mungkin akan rasa sedikit kesal dan menyesal kerana lambat memulakan serta mengapliksikan ECE terhadap anak anda. Ia seakan-akan satu 'ketukan kesedaran' yang maha hebat di kepala anda!

Bolehlah kami katakan bahawa seminar ini adalah seminar yg wajib dihadiri semua, sesuai untuk untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengannya (tidak kira anda ibu mengandung, ibu yang baru mempunyai seorang anak mahupun ibu yang mempunyai deretan anak!), sesuai juga sebagai medan "mencuci" segala sisa-sisa toksik penolakan terhadap ECE (well, jangan terkejut, ada juga ibu bapa yang against ECE tau ... dengan macam2 alasan diberikan untuk tutup kelemahan sendiri sebab jarang spend masa dgn anak, if spend pun, not much stimulation yang dibuat sebab not much info, easy way to escape - against it lah kan ..apa lagi?? sian anak tau..!). Mungkin seminar ni boleh ubah pandangan anda terhadap ECE, sapa tahu kan? Believe me, sehebat mana dan sesibuk mana kerjaya anda, anda masih mampu menstimulasikan bayi & anak anda. You just have to find the right key!!:) Bila kesedaran tentanng kepentingan ECE dah tertanam di minda anda, maka langkah seterusnya akan menjadi lebih mudah, Insya Allah .. terus kita ke matlamat - HOW HOW HOW dengan lebih details and this is where our FULL DAY BENGKEL took place..:)

Berikut adalah maklumat mengenai Seminar ECE yang bakal kami adakan pada bulan October ini:

Tajuk: All You Need To Know About Early Childhood Education - An Introduction
Tarikh: 30 October 2010 (Saturday)
Masa: 2 pm - 6 pm (bergantung pada sessi Q & A)
Tempat: Genius Baby On Board, Wisma Bling Lustre, No: 47-2, Jalan Meranti Jaya 3/1, Tanming Boulevard, Taman Meranti Jaya, 47120, Puchong Sgor.
Maximum Participant: 30 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax

* untuk mereka yang membayar sebelum 10 October 2010, diskaun sebanyak RM 49 akan diberikan. Anda hanya perlu membayar RM 150 sahaja. *


Bagi yang berminat untuk menghadiri seminar ini, anda boleh membuat pembayaran ke dalam akaun Genius Baby On Board samada melalui Maybank atau CIMB. Selepas pembayaran dibuat, sila emelkan bukti pembayaran kepada pihak kami di geniusbabyonboard@gmail.com. Pihak kami akan memberikan anda borang pendaftaran untuk di isi sebagai rujukan pihak kami. Berikut adalah maklumat akaun pihak GBOB:

CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387

Kami akan mengemaskini blog ini dari masa ke semasa dan segalanya berkaitan seminar ini akan diberitahu di dalam blog Qarissa, blog GBOB dan juga fanpage GBOB. Daftar sebelum kehabisan tempat okeh frends... Kami memohon maaf tetapi pihak GBOB hanya boleh menyediakan 30 tempat maksimum untuk seminar dan cuma 10 tempat maksimum untuk bengkel. Ini bagi memastikan semua peserta kami merasa selesa dan seminar serta bengkel dapat dijalankan dalam suasana relax, cool dan santai.

Bagi mereka yang mempunyai bayi & kanak-kanak, kami mengalu-alukan anda membawa anak anda bersama, cuma kami meminta kerjasama anda untuk memastikan mereka mempunyai penjaga untuk memastikan keselamatan mereka ketika berada di Kids Zone. Bagi ibu yang menyusu badan, kami meyediakan Breastfeeding Area untuk anda dan Freezer jika anda ingin menyimpan susu EBM. Jika anda ingin memanaskan susu EBM tersebut, kami mempunyai Pemanas khas untuk anda gunakan.

We're getting excited to meet our participants in our next session ...:) Hope to see u here okeh...:)

Allah SWT Bless Uols,

2 comments:

yatie chomeyl said...

uwaaa sedey x dpt join...takpe, next time i blk msia lg..i'll make sure i'll visit GBOB office

Watie Aziz said...

yati, sure yang .datang lah melawat .. :) i pun excited nak jumpa u ..ekekeke...

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading