Sunday, October 10, 2010

Qarissa New Learning Board



Dah lama aku beli this learning board sebenarnya, cuma tak bukak jer, sebab belum sesuai untuk Qarissa time tuh.. she is still small masa aku dapatkan this board. Actually board ni pun bukann aku beli, aku redeem my Maybank Credit Card point, so dapat for FREE jer. Aku memang suka redeem barang2 budak especially on education kalau ada peluang. Jarang aku gunakan point yang ada untuk keperluan diri sendiri. Bukan apa, selalu keperluan kita memang kita akan beli, tapi sometimes anak punya, kalau tak betul2, kita mesti akan berkira-kira jugak kan, jadi, bila ada this kind of FREE things, baiklah aku habiskan untuk anak jer. Nak beli pun bukan murah ..makan ratus gak wei! Hhehhhe

Memula aku plan nak letak opis jer mender nih, then hubby aku kata, "Amboi, asyik opis jer?" Hheheh.. Yo lah ..umah acik dah macam tadika noks.. mana nak sumbat lagik? Lagipun, Q pun banyak habiskan masa kat opis gak. So, maybe akan dibawa ke opis jugak satu hari nanti.

Ala-ala PENGETUA tak? Hehhe..

Aku ingat nak tunggulah Q at least 2 tahun setengah baru bukak, tapi budak ni cam dah tak sabar jer tau bila tgk kotak nih. Kesian pulak aku tgkkan .. Setiap kali dia masuk bilik dia, dia akan ke almari dan akan menatap this big box & start to read ABC, duk ikut apa yang dia nampak kat kotak tu. Everyday cam tuh .. So aku cam kesian pulak, so, aku pun bukak lah baru2 nih ..

Memang Q suka sgt, cuma yg tak bestnya tuh, dia tak berapa child friendly sangat especially bila bab memasang nih.. Susah gak nak pasang tau .. macam tak sesuwei jer tempat dia letak skru2 tuh semua. Hubby hangin jer bila nak pasang sebab dia rasa sungguh tak user friendly. kalau barang IKEA memang best, user friendly cara pemasangannya ..:) Kerusi budak tuh pulak, sangat licin, maybe sebab lantai aku laminate flooring, so mmg tak sesuwei langsung Q duduk, alamat menggelungsur lah jawabnya ..! So, si Q dengan bijaknya, bila aku amik kerusi yang betul dan letak depan meja, dia terus bebel-bebel ntahapapantah..da terus bawak kerusi pink dia tuh! Comey giler ... nak bgtau aku yg kerusi dia tuh tak bagus agaknya ..kena pakai kerusi IKEA baru okay .. ehehhehe ...

Tekun lah tu konon...

Sukalah Q dapat meja baru, rajin gak ia duduk2 kat situ dan main2 dengan board tuh. yang tak best, pen yg dia bagi dalam tuh dah takder ink, so anak den takleh nak conteng2 .. harus bawak ke opis utk bg dia conteng guna crayon board yang boleh padam guna air tuh ..sangat best dan child friendly! Senang giler nak padamkan ..

Aku lum sempat nak amik gambar2 Learn By Art punya programme dan masukkan dalam blog atau Fanpage GBOB.. sangat interesting tau programme dia ..Very good for your kids also. Tak sabar nak gunakan this programme utk kelas Art @ GBOB nanti ..:) Special design utk kids yang lebih 2 tahun ..:)


Berbaloi-baloi,

2 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kalo anak eliss tekun macam tu boleh beli meja tu :)

Watie Aziz said...

eliss, hehehe.. samlah yang .anak i pun kejap2 jer ..datang hangin dia nak berangan2 konon2 jadi student, barulah lamma sket dia duduk ..hehehe

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading