Monday, October 25, 2010

Quzayra Official OKU Card Dah Dapat!

Yeehaaaa, akhirnya kad OKU Zayra yang we all buatkan untuk dia last month dah pun siap. Cekap jugak JKM Klang nih. Walaupun aku rasa lama sebab tempoh siap tuh sebulan, tapi disebabkan they help me to prepare a letter to Imegresen sebelum we all the Bali last 2 weeks, jadi aku rasa taklah lama sgt menunggu, coz we still can get the benefits walaupun kad belum siap.

Rasa puas dan lega bila dah menunaikan tanggungjawab as parent to my dear Quzayra. Bak kata Mommy Lyna, itu hak anak kita. So janganlah abaikan hak dia. Bila aku baca Lyna punya entry, aku pun rasa semangat jer nak register tapi kan, time tuh aku tgh preggy tau! Aku baca bukan untuk aku (yer lah..mana lah aku tau yg Zayra juga akan dilahirkan with a Symbrachydactyly condition kan, dan sesapa yg baca ni pun jgn nak memandai2 buat andaian yg bukan2 ala2 zaman batu yg konon-konon sebab baca bende pelik2 jadi terkenan or whatsoever, ada yang kena minum minyak wangi aku kang! Wakakakakka, tu dah takdir Allah, jgn nak berprasangka bukan2 yerk!) tapi aku baca untuk adik aku yang bongsu, si Irfan tu. Sebab adik aku dikategorikan sebagai OKU untuk pendengaran, dan ianya hanya diketahui apabila dia mencecah umur 5 tahun, it getting worst from time to time, dan semuanya akibat bakteria yang memberi penyakit "Meningococal Meningitis" yang menyerang dia masa dia demam masa umur dia 8 bulan. Irfan dapat diselamatkan walaupun bakteria tuh sangat bahaya dan boleh membunuh (malah dah banyak pun membunuh bayi) tetapi kesan yang ditinggalkan bakteria tuh hanya dapat dilihat after few years. Macam Irfan, ia menyebabkan deria pendengaran dia jadi lemah, and it getting worst especially bila dia swim, batuk, selsema yang menyebabkan air bertakung kat telinga dia. Bila umur dia 7 tahun, wat full check up, doktor sahkan dia ada masalah pendengaran. masalah tu menyebabkan dia jadi slow learner sebab dia tak dengar apa yang cikgu cakap atau ajar. Bila bercakap korang kena jerit2.. baru dia dengar..Hhehehhe..Pity my lovely adik tuh kan ..Now dia kena pakai alat kat telinga tuh, so hopefully akan ok lah kot, dapat membantu dia jugak ..:) Sebab tu lah sangat penting untuk korang amik vaksin for Pneumococal (Prevenar) sebagai langkah untuk elakkan bakteria nih dari menyerang. Ada 4 dos dan its not cheap jugak, sekali jab dalam 245 kot, itu pun dah murah, dulu RM 300 satu jab rasanya. But, for the sake of our babies, nak nak zaman skang ni ntah hapa2 bakteria yang ada kita pun tak tahu kan ..better be safe than sorry kan ..:) Dan, entry Lyna pasal kad OKU Fahry tu buatkan aku nak pastikan Irfan pun dapat the same benefits. Its for his own good.

Takdir Allah, Zayra juga disahkan sebagai special baby, jadi bila dah ada pengalaman sikit (see, ada hikmah kan..) aku pun amik inisiatif untuk tanya doktor pasal condition Zayra, whether dia tuh masuk dalam kategori mana, walaupun Doktor pun cam tak pasti or maybe takmo aku sedih or apa2 jer lah reason dorang, akhirnya me & hubby firm nak letak Zayra as special baby sebab as a mother, aku tau apa yang terbaik untuk Zayra. The card will help her a lot in the future dan dia tak sepatutnya rasa malu bila dia besar dan tahu pasal condition dia. Dia sepatutnya bangga kerana dah jadi "Intan Terpilih" untuk membuktikan pada dunia bahawa anak istimewa juga mampu berjaya seperti orang lain. Rasa bangga selalu terbit di hati aku bila aku tgk anak-anak istimewa ni dapat Ijazah kat Universiti, berjaya dan sebagainya, sejak dulu lagi tau! Berbanding dengan anak normal yang bila dapat masuk Universiti, kerjanya carik jodoh, memonteng kelas (termasuklah aku dulu...oh insafnya!), ngelat buat assignment, meniru kerja kawan-kawan dan yang paling teruk - kena tangkap basah sebab mengongkek kat bilik malah ada yang buat kat dalam hutan belukar! Buat malu keluarga jer kan! Betul lah orang kata, bila sesuatu benda tuh kita susah dapat, kita akan lebih menghargainya. Mungkin special student ni tau betapa sukarnya dorang nak masuk Universiti dan bila dah dapat, dorang pulun kaw-kaw. Masa aku kat UTM dulu, aku ada gak kawan yang OKU tau. Aku baik ngan dia .. sampai skang keep in touch kat FB - Nama dia Mat Leng .. hehehehe..

Our special baby in our heart - Rania Quzayra..

So, bila dah dapat this card, me so excited terus upload kat FB tanpa sempat memotong alamat dan IC Zayra! Ekekeke... sampailah few frens & family message suruh buang alamat takut anak aku kena culik! Wakakakkaa... Aku selalu cakap cam ni, 'Takperlah, kalau dia kena culik, senang nak detect lah, masuk paper tunjuk muka ngan tangan, mesti senang nak carik!" Hahahhahaa... jahat tau Watie nih .. sekali penculik tuh potong habis tangan Zayra sebab nak hilangkan bukti... habislah aku! Isk isk isk.. takut nak pikir dowh .. dah lah Zayra tuh comel lote, gebu-geban .. menjadi rebutan jer mana2 kalau aku pergi, semua sayang dan nak dukung, takut gak aku nih! Laki aku bila aku cakap pasal alamat tuh, dia terus peluk Zayra dan cakap, "Iskk..takutnya I orang culik Zayra!" Hhehhe... Mintak dijauhkan aku sekeluarga dari musibah yang bukan-bukan Ya Allah..Amin...

Ada jugak kengkawan aku yang ada saudara atau adik @ abang @ kakak dalam keluarga yang di sahkan sebagai OKU tapi sampai sekarang masih lagi tak dibuat pendaftarannya di JKM. Tak pasti apa pulak sebabnya, mungkin dorang tak tahu faedah sebagai OKU atau mungkin juga ada rasa malu jika disahkan sebagai OKU??? Hmmm.. aku rasa dah tiba masanya untuk kita semua berkongsi apakah faedahnya sebagai OKU di laman maya nih, jadi uols semua boleh berkongsi dengan mana2 individu yaang korang kenal. Personally, aku rasa adalah lebih memalukan kalau kita tak jalankan tanggungjawab kita terhadap kanak-kanak tu kerana ITU ADALAH HAK MEREKA! Kalau lah dorang tahu ada orang yang setakat putus satu jari pun nak register as OKU (sebab orang tuh tahu kelebihan OKU dan nak amik kesempatan tu), mesti dorang akan register secepat yang mungkin untuk anak dorang! Dan sekarang ni pun, kalau setakat putus jari satu, dah bukan OKU yer! Hmmm..korang ingat senang nak dapat tittle OKU tuh? Ingat senang2 gomen nak bg benefits? Dan benefits ni pulak akan bertambah dari masa ke semasa! No wonder lah, sapa yang bijak ambil kesempatan, kalau kena kat diri dia, akan cepat2 gunakan kesempatan yang ada tu untuk kebaikan diri sendiri! Hmmm..baru aku tauuuuuu.....

Insya Allah di lain entry, aku akan kongsikan kelebihan yang diberikan sebagai OKU ni memandangkan aku dah membebel panjang dlm entry ni. Hehehehe....Ok....so tataplah puas2 muka kiut Zayra dlm kad ni okeh..Sampai staff JKM tuh pun suka tgk Zayra dan ckp Zayra cam anak dia yg sama umur. Gambar ni masa Zayra 5 bulan .. Muka toyaaa jer kan? Tapi tetap maintain kiut! ehehe ...

Proud of My Zayra,

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading