Tuesday, October 26, 2010

Trial Class For Playgroup @ GBOB Di Buka Sekarang!

Pengumuman Penting Kepada Para Ibu Bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Playgroup @ Genius Baby On Board :

Pihak Genius Baby On Board akan mengadakan sessi Preview @ Trial Class untuk Playgroup pada awal bulan November 2010. Terdapat sedikit perubahan dari segi usia untuk Sessi Playgroup memandangkan terdapat ramai ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke sessi Playgroup untuk 2 - 4 tahun walaupun usia anak mereka baru mencecah 18 bulan. Setelaah mendapatkan cadangan & pandangan beberapa pihak termasuklah pihak AlimKids Consultancy, maka pihak GBOB bersetuju untuk membuat sedikit pindaan terhadap Sessi Playgroup @ GBOB. Berikut adalah Sessi Playgroup yang baru di Genius Baby On Board:

Play & Learn Stage 1 : 0-6 Months (45 minutes each session)
Play & Learn Stage 2 : 6 - 12 Months (45 minutes each session)
Play & Learn Stage 3 : 12 - 18 Months (45 minutes each session)
Play & Learn Stage 4 : 18 Months - 4 Years (1 hour each session)

Buat masa ini, hanya sessi Play & Learn Stage 1 & Play & Learn Stage 4 sahaja yang akan dilancarkan di GBOB. Insya Allah, dalam masa terdekat, pihak kami akan melancarkan 2 lagi sessi iaitu Play & Learn Stage 2 & Play & Learn Stage 3 pula.

Untuk pengetahuan anda, bagi Play & Learn Stage 4, selain dari penggunaan pelbagai jenis material pembelajaran yang membina minda anak anda, pihak GBOB akan menggunakan pendekatan Khalifah Method dan menerapkan unsur-unsur Akidah & Ketuhanan serta Keesaan Allah SWT secara tidak langsung kepada anak anda menerusi aktiviti-aktiviti Play, Music & Simple Art yang dilakukan.

Trial Class untuk kedua-dua sessi ini akan diadakan pada awal bulan November & butirannya adalah seperti di bawah. Pihak kami akan membuat 2 kelas untuk setiap sessi iaitu pada hari Sabtu & Ahad bergantung kepada sambutan ibu bapa. Sekiranya terdapat lebih dari 8 pelajar yang mendaftarkan diri untuk sessi Trial pada hari Sabtu (for stage 1 & 4), maka pihak GBOB akan membuat satu lagi Trial class yang sama pada hari Ahad pula. Ini bagi membolehkan pada ibu bapa yang berminat untuk mendafftarkan anak mereka merasai pengalaman kali pertama menyertai Playgroup di GBOB. Harap maklum bahawa sessi kelas pada hari Sabtu & Ahad ini adalah Program yang sama, jadi ibu bapa hanya boleh memilih salah satu hari sahaja untuk Sessi Trial ini.

Selepas Trial Class, sekiranya berminat, ibu bapa boleh terus membuat pendaftaran di GBOB dengan membuat pembayaran pendaftaran dan bulanan kepada pihak kami mengikut harga yang telah di tetapkan di bawah. Sila maklum bahawa harga yang ditetapkan adalah sama untuk mana-mana sessi & stage.

Maklumat Trial Class Play & Learn Stage 1 (0-6 Months):

Tarikh: 6 November 2010 & 7 November 2010

Hari: Sabtu & Ahad

Masa: 10.30 am - 11.15 am

Harga: RM 25 sahaja
(*apabila kelas telah dimulakan dan terdapat ibu bapa yang ingin hadir bagi sessi Trial, harganya adalah sama seperti kelas biasa iaitu RM 35/sessi, maksimum 2 sessi Trial sahaja)

~sila bawa selimut bayi untuk sessi ini~
**********************************************************************

Maklumat Trial Class Play & Learn Stage 4 (18 Months - 4 Years)

Tarikh: 6 November 2010 & 7 November 2010

Hari: Sabtu & Ahad

Masa: 2.00 pm - 3.00 pm

Harga: RM 25 sahaja
(*apabila kelas telah dimulakan dan terdapat ibu bapa yang ingin hadir bagi sessi Trial, harganya adalah sama seperti kelas biasa iaitu RM 35/sessi, maksimum 2 sessi Trial sahaja)

~sila pakaikan anak anda pakaian yang bersesuaian untuk sessi ini~

Berikut adalah harga pakej & yuran pendaftaran untuk semua sessi Playgroup yang terdapat di GBOB.
Yuran Pendaftaran & Kelas:

Yuran pendaftaran adalah RM 150 setahun. Di bayar ketika pendaftaran dilakukan dan anda akan menerima:

  • * Sehelai T-Shirt (for your child)
  • * Sticker kereta keluaran khas Genius Baby On Board
  • *Diskaun 5% untuk semua produk pendidikan dan permainan di GBOB (kecuali pakej Little Reader & Learn By Art Programme) untuk tempoh setahun.
Yuran kelas: RM 35/Class (for any Stage of Playgroup). Dibayar untuk 4 kelas sekaligus (1 bulan) iaitu RM 140 sebelum kelas bermula. Perlu di habiskan dalam tempoh 6 minggu dari tarikh pendaftaran/kelas pertama. Pembayaran untuk bulan kedua dan seterusnya boleh dilakukan sebelum setiap kelas yang baru bermula.

Pendaftaran untuk Trial Class di buka mulai sekarang dan sesiapa yang berminat untuk menghadirinya, sila emelkan nama ibu,hp number, nama anak, dan umur anak kepada geniusbabyonboard@gmail.com atau sms kepada Watie di talian 016- 20 333 40. Harap maklum bahawa pihak GBOB membuka Trial Class ini untuk hari Sabtu dahulu, apabila kuota student telah penuh, barulah kami akan membuka sessi Trial untuk hari Ahad pula. Ini bagi mengelakkan berlakunya kekurangan mahupun terlebih pelajar pada satu-satu sessi itu.

Pihak kami juga berharap agar anda yang sedang membaca maklumat ini dapat menyebarkan info ini kepada sahabat handai dan saudara mara yang anda kenal, manalah tahu jika mereka berminat untuk menghadiri sessi percubaan ini bersama anak-anak mereka kan...:) Terima kasih GBOB ucapkan di atas jasa baik anda mennyebarkan maklumat ini. Semoga Allah SWT membalas budi baik anda. Amin..

Semoga Allah merahmati apa yang GBOB lakukan,

3 comments:

EJAN MAPET said...

sy berminta & sy dh email..
yeahhhh!!!!

EJAN MAPET said...

sb terlalu xcited salah eja!!!
SY BERMINAT...sy berminta len mcm lak maksud nyer!!

Watie Aziz said...

hi ejan,

tq so much dear .. heheh.. takper .. i still paham .. ahaks .. ok nanti i reply ur emel kay .. i dah masukkan nama u dalam list ..:)

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading