Tuesday, November 2, 2010

ECE Seminar @ GBOB - 5 Star??

Alhamdulillah, seminar ECE telah pun selamat dijalankan pada hari Sabtu lepas bertempat di GBOB Office @ Wisma Bling Lustre. Ia dijalankan pada pukul 2.00 petang dan berakhir kira-kira pukul 7 pm. Bukan tu jer, malah bersambung hingga pukul 9 pm termasuk dengan sessi borak2 dan consultation! Pergh..pecah rekod aku bercakap dari jam 2 pm ko.. tapi actually bukan pukul 2 pm, sebab dah mula bercakap at least 1 hour sebelum tuh, sebab ada participants WoHoWo dari Scriptory Box yang naik ke atas untuk menjenguk2 GBOB, dan tanya2 pasal aktiviti serta produk GBOB, after jer habis penerangan, terus sambung dengan seminar. :) Memang penat tak yah cakap lah kan .. tapi rasa puas melebihi rasa penat, so takder hal punya! Hhehhe..
The feedback form
1st page of the feedback form. 3 section: Registration Counter, Environment & Slide Presentation.

As usual, after habis seminar , aku akan bg feedback form untuk di isi oleh semua peserta yang hadir. Disebabkan terlupa nak print form yang terbaru, aku menggunakan form mini seminar yang masih ada stok dan cuma tukar the tittle jer ..:) coz apa yang penting adalah maklum balas berdasarkan apa yang ditulis dalam kertas tu. Pada aku, ia sgt penting coz aku mintak participants aku tulis seikhlas boleh so that I can improve mana2 bahagian yang perlu, demi untuk memastikan all my participants dapat info yang secukupnya dan sejelas2nya. Can be anonymous or they can write the name, tepulang pada mereka, tapi nampaknya semua tak letak nama. Hheheh.. Maybe sebab takder column nama kot? Ahaks..Sengaja aku buat takder nama, so that dorang tak rasa takut nak luahkan pendapat masing2. :)

Heheh.. Suka baca nih, sebab aku mmg tak bg participant tgk handsout, nak dorang fokus on the seminar & ask lots of question. Handsout boleh balik tgk..:)
Ada rate 3 for lokasi ..:) Maybe jauh bg setengah org tapi when u able to make it, sy rasa sgt bangga dgn anda!!

Alhamdulillah, just like last seminar, boleh dikatakan hampir semua bagi rate 4 (Baik @ Good) dan 5 (Sangat Baik @ Excellent) untuk sessi seminar kali ini. Secara keseluruhan, mereka sangat berpuas hati dengan apa yang disampaikan oleh pihak GBOB. Cuma kalau tak silap aku ada satu jer rate 3 (Sederhana @ Moderate) untuk Lokasi Seminar. Hhehhe.. aku paham, memang jauh jugak opis GBOB untuk mereka yang pertama kali datang sini. Mesti senang nak sesat, tapi Insya Allah, lama kelamaan mesti rasa senang kan? Hheheh.. I cant do much on that sebab mmg lokasi opis kat sini kan..:) Unless ada nak jemput aku jadi penceramah jemputan kat opis memasing ker? Hhehee.. Senang & dekat lah kot yerk? Bolehlah diusahakan..:) In terms of kekurangan, seperti yang dijangka, aku cakap laju sangat. Hu hu .. masa feedback yang 1st pun, ada yang tulis camtu. Aku dah cuba kurangkan tapi masih laju rupanya. Hheheh.. dari azali camni, harus berusaha lebih gigih nak slowkan my speed...:)

Alhamdulillah, bhg penceramah they rate me 5 which is EXCELLENT!. Will keep it up!
Cuma saya cakap agak laju, so ni kena try to slow the speed sket ..but this participant still rate me 5! Thanks a lot! Will try to improve ..:)

They also said that this seminar telah membuka mata & minda mereka terhadap kepentingan ECE pada anak masing2. Malah, ada juga ibu mengandung pertama kali yang datang ke seminar ini seperti Puan Shaiifa Ema. Serius cakap, memang bertuah anak dalam kandungan tu sebab mak dia pentingkan ECE. Kalau masa boleh diundur balik, time aku preggy Q, if ada this kind of seminar, mesti aku nak join jugak. Hhehehe.. nasib baik aku rajin wat kajian dan sukakan ECE. Walaupun takder this kind of seminar masa preggy Q, aku sendiri wat reasearch dan kini, sapa sangka aku pulak bg motivasi dan seminar berkenaan kepentingan ECE. Sungguh bersyukur sebab dapat kongsi ilmu dengan semua participants dan bila mereka kata yang penjelasan aku clear, mereka dah tau objektif dan apa yang nak dicapai, aku rasa sangat puas. :)

Another 5 full score for the Speaker. Siap ada komen yang sungguh membina dan membuatkan saya tersenyum suka lepas baca. Alhamdulillah & thanks a lot yer!

Sempat juga aku berkongsi rasa dan pandangan dengan Puan Ema berkenaan dengan ECE. Sama seperti orang lain yang tiada anak, tiada pengalaman dan melihat orang lain "mengajar" anak sedari bayi, tidak dinafikan, beliau juga agak skeptikal pada mulanya. Tidak percaya dan tidak faham mengapa mesti bayi di ajar dari kecil? Senang citer - Kesiannya budak kecik nih..kecik2 dah kena belajar!!! Bila beliau sendiri mengandung, ada ketika beliau mengaku yang beliau hilang arah dan tak pasti apa nak buat. Siap tanya kawan-kawan sebaya yang ada anak, tapi jawapan mereka cuma, "Anak aku kecik lagi, I want them to enjoy their childhood", so takder mak dia buat apa2 pun untuk mengembangkan minda anak dia macam ajar baby baca, stimulate dan sebagainya. Sampaikan ada satu masa, beliau cuma mengadap komputer dan baca segala2nya pasal ECE tapi masih tak pasti apa nak buat. Sudahnya, Puan Ema ni siap print semua info dan tunjuk hubby & say, "Ok..this is what we have to do now!!" Hahhahaha..aku tergelak2 dengar dia cerita pengalaman dia tau ..She is such a sweet Mummy and her face look just like my bff masa sekolah - Azlyna tu .. :) Seronok aku dgr citer dia sebab dari situ aku tau yang ada beribu lagi ibu bapa macam Ema kat luar sana yang perlu aku dekati dan kongsi tentang kepentingan ECE ni. Memang aku respect ah mak bapak yang sanggup korbankan masa dan wang ringgit untuk menghadiri this kind of seminar untuk memastikan yang terbaik for their children. Aku rasa ia sangat berbaloi, sebabnya, sekali invest, ilmu tuh dapat digunakan untuk semua anak, yang dah ada dan bakal ada, malah boleh diturunkan pada cucu2 pulak nanti ..:)

Ni pun sweet kan? Siap cancel rate 4 pastu bagi rate 5 lagi. Ekekekke.. Cute jer ..

Insya Allah, dari masa ke semasa, semakin ilmu aku bertambah, aku akan kongsikan banyak lagi tips2 dengan semua participants aku.:) Sekarang nih, aku nak fokus on my bengkel, yang akan dibuat whole day, insya Allah hari Ahad, tapi tarikhnya belum ada lagi. Rasanya on November kot. Sekarang aku dalam final stage nak cantikkan my presentation. kalau my Seminar ada 50 slide, my bengkel pulak ada more than 100 slide kot.. Ayo yo yo... harap2 semua participants dapat bertahan dan menggunakan masa yang ada sebaik mungkin ketika sessi bengkel tu nanti.

They agreed that this seminar sangat berguna dan menjawab persoalan mereka. Ada yang nak request buat pagi. Insya Allah next time i try arrange morning session pulak yer..:)

And now, aku tgh mempersiapkan diri untuk my Playgroup Trial & Preview this weekend. Will update about this soon. Cuak jugak sebab hari Ahad after Seminar, tekak aku sakit, then ulser kat gusi atas pun makin terasa. Semangat na gosok gigi sampai terkena berus gusi aku tuh, terus luka! Hu hu .. Lucky now dah baik sikit ..bolehlah aku menyanyi dan berjoget dengan best sekali hujung minggu nih. Hehhehe.. Bredebar tapi teruja! See u my genius kidsssssss.....:)

They want to know more about Playgroup, so see u this weekend!!!
For Stimulation & Elaboration& Hands On Activity, wait for our bengkel okeh!!!Coming soooonnnn!
Thanks to Ema for this picture. Aku lupa bawak camera, dan hp cam ayam belanda, gambar kureng cantik..wakakak (kalau muka dah tak lawa ada hati nak salahkan hp..sabar jer Watie oi!)

All Mommies, You're The Best!!

4 comments:

Hanz said...

Keep it up, Watie.. :-)... betul, peringkat kanak-kanak awal2 ni sangat penting untuk asas yang baik..takleh amik ringan walaupun diaorang masih sangat kecil..

haszuraidah ishak said...

woowww..congratulations dear..

Watie Aziz said...

hanz, tq so much dear .. really appreciate .. happy jer ai rasa bilaa dapat ubag the stigma pasal ECE ..:)

Watie Aziz said...

has, tq so much yang ..:) wahhh... pandai u pilih time yerk..:) ekekke.. jadi 111 follower .. harus bg hadiah extra nih ..hahahaa

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading