Tuesday, December 14, 2010

Import Khas -Tukang Urut Dari Bali

Kalau korang baca cerita @ entry aku sebelum ni pasal Maid Baru Aku @ Office GBOB, ni aku nak bgtau, "maid" tuh bukan setakat pandai "mengemas" jer tau .. dia pandai "mengurut" jugak. Aku balas dendam sebab tak dapat berurut masa gi Bali dulu, aku terus "import" lah tukang urut ni skali .. heheheh..

Kemain sedap dia urut tau ..silap2 leh tercabut tulang belulang kita ..sebab tukang urut ni gunakan teknik dan kaedah "ISA - Ikut Suka Aku" nak urut macam mana! Hahahhaa...Tapi yang dia paling suka adalah cara melompat ke atas badan dengan kedua belah kaki. Tukang urut ni suka explore orangnya.

Memula dia test dengan satu kaki. Dia panjat, turun balik, panjat lagi turun balik... Selepas boring dengan teknik tuh, dia explore cara lain pulak, dia try lompat pakai 2 kali terus landing atas badan. Bila dia rasa best dan adventure, sebab boleh guling2 jatuh kalau tak pandai balance .. apa lagi.. dia pun teruslah menggunakan teknik "lompatan patah tulang" tuh! Hhahahaa...

Kadang2 kita merasa gak lah bau pampers dia bila dia landing atas kepala atau terjatuh tepi muka kita tuh.. Hmmm.. memang pandai tukang urut nih ..Siap pakej semua .. :P

Ada sesapa nak perkhidmatan tukang urut aku yg di import khas nih.. Boleh lah aku arrangekan time dan waktu .kena booking dulu sebab dia sgt femes dan banyak permintaan mengurut, so korang kena Queue lah dulu ... heheh...sama lah ..nama dia pun Q jugak .. wakakakka.. sesuaiiii noksss!

Aku tak caj mahal .. Ikut minit jer ..seminit RM 10. Ok tak? Ada sesapa nak try? Tapi ni takder insurans tau ..apa2 berlaku atas tanggungan sendiri okeh? Waklakakaka...



video
Tukang Urutku Sayang .. Sedap tau!



video
Sedia berkhidmat di mana jua....:)


Memang sedap hingga menggigit bibir (tahan sakit!) wakkaakka..

1 comment:

Zaidah said...

pandainyer tukang urut tu mengurut...bleh booking nie...

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading