Monday, January 10, 2011

Corat Coret Karnival Upin & Ipin 2010

Me @ 2nd Day with Saladin & Friends. Citer kat TV 1. Tinggi btol model dia ooo...

Rasanya masih tak terlewat lagi aku nak wat corat corect pasal Karnival Upin & Ipin ni . Apa yang berlaku sekitar 5 hari aku berada di sana. Apa yang boleh di katakan? WOW! Memang havoc sungguh penangan Upin & Ipin yer! Barulah aku tahu dan sedar yang rupanya aku nih jarang betul tgk TV9. Bukan setakat TV9, semua TV pun jarang. Banyak tgk berita atau info terkini tru internet jer. Sampaikan baru-baru ni aku suruh hubby potong jer ASTRO punya channel dan amik yang paling murah. The RM 30++ punya pakej. Sebab, aku rasa rugi betul bayar RM 100++ sebulan tapi boleh kira dgn jari berapa kali aku tgk ASTRO Channel. Sebulan 3 kali pun payah! That bad haaaa... Apa idaknya, asyik ngan DVD anak, pastu sibuk dgn GBOB, manalah ada masa nak layan TV. :)

Hero Malaya ..:)
Our booth:)
Aku yg gemok dengan maskot ..apsal nampak gemok? goshh

Jual lah apa sahaja, janji ada nama & gambar Upin & Ipin, alamat senang lah laku. Dari coklat, baju, buku, alat tulis sampai lah ke pewangi kereta pun ada Upin & Ipin tau! Memang crowd ramai sangat, semua bangsa ada tapi memang nampak macam banyak orang kita lah ..: The main reason, sebab buat kat Shah Alam aku rasa. Shah Alam kan memang area Malay. Dan main character Upin & Ipin pun Melayu. Memang sesuai lah sangat. :)

Mr Manager Razi yg macam bagusss..:) Hahhaha.. dia mmg bagus wei!
Genius Baby On Board !

Sepanjang 5 hari tuh, memang aku bz jugak, sampai hilang suara, demam sikit dan batuk serta selsema. Percaya tak, until now masih blum baik sgt. Padan muka aku, makan ubat malas, Transfer factor tertinggal lak kat opis. Ari tuh makan 3 biji dah okeh sikit selsema aku, sekali aku bantai minum ais pulak. ekekeke..sesuka hati jer kan ..:P. Memang oklah Karnival yang pertamma kali diadakan atas nama Upin & Ipin ni. Dulu karnival ni dikenali dengan nama SuaRasa. But now, Karnival Upin & Ipin. memang menggila2 budak2 semua dgn karakter nih! memang 5 hari tuh femes btol lah Upin & Ipin and friends. Paling best asyik tukar baju, naik pentas, joget2 dan sessi bergambar:) Sekali amik atas pentas RM 10 hokay... :) 

Joget2..
Ramai tak.....

Cuma satu jer yg aku rasa tak syok. Karnival ni dilakukan di dalam tempat tertutup, kat SACC Mall. Dan exhibitor punya booth quite near dengan pentas utama. Memang lah sangat bising dan sangat tak selesa terutamanya untuk we all yg nak buat presentation nih kan. Aku bukan bercakap, tapi menjerit2 nak lawan suara speaker tuh! Hadoi.. memang sesak nafas dibuatnya! Tension pun ada. Yerlah, kita bayar booth bukannya murah, berbelas ribu gak (nasib baik bukan aku yg bayar, my sis yang bayar) tapi terasalah jugak kan ..coz our team really wanna make sure boleh cover booth price, but it was quite hard to talk dan cust juga susah nak fokus. Lucky the product memang bagus, dan cust nampak the different between LR dan other products yang ada di pasaran. LR masih baru di Malaysia. In fact, we are the only distributor in Malaysia. As usual, mender baru mestilah perlukan sedikit masa utk dikenali ramai. :) So, hopefully, mender nih akan difikirkan sama oleh penganjur. kalau exhibitor punya barang jenis direct jual, tak yah buat presentation, takper lah kan .. duduk dengar layan lagu2 memang best, tapi kalau stok kena bg talk, mmg sesak napas wei! Tu yg sampai hilang sore dan demam2 tuh..:)

Our Learn By Art :) amik gambar pepagi time takder org lagi.. ehhee
Our booth:) Penuh!
Laku gak Learn By Art ni ;)

And me, jumpa ramai kengkawan internet, kawan sekolah, kawan blogger yang sudi datang singgah ke booth we all. Siap jumpa sorang member cari.com.my yang kenal me through my entry kat laman forum tuh. Anak dia comel sgt, rambut perang cam mat salleh. So tiny, then aku tegur lah hubby dia (masa tuh lum nampak dia lagi), bgtau comelnya anak u ...:) Then tetiba dia tegur aku cakap dia kenal aku through forum cari. Teruslah we all borak panjang. Rupanya baby yang aku tegur tuh adalah anak dia yang juga special. Club foot & Cleft  Palate. Bhg dalam jer. dari luar langsung tak nampak apa .. Pretty as always. :) Lama gak borak2 .. and will surely keep in touch. Internet can do wonders kan!! :) 

Femnesnya korang nokssss:)
Testimoni Live in Malaysia .. ahaks!

As i told u before, ramai juga pelanggan yang beli tuh datangnya dari Taska & Tadika. They want to use this Little Reader Software untuk banyak tujuan. Selain untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan servis pada para pelanggan dengan "mengajar" bayi dan kanak-kanak membaca seawal mungkin menggunakan subbjek sedia ada, mereka juga membelinya untuk memudahkan kerja mereka merekacipta flash card, stories, dan mengajar pelbagai bahasa kepada kanak-kanak ini. Senanglah seba gunakan Platform LR unttuk print out dan buat modul subjek bagi kelas2 yang bakal di adakan. :) 

Anak Kak Rozi yg bongsu. Tgh buat Beady Doh ..:)

Ada juga yang memula cam skeptikal, tapi bila tunjuk video Qarissa & Quzayra, semua jadi teruja. Bila dengar jer boleh buat file sendiri dalam bahasa Arab (in fact any bahasa di dunia nih), excited btol akak sorang nih. Sampai sanggup tarik balik hubby dia yang dah sedia nak balik. Hehehhe..Duduk dan dengar sampai habis, then beli satu! Ada juga yang datang 2 kali macam my lovely client Naadhira, masih student sambung Master, sanggup datang 2 kali untuk wat booking for her children. Sanggup bayar bulan2 secara cash janji anak dapat belajar dengan cepat. Sorang lagi kak Rozita yang memang nak sgt beli, sekali bila balik rupanya hubby dia dah terbelikan GROLIER untuk anak dia, but she still love LR, sebab dia dah nampak bezanya. Dia nak anak dia PANDAI MEMBACA SECEPAT MUNGKIN.  Lucky me sebab aku pun consultants GROLIER, dan tak terikat pada mana-mana syarikat, so, aku akan beri consultation pada client tanpa ada bias lah kan. First soalan mesti tanya umur anak punya. :) Then baru ke soalan2 yg seterusnya like budget, apa matlamat yg u nak anak u tau and so on. 

Naadhira, my lovely client .. anak dia ensem tau! Tak sangka hubby dapat snap gambar nih!
Tengah explain ..:)

Bagusnya kak Rozita nih, sampai dah habis Karnival Upin & Ipin pun, masih contact aku dan siap cakap nak rekomen kat kawan dia. And she still look for any other product yang specific utk ajar anak baca, selain LR, kalau aku ada (mestilah ada .. :) Saya sangat bangga dengan mak-bapak camni. They really want the best for their children and I can really see that. :) Walaupun sibuk, bekerja, penat cari duit, banyak tanggungan, tapi masih lagi cuba mengenepikan sedikit budget untuk perkembangan minda anak. tak banyak sikit, mesti nak tepikan juga. Tak bermaksud kalau tak beli LR, anak tak pandai ataau tak boleh baca btol tak? Ada beribu cara yang kita boleh gunakan, ada banyak produk, cuma kita kena pandai pilih, ikut yg sesuai dengan budget kita dan yang penting, usia anak. In fact, nak buat flash card sendiri pun okeh, nak buat file sendiri pun lagi bagus. Dapat jimat duit. Cuma mungkin, kita kekurangan dari segi masa. Nak buat semua tuh dalam keadaan kita yg bekerja, keluar pagi balik petang, sampai umah dah malam, tuh yg buatkan ramai juga yg berhenti separuh jalan. Sebab tu adanya alat bantu macam nih yang memudahkan kerja kita dan menjimatkan masa kita sebenarnya .:) 

Ni lah Kak Rozita uh. Pun tak sangka hubby manage to capture this photo. 
Variety In The Flash Card

Citer pasal team spirit, my sister team memang best. Semua giler2 dan tak betul sket. Time2 nak akhir tuh, semua wat kepala giler dan join Team Les Copaque everytime dorang menari especially lagu Chicken Dance. Memang sporting lah kiranya, dan sampai dapat pujian dari team les Copaque sendiri. Happening beb! :) Dan, hari terakhir, dorang memang pulun sales kaw-kaw, sampai nak tutup kedai aku masih lagi menerangkan kebaikan LR pada pengetua Tadika dan Taska Dzul Iman @ Seksyen 7 Shah Alam ..Hheheheh... 


Sand Art.
Lagi2 joget ..:)

Hopefully next time, bolehlah we all join lagi this Karnival. Best jumpa ramai orang dan dapat kawan baru. Insya Allah, kalau takder aral melintang pukang, jumpa kami di Smart Kid  Exhibition bulan 4 ni yer!

Mrs Mem a.k.a BIGGGGG BOSSSSS!
Mr Manager, Tom the hensem poyos one!
Yang terbaek dari ladaaaangggggg!






post signature



post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading