Monday, January 10, 2011

Peribahasa Baru: Kertas Tak Cukup, Kaki Pun Berguna!

Hari ini, kita akan belajar peribahasa baru yer kawan-kawan. Peribahasa ini berbunyi sama seperti di atas:  Kertas Tak Cukup, Kaki Pun Berguna!! Apakah maksudnya??

Kaki Saya Yang Seksis!
Tapak Kaki Saya Pun Ada Gunanya Tau!

Maksudnya ialah, untuk budak-budak "bijak" seperti saya, bila mak saya kedekut sangat nak bagi paper, (saya nak mintak banyak paper saya tak reti cakap lagi, mak saya plak kedekut sangat nak berkira paper ngan saya), saya akan cuba mencari jalan lain untuk meneroka kepandaian diri sendiri, dengan menggunakan apa sahaja yang ada di depan mata saya yang boleh digunakan bagi menggantikan paper tadi. 

Mummy Yg Kedekut Nak bg Kertas Extra!

Sebagai contoh, saya dengan bijak laksananya telah cuba mengeksperimenkan kaki saya sebagai tempat untuk menulis dan menconteng. Saya dapati ianya snagat sesuai dengan warna kulit saya. jadi, saya semakin leka menconteng secara senyap-senyap. Saya dapati ia sangat seronok kerana, bila saya senyap, Mummy pun suka dan senang buat kerja depan Lappy dia sampai dia tak perasan kaki saya dah penuh dengan lukisan. Sampai ke tapak kaki pun saya gunakan. Begitu juga dengan tangan. Hampir saja saya mula menggunakan muka bagi menggantikan kertas sebelum Mummy dan Daddy tersedar dari "leka yang panjang". Bila Mummy sedar, dia mula membebel seperti biasa dan saya hanya tergelak gatal dan geli-geli sambil memanjat kerusi dan melompat-lompat.

Saya yang suka melompat!
I'm a smarter little fella!

Mummy kata nasib baik saya gunakan marker Crayola, yang sangat bagus untuk budak bijak macam saya, jadi Mummy nak cuci pun sangat senang. Hanya dengan satu cucian, semua marker di badan tanggal. Terima kasih Crayola. Ambillah saya menjadi duta anda kerana saya telah mempromosikan Crayola di blog Mummy yang femes amos  ini. Selain dari comel dan bijak, saya juga pandai membuat aksi melemparkan badan ketika tantrum dan tergelek-gelek ketika menyanyi lagu. :P 

 Ada gaya model kan?? Kan ??
 Eksen tak pandang camera ala-ala  Erra Fazira konon..
Gelak besar dapat kenakan Mummy!

Jadi, kawan-kawan, hari ini kita belajar peribahasa baru okeh! Jangan lupakan peribahasa ini kerana anda juga mungkin akan menggunakannya satu hari nanti! Adiosssss....

Sorry daddy ...hu hu
Dahi pun dah sempat contemng hokay!

post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading