Tuesday, January 11, 2011

Q's 1st Day @ School - Little Calliph Setia Alam

Punyalah semangat nak cerita pasal perkembangan Qarissa, sampai entry hujung minggu - Sabtu & Ahad lepas yang sungguh mengujakan pun aku tangguhkan dulu tau! Hhahaha.. hover noks, mak Qarissa nih! Almaklumlah, pertama kali seumur hidup hantar anak gi kindy kekdahnya! Teruja ngalahkan Malaysia menang Piala Suzuki wei! Hahhhaa. 

The banner outside the kindy

The kindy view from outside the gate
The kindy view-in front
Nampak tak Q kat sliding door tuh?

Mesti korang cam pelik jer kan? Aik..org hantar anak 3 Januari, ni si Watie hantar anak 10 Januari. Dah lah lambat, pastu nak feeling-feeling teruja plak. Awatnya? Haaa..tu lah ..kalau korang nak tau, kemasukan Qarissa ke Tadika ada cerita di sebaliknya. Ni lah nak citer nih!

Pintu utama
Banner
Parking Lot dalam kindy

Aku dah lama bersemangat nak hantar Qarissa ke Tadika walaupun usianya baru 2 tahun setengah. Tapi bulan 6 ni kan dah 3 tahun. So, memang plan nak htr dia ke mana-mana Tadika, yang dia boleh bercampur gaul dan memulakan permainan a.k.a pelajaran seawal mungkin. Tapi I have many issues masa nak hantar tuh. Yang 1st, nak cari Tadika yang ada modul atau subjek2 khas ajar budak 3 tahun memanglah payah giler nak jumpa!. Boleh kata hampir tiada! Kalau ada pun, bukan 5 hari seminggu, cuma datang 3 kali seminggu dan bayarannya lebih kurang sama jer. Subjeknya tiada, cuma just like a Playgroup sahaja. Satu jam satu hari dan yang selebihnya, duduk lepak like a day care. Then, aku called Kumon, tanya dia accept tak budak 3 tahun, dia pun tak galakkan, sebab dia kata kat sana pun seminggu cuma 2 kali dan biasanya start at 4. 

Makan Time: Sebagai seorang Diva tersohor, haruslah makan pelan-pelan yer. Kena maintain cun, sopan santun ala-ala Perempuan Melayu Terakhir. Semua orang dah habis tapi dia tak habis-habis lagi. Teacher dia kata dia makan, tapi sikit-sikit jer masuk mulut. Hahahha..





My hubby pulak, macam tak supportive sgt dengan idea Tadika/Taska tu. Mungkin sebab Taska pertama yang we all pergi tuh dah tak syok sangat pemandangannya, dia terus OFF.  Dia nampak budak2 tidur bergelimpangan kat main hall tuh, jadi dia terus tak berkenan. Hubby kata, awal sangat nak htr Qarissa ke Tadika, tunggu tahun depan barulah hantar, katanya. Dia kalau boleh takmo Q tidur kat Tadika / Taska tu. Tapi aku tetap dengan pendirian aku. Degil erk? Hahaha.. Taklah, sebab aku memang dah tahu sangat secret of ECE, jadi aku memang nak pulun kaw-kaw selagi windows of opportunity tu terbuka. I have my own plan for Qarissa dan aku harap apa yang aku rencanakan akan tercapai. Walaupun aku percaya aku lah Teacher terbaik yang anak aku ada (sebab tuh aku ajar a.k.a main ngan dia dari baby sampai skang), in fact I have my own Playgroup yang memang every week Q akan join, tapi aku tetap rasa Q shud be in Tadika. 

Sila cari di manakah Qarissa.? 
 Diva bermain bola sendirian.
 Lari jer satu taman ..suka naaa...

Sebab utama, aku nak dia bergaul dan berdikari sendiri. Selama nih, both me & hubby pampered dia sbb dia anak sulung kan. Memang Q behave so well, tapi aku nak dia bersosial dengan rakan sebaya. Macam cth, time Playgroup, sometimes Q ada tantrum, dia nak aku peluk dia, sayang dia, layan dia, sedangkan time tu, aku sedang "bekerja". Its not fair to others kalau aku melayan kerenah Q sampai mengganggu kelas aku. Jadi, setiap kali Q tantrum dan nak perhatian aku time kelas, mesti Nor akan bawa dia ke Seminar Area. Pity her, tapi aku terpaksa coz I want to be fair to everybody sebab dorang pay me for the class kan. Sebab tuh aku rasa, kena ada orang selain aku utk jadi Teacher Qarissa, sebab role as a mother and as a Teacher at the same time lain sikit. Kita hormat mak kita dan Teacher kita differently kan.:) And Q is still too small to understand that her mother is working during the Playgroup time, so tak dapat nak layan kerenah dia sgt time tuh..:) 

 Ball besar pulakkkkk!
 Ball & hulla hoop time!

Jadi, aku dengan gigihnya 'meracun' hubby aku untuk bg kebenaran Q masuk sekolah. Jeles jer tengok kengkawan htr anak ke sekolah awal tahun hari tuh. Hehehe. Then, selepas berjaya meracun hubby, dia pun setuju dan we sesama cari sekolah tadika untuk Qarissa. So, hari Khamis lepas, sebelum ke opis GBOB, me & hubby pun jalan-jalan ke Setia Alam utk cari tadika. Ada banyak giler tadika kat situ, tetapi Allah SWT dah menggerakkan hati hubby untuk terus ke Little Calliph Setia Alam. Tuh lah tadika pertama yang we all pergi hari tu, dan yang kedua selepas Taska yang hubby takmo tuh. Tak jauh pun Little Calliph dari rumah aku. :)

 Main nih pulak!
 
  With friend.. yang pegang tgn Teacher tuh lah Farhana yg nangis rindu kat mummy dia ..comey naa!

Sampai-sampai jer, aku terus macam terjatuh cinta dengan persekitaran tadika tuh, sebab ianya sangat besar, satu lot tanah yang memang disediakan kerajaan khaskan untuk Tadika. Under MBSA dan menurut Pengetua dia, dorang masuk tender MBSA dan menang tender, sebab tuh dapat bukak Tadika kat situ. Siap ada parking lot dalam Tadika tuh, dan keliling Tadika tuh ada rumput menghijau macam Padang yang quite big utk anak-anak kita main lari-lari time rehat. First impression memang best ah kan. Bila masuk dalam dan tengok the class, pun aku suka, sebab kelas tuh besar, ada 5 bilik tak silap aku, setiap tahap ada 1 bilik, selesa lah jugak untuk kanak-kanak belajar kan. Masa we all pergi tuh, nampaklah bebudak nih semua tengah sembahyang beramai-ramai. Comelnya Masya Allah, sejuk jer hati bila tengok. Dari luar boleh nampak sebab dia tak tutup dengan dinding, tapi kaca yang boleh nampak apa bebudak tuh buat kat dalam. Bestnya rasa. Ada juga nampak tilam-tilam bebudak kat bilik yang lain sebab time tuh dalam pukul 1 ptg ++, maybe dah siap2 nak tidur lepas sembahyang tu, tapi nampak kemas susunan tilam tu, satu budak satu tilam. 

This is how I jump!
Ball..ball.. ball!


Dah semangat2 aku nak register, siap berborak ngan Teacher Gomi, one of the Teacher kat situ. Prinsipal dia takder time tu. Sekali tuh Teacher Gomi kata, kalau budak 3 tahun, dorang ada Daycare sahaja. Takder modul atau subjek khas untuk ajar. Adoi.. terus aku off beb! Memang dah semangat giler nak htr nih! Aku tak putus asa, aku cakap kat Teacher Gomi, "I want to send my dotter here, but not day care. Sebab your day care takder modul khas untuk ajar anak I. Kalau day care, I pun boleh jaga anak I sendiri sebab I memang ada kat rumah selalu, I want my dotter to learn something here. Boleh tak kalau I nak my dotter masuk tahun 4 punya kelas?" Teacher Gomi ok jer, cuma  dia mintak aku call the Principal @ Manager, Puan Aminah untuk bincang lebih lanjut.. Dalam kereta masa balik, aku terus lah call Puan Aminah. Berborak ngan dia, a very nice and friendly lady. Aku propose kat dia untuk masukkan Qarissa ke Tahun 4 punya kelas, biar dia bergaul dan tengok macam mana dia mix the kawan-kawan yang lain. Nak bagi dia peluang meningkatkan social skill dia dengan lebih baik di samping belajar ilmu-ilmu baru. Alhamdulillah, Puan Aminah bagi peluang tuh pada Qarissa dan bersetuju untuk bagi Trial Class satu minggu for me to see whether Qarissa can adapt with her new surrounding. If ok, terus register dan bayar all the related fee, kalau tak, cuma perlu bayar based on hari sahaja for that week. A very fair deal to me. Dan aku dengan hati yang berbunga terus excited tak sabar nak tunggu Monday menjelma! 

Melayan perasaan seronok
Suka tgk Q happy berkawan ...


Dan today, walaupun terlambat 1 jam sebab Q susah nak bangun, aku tetap berkeras nak bawak Q juga ke sekolah. Bagus btol Qarissa, susah nak bangun tapi bila dah bangun tak nangis pun. Wow, seronoknya aku tengok Qarissa can adapt very well dengan kakak-kakak dan abang-abang dia dalam kelas tuh! In fact, Qarissa macam sebaya jer ngan dorang. Teacher dia pun terkejut bila aku kata umur Qarissa 2 tahun setengah. Sebab Qarissa tinggi orangnya, memang nampak dia cam sebaya dengan yang lain. Kelas Qarissa start at 8.30 am - 12.30 noon. Aku sampai dalam kul 9.30 am, teacher dia tgh ajar rhyme 1,2. Aku join sekali lah kelas Qarissa tuh, sebab takmo Q terkejut kena tinggal kan. Ada lah 2 orang budak tengah nangis dalam kelas tu. Yang sorang tuh gadoh ngan kembar dia, comey btol kembar tuh, yang sorang nama Farhana tuh nangis sebab rindu kat mak dia. Melentok2 kat Teacher dia. Dan sempat jugak aku memujuk Farhana, masa time makan, anak aku kemain semangat makan sendiri, aku amik kesempatan tuh melayan si Farhana, try nak pujuk dia. Melentok-lentok dia kat peha aku sambil menangis. Tapi aku pandai, aku ajak dia borak sampai dia senyap. Hahahaha.. pastu dia sambung balik nangis. Ekekeke..Then aku kuar kejap tinggalkan Q dengan kengkawan yang lain sebab nak biar dia berdikari sikit. 

Swing with Teacher!


Aku borak-borak ngan Principal Aminah sampailah  tiba masa rehat. Wah..kemain seronok lagi Qarissa main kat luar dengan kawan-kawan  yang lain. Si Qarissa kan Diva, so, dia buatlah kepala Diva dia tuh. Main sorang-sorang dengan bola dan hula hoop sambil berlari-lari keliling padang tuh. Pastu dia pun sesama join kengkawan main swing-swing kat situ. Memang seronok sangat aku rasa bila Qarissa enjoying herself tau! Kemain suka  Teacher dia sampai puji-puji Qarissa. Dia kata Q bagus sangat dan pandai bawak diri sendiri. Senang nak jaga, katanya. Haahaha.. Dia memang Diva Teacher oi... Dia jenis "Ada aku kesahhhhh?" Tu lah aku nak dia ubah sikit sikap tuh, biar dia join sama-sama dan tak buat kepala sendiri jer. Memang senang nak jaga Q, sebab dia leh main sorang-sorang, layan TV sorang-sorang, baca buku sorang-sorang, belajar sorang-sorang, and bila campur ngan orang, she still can share her things tanpa berebut-rebut atau jeles-jeles, tapi aku nak Q bergaul. That's my main intention. Dan alhamdulillah, nampaknya macam positif di hari pertama dia ke sekolah. :)

Satu tadika dia round tau! Mandur sungguh!
 
Seram jer aku tgk bebudak nih baring kat swing!

Lepas rehat, Q cam tak puas main, dia nak main lagi tapi masa dah habis, so aku terus bg minum air dan bawak masuk kelas untuk subjek seterusnya. Kali ni teacher dia ajar Alif, Ba Ta. Aku happy sebab aku tahu Q memang dah expert dah. Ekekek. Dah pandai Alif - Ya with the sound of Aa to Ya tu. Bila aku tengok Q dah duduk kat kerusi dia, aku pun kuar kejap. Then tak lama lepas tuh, aku tgk si Qarissa kuar dengan cawan di tangan. Lorr. Haus rupanya anak aku. Aku bawak balik di ke kelas, dan masa tuh Teacher tengah tanya-tanya student huruf apa ditangannya. Sempat pulak Teacher tuh bgtau aku si Qarissa pandai sebut huruf tu. Hehehe.. Bangga mak noksss! Haahahah..


Main cow pulak!
Last game before masuk kelas

Bila tgk Q dah ok, aku pun lari kejap ker POS Laju nak hantar barang pelanggan GBOB order tu. Dah setel semua, aku patah balik kat Little Calliph untuk amik Q. Semua dah siap2 nak balik. Qarissa plak tgh sibuk2 nak tawaf lagi satu Tadika tu. Sempatlah aku berborak ngan Teacher kelas dia untuk tanya how Qarissa's doing that day. Teacher dia kata Qarissa ok, dan Teacher dia tanya aku, "Qarissa nih suka menulis yer? Dia suka scribble2?" Hahahhaa.. memang pun Teacher. Teacher dia kata Q suka scribble, at the end of the session dalam 10 minit terakhir tuh, dia cam mencari2 aku dan tak fokus dah nak belajar sesama. Dia nangis gak, tapi kejap jer. Bila dia nampak kengkawan bilik sebelah menyanyi (ada cermin so leh nampak), dia senyap dan leka tengok. Hehehehe.. Sian anak Mummy. Kehilangan jap yerk sayang ..:)

  Melayan perasaan melihat ada another Play Area disebalik pagar!
 Seronok tgk Q main swing2 ngan kawan!

Syukur alhamdulillah, berjalan lancar nampaknya plan aku seperti yang diharapkan. Semoga Qarissa dapat adapt dengan baiknya bersama kawan-kawan yang lain walaupun jurang umur yang berbeza. Semoga minggu nih Qarissa akan well behave dan aku pun dapat buat keputusan untuk sambung dengan senang hatinya. Excited plak nak tgk Q pakai baju seragam nanti ..:) 


post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading