Monday, February 7, 2011

GBOB @ TTFC Charity Baazar Yg Best Giler!


Alhamdulillah, GBOB dan Bling Lustre Team telah pun membuka booth sempena Charity Baazar di Twin Tower Fitness Centre anjuran salah satu cabang Human Resources Department @ Petronas atau lebih dikenali dengan nama HYPE pada 28 January 2011 yang lalu. Seperti yang saya beritahu dalam entry pagi tadi, saya memang tak sihat dan demam serta selsema. Memang saya risau jika saya tidak dapat melayan pertanyaan pelanggan pada hari tersebut tetapi syukur juga, selepas memakan ubat yang Doktor berikan, plus with TF Advance & Riovida (oh, saya jatuh cinta dengan Riovida, dah lah sedap, ia sangat membantu saya to maintain my active lifestyle yg sentiasa mengejar masa!), saya masih bertenaga untuk bekerja pada hari Jumaat itu. Saya tidak menyiapkan booth pada malam Khamis kerana tiada apa yg perlu di hias pun, cuma menyediakan barang-barang kepeluan utk di bawa esok. :) 

Ni kad untuk Vendor. Kenangan ni tau!:)
Pelanggan pertama saya. Baru sgt bukak kedai time ni ..:)

Pagi-pagi Jumaat tuh, dah jadi hal tau! Saya terbangun lambat sket, pastu tgh otw tu boleh pulak teringat yg saya lupa bawak all the documents untuk loading barang, dan utk dapatkan pas masuk. Hampeh tul lah! Konon2 dokumen penting, nak letak luar, sekali terus tertinggal. Nasib baik saya ni dah belajar jadi cool, ahahha.. terus saya mintak bantuan partner saya, Mommy Lyna untuk prepare apa yang patut. Tapi bila dah sampai, actually the Petronas staff sgtlah helpful okay ..:) Dorang tak marah pun saya tertinggal borang, they help to solve my problem. Walaupun ambil masa sikit, tapi semuanya berjalan lancar. Terkejut jugak bila Mommy Lyna kata, dah ramai juga org masuk ke TTFC dan booth kita masih kosong! Hahahhaa.. Adoii.. saya ingat tak ramai sgt pagi, nak-nak hari Jumaat kan,  tambahan pula tempat tuh memang ala-ala "jin bertendang" punya tempat! Wakakka.. bukan niat nak ngutuk tau, maksud saya tempat tuh line 016 langsung takder! SOS jadinya, orang kuning lemas kot ..sebab dia kat bawah tanah! Hahahha.. Rupa-rupanya ramai org yang masuk, boleh dikatakan bertali arus. Sungguh tak sangka dan sekalung tahniah pada semua team HYPE yg sangat dedikasi, baik hati dan sentiasa ambil tahu perkembangan peserta2 yang join Charity Bazaar ni. :) Saya dan Team sgt happy dan kalau ada lagi, sure we all nak join punya! 

Tu lah album yg saya baru cuci gambarnya semalam, masa dapat msg pasal Azzam said Alhamdulillah tuh,  saya print 300 keping gambar! :)
Bagus jugak ada album, senang saya tunjuk client!. Dengan testimoni2 kat phone, majalah PaMa punya muka depan semua saya print! Hahaha.. Nak cukupkan 300 keping kekdahnya! 

Niat kami, GBOB dan Bling Lustre Team untuk bersama-sama memeriahkan Charity Bazaar ini adalah lebih kepada memperkenalkan produk dan perkhidmatan kami kepada masyarakat, kepada Staff petronas khasnya. :) Bukanlah niat yang berasaskan keuntungan semata-mata. Lebih kurang sama dengan matlamat kami semasa membuka booth di Karnival 1nita dulu. Tapi saya juga tidak sangka yang booth kami mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sampai pelanggan saya terpaksa tunggu ikut giliran untuk bercakap dengan saya! Adoi... sungguh saya rasa bersalah sangat tapi apakan daya, saya ada satu mulut jer yang! Hohho..tu pun cakap dah laju macam bullet train tuh ha .. tak tahu nak cekok dan corner tang mana lagi dah nih ..Hehehe.. Sorry kay, tapi jgn risau, saya nih boleh dihubungi bila2 masa jer, kalau ada nak tanya apa2, just call me yer! takmo malu-malu ah .. Suma ada hidung kan? Ekekekeke...Saya minum dan makan buat kali pertama hari Jumaat itu adalah pada pukul 3pm! Hehehee.. Bukak jer booth (tak sempat bukak habis dan susun lawa-lawa pun) dah ada yang datang dan bertanyakan tentang GBOB dan produk-produk rakan niaga kami yang lain macam Shaklee, Bling Buubies dan Pakaian Kanak-kanak. Malah, SaraKids pun ada tau.  Semangat Farah beli baru punya rak kat IKEA nak display produk-produk dr butik SaraKids. Ai like..Punyalah bz, sampai tak cukup tgn nak layan pelanggan-pelanggan yg bertanyakan produk kawan-kawan. Mana yg sempat memang saya tolong sampai hubby pun tolong sama jualkan sementara menunggu staff yang jaga produk tuh sampai. Ekekeke... Bestnya tgk booth we all happening!

Ramai yg tunggu saya, sian Lynda tunggu lama. Sorry yang!
Makin ramaiiii.. hehehe... ai like...

Ada juga seorang rakan niaga kami tetapi saya tidak berapa kenal sgt, berkongsi sama membuka booth dengan Bling Lustre tetapi sayangnya tidak sampai 1 jam buka, dah tutup, bungkus dan balik! Terkejut juga saya, ingatkan dapat panggilan kecemasan, bila saya tanya partner saya selepas habis majlis, katanya kawan dia tu frust sebab takde customer dan barang tak terjual lagi. Lorrrr.... sungguh saya rasa rugi sgt sebab masa dia balik tuh, belum time lunch pun rasanya. Serius saya rasa rugi, sebab hubby pun dah aim ikan salai (kot..lupa ah apa nama dia ..) yang dijual tuh, dah budget nak beli masa nak makan nanti, tapi lum sempat beli, dah tutup dah. Adoii...dah hilang satu client. Mungkin aim kami dengan rakan niaga tu tak sama kot, dorang more on sales, jadi bila tiada sales, jadi frust dan nak baik tanpa mahu menunggu lama, tapi aim kami adalah more to Pengenalan Syarikat tetapi tanpa saya sangka, barang yang saya bawak untuk dijual 90% habis dijual! Siap ada cust frust sebab dah habis stok. Rasa bersalah juga sebab tak bawak extra produk. Bukan takmo, tapi as I said, its more to Pengenalan, dan ianya pun sehari sahaja kan, kalau 3 hari, memang sure akan bawak lebih. takper, jadi pengajaran juga pada saya, next time, bawaklah lebih sket ..jgn kedekut sgt tulang urat nak tolak trolley tuh! Hahahahha...

Suhaila from littlebabyville.com pun datang jengah our booth. Tq so much dear. Dah sampai pun kat GBOB bawak Amirah last Saturday!
Another batch datang dengar. Nampak tak Wirda & Fatin kat situ? Hehhee..Yg tgh borak ngan saya tuh namanya Mimi kalau tak silap :)

 Alhamdulillah, secara keseluruhannya, dapatlah saya simpulkan yang Program ini berjaya mencapai matlamatnya dan semua yang menyertai Charity Baazar ini gembira dengan sambutan hangat yang diterima dari staff Petronas. Ada juga org luar yang datang tapi more on Petronas Staff. Dengan jalinan muhibbah dan kerjasama yang dibuat sekarang, saya harap pihak HYPE & Petronas akan menghubungi kami sekiranya ada lagi tawaran-tawaran untuk membuka booth seperti ini. :) Terima kasih di atas peluang yang diberikan. Bila saya balik rumah dan buka Lappy, dapat pula satu emel dari kawan sekolah saya yang bekerja di Petronas, Puteru Nurlina, yang mengatakan dia bangga betul bila dapat emel muka saya dan keluarga terpampang, berkenaan booth yg kami buka dan GBOB lah kan .. terkejut saya, memang Mommy Lyna ada bgtau dia shoot emel pada kawan-kawan dia, tapi saya pun tak sure emel apa yang "ditembaknya" tuh, rupa-rupanya emel ni ha! Hhahaha... Hadoii..glamor mak noks.. dengan muka outdated masa Qarissa kecik lagi wei! Time Raya Haji punya baju.. Ekekekeke.. Kelakar lah Lyna nih! :P Apa pun, its a very good experience for me & Team & I really do enjoy the Bazaar so much! Thanks & Congratulation again to the Team! 

Gambar outdated yg di poskan oleh Lyna. Hahahaa.. Indirectly ko nak bgtau yg aku dah tua sangat utk dimasukkan gambar terkini ker beb? Hahahaha...

Produk GBOB yg saya pamerkan. Thanks to IKEA Table from Scriptory Box @ Kay yg saya pinjam last minit. Hehehe...

post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading