Monday, February 7, 2011

SMS Yg Membuatkan Saya Terharu & Bersyukur!


Saya menerima satu sms dari Mommy Azzam a.k.a Azfa 2 minggu lalu ketika saya sedang tak sihat badan, selsema, macam nak demam dan masih lagi menggagahkan diri untuk menyiapkan diri ke Charity Bazaar @ Twin Tower Fitness Centre pada 27 January 2011 (Khamis) yang lalu. Malam 27 Jan itu, saya menyiapkan segala keperluaan yang ingin di bawa ke Petronas TTFC dan bercadang ingin ke Carrefour untuk mencuci gambar-gambar berkaitan dengan GBOB bagi memudahkan saya menunjukkan kepada pelanggan di Bazaar itu nanti.

Tgk Azzam punyalah bijak, tgh buat kad untuk daddy pun masih lagi nak tgk camera! Hehhe

Ketika sedang memandu kereta itulah, saya menerima sms dari Mommy Azzam @ Azfa. Haruslah saya mengaku yang saya membaca SMS tersebut masa tgh drive. Nasib baik takder polis .. heheh..Kalau tak, sure kena saman punya, dahlah lalok time tuh, boleh pulak baca SMS. Tapi sememangnya SMS tuh membuatkan saya rasa sangat terharu, dihargai dan bersyukur malah tak keterlaluan saya katakan yg saya hampir menitiskan air mata gembira. Jujurnya seorang kanak-kanak, lurus dan betul-betul ikhlas dalam meluahkan apa yang mereka rasa. Terima kasih kepada Azfa kerana memberikan feedback dan info ini kepada saya. Saya percaya, sebagai ibu, Azfa mestilah bangga sangat dengan apa yang dicapai Azzam kan, malah saya rasa beliau pun tak percaya Azzam akan berkata begitu, masakan tidak, pergi kelas Teacher Watie seminggu sekali jer, tapi pergi Nursery 5 hari seminggu, sudah tentu lah Azfa rasa Azzam mempelajarinya ketika di Nursery. Tapi bila 3 kali Azzam jawap, "Teacher Watie yang ajar.." Tak dapeklah nak sanggah kata-kata budak bijak nih! Hehehee.. Nak tergelak saya bila Azfa kata yg dia tak puas hati sebab tuh dia tanya sampai 3 kali soalan yang sama! Kekekek.. Comey naaaa...


Sungguh! Saya sangat terharu dan tidak sangka apa yang saya ajar memberikan impak pada kanak-kanak ini. Saya seboleh mungkin ingin mereka bermain dengan gembira, tanpa rasa stress tapi dalam masa yang sama mempelajari sesuatu yang boleh di jadikan "bekalan" dunia dan akhirat. Apa sahaja yang saya cuba sampaikan di dalam kelas kalau boleh, saya nak sampaikan sedikit ilmu pada kanak-kanak ini in a fun way. Saya takut juga kalau misi saya tidak tercapai, tetapi SMS ini membuktikan yang saya salah. :) Apatah lagi dalam keadaan Azzam yang sedang tantrum (diam jer takmo join sgt kawan-kawan joget) ketika kelas di adakan. Satu lagi perkara yang saya belajar dan mungkin juga patut ibu bapa patut belajar juga: Jangan sesekali underestimate anak kita walau apa pun sikap dan perangai mereka ketika kelas. Mungkin ketika dalam kelas mereka tak tumpukan perhatian, asyik nak main benda lain, tantrum, nangis, tak pedulikan saya, atau takmo bercampur gaul, asyik nak berkepit jer dgn mak, tetapi dalam pada itulah mereka sebenarnya memerhatikan apa yang saya lakukan dan semuanya terakam kemas dalam otak dan minda anak-anak kita. Saya menerima banyak juga feedback mengatakan yang anak mereka tidak lah aktif ketika di kelas Playgroup, nampak macam bolayan dan jenis "ada aku kesah?" terutamanya yang pertama kali datang kelas as Trial Class, tapi bila balik rumah, hambek ko... dialah Raja! Dan mula menjukkan segala skill dan meniru serta melakukan kembali apa yang mereka lihat di dalam kelas. :)   So please Mommy & Daddy, kalau anak-anak macam tak suka atau bolayan ketika sessi Playgroup, tak kisahlah Playgroup atau maybe Tadika @ Taska, jgn underestimate okay ..! :) 


Saya bertambah terharu apabila Azzam pandai mengaplikasikan apa yang beliau pelajari di Playgroup @ GBOB dalam kehidupan sehariannya. Dan lebih terharu kerana Azzam tidak perlukan seorang Ustazah untuk mengajarkannya kalimah Allah itu. Harus saya akui, semasa saya nak mulakan kelas Playgroup ini dulu, saya risau sgt, maklumlah, saya ini tidak bertudung, tapi mengajar menggunakan Khalifah Method, berkenaan agama, akidah dan ketuhanan, macam tidak kena pula rasanya dgn imej (geli plak sebut the word imej ..wakakkak) saya yg tak bertudung. Walaupun masih menutup aurat, kepala tuh kan macam taboo sikit kat Malaysia ni. In fact my hubby pun risau dan kami ada berbincang pasal hal ni. Tapi saya katakan pada hubby, takkan saya nak pakai tudung hanya semasa kelas sahaja? Tak ke nampak pelik dan hippopotomus nya saya nih? Silap-silap, anak murid saya perasan dan saya pulak kena "sound" yang budak-budak bijak dan genius nih, lagi haru! Bila saya berbincang dengan Lily from AlimKids masa awal-awal saya jumpa dia dulu, Alhamdulillah, Lily agak terbuka dan menyokong saya meneruskan kelas Playgroup ini. Syukur juga kerana ibu bapa yang menghantar annak mereka ke Playgroup @ GBOB menerima saya seadanya, keep on supporting me and happy datang membawa anak setiap minggu, membuat saya rasa sangat dihargai. Saya tidak mahu komen banyak pasal isu tudung tapi Insya Allah, the time will come dan biarlah ia datang tanpa dipaksa. Keikhlasan itu penting dan kerana keikhlasan saya jugalah, anak-anak saya yang datang setiap minggu itu menujukkan peningkatan yang sangat menggalakkan. 


Bukan itu sahaja, ia membuatkan saya berfikir panjang. Sebagai manusia, kita semua sama di sisi Allah SWT. Saya akui, saya bukanlah Muslimah yang sejati dan baik, saya ini biasa-biasa sahaja, banyak silap dan khilafnya di sana sini, tetapi niat saya untuk mengajar sesuatu yang memberikan manfaat pada anak-anak ini diberkati Allah SWT dan dimudahkan. Saya rasa seronok setiap kali melihat wajah anak-anak ini walaupun sangat penat dan kadangkala cemas juga bila ada yang tantrum dalam kelas atau bila kelas penuh dengan anak murid, mak yg jaga anak dan ditambah pula dengan bapak dan sedara mara yg datang nak tgk sama perkembangan kanak-kanak bijak ini. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Dan apabila menerima feedback seperti ini, saya memang terharu, dan ia membuatkan saya terfikir juga, kalau lain kali saya menerima satu nasihat berguna dari sesiapa juga, tidak kira orang Islam atau bukan, kaya atau miskin hatta penagih dadah sekali pun, atau mungkin pelacur yang dibenci dan dipulaukan masyarakat atau peminta sedekah, saya tidak akan sekali-kali memandang rendah nasihat & apa yang cuba mereka sampaikan. Saya akan mengkaji dan menerima nasihat mereka dan jika benar ia sesuatu yg memberikan manfaat, saya akan berterima kasih kepada si pemberi nasihat itu. Mungkin mereka bukan umat Islam yang baik dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini, tapi siapalah kita ingin menghakimi mereka. Hidup dan mati kita pun belum tentu lagi diredhai Allah SWT kan (mintaklah dijauhkan perkara seperti ini) jadi, biarlah Allah SWT sahaja yang menghakimi mereka, jangan kita cuba menjatuhkan hukuman sampai apa yang mereka ingin nasihatkan pun kita pandang enteng. Ya, saya akan amalkan apa yang saya tulis ini, Insya Allah ..:) 

Boleh tak bayangkan betapa panjang dan melentiknya bulu mata Azzam bila dalam gambar ni pun still boleh nampak jelas kepanjangan dan kemelentikannya itu! Gerammm! 

To Mommy Azzam dan semua Mommy- mommy yang sudah pun menyertai Playgroup @ GBOB, terima kasih sekali lagi di atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi, saya sangat menghargainya ..:) Jangan lupa sharekan dengan saya perkembangan anak masing-masing selepas menyertai kelas Teacher Watie okeh! Wahhh.. Saya dah mula biasakan diri dengan nama Teacher Watie padahal dulu rasa kelakar giler! Bak kata kawan saya, "Aku tak sangka betul akhirnya ko jadi Cikgu!" Hahahahhaa.. yaa lah ... Aku pun tak sangka hokay! 

post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading