Thursday, February 3, 2011

Little Reader: Preview Session Yang Meriah!



Alhamdulillah, Preview Little Reader telah pun selamat berlangsung dengan jayanya di GBOB 2 minggu yang lalu. Lebih dari 16 orang menghadiri Sessi Preview PERCUMA yang julung-julung kali di adakan ini. Selain dari mereka yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai apa yang boleh ditawarkan oleh Little Reader kepada anak mereka, terdapat juga Affiliates & Education Consultants GBOB yang datang untuk mendengar dengan lebih teliti dan menyeluruh tentang kebaikan yang Little Reader mampu tawarkan agar mudah mereka berkongsi kebaikan Little Reader ini kepada prospek mereka. :)







Sessi bermula lebih kurang pukul 2.30 pm dan berakhir pada pukul 4.30 pm tetapi seperti biasa, membawa hingga lewat petang untuk sessi consultation :) Insya Allah, pihak GBOB akan mengadakan lagi sessi Preview percuma ini agar para ibu bapa dapat melihat sendiri secara lengkap bagaimana LR dpt membantu anak mereka membaca dalam waktu yg singkat tanpa rasa stress malah cukup menyeronokkan :) 






Alhamdulillah, sepanjang sessi preview tersebut, saya berjaya mengupas dengan lebih detail mengapa dan kenapa para ibu bapa harus melaburkan wang mereka pada Little Reader, apakah kebaikan dan kelebihannya berbanding produk lain yang ada di pasaran. Apa yang mampu ditawarkan oleh LR dan apa yang tidak mampu diberikan oleh produk lain. Dengan cara ini, ibu bapa akan dapat melihat sendiri perbezaannya dan membuat pilihan yang tepat. Sekurang-kurangnya para ibu bapa tahu terdapat satu produk yang secara spesifik mengajar anak mereka membaca dan ianya bermula seawal 3 bulan! Saya tidak mengatakan produk lain tidak baik, malah saya bukan sahaja menjual produk LR, tetapi saya menjual pelbagai produk dari pelbagai jenama yang khusus untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak tetapi dengan perbandingan yang saya lakukan atas kapasiti seorang Consultant akan membantu para ibu bapa membuat keputusan yang bijak. Semuanya bergantung kepada umur, keperluan dan budget parents dan Insya Allah, saya akan membantu sebaik mungkin. 

   


Saya akhiri entry ini dengan memaparkan apa yg ditulis oleh rakan yg juga pelanggan saya tentang Little Reader ini di FB beliau. Saya sgt gembira malah mengalu-alukan semua para pelanggan GBOB yg pernah berjumpa dan mendapatkan consultation saya dalam mendidik dan menstimulasi anak-anak memberikan saya apa sahaja feedback melalui apa sahaja sumber. Saya gembira sungguh kalau mereka "tag" saya di FB dengan video anak masing-masing membaca. Rasa sungguh happy, bersyukur dan berbaloi apa yg saya usahakan selama ini. :) Semoga lebih banyak lagi video anak-anak melayu Islam membaca seawal usia malah sewaktu bayi akan dikongsikan selepas ini. Insya Allah. 

Semasa saya sedang print screen FB saya ini, Qarissa ada dipangku saya sambil melihat apa yang saya lakukan. Tidak semena-mena dia menyebut " Things We Wear". 2 3 kali dia sebut setiap kali melihat saya print screen, paste, save menjadi  file JPG dan buka kembali. Hmmm..kalau dah melihat perkataan sebagai satu objek, membaca jer lah kerja dia! :P

Komen Zaidhatul Akma di sebelah kanan tentang LR. Beliau sendiri mengakui yang LR lebih ampuh dari Your Baby Can Read. Saya rasa para ibu bapa yang pernah mendapatkan consultation dr saya tentang kedua-dua perbandingan ini mesti masih ingat apa yang saya beritahu kan? :) 
Cuba baca komen Zaidathul di sebelah kiri tentang apa yang anaknya berjaya lakukan. bayi memang hebat dan genius kan! :) I told uols dy maaaa... Hehehehe ...

post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading