Thursday, May 19, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah: Kids Day Out @ GBOB


Tak lama lagi, cuti sekolah akan bermula. So, mesti anak-anak dah sibuk menagih janji pada mak bapak kan? Nak pergi holiday, nak pergi shopping, nak ajak jalan, nak balik kampung, nak gi mandi sungai dan macam-macam lagi. Inilah masa nya nak menebus masa dengan anak-anak pun, patut juga amik Annual Leave sehari dua utk luangkan asa dengan mereka. 

Tapi, kalau rqasa takmo amik Annual Leave, bolehlah gunakan waktu cuti hujung minggu untuk sama-sama memeriahkan Kids Day Out yang akan berlangsung pada 29 Mei 2011 (Ahad) ini. Mula-mula Watie plan nak buat 22 Mei 2011, pastu baru perasan yang 29 Mei cuti sekolah, jadi lebih baik buat masa cuti sekolah, jadi kanak-kanak boleh fokus dan bergembira serta menghabiskan masa terluang dengan lebih berkualiti. 

Ok, apa itu Kids Day Out? Kids Day Out adalah satu program kerjasama antara Genius Baby On Board & Scriptory Box di mana kami akan lakukan aktiviti kraf bersama anak-anak anda. Terdapat antara 5-6 aktiviti kraf yang akan dilakukan dan semuanya menarik serta menyeronokkan serta berbeza antara satu sama lain. Program ini terbuka untuk kanak-kanak berusia 5 - 12 tahun dan akan dijalankan di Scriptory Box, Wisma Bling Lustre pada 29 Mei (Ahad) dari pukul 3 - 6 ptg. Ibu bapa boleh meninggalkan anak mereka di Scriptory Box dan mengambil mereka pulang pada pukul 6 tetapi jika ibu bapa mahu turut serta juga dialu-alukan. Program ini diharap dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan antara ahli keluarga apabila sama-sama membuat pelbagai aktiviti yang kreatif dan menarik. 

Kos untuk anak anda menyertai Kids Day Out ini cuma RM 80 sahaja seorang tetapi sekiranya anda mendaftar sebelum 21 Mei 2011, anak anda akan mendapat Early Bird price iaitu RM 60/pax dan sekiranya ada adik beradik yang mendaftar sewaktu Early Bird period ini, cuma RM 110 sahaja untuk 2 orang! Jimat kan? Tetapi sekiranya anda terlepas tempoh Early Birds ini, anda masih boleh berjimat untuk anak kedua dan seterusnya kerana diskaun 50% akan diberikan kepada anak kedua dan seterusnya yang mendaftar untuk Program Kids Day Out ini.  Ini bermakna RM 80 untuk anak pertama dan RM 40 untuk anak kedua dan seterusnya! Masih jimat kan? :) Kami juga ingin memastikan yang semua selesa ketika melakukan aktiviti kraf tersebut, maka kami hanya menghadkan Program Kids Day Out ini untuk15 peserta pertama yang mendaftar sahaja.:)

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Kids Day Out ini, bolehlah mendaftar dengan Watie atau Kay. Anda boleh hubungi Watie 016-2033340 atau Kay 016-3222760 untuk membuat pendaftaran. Just bank in the money to our account & thats it! Datang pada hari berkenaan & have fun! Goody bag, refreshment & craft material akan disediakan dan segala kraft yg dibuat pada hari tersebut boleh dibawa pulang! . Jumpa anda di Kids Day Out @ Scriptory Box okeh. Klik flyers di bawah untuk lebih maklumat!:) 


post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading