Monday, May 18, 2009

A Favor To A Dearest Friend...!

Wah, rasanya sudah beberapa hari saya tidak mengemaskini blog puteri kesayangan saya ini. Banyak betul perkara yang hendak saya lakukan dalam satu masa sepanjang minggu lepas. Rasa macam tak cukup kaki dan tangan nak buat semua tuh. Apa yer, mari kita tgk..
  1. * Update gambar terkini di blog baru saya : http://bonitaclub.blogspot.com
  2. * Buat marketing untuk blog tersebut. Separuh malam dr pukul 11 malam -5 pagi telah dihabiskan di hadapan PC untuk membuat marketing.
  3. * Siapkan tempahan perfume yang diterima secara online.
  4. * Update website utama saya: www.patiperfume.com. Kena ubahsuai coding untuk 200++ perfume!. Sampai tertidur-tidur depan PC (sebab boring)
  5. * Ubahsuai dan design banner utk botol tambahan PFA (guna Photo Impact) so that boleh upload dalam website PFA.
  6. * Upload gambar banner dan gambar botol dalam website PFA.
  7. * Htr News pada semua subscribers dan pelanggan PFA untuk memberitahu tentang botol baru ini.
  8. * Hantar info pasal penambahan botol baru kepada semua pengedar PFA.
  9. * Pagi Sabtu 16/5/09, kami menghadiri kenduri aqiqah jiran di Aman Perdana.
  10. * Petang Sabtu 16/5/09, sempat ke Nagoya untuk membeli baju Mak (makcik pada suami saya) untuk dipakai pada hari persandingan Nana (adik suami saya!) pada bulan 8 ini.
  11. * Malam Sabtu,16/5/09, ada kenduri tahlil arwah Mama yang ke 100 hari di Shah Alam rumah Grammy.
  12. * Hari Ahad, 17/5/09, hantar Qarissa ke kelas Gymboree. First class untuk LEVEL 3 (dah besar anak saya..huk huk)
  13. * INI YANG PALING MENGUJAKAN - Saya telah menghabiskan 2 hari untuk membantu seorang teman!!! Apa yang saya buat?? Let see....
Saya amat menghargai persahabatan. Alhamdulillah, saya mempunyai ramai kawan & of course, I love all my friends! Sahabat saya ini adalah rakan saya dari sekolah rendah sampailah habis sekolah menengah. Beliau seorang ibu seperti saya, juga a "profesional mother"- (fully breastfeed hokayyy..). Beliau juga mempunyai perasaan "risau" dan kadangkala berada dalam dilema antara "makan gaji" dan "suri rumah" sepenuh masa (seperti saya juga! tapi rasanya dia tahap "kerisauan melampau" sket kot ..ahaks ..) . Jadi, kami sering ber YM setiap hari. Sambil buat bisnes online, sambil berborak. We always help each other dan bagi sokongan antara satu sama lain. Yer lah, ada masanya dia "down" sket dan saya akan menaikkan semangatnya, begitulah sebaliknya. Apa guna seorang sahabat kan..?

Kawan saya ini ada memberitahu saya yang dia ingin membesarkan perniagaan cup cakes nya dan meminta bantuan saya. Menurut katanya, mungkin pengalaman saya dari tahun 2006 membuat online business dapat membantunya juga. Well, I'm happy to help her! Sharing is Caring kan..? hehehe. Saya suruh dia tukar template blog dia supaya nampak menarik dan pelanggan akan suka! (Susah jugak nak yakinkan dia tau .. dia takut betul "karya" dia selama ini hilang..hehehehe). Nasib baiklah saya ni pakar dalam "memujuk" dan memberi motivasi. Saya kata, sebelum all out buat marketing, cantikkan blog dulu. Saya kata lagi, kita takder kedai, blog tuh lah kedai kita, jadi 1st impression sangat penting. Biar customer rasa suka datang ke blog kita dan nak stay lama-lama. Insya Allah, sales akan banyak. In terms of quality of the cup cakes, saya tak risau sangat, sebab MEMANG SEDAPPPPP... hehehe.. (banyak yg dah masuk perut saya tau!) Hahahaha...


Sahabat saya ini setuju tapi ada masalah kedua pula. Template apa nak pilih?? Saya bagi macam-macam template untuk dia. Dia pun cari sama di laman web ..TAPI ....SATU PUN DIA TAK BERKENAN!!!! Ada jer yang tak kena dengan template tuh.. Saya pulak memang semangat nak tolong, saya nak jugak suruh dia tukar template biar nampak menarik (degil kan saya nih! Yer lah, kalau nak ikutkan betul-betul, tu bukan blog saya pun, kalau tuan dia takmo, lantak dia lah kan ..tapi saya bukan jenis macam tuh..blog orang pun saya DEGIL jugak, nak jugak dia tukar ..heheh..sanggup saya carikan template dan menghabiskan 2 malam untuk carik template yg sesuai buatnya!). Tapi, saya tak kisah pun, saya ikhlas tolong sebab saya betul-betul nak dia BERJAYA. Pada saya, this step is very crucial & important. Kalau jadi step nih berjaya, Insya Allah kejayaan lain akan menyusul. Jadi, saya yang beria-ia nak pastikan sahabat saya nih berjaya. So, saya sanggup habiskan masa untuk cari template yang sesuai...

Malangnya, SATU PUN DIA TAK SUKA..!! (boleh tahan cerewet Mummy sorang nih ..ahaks!) Dia kata dia suka macam blog BONITA saya, 3 column, nampak superb (katanya..), tapi nak cari yang macam blog tuh under cup cakes design, memanglah TAKDER!!!. Puas saya cari, memang tak jumpa. Sudahnya, saya GERAM...dan ...Hollllaaa!! Aku buat sendiri lah template untuk ko Sue!! Hahahha... Saya dengan semangatnya menyiapkan template untuk blog untuk sahabat saya itu! Demi Allah, saya pun tak terfikir yang saya akan buatkan template untuk blog kawan saya tuh. Rasa kelakar juga, sedangkan blog Qarissa dan blog Bonita pun saya tak buat sendiri templatenya, tapi untuk kawan saya ni, bersungguh-sungguh saya buat! Memang ajaib betul! Sampai sekarang saya rasa pelik. Tapi dalam masa yang sama, saya rasa seronok. Saya rasa ia satu KEJAYAAN YANG BESAR untuk saya! Saya rasa gembira kerana BERJAYA dan dalam masa yang sama, membuatkan sahabat saya GEMBIRA! Dan bila apa yang kita buat itu dengan rasa penuh keikhlasan atas dasar membantu sesama sahabat, SAYA TIDAK RASA PENAT pun!! (walaupun banyak giler mender kena buat, tukar sana sini, yerlah, memang sahabat saya nih perfectionist orangnya! Buat cup cakes pun pakai telur high grade ok! Organik lagi !!)

Alhamdulillah, tak sia-sia saya belajar dalam bidang komputer di UTM, berguna juga ilmu yang saya pelajari itu! Dapat juga saya adaptasikan penggunaannya dalam membuat template ini.
Dan, disebabkan fokus membuat template itu jugalah, blog anak saya tak dapat saya update beberapa hari ini. Nasib baik juga, banyak cerita saya dah kongsikan sebelum ini. Jadi, taklah nampak lama tak ber update kan! Hehehe.. happy saya tengok hasilnya...

To my dearest friend, Suliana, I really hope you will success in your business. Satu "kejayaan" telah tercipta, dan pastikan kejayaan seterusnya menjelma ok! Indirectly, I prove to you that IF YOU REALLY WANT IT, then you will do anything to make sure it will success!! And now, you should be proud sebab dalam banyak2 "kedai cupcakes", your blog is "one of its own", very special - CREATED JUST FOR YOU! May SUCCESS will follow you where ever you go!

Kepada kawan-kawan saya yang lain, bolehlah singgah untuk melihat hasil kerja saya!! Sambil membeli belah cup cakes yer.. pasti SEDAPPP....!!!



My precious gift to Pumpkin Mumy Cupcakes!!


Friends Forever..!



4 comments:

Lovely Mommy... said...

ahahhah... a whole page of my story! wat an honour!

tu la tima kaseh bebanyak la beb, bercekang mata siang mlm tlg aku siap tutor aku online lagik... bukan senang nak edit template and mmg menepati citarasa aku. aku suka giler!

aku harap ko tak jemu la train aku lepas ni nak buat online marketing... kalau ko bleh berjaya sure aku pun leh setup kan my business ni!

true fren is really hard to get! thanx for being one...

so much more for me to learn from u...

Anonymous said...

watie,
aku pn turut bangga dan terharu ngan kesungguhan ko. rasa ikhlas tu (macamlah ko buatkan utk aku....hehehe) tp sememangnya satu kepuasan yg xdpt digambarkan bila kita dapat tlg org len kan. insyaAllah, kalu kita tlg org, nnt Allah tlg kita plak....

naimah

Watie Aziz said...

hi sue,

sure, no hal lah dear..kecik punya hal tuh..happy to help u dude, but make sure ko kena sungguh2 tau, blog dah meletup pastikan sales meletup jugak..ehehe..dun worry, will guide u apa2 yg aku tau..i'm learning from u too beb ..sama-sama kita yerk..hehehehe

thanks sebab suka the design...me like it too..rasa cam nak jual cupcakes plak! (hahaha,.tapi aku tak pandai masak cam ko!) hehehe

Watie Aziz said...

Naimah,

Tq beb..hehehe...aku nak naikkan semangat kawan sekolah aku nih, sebab tuh aku pun semangat sama..heheh..lega aku dia suka..thanks to YM sebab we all selalu chat n discuss tru YM..hehehe..online tutorial.ahaks..

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading