Tuesday, October 27, 2009

Learning & Reading Session For Q Is Fun & Exciting!

Aku actually dah lama nak belikan Q satu set table & chair yang khas untuk Qarissa duduk dan buat Reading & Learning Session dengan seronoknya tapi selalu tertangguh. Lagipun, umah aku tuh dah hampir bertukar menjadi Montessori, dengan slide & buaian dia, dengan tent & tunnelnya lagi, segala mak - apak mainan dia...aku pun cuak nak tambah apa2 "mainan" lagi dah ..nanti dia dah besar dan nak ada bilik sendiri, mana pulak aku nak campaknya selagi selagan tok nenek mainan dia tuh?? Aduii..pening aku...raya baru nih, bila balik dr Singapore, aku dah kemas living room aku, slide & buaian dia aku letak kat luar rumah, tent & tunnel dia aku letak kat bilik Q, so nampaklah kemas sikit living room aku. Taklah macam Montessori dah kelihatannya ..Hu hu ..

Tapi, lepas dah cantik living room aku, si tonet nih pulak alahai...sukalah pulak duk tekan-tekan soket letrik yang ada kat dinding. Suis tuh mmg kat bhg bawah, so dia suka lah sangat pergi dan tekan suis-suis tuh. Dulu buaian dia tuh halang dia dr pergi ke suis tuh, but now buaian dah takder, jadi Raja lah dia..Geram aku! Kita takutlah gak walaupun taklah merbahaya sgt kan, yang aku geram tuh, bila kita kata, "NO", dia boleh buat action NO, tapi pastu tgn tetap jalan. Yang lagi hangin, kadang-kadang sebelum dia tekan suis, dia boleh berpaling kat aku & hubby, then buat senyum paling "JAHAT" dengan mata yang penuh "NOTTY" and then tekan-tekan that suis!! Kadang-kadang siap guna kaki lagi masa tekan suis tuh! (ha, kalau nak tau, gaya tekan suis pakai kaki nih dia tiru Daddy dia, sebab suis tuh kat bawah, so Daddy malas nak tunduk, gunakan kaki jer lah ...hahaha...hambek ko..anak tiru tau!!) Aku sampai nak tergelak tgk kelakuan si Q nih, lawak giler bila dia duduk tapi dia angkat-angkat kaki dia dan tekan suis guna kaki.
Ni masa tgh nak carik marker pen for kids @ IKEA. Ada tempat play for kids, aku testkan Q duduk kat kerusi tuh. Nampak best & selesa, thats y beli jugak kerusinya.
Qarissa leka main-main kat that area. Aku leka tgk si kenit tu. Tulah latest gambar aku. Nampak kurus yerk! Cam tak cukup zat jer! Hahahhaa

So, aku dah tak leh tahan lagi, aku terus terfikir nak carik something yg boleh buatkan Q lupa suis tuh ada kat situ. Thats y aku lagi semangat nak belikan dia meja study tu, biarlah living room aku cam tadika balik, janji Q tak sibuk main suis dan dalam masa yang sama, dia ada special spot utk study & having fun reading & learning everyday.

So, we all gi lah few places, tapi tak jumpa yang menarik. Ada yang tak berkualiti langsung tapi harga mahal gilos sampai 60 hengget. Plastik murah jer! Tak nak lah aku. Aku kalau boleh nak meja kosong supaya masa wat reading sesssion tuh, perhatian Q tak terganggu time baca buku. Kalau kat meja ada lukisan atau tulisan, aku takut dia sibuk duk tgk that thing dan tak fokus on books. Aku budget nak ke IKEA tapi sebelum tuh, aku call Along aku dulu utk confirm samada IKEA ada jual tak kids table yang cun & tak berapa mahal. Rupanya, memang ada dan harga pun dah turun! Aku pun apa lagi, terus aja hubby ke sana, dan we all pun shopping lah meja utk Q. Along aku siap tempah satu lagi meja & 2 kerusi sebab harga dah murah. Masa dia beli dulu quite mahal.
Q suka nak main sampai takmo balik. hehhe..Nasib baik lum pandai mintak barang!

Actually, meja yang aku beli nih considered side table tapi boleh dijadikan kids table jugak sebab warnanya yang pelbagai & memang nampak cam kids table. Kira macam mix & match lah kan. Harga pun boleh tahan. Oklah dengan kualiti dia. Table tuh aku pilih warna merah darah, harga RM 39 jer, then kerusi pulak aku pilih warna pink & harga dia RM 45. Mula-mula ingat takmo beli kerusi, tapi aku berkenan color ngan design dia, lagipun bila Q duduk kat kerusi tuh, nampak just nice utk dia membaca dengan selesa, so we decided to buy it jugak. Then untuk aku, aku beli stool color light pink, RM 15 jer. Senang aku join dia masa reading session nanti. Nak beli 2 kerusi cam mahal sangat pulak, lagipun, the day before aku dah beli kerusi kecik yang murah punya, RM 7.90 satu, hehehe...so, bettter aku beli stool jer.

Korang tgklah mimik muka dia tuh! Poyo kan? Dia memang ratu mimik muka skang!

Balik jer umah, we all dengan penuh semangat terus bukak dan pasang meja & kerusi tu. Terus aku letak meja tuh kat area suis tu. Hahhaha..nampaknya memang berjaya taktik aku. Sejak adanya meja tuh, Q tak pernah lagi main suis kat situ, dia begitu teruja untuk duduk atas kerusi dan buat reading session dia everyday. Leka giler dia dengan buku-buku dia. Setiap hari, turun jer dari bilik lepas mandi, spot tuh lah dia akan tuju dulu. Sekarang ni, dia dah pandai duduk sendiri kat kerusi walaupun kerusi tuh tinggi sikit. Dia jengket-jengket, then tolak-tolak sket punggung, dah cun dah! Hahahhaa. Skang aku banyak buat reading & learning session ngan dia lah. Layan dia baca macam-macam buku tapi yang paling dia suka adalah buku Peter & Jane. Sampai lunyai buku tuh dia kerjakan. Bukan setakat kat reading corner jer dia nak baca, kat tempat lepak dia @ living room tuh pun dia hangkut buku tuh dan tunjuk kat aku suh baca jugak untuk dia!!!

Sampai umah terus pasang table. Excited terus lepak kat situ!Baju aku pun tak sempat tukar!
Nampak jer words "ARM", terus angkat tgn. Hhehehe..Pandai anak Mummy!
Teruja nak baca word dalam flip flap card tuh!

Ni nak citer sket, everytime aku wat reading session, aku memang akan point to every words supaya Qarissa tahu apa yang aku baca. Ada aku share my opinion dalam blog education Qarissa. Klik sini kalau korang nak tgk the entry. Qarissa sejak aku buat that action, dia pun akan ikut sama! Dengan poyosnya, dia akan point to the words everytime lepas habis aku tunjuk words tuh dan dia pun akan membebel bahasa German. Hahahaha..Yang aku dengar cuma perkataan "Jane" jer. Memang nampak bijak & cheeky sangat. Semalam, aku letih sikit, tapi dia nak suruh jugak aku baca buku tuh untuk dia, so aku bacakanlah few pages, then aku terlelap, so aku pun senyap jer lah kan .. tetiba aku dengar dia membebel sorang-sorang! Rupanya dia amik buku tuh dari tangan aku, dia bukak page by page, dia tunjuk-tunjuk words dalam buku tuh dan membebel-bebel sorang-sorang seolah-olah dia tgh membaca!! So cute lah this girl...Aku control jer gelak sambil buat-buat tidur. Mesti dia tensen kan ..Orang tua nih aku suh baca buku untuk aku dia tidur pulak....Aku baca sendiri lah senang!! Hahahhahaaa....

Memang dia suka bukak-bukak sendiri the flip flap card.
Excited nampak??
Daddy punya semangat sampai amik kat mcm2 angel. Hehhehe

Memang sejak ada reading corner nih, aku rasa seronok & I can feel that Qarissa pun seronok sgt, sebab ada tempat khas untuk dia main-main (ya, dia memang ingat membaca adalah satu permainan ..hehehehe). Aku pun suka layan dia & join dia kat table tuh, so I can see that she had so much fun! Tak payah aku suruh, dia sendiri akan pergi dan duduk kat corner tuh, amik buku and open page by page. Happy sungguh aku tgk telatahnya ...TAPIIIII....

Dah ada pulak perangai baru!!! Yang buat aku & Daddy dia hangin + risau... DIA SUKA BERDIRI ATAS KERUSI & BERJOGET SAKAN!!!!!! Tak caya korang tgklah video yang aku sempat rakam kelmarin! Geramnya aku...Tak takut langsung! Pernah jugak jatuh, nangislah sikit, aku padankan muka jer..hahaha... tak pujuk lebih-lebih pun, orang cakap bahaya tak paham kan ..dah jatuh biar dia rasa. Hehhehe..Kejam sungguh Mummy Q nih! Nasib baik laminate flooring, so tak lah sakit sgt. Sometimes, bila dah geram dia asyik nak berdiri dan berjoget atas kerusi jer, aku amik kerusi tuh letak atas meja makan! Hhahahaa...Hangin jer member tak dapat joget dah ..Yang lawak tuh, sessi membaca tetap diteruskan yer...baca tetap baca hokay!! Tapi sambil berdiri lah! Wakakakakaa...Kesian anak Mummy!

Video aksi Qarissa berjoget atas kerusi! Nak nak tgh tgk Sehati Berdansa, lagilah hover sampai nak naik meja! Isk iskk..tak senonoh sungguh!

Macam mana pun, I really enjoyed myself with Qarissa while watching her tremendous development. Aku nak gunakan masa ni untuk melihat sepuas-puasnya perkembangan anak kesayangan aku nih, manalah tahu satu hari nanti aku kerja balik ker kan...sekurang-kurangnya, aku tak regret sebab aku tahu aku dah melakukan yang terbaik untuk memberi asas pendidikan yang kukuh untuk Qarissa. Dan aku harap, dia boleh ajar adik dia nanti. Wakakak..Tu tujuan utama dia ..Kurang sket ah kerja aku kan! Hahhahaa..Siut jer Mummy Q nih!! So, to all my friends yang lum ada special reading & learning corner, apa kata korang wat satu? Mesti best tau ..dapat study sesama ngan anak... galakan yang berterusan for sure akan menghasilkan output yang best!!!! Meh lah try...hehehehe

Seronok layan Qarissa..
Wah..garangnya mak Q nih..serius muka yerk? Wakakak.. tuh lah stool pink utk aku. Kaki Q masih terjuntai, lum sampai lantai! hehehe... Ha..korang nampak tak suis kat bawah meja merah tuh! Tuh lah yang Q suka tekan!!!


Best Dah Ada Reading Corner Sendiri,

15 comments:

Myalycia said...

salam watie..

haahlah, u nampak kurus sikit... xpe, mmg awal2 preggy mcm tu... yg penting beby sihat.. nnt tunggu ms yg sesuai bila boleh mkn, ha time tu lah badan naik mcm kena pam-pam haha..

yu, I setuju dengan u... I pun dah belikan adam meja study kat rumah event adam masih 8 bulan.. sebenarnya xcited tgk meja + kerusi tu comel.. pastu nak ada tempat letak buku2 adam..

I dah cuba applykan reading utk adam dgn cara u tu.. tapi kan I tgk adam ni susah nak kosentrate sikit.. mula2 tunjuk flash card dia ok.. pastu kejap jer.. pastu dia pergi buat benda lain... nak gigit2 flash card tu.. kdg2 I pun give up gak... mcm mane ekkkk...

any suggestion for me???

Watie Aziz said...

alycia, dont worry yang, memang ada few babies yang fokus & attention dia kurang sket masa kita buat reading & learning session. even Q pun macam tuh mula2 especially masa i nak start tukar from picture flash card to word only flash card. Q nampak tak interested. tapi i continue buat everyday. i tak bg dia pegang kad tuh, dan i buat cuma 10 ssat jer, i tunjuk 1 kad 1 saat, at 1 time, i tunjuk maksimum 10 card, then i buat sekali 3 kali. memang i tak bg dia pegang kad tuh, saja nak bg dia eager. dalam 2 3 times i buat camtuh, i nampak dia mula fokus to the words, then i continue buat, sampailah dia betul2 minat, baru i bg pegang kad tuh..pastu i tunjuk plak bhg dalam dia..then Q sukalah flip flap kad tuh utk tgk bhg dalam dia .. cuba u try kat adam teknik tuh ..

at the same time, continue tgk dvd education ngan dia .. borak2 dan tiru aksi kat DVD tuh, i found it helpful to create attention & fokus kat Q coz i pun join dia & make it fun for her to learn & play ...:)

Little Mama™ said...

watie, sangat kurus! apa jadi.. u should eat more dear..he..he

anyway, me pun asik tak terbeli meja & kerusi baca for izzah.. asik takde time je nak pegi ikea tu (memang aim meja ikea je)

take care!

Watie Aziz said...

Ros, tu lah pasal yang, i punya experience everytime preggy mmg akan turun berat badan i ..nasib baik kali nih tak seteruk masa Q dulu, Q dulu sampai 6 kilo i turun, kali nih turun dalam sekilo jer, tapi nak naik mmg lambat sket ..ni pun baru naik sekilo, dah sama cam belum peknen, hope pasni naik lagi lah jugak...tapi jgn obes dah ..hehehe...

aah yang, ikea memang best barang dia ..at least berkualiti lah kan ..berbanding dengan tempat lain, bayar extra rm sket pun puas hati...

munira said...

watie...lama tak tengok u!
windulaa muahahaha...

alaaa jelesnya dah beli kusi meja tuk q!munira dok ajak husben gi ikea takleh gi lagi nih *even umah dekat jek!*
ish jeles nih!

watie..jaga diri bebaik ye!

defina said...

watie, ko sihat?
lama tul x menjenguk blog ko...
Q nmpaknya makin bijak....

Afzan Aini said...

tetibe rase nak jugak ade reading corner utk Affan nih. Tapi dah dok Kuantan nih, x de Ikea. huhu.

Watie Aziz said...

munira, i miss u too deaR!! hehehe..

aku pun bercinta nak ke ikea sebenarnya tapi tak tahan ...nak nak si kenit tuh asyik na main suis .. hahha...tuh yg cepat2 belikan ..

Watie Aziz said...

naimah. alhamdulillah yang, sihat .. muntah2 sket2 saki baki tuh masih ada ..penat pun makin bertambah ..Q kan makin lasak... heheh..

alhamdulillah, Q makin aktif & bijak, dan manja tak hengattt... kalau peluk aku @ Saiful, macam nak tercekik aku ..habis digomol sekuat2 hati...kadang2 nor jadi mangsa dia ... hahaha

Watie Aziz said...

afzan, kalau ada kedai perabot yg jual similar like ikea with a gud price, bolehlah try beli...i tak jumpa kat area KL..semuanya jenis plastik murah. at least ikea punya kayu..nampak tegap sket yang ..heheheh..

Haiza said...

wah Q dah ada study corner dia sendiri....lepas ni bleh blaja betui2 tau....nanti senang nak jadi cikgu ajar adik tu nanti...

ustazah garang...kehkehkeh takleh lupa muka Q jadi ustazah garang tu....garang tapi comei...

take care dear..bestnya peknen....papaaaaaa nak peknen gak :P

adianiez AIDA said...

HAI WATIE.. LONG TIME NO SEE U...

aida memang da provide satu sudut dgn meja and tools utk dara berdua tu. recently, i just bought mini komputer for them also.
last weekend, bought for them white board. satu cara ajar yg baru selain dari flash cards, books, magazines, cd, dvd,...

memang bagus. sebab mereka akan rasa belajar dlm dunia mereka. mereka akan berminat tanpa di suruh-suruh.

like nurin now. tak perlu suruh. dia sendiri akan inform aida - "ibu, nurin nak belajar".

kepelbagaian tu penting. dia nak belajar, tanpa dipaksa.

Unknown said...

dear mummy q, my son 6 mths now..how to start his early education using ur way?
jeles la tgk u dok umah..i really wana work fr home, im work on it,got few plan but still dun hv gut to leave my current job
miss aisy so much,kat jitra skang ni dgn atok dia..next week baru nak gi ambik :'(

defina said...

watie,
ade skit info pasal phonic, ko g check kat : http://reading.s3.amazonaws.com/rk-3video_02.html

defina said...

watie,
ade skit info pasal phonic, ko g check kat : http://reading.s3.amazonaws.com/rk-3video_02.html

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading