Wednesday, December 23, 2009

Azam Baru: Bercucuk Tanam Belakang Rumah!

Yer, memang aku semangat sangat nak bercucuk tanam kat belakang umah aku semenjak harga barang dapur naik mencanak-canak nih. Dah tak larat nak kuar duit RM500-600 sebulan beli barang dapur jer! Ada jer yg tak cukup sampai aku tanya maid aku, "Ko ni ada supply kontraktor belakang ni makan ker?" Hahhaha.. Asyik habis jer barang dapur .. tak paham aku!!! Dahlah semua sayur mahal skang, cili padi sampai RM 16 sekilo!! Aku & Saiful dah lah giler cili padi, nak beli mahal, baik aku tanam jer!!

Kalau dulu sebelum Q lahir, masa we all baru pindah umah, kitaorang tak pikir sgt nak kawasan luas2 @ gunakan utk bercucuk tanam. Niat ada tapi sebab tgn aku ni "panas", confirm lah tak jadi tanaman aku tu. So, we all semangat giler suruh landscape kontraktor penuhkan keliling umah dengan pokok2...konon tropika lah .. hahahaa... hambek ko...bila pokok dah besar ..tukang kebun pulak dah pindah, dapat ganti tukang kebun yg hampeh, aku rasa umah aku dah macam HUTAN!!

So, bila Q dah besar dan pandai lari, aku kesian tgk dia nak jalan celah2 batu pun kena tunduk-tunduk. Wakakka..betul hutan tropika taman aku dulu! Then, we decided to move all the trees kat luar pagar. Aku "bin kan" tanah tepi rumah (actually tu taman MPK) dan jadikan macam tanah aku sendiri ..aku tanam semua pokok yg banyak tuh kat situ, aku ganti rumput aku dr Filipine grass ke pearl grass (sebab malas nak maintain selalu..ahahah) dan biarkan seluruh kawasan tanah kat umah aku CLEAR!! Luasnya mata memandang! Puas hati aku!

Semangat akak Indon ni tulis nama pokok, sebab ada pokok yg aku tak tahu bentuknya! Hahhaa

Then, kawasan belakang pulak, we all dah sediakan utk bercucuk tanam. Last week, me & hubby shopping pokok herba & pokok hiasan kecik2 utk menyegarkan mata kat Sungai Buloh...puas hati aku! Gardener baru aku pulak memang pro punya gardener, baru dapat. We all panggil Wak.. memang kreatif & bagus buat kerja ..puas gak lah hati tgk dia hiaskan & tanam semua pokok herba aku. Harap-harap menjadi ..:) Ni antara pokok herba yg aku beli... (aku tulis mana yg aku ingat jer lah ...hahahah)

  • Cili Padi Kampung (semangat sampai beli 2 beg, then rembat lagi kat umah kawan arwah Mama 2 beg!Hahhahaa...)
  • Daun Kesum
  • Daun Kari
  • Limau Nipis
  • Limau Kasturi
  • Limau Purut
  • Pokok Semambu
  • Pokok Parsley
  • Pokok Misai Kucing
  • Pokok Selaseh
  • Daun Kuchai
  • Pokok Belimbing Asam
  • Cili Hijau
  • Pokok Kunyit
  • Pokok Halia
  • Pokok Roselle
  • Daun Pandan
Dan yg ni pulak, memang dah ada kat umah, so tinggal suruh Wak tanam direct kat tanah jer..:)
  • Daun Serai
  • Daun Ketumbar
  • Aloe Vera
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
Hmmm...baru puas hati aku!! Harap2 dapatlah aku berjimat at least RM 50 hengget sebulan pasni! Wakakakaka..Errkk..ada sesapa nak beli sayur2an aku? Aku bg diskaun! Wakakakakaa....

Ni kedai pertama we all pergi! Balik umah, penuh satu Myvi!! Berjasa sungguh Myvi tuh!

Mari Bercucuk Tanam!!!

6 comments:

Unknown said...

idea bagus ni, so lepas ni kalau nak guna cili ke, daun kari ker just petik je kan, kerajaan pun alu-alukan kita bercucuk- tanam... nasib baik tak berjiran ngan Watie. Kalau tidak senang jer datang petik kan ?? :)

isabelle said...

rajinnya hang watie.
but it's a good idea.xde la setakat nak guna setangkai daun kari atau dua helai daun pandan smpi kena beli selambak.

Haiza said...

besh....besh..kompem fresh n selamat...kat umah ayah saya kat subang jaya tu pun ada tanam macam2 jenis pokok....tapi dah jadik supplier tuk orang keliling plak...maklumlah duk umah apartment....hihihi

lepas ni kan nok..u bleh buat jualan sayuran online plak....ekekeke...bleh tambahkan pendapatan...hihihi

Watie Aziz said...

Mummy Alisha, hahaha..tu lah pasal..kalau u jiran ngan i .datang jer umah amik kan? heheheh... sebab dah mahal lah i terpaksa pikir solution..takmo bazirkan tanah yg ada ..huhu....

Watie Aziz said...

isabelle,..tu lah pasal yang .. kengkadang sampai layu2 tau ..pastu buang ..then beli lagi..thats y kena tanam sendiri ..puas hati aku! hahaha

Watie Aziz said...

haiza, wah cayalah daddy u tuh..siap jadi supplier tuh..bolejh buat duit tuh! heheheh..

i kena tgk hasilnya nanti..kalau bagus .. leh ah jual kat tenet ..u nak jadik customer i yg pertama? hahhhaa

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading