Monday, August 30, 2010

Buang Baby @ Section 13 Shah Alam!

Serius aku sungguh marah dan kecewa today!! Ni manusia hapa time2 Ramadhan suka suki buang anak tepi jalan nih??? Dah takder akal ker hapa..? Time ko kongkek sedapppp sedapppp, ko tak pikir, kalau yer pun dah mengongkek, dah terpregnant, dah tak sompek ko nak buang awal2..ko letak lah kat baby hatch yg gomen dah sediakan, tak pun ko htr lah kat mana2 pusat penjagaan..susah2 ko iklan jer kat tenet ..."SAPA NAK ANAK, AKU TAKMO BABY NIH .. AKU BG FREE JER.." Mesti ada ramai yg nak ...Mangkuk punya mak!!! Hishhhh..hanginnya aku ..habislah pahala poser aku nih ..

Lokasi kejadian
Macam ni jer dia buang, anak kucing pun dapat kotak tau..dia gantung jer pakai paper bag, sangkut kat papan tanda "BERI LALUAN"

Sebenarnya, aku tak suka nak tulis mender2 gini kat blog aku tau ... call me paranoid, kolot or whatever words lah ..aku tak kesah ..mmg aku admit aku "kiasu in my own way" kan..yer lah, aku ada anak .. nanti dah besar anak aku akan baca blog nih, dan kalau mender2 camnih ada dalam blog, aku rasa cam ia 'merosakkan' blog aku yg penuh dengan kasih sayang, ilmu dan aktiviti we all satu family. Apa aku nak jawab kalau anak aku tanya, "Mummy, napa baby tuh berbungkus ngan surat khabar? Dah takder selimut??"Napa tepi jalan?? Napa mak dia buang??" dan macam2 soalan yg keluar dari mulut mongel anak2 aku. Aku rasa malu sangat kalau budak2 kecik tanya soalan cam tuh pada org dewasa, sebab kita dah dewasa, memalukan kalau anak2 kita tanya soalan2 provokasi yg kita sendiri tak mampu nak jawab yg sudahnya akan menunjukkan bahawa org dewasa ni "tak berakal" sampai sanggup buang anak TEPI JALAN! Dah macam buang anak kucing kat tepi pasar dah okeh.... Dah lah dalam bulan Ramadhan. Ya Allah...tak dapat aku nak bayang lah manusia kejam camni!
Forensik tgh cek baby

Aku jadi sedih dan sebak, dan terus buat entry nih bila aku tgk FB member, ada share & tag pasal kejadian ni from man called Jidin Giding (thanks for the picture Jidin), aku tak kenal Jidin ni, tapi dia sempat amik gambar kejadian sebab dia antara yg terawal sampai. Aku jadi sebak dan sedih sgt sebab baby tuh bukan setakat ada tali pusat lagi, tapi masih ADA URINYA! Di letakkan sekali dengan bungkusan tu! Darah masih fresh, maknanya kejadian tuh sangat2 baru berlaku! Memang Allah nak tunjuk kekejaman manusia berhati binatang camni! Syukur budak tu selamat..sangat baik dan tak menangis pun..sikit jer dia nangis masa forensic tukarkan selimut baby.

Pity u dear baby. Nak jadi kawan Q & Zayra tak?

Dan, yang paling aku sedih & sebak, baby tuh lelaki (i always wanted a baby boy, hubby pun sama, insya allah ada rezeki pasni try lagik..tunggu pas puasa...wakakakak..sempat lagik nak buat lawak neh..), sangat hensem okeh... putih & cerah dan yang paling sayu - SEMPURNA! Takder sikit pun kecacatan pada baby tu. I have to admit, sejak Zayra lahir, aku suka tgk tangan dia, dan tgk tangan baby lain. Harus aku akui, aku semakin menghargai kurniaan Allah SWT pada hambanya. Semakin aku tgk tgn Zayra, semakin aku rasa its a normal hand. Maybe sebab dah setiap hari tengok. Tapi macam semalam, dia nampak aku makan kuih, dia nak capai, aku bg dia capai dan dia cuba gunakan tangan kanan utk sentuh, tapi tak dapatlah dia pegang kan. Aku jadi sayu dan feel sorry for her. Then, dia gunakan tangan kiri pula dan dia pegang kuih tu. As a mother, mestilah terdetik rasa sayu kat hati aku, bila dia besar, maybe she can use the right hand to eat, maybe not, maybe pakai sudu dan suap atau paling best, ada org yg sayang sangat kat dia, baik keluarga mahupun suami dia nanti yg akan sentiasa manjakan dia dengan menyuapkan dia, tak yah dia susah2 nak suap sendiri kan. Hheheh.. Apa yg pasti, bila kita kekurangan sesuatu, kita akan semakin menghargai kesempurnaan. Tapi, bayi yg dibuang ni sangat SEMPURNA. Kenapalah ko buang bayi sehansem dan secomel tu lahanat??? Geramnya akuuuu!
Sayu dan sebak tgk gambar nih. Cantik kan tangan dia. Nak bg Zayyra sebelah tak? Hehhehe
Cantik & hensemnya kamu sayang....

Takperlah, biarlah entry ni menjadi bukti pada Qarissa & Quzayra betapa bertuahnya mereka terpilih dan dipilih oleh Allah SWT menjadi anak kepada Norhidawati & Saiful Rizal. Secantik mana pun, seburuk mana pun, sesempurna mana pun, secacat manapun kamu berdua, kamu adalah anugerah Allah yang tidak terhingga pada Mummy & Daddy. Percayalah sayang, Mummy & Daddy takkan mensia2kan anugerah ini, kami akan cuba sebaik mungkin mendidik kamu menjadi insan yang berguna. Tiada bezanya antara kakak dan adik. Masing-masing istimewa di mata dan hati kami. As i always said .. "Qarissa nyawa Mummy, Zayra nyawa Mummy".


Baru nak potong tali pusat & tukar selimut baru.
Kat sinilah lahanat tuh sangkut baby ni.

Kalau mereka bertanya tentang bayi ini, aku akan mengatakan, "Inilah kawan yang hampir sebaya dengan kamu, tetapi nasibnya tidak sebaik kamu sayang....dan sebabnya mender nih jadi....". Arghhhh...its really hard to explain to them why this thing happened ketika M'sia dikatakan kononnya maju dan ke depan! Memalukan!. Tunggulah dorang tanya baru aku leh pikir ayat yg terbaek nak jawab ..skang aku tak leh nak pikir, sebab aku rasa cam nak gi penggal kepala & gi menyula mak ngan ayah baby comel nih! Hushhhhh!

I love ur hands sayang.. Semoga kamu selamat selamanya. Jadi manusia berguna yer sayang...Aunty doakan...

Hangennnnn,


4 comments:

isabelle said...

ya Allah comelnya baby tu.dkt je dgn umah aku nih.
smpi hati mak bapak dia yg bodo tu buang. bulan2 posa ni, biar tgn dia terketar2 atas perbuatan dia tu.

aNiS tHe BumbleBee said...

geramnyaaa..!kenapalaa ada manusia yg tergamak buang baby?tak rasa pape ke bila tgk muka baby tu..isk!isk!

me n de alisha said...

untie pun doakan kebahagiaaan kamu yer :)

Watie Aziz said...

isabelle, tu ah pasal, langsung takder hati perut ... hangin jer kan ..

anis, mmg kejam betul dah macam anak kucing dibuatnya kan ...

tq dear ..samalah2 kita doakan baby ni dapat keluarga angkat yg baik2 kan ..:)

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading