Dah 3 hari aku lepak opis, gua sudah tak tahan..itu rasa ketagih sudah datang oooo.. terus aku gi Pasaraya Hero dan beli bahan- bahannya .. hahahha... Mana aku dapat resepi?? Korang jangan tak tahu, kalau pasal mencari resepi atau wat searching kat tenet, aku mmg pakar .. wakakak... nih aku dapat dari blog Silalah Rasa, dan dia pun dapat dari somebody's blog. Thanks to the owner. Tapi wat masa nih, aku tak berani nak add link sebab ada malware kat blog tuh, pun dia dapat dari org lain. Sama kes cam aku gak..heheh.. dapat malware sebab ada link Mommy Lyna Superkids but now dah ok ..cuak gila gua tak leh login langsung ke blogger.com time tuh.. Huhu.. Lucky sempat aku copy paste resepi tuh..:)
Dan, aku plak nak menggatal kongsi kat blog nih sebab bila letak kat FB, ramai plak yang mintak resepi, siap nak wat 7 layer lagik member aku si Hafiz tuh..sabar jer aku! hahahha ..
Apa yang aku ketagih????
Lorrrr..dari tadi membebel aku tak bgtau lagik ker?? Hhahaha..Mukadimah jer panjang berjela! Tak senonoh tul si Watie ni lah .. okeh okeh .. aku bukan ketagih mender pelik2 yer ..dan bukan sebab aku preggy ..(korang ni pasa speculate mmg terer kan?) hahahah.. Aku ketagih 3 LAYER TEA daaaaaa..... perghh...sebuat 3 layer tea pun dah menggigil-gigil lidah nak minum neh! Hahhahaha....
So, kalau korang nak cuba, leh ah cuba resepi nih okeh ..:) Aku copy paste jer dari blog Silalah Rasa tuh ..:)
Bahan-bahan
200 ml susu cair
Ais secukupnya
Bahan Air Teh
200 ml air panas
1 uncang teh
Bahan air gula Melaka
80 g gula melaka
150 g gula merah
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan
Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.
Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.
200 ml susu cair
Ais secukupnya
Bahan Air Teh
200 ml air panas
1 uncang teh
Bahan air gula Melaka
80 g gula melaka
150 g gula merah
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan
Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.
Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.
Ok, aku dah selamat nak mengadap minuman aku, korang gi beli bahan dulu yer! Hehehhe....
Sedapnyaaaaa,
4 comments:
selalunya depa panggil kopi dangdut ^_^
nanti ina nak copy jugak resepi ni yer
x pernah try lagi..sedap sangat ker? nak try jugak :P
adlina,
lor .. macam2 nama i dgr tau utk 3 layer tea nih ..ahhhaa... aku jer bengong tak pernah tahu kewujudan dia .. ahaks ..
elissmie
sedap yang ..ok lah utk tekak i ..cuma sumtimes manis sgt .. kena tambah air .. paham2 jer lah kalau kedai makan atau kedai mamak .. ais banyak lagik dari air .. hahaha.. tapi nak tunggu ais cair .. lambat naa .. i tambah air sket takmo kasik manis sgt ..
Post a Comment