Monday, September 6, 2010

Seminar, Bengkel, Playgroup @ GBOB Selepas Raya!

Bulan Puasa ni memang aku sibuk menyiapkan content seminar & bengkel serta beberapa aktiviti yang telah pun dirancang untuk diadakan selepas Raya. Alhamdulillah, banyak feedback & pertanyaan yang diterima oleh pihak GBOB mengenai semua aktiviti ini. Daripada tak plan nak buat (kononnya nak fokus on seminar dulu), sudahnya aku akan buat juga demi memenuhi permintaan yang ada...Insya Allah aku akan buat yang terbaik...:)

Selepas Raya ni, GBOB akan membuat seminar & bengkel ECE. Terdapat beberapa siri seminar & bengkel, tapi buat masa ini, pihak kami akan memperkenalkan 1 seminar & satu bengkel terlebih dahulu. Seminar-seminar yang lain akan menyusul kemudian. Seminar yang akan diadakan selepas Raya ini adalah berkenaan dengan ECE - All You Need To Know About ECE. Dan bengkel pula adalah berkaitan dengan Stimulation - How To Stimulate Your Baby's Brain. Maklumat lanjut tentang seminar & bengkel ni akan di maklumkan di entry akan datang, selepas Raya okeh ..:)

As I said before this, untuk seminar, the max pax that we can cater is 30 pax, dan untuk bengkel pula, hanya 10 orang sahaja pada satu-satu sessi. Ini adalah kerana pihak kami ingin memastikan semua para ibu bapa yang datang untuk seminar dan bengkel kami dapat fokus serta memahami dengan lebih mendalam tentang ECE dan bagaimana caranya stimulasi seharusnya dilakukan sedari bayi.

Seminar akan mengambil masa antara 2-4 jam bergantung kepada sessi Q&A dan bengkel pula akan mengambil masa sehari dari pagi ke petang. Dont worry, coz samada sessi seminar atau bengkel, anda boleh membawa anak anda bersama. Just make sure ada maid @ helper yang boleh tolong jaga baby & kids di Kidz Zone so that anda & hubby leh fokus dengan seminar @ bengkel ini. :) In terms of price, pihak GBOB telah pun menetapkan harga yang berpatutan dan ia bergantung sama ada ianya seminar atau bengkel. Untuk seminar, harganya ialah RM 199 seorang dan untuk bengkel, harganya ialah RM 399 seorang. But, we gonna do a promotion price for early bird & will tell u the price after raya okeh ...:) And as usual, it will be as 1st come 1st serve basis. Once dah penuh, we will close the registration dan jumpa anda di sessi seminar akan datang... Hehehhee...

Selain dari itu, pihak GBOB juga bakal mengadakan Playgroup untuk bayi & kanak-kanak antara 0 - 4 tahun. Seronok tak? Hhehehe.. Ramai yang asyik tanya whether kat GBOB ada Playgroup tak, they want to send their baby & kids here. Memang aku ada plan nak buat Playgroup, tapi bukanlah dalam waktu terdekat sebab kononnya nak fokus dengan my seminar, tapi permintaan rakan-rakan agak sukar nak ditolak. Thanks sebab percaya pada aku untuk "bermain sambil belajar" dengan anak uols semua ..So, sekarang aku tgh perah otak nak reka program for the Playgroup session. Will be focusing on 0-6 months punya session dulu. As for 2-4 years, GBOB dah ada plan untuk berkolaborasi dengan satu syarikat ni. Tunggu..nanti pas raya aku citer okeh.

Dalam PlayGroup session nih, selain dari bermain dan mengajar teknik-teknik stimulasi, , aku juga ada plan nak masukkan the reading skills teknik & right brain method sejak dari baby lagi. So, each session of the Playgroup tuh akan ada this session so u can benefits more.:)

Selain dari tu, GBOB juga akan mengadakan kelas Art & Music for kids . For Arts, ia akan bermula seawal 2 tahun . Dan khas untuk Art Class for kids yang dah masuk sekolah, 6- 12 years khasnya, pihak GBOB dan Scriptory Box telah pun bersetuju untuk bekerjasama merealisasikannya selepas Hari Raya ini, Insya Allah. So, bolehlah anak-anak uols datang for the Art Class after school kan. Taklah terbuang masa mereka begitu jer. :)

Memang after Raya ni, sungguh padat aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di GBOB ini. Hope I can cope it dengan penuh jayanya ..:) Insya Allah..Thanks for all ur support friends .. Really appreciate it. Muahsss sket ..:)

So, sesapa yg nak bertanya lebih lanjut, atau nak booking tempat untuk any program for u or ur kids, bolehlah berhubung dengan Watie melalui sms, PM, emel dan sebagainya .. This is all the details kay ..:

Phone: 016- 20 333 40
GTalk: geniusqarissa/watieaziz/geniusbabyonboard
Emel: geniusbabyonboard@gmail.com

Thanks again & Selamat Menjalani Ibadah Puasa di akhir Ramadhan ni. Sekejep jer dah nak raya kan ..:)

Nanti kita jumpa kat opis Mummy yer aunty2 semua.. Tak sabar nak jumpa kawan2 sebaya sebab kita boring neh ...adik kecik lagik tak leh nak jump sama2 ..Hehhehe..

Padatnya Aktiviti,


2 comments:

Ros Ibrahim said...

wah, makin maju GBOB ye.. tahniah watie.. keep up all the great works!!

selamat hari raya ye ;)

Watie Aziz said...

Hi Ros,

Tq so much dear .. thanks for ur support all this while ..sangat2 menghargainya ...:) Insya Allah will do the best for our next generation..:)

Salam Lebaran yang ..maaf zahir batin kay ..:)

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading