Friday, October 29, 2010

Peta to GBOB Yang Paling Cun Abad Ini!


Yeehaa, special thanks to my hubby Darling kerana telah menghabiskan separuh malam semalam (burn dah malam Jumaat we all..wakkaka..korang jangan pikir lain plak haaaa.....) membantu aku menyiapkan peta to my office - Genius Baby On Board @ Wisma Bling Lustre ni. Menggunakan Visio, kemudian convert ke PDF dan JPG, aku rasa ini adalah peta yang paling jelas untuk semua pelanggan dan bakal pelanggan yang ingin datang ke Wisma Bling Lustre. Sama ada ke Genius Baby On Board atau ke Scriptory Box. Mesti korang takkan sesat punya...kalau sesat jugak .. aku tak tahulah nak kata hapa dah .... ekekekke... haruslah sewa teksi terus bawak datang sini. Actually kan .. tak susah sgt tau ..sapa yang perna gi Warehouse My Dear, yang femes dengan produk bayi & kanak-kanak tuh, mesti tau area sini punya .. (btw, my dear now ngah buat warehouse sale..nanti aku blog pasal nih okeh ..:)

Aku sebelum ni mmg malas btol nak wat peta, sebab UTAMA- jalan-jalan kat KL dan Sgor nih mmg aku fail. Hubby adalah org yang paling sabar melayan kerenah bini dia yang blur tahap dewa kalau bab-bab jalan ni. Paling standard punya ayat aku selalu sebut.."Alah...jalan belakang tu yang ....". Balik-balik jalan belakang ..balik-balik jalan belakang .. wakakkaka.. semua aku bantai jalan belakang jer ..belakang umah nak gi Carrefour lah, belakang opis nak gi Pos Laju lah.. jalan belakang Glenmarie nak masuk Hiway Sg Buloh lah ...hahhaa.. asal boleh jer kan? Sampai we all sesama gelak bila setiap kali aku cakap.. "ikut jalan belakang tuh bang....!" Hhahahahaa....

Tapi aku rasa memang dah tiba masanya aku kena wat peta yang betul-betul clear. Lepas nih, akan ada banyak aktiviti kat GBOB & SC, jadi kalau client tak tahu jalan, payah gak tuh kan? Hheheh... Dulu aku cetak rompak jer Mommy Lyna punya peta ..ehhee..tapi sebab bila nak enlarge dia jadi pecah, lagipun masa tuh masih belum banyak kedai kat area sini, jadi maybe tak berapa jelas..now dah ada few kedai sederet office we all, so memang senang rasanya nak jumpa our office.

Sebab tu aku berterima kasih sgt kat hubby sebab dia sudi lakarkan the map utk aku, dan aku cuma tambah-tambah sikit jer, mekap sikit sana sini, letak blusher sket, lipstik dan mascara, siap dah peta tuh! Ekekekek..

So, this is the latest map for Genius Baby On Board & Scriptory Box yer. Boleh ah kalau korang nak save dalam Lappy, nanti ada function ker hapa pasni yang we all akan buat, korang leh upload this peta kat blog memasing okeh ..:)


To all my lovely participants, jumpa esok pukul 2 pm yer. Jangan lambat tau, nanti kesian kengkawan lain kena tunggu gak ..:) Sesapa yg ada last minute tetiba rasa nk dtg, leh contact aku kay. Dulu my last seminar pun ada gak yg last minute call kata nk dtg, so kalau this time pun ada, just bgtau aku jer kay .. Lega dah hati aku nih, peta dah siap, dah boleh fokus on my revision for tomorrow. Mommy Lyna pun mesti tgh sibuk melihat handsout dia, sebab besok SC pun ada buat talk belah pagi utk Wohowo mum. Wohowo tuh stand for Work At Home Working Mum. Sesuai lah utk ibu-ibu yang bekerja tetapi ingin menambah pendapatan dari rumah. Wat side income. :) Memang sekarang kena wat cam tuh wei, kalau tak cari jalan tambah pendapatan untuk seisi keluarga kat KL@ Sgor nih, dah macam hidup "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" kekdahnya... kengkdadang rasa nak lari duduk kat kampung pun bagus .. jimat sket kosnya kan? Sayangnya, aku takder kampung. Kampung aku kat Singapore, yang dah sure aku jadi papa kedana kalau duduk sana dengan gaji banyak tuh.. hahahha.. sib baik hubby ada kampung kat Melaka, tapi tuh pun dah jarang balik sejak arwah mama meninggal. Hu hu ..

Korang percaya tak kalau aku kata, hasil duit simpanan buat part time business masa kerja dengan CRONY dulu, me & hubby dapat beli banglo? Hmmmm... cam tak caya kan ..? Percayalah...(ala-ala Siti Nurhaliza..) sebab aku dah duduk pun kat situ 3 tahun lepas, masa umur aku 27 tahun! Hhehe... Sebelum Q lahir lagi, pas beli jer terus preggy, macam tau2 jer Q nak duk umah besar. Sungguh poyo itu budak..kecik2 sudah pandai demand, tapi tak leh lawan Zayra..Zayra lagik kuat demand sejak dalam perut, sampai akhir preggy, sampai dah kuar pun demandnya sangat tinggi. Nak beli bionic hand dia jer mau makan RM 255,000 weh! Tapi takper, tu lama lagi! Masih sempat aku cari duit ..hahah..by the time dia 21 tahun dan tangan tak membesar lagi dah, silap2 dah ada made in China punya Bionic hand ker kan? Wakakaka.. Murah lah sikit, RM 25, 000 jer ke, boleh lah acik korek2 sket sana sini nak beli. Hhahahaha....Tak sesia aku wat part times business, ikat perut lepas kawin, jimat cermat sebab ada mission yg aku nak capai, dan alhamdulillah, berkat restu mak bapak jugak, belum sampai umur 30, aku dah ada umah sendiri, sangat happy. Sekarang fokus nak bayar duit umah jer .. ehhehe...So, mmg lah aku galakkan mak2 dan bapak2 wat part time business nih, tapi jgn sampai keluarga terabai plak ..tuh dah lari konsep tuh.. hu hu ..

Ok geng, selamat membaca peta ni okeh!!

See you tomorrow,




Thursday, October 28, 2010

Penangan Q's - Aku Kena Fisioterapi!

Yer, inilah penangan Double Q- yang menyebabkan aku kena gi fisioterapi kat SMC. Korang ingat tak aku ada cakap dalam entry Bali yang aku tak sempat nak massage kat sana sebab ada 2 anak, so susah nak handle kalau aku gi massage. Jadi, asyik tertangguhlah massage aku tu. Dari hari ke sehari makin sakit tulang belakang dan pinggang aku nih!

Sampai aku ngadu kat hubby, tolong lah buat sesuatu sebab aku dah sakit sgt ni. Takkan nak tunggu something happen, titiba aku dah takleh jalan atau takleh bangun, baru nak kelam kabut kan? Memang setiap kali aku letak Zayra, nak dukung, nak bangun atau nak cangkung, sakit gila kat sendi2 ni ha. My hubby tuh sometimes dia terlepas pandang sikit, sebab selalu bini dia sihat, komplen sket2 pasal badan tapi still leh wat kerja cam biasa, jadi kengkadang tu dia wat endah tak endah lah kan.. Tu aku sumtimes hangin gak especially bila rasa sakit tuh datang. Bila aku cakap camtu, terus hubby cuak dan ajak jumpa Specialist. Aku jumpa Doc dan mintak referral ke SMC untuk buat XRAY.

Alhamdulillah, from the Xtray, memang tulang aku OK, alignment cantik Doktor kata .. heheh.. cuma ligamen aku terslip sket.. taklah teruk sgt, just a mild one Doktor kata, tapi kena berhati-hati takut it can be worst kan. Doktor nak bg ubat tapi sebab aku BF, dia takut jugak nanti that ubaat dapat kat Zayra, so dia suggest aku gi fisio dan bg ubat utk makan kalau aku betul2 sakit sahaja. Ubat tuh if BF pun still leh makan. Tapi sampai skang aku tak makan coz dah okeh sikit after ke fisio.

So skang, aku ada 6 fisio untuk aku pergi. Hu hu ..Hambek ko..terlepas satu massage, dapat 6 massage FREE. Ekekkeke.. Memang sedap ah sessi tuh, SMC pakai mesin Tens 21 yang ada banyak massage function. Dia letak kat bhg antara pinggang dan punggung aku for 15 minutes dan mesin tuh massage. memang sedap sangat rasa, ada kala sakit especially ada satu part tuh mesin tuh tarik ke kiri....(aku dah mengaduh sakit)..dan tarik ke kanan (lagi lah aku menjerit!)..memang terasa sakit dowh .. patutlah Doc kata bhg kanan aku yg bermasalah, memang serius sakit bila mesin tuh tarrik urat2 aku nih ha .. hu hu ...

Sempat lagi berFB di atas katil time kena massage! Hahhaha

And now, aku tgh nak ambik Immune IQ - Transfer Factor yang terkenal seantero dunia tu, nak tgk whether its works on me atau tak. Aku memang tau this Transfer Factor sgt bagus, semua cancer patient selalunya akan amik this TF after they get to know dorang kena kanser atau selepas kimo @ pembedahan, but actually this TF adalah untuk semua major problem termasuklah sakit2 sendi ni. Dia bukan ubat, bukan healthfood, bukan vitamin, bukan dadah dan bukan colostrum. Ia adalah Immune IQ, meningkatkan Immune badan untuk menentang penyakit dan boleh recognize more than 1000, ker 10,000 (aku pun dah lupa..) jenis bakteria dan virus. Dulu masa kes H1N1 tgh hangat diperkatakan, laku betul TF nih sebab ia salah satu produk yang digunakan untuk menentang virus H1N1 tu. Aku bukanlah agen dia pun, tapi sebab aku pernah kerja industri MLM, jadi serba sikit aku tau pasal TF ni. Produk dari oversea dan of course lah mahal, nak-nak dia MLM, tapi sebenarnya tak lah mahal sgt tau (dalam RM 100++ jer sebotol), sebab its oversea punya produk, kalau nak dibandingkan dengan company MLM lain yang amik produk from China @ Malaysia, harga murah tapi dah masuk MLM terus jadi beratus2 ... kalau tak takkan kopi biasa jual sampai RM 120 sekotak kan? Tak masuk akal betul. Lebih baikla aku beli TF nih dari beli Kopi tuh, dah tentu2 ni produk yang bagus, ada Research satu dunia, siap masuk jurnal perubatan lagi, terbukti secara klinikal dan SATU-SATUNYA produk yang boleh diberikan kepada patient di seluruh Hospital & Klinik kat Russia. Another good point from this TF kan, sepanjang aku kerja dgn MLM company as trainer (bukan TF produk yer, harap maklum) , tak pernah lagi aku dgr any complaint pasal TF ni kat memana. Baik dr segi produk atau sistem manipulation atau apa2 'kong kalikong' punya cerita dr upline kepada downline. Senang citer, this TF ni "clean" lah dr sebarang gossip MLM! Hahhaha...
Ni lah rupa Transfer Factor tu. Aku amik yg botol light blue belah kanan. Ada 60 biji. Yg PLUS tuh, Doktor aku ckp selalunya sesapa yg ada major problem akan makan mcm kanser, diabetes, sakit jantung dsb . Kalau baby, mkn yg botol light blue tu jer. Aku pun nak kena study byk lagi pasal produk ni sebab aku tau surface part jer. Yer lah, bukan aku join pun MLM ni kan, so tak ah sibuk study lebih-lebih product knowledge dia.. hehehe....


Dulu arwah pakcik aku(aku panggil Ayah) kena kanser rektum, tahu-tahu dah tahap 4, lepas wat surgery, Aunty aku bg makan this TF, dia siap jd ahli sebab nak diskaun, mmg dia pun kata this produk sgt bgs, arwah Ayah aku lebih bertenaga, muka kemerah-merahan dan makin sihat lepas makan ni, sayangnya Ayah aku tak boleh buat kimo sebab dia pakai bateri kat jantung. Dia cuma buat radioterapi jer. Then my best frend masa sekolah dulu kena breast cancer, we all kengkawan skolah pakat2 beli TF ni utk bg dia mkn, aku suggestkan suruh beli guna akaun makcik aku tu. Dapatlah diskaun sket..:)

Skang aku plak nak try utk diri sendiri. Aku selagi tak try, tak syok nak citer, ni pun aku citer based on pengalaman orang terdekat yg guna kan, in fact yg suruh aku amik nih is my Doctor yg selalu treat aku kalau aku & family sakit. Terkejut gak aku dia pun rekomen TF ni, rupa2nya mmg byk Doc yg after they know about this TF, rekomen kat patient dorang suruh mkn, instead of amik antibiotik, baik mkn TF, yg best tuh, baby pun boleh mkn, pregnant lady pun boleh makan, good for baby brain... hu hu .. baru aku tahu...satu2nya produk untuk kesihatan bayi yg boleh bg walaupun baby tuh kecik. Ingat lagi dulu masa Q kecik kena selsema, satu ubat pun Doc takmo bg sebab dia bwh 6 bulan, balik kosong jer time tuh..kalau aku tau TF ni leh bg kat baby, mesti aku dah bg Q dulu tau .. takperlah, skang pun both of my kids tgh selsema, bolehlah aku try kat dorang ...:)

So, aku harap, dgn fisio dan TF nih, sakit pinggang dan tulang belakang aku nih akan pulih seperti sedia kala, Insya Allah .... Amin...

Pergilah ko... wahai sakit tulang dan pinggang,

Wednesday, October 27, 2010

ECE Seminar @ GBOB Kembali Lagi!

* entry ini merupakan entry STICKY MODE sehingga 27 October 2010. Sila skroll ke bawah untuk entry terbaru. Terima kasih*

Alhamdulillah, pihak GBOB sekali lagi berpeluang mengadakan seminar ECE (Early Childhood Education) ini. Berdasarkan kepada maklum balas yang sungguh baik sebelum ini, di mana kali pertama pihak kami menjalankan seminar ini, maka pihak GBOB telah pun bersetuju untuk membuat satu seminar khas yang berkaitan dengan ECE dan mengasingkannya dengan seminar-seminar lain yang bakal di adakan kelak. Ini kerana, melalui feedback yang kami terima, peserta semuanya berpendapat yang seminar ECE ini adalah penting untuk pihak GBOB teruskan kerana disinilah bermulanya kesedaran bagi setiap ibu bapa tentang betapa pentingnya ECE ini kepada anak mereka - tidak kira status ibu bapa tersebut - sama ada bekerja sepenuh masa atau suri rumah sepenuh masa.

Pada mulanya, pihak kami ingin menggabungkan seminar ini dengan beberapa tajuk lain, tetapi berdasarkan pengalaman di mini seminar yang diadakan sebelum ini, adalah tidak praktikal sekiranya ia digabungkan, kerana terdapat banyak sekali maklumat yang ingin disampaikan dalam satu masa untuk setiap tajuk, dan ia menyebabkan penyampaian yang dilakukan tidak sepenuhnya kerana mengejar waktu untuk menghabiskan tajuk-tajuk tersebut, jadi tidak sepenuhnya maklumat dapat dikongsi bersama. Itu belum lagi masuk bab Q & A. Jadi, kami membuat keputusan untuk memfokuskan kepada satu-satu tajuk, dan menghuraikannya dengan terperinci di samping sessi Q & A yang akan dibuat di sepanjang sessi seminar berlangsung. Jadi, semua participants akan lebih fokus dan betul-betul faham mengenai tajuk yang dibincangkan. Selain itu, kita juga dapat berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman semasa sessi Q & A tersebut. Melalui cara inilah, pemahaman tentang sesuatu tajuk itu dapat dilakukan dengan lebih efektif dan berkesan.



Apa yang lebih istimewa, ini adalah seminar yang PERTAMA kali di adakan di pejabat baru GBOB di Tingkat 2, Wisma Bling Lustre. Semoga, seminar ini akan menjadi pemangkin kepada seminar serta bengkel-bengkel yang akan diadakan seterusnya. Insya Allah.

Buat masa kini, pihak GBOB telah pun menyediakan satu seminar ECE dan satu bengkel Stimulasi (will blog about this bengkel soon...). Seminar-seminar serta bengkel-bengkel lain akan menyusul kemudian. Seminar ECE ini akan memfokuskan tentang apa itu ECE, mengapa ianya sangat penting untuk anda ambil tahu, mengapa mesti bermula awal, apa kaitan ECE dengan perkembangan otak anak anda, bila seharusnya anda bermula dan bagaimana otak anak anda berkembang. Pendek kata, segala-galanya yang anda perlu tahu tentang Early Childhood Education akan diterangkan dengan terperinci dalam seminar ini. Seminar ini bakal menjadi titik tolak untuk anda memaksimumkan potensi anak anda dan memberikan kesedaran yang bukan sedikit kepada anda selaku ibu bapa. Jangan terperanjat kalau saya katakan, dengan mengikuti seminar ini, anda mungkin akan rasa sedikit kesal dan menyesal kerana lambat memulakan serta mengapliksikan ECE terhadap anak anda. Ia seakan-akan satu 'ketukan kesedaran' yang maha hebat di kepala anda!

Bolehlah kami katakan bahawa seminar ini adalah seminar yg wajib dihadiri semua, sesuai untuk untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengannya (tidak kira anda ibu mengandung, ibu yang baru mempunyai seorang anak mahupun ibu yang mempunyai deretan anak!), sesuai juga sebagai medan "mencuci" segala sisa-sisa toksik penolakan terhadap ECE (well, jangan terkejut, ada juga ibu bapa yang against ECE tau ... dengan macam2 alasan diberikan untuk tutup kelemahan sendiri sebab jarang spend masa dgn anak, if spend pun, not much stimulation yang dibuat sebab not much info, easy way to escape - against it lah kan ..apa lagi?? sian anak tau..!). Mungkin seminar ni boleh ubah pandangan anda terhadap ECE, sapa tahu kan? Believe me, sehebat mana dan sesibuk mana kerjaya anda, anda masih mampu menstimulasikan bayi & anak anda. You just have to find the right key!!:) Bila kesedaran tentanng kepentingan ECE dah tertanam di minda anda, maka langkah seterusnya akan menjadi lebih mudah, Insya Allah .. terus kita ke matlamat - HOW HOW HOW dengan lebih details and this is where our FULL DAY BENGKEL took place..:)

Berikut adalah maklumat mengenai Seminar ECE yang bakal kami adakan pada bulan October ini:

Tajuk: All You Need To Know About Early Childhood Education - An Introduction
Tarikh: 30 October 2010 (Saturday)
Masa: 2 pm - 6 pm (bergantung pada sessi Q & A)
Tempat: Genius Baby On Board, Wisma Bling Lustre, No: 47-2, Jalan Meranti Jaya 3/1, Tanming Boulevard, Taman Meranti Jaya, 47120, Puchong Sgor.
Maximum Participant: 30 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax

* untuk mereka yang membayar sebelum 10 October 2010, diskaun sebanyak RM 49 akan diberikan. Anda hanya perlu membayar RM 150 sahaja. *


Bagi yang berminat untuk menghadiri seminar ini, anda boleh membuat pembayaran ke dalam akaun Genius Baby On Board samada melalui Maybank atau CIMB. Selepas pembayaran dibuat, sila emelkan bukti pembayaran kepada pihak kami di geniusbabyonboard@gmail.com. Pihak kami akan memberikan anda borang pendaftaran untuk di isi sebagai rujukan pihak kami. Berikut adalah maklumat akaun pihak GBOB:

CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387

Kami akan mengemaskini blog ini dari masa ke semasa dan segalanya berkaitan seminar ini akan diberitahu di dalam blog Qarissa, blog GBOB dan juga fanpage GBOB. Daftar sebelum kehabisan tempat okeh frends... Kami memohon maaf tetapi pihak GBOB hanya boleh menyediakan 30 tempat maksimum untuk seminar dan cuma 10 tempat maksimum untuk bengkel. Ini bagi memastikan semua peserta kami merasa selesa dan seminar serta bengkel dapat dijalankan dalam suasana relax, cool dan santai.

Bagi mereka yang mempunyai bayi & kanak-kanak, kami mengalu-alukan anda membawa anak anda bersama, cuma kami meminta kerjasama anda untuk memastikan mereka mempunyai penjaga untuk memastikan keselamatan mereka ketika berada di Kids Zone. Bagi ibu yang menyusu badan, kami meyediakan Breastfeeding Area untuk anda dan Freezer jika anda ingin menyimpan susu EBM. Jika anda ingin memanaskan susu EBM tersebut, kami mempunyai Pemanas khas untuk anda gunakan.

We're getting excited to meet our participants in our next session ...:) Hope to see u here okeh...:)

Allah SWT Bless Uols,

Bali - Misi Yang GAGAL!!

Yer, percutian aku ke Bali kali kedua ini bolehlah di simpulkan sebagai GAGAL! Kenapa?


* sebab aku bercadang takmo shopping, tapi akhirnya terjebak jugak, especially bila nampak instrument muzik yang boleh digunakan untuk bakal-bakal student Playgroup aku! Terus aku jadik cam hilang akal jap, borong mana2 yang patut for my class.. Hmm..sayang btol aku kat bakal-bakal student kan..banyak rasanya aku dah invest for this business, Insya Allah will do the best!

Our hotel
Our room
Best camner pun hotel ni, Zayra tetap mandi dalam sinki! Hhehee
Model cadar Bali
Salah satu misi yang GAGAL!. Hhehehe
Dekat tempat buat batik Bali.

* aku bercadang dan mendegilkan diri untuk massage jugak kat Bali, sebab kat sana consider murah dan sedap urutan dia, tapi aku dah GAGAL kerana takder sapa nak jaga anak. Nak panggil tukang urut datang hotel kena tunggu anak tidur, dah hampir2 tercapai cita2 aku, tapi akhirnya tak jadi jugak. Si Zayra siap mengamuk sepanjang malam masa aku plan nak panggil tukang urut tu, dia macam kena "kacau" maybe sebab we all jalan2 malam2 kat sana, ada banyak PURA atau Kuil so maybe dia nampak mambang kot? Hhehehe..

Wajah2 budak tonet yg berjaya menggagalkan misi massage aku di Bali!



Tapi ada gak yang aku berjaya lakukan, dan ada perkara yang menakutkan dan yang mengujakan berlaku! Apa dia?

* Yang menakutkan - Qarissa punya lasak melompat2 kat bilik hotel, sampai dia ter 'slip over' dan terus pipi dia terkena bucu katil!. Hambek ko, tak sempat tunggu sesaat pun, angkat jer muka, terus nampak color biru kat pipi dia! Menggelabah puyuh aku... Nasib baik dia nangis sikit jer tau ..Terus nampak bengkak dan warna biru sampai skang masih ada lagi kat pipi dia. Yang lawak tuh, bila aku tanya, "Qarissa, what color is your cheek?" Dia jawab, "BLUE!!" Hhahahaha...

Hadiah dari Ramayana Bali di pipi Q..

* Yang Berjaya - We all sempat habiskan sehari masa bermain2 ngan anak dalam swimming pool! Hhehe..nampak sempoi jer kan, tapi kalau korang nak tau, jarang aku swim kalau we all duduk mana2 hotel tau! Hu hu..jadi pada aku, adalah satu kejayaan besar dapat lepak dan mandi ngan my Q's on that 3rd day. Q sangat suka sampai dia asyik duk sebut "Dive..dive!!" sambil lompat ke arah Daddy tanpa pikir yang sebenarnya kolam tuh dalam sayang oiiiii! Adik apatah lagik...langsung tak berbunyik! Punyalah menghayati saat-saat indah dalam pool! Ekekekeke..

Adik lum pandai jelir lidah, kalau tak mesti dah sama. Orang belakang pun nak enterprame. Hhehe..
My nyawa's
Happy in the pool!

* Yang Mengujakan - Zayra jumpa dengan sorang abang mat salleh hensem yang sama condition macam dia tau! Punyalah excitednya aku! Mula2 hubby bgtau yang ada sorang anak mat salleh tangan dia cam Zayra, tapi belah kiri. Dia suruh aku tgk masa nak balik dari breakfast. Bila nampak, aku terus pusing balik dan tegur that kid. Aku bgtau yang tangan dia is just like my baby, then aku tunjuk Zara kat dia. Dia suka dan tengok sambil borak sikit2...tangan this hensem kid macam yang aku selalu bgtau tu lah, dia habis kat pergelangan tangan, then terus nubbins. Ada 5 small nubbins yang tak berbentuk jari pun, just a small stump, tapi ada 5. Then the next day tu, masa we all tgh breakfast, we bumped to each other lagi, tapi kali ni parents dia pun ada. Hubby perasan yang that lady macam pandang2 kat aku, maybe sebab anak dia bgtau kot. Yerlah, we all duduk kat pintu masuk restaurant ko..memang terus nampak! Hhehee.. Then, bila aku tgk that lady pandang2 aku, aku terus panggil dia datang.. hhehe..Peramah kan aku nih? Ekkekee.. then, dia satu family datang & we all borak lama tau ..nak dekat 15 minit gak... Dia datang dari Germany dan stay for about 2 weeks. Masa borak2 tuh, dia kata condition tgn anak dia tuh namanya "Dysmilie". Sama kes lah ngan aku, dia pun tak tahu masa preggy & just get to know after baby dia lahir. Dia siap kata yang she had a wonderful pregnancy journey tapi time tuh dia dah 34 years, so dia takmo preggy lagi, so itu jer lah satu2 nya anak dia. Hensem ko...mesti manja tau anak dia tuh. Umur baru 13 tahun. She is so proud of her son dan bgtau yang anak dia masuk Taekwando! Bangga btol aku dgr tau!

Sempat shopping selipar Osh Kosh untuk Qarissa. Mission fail lagi..
Kelambu Princess yang color Purple tuh dah ada dalam bilik Q. Mission fail sekali lagi....

Then dia suruh aku cari organisation kat Malaysia so aku boleh tukar2 pendapat dan pandangan pasal Zayra condition, just like Kinwanis for Syndrom Down tu kan, tapi tu lah...kes Zayra ni sangatlah rarenya kat Malaysia, kat oversea memang banyak rasanya, (ntah-ntah Zayra ni ada baka Mat Salleh tak? Wakakakkakaka). Aku tak rasa ada organisasi yang related to Symbrachydactyly in Malaysia. hehhehe.. Apa kata aku jadi Penaungnya? Wakakakak.. Giler glamer tak hengat Watie ni oiii...


Dia kata lagi, kat Germany memang ada this community so dorang ada tempat nak mengadu dan berjumpa, almaklumlah, dia kata orang sometimes akan ada bad impressions towards mother yang ada anak special like his son, macam "apa yang mak dia dah buat masa preggy, merokok? minum arak? atau dosa yang dia buat sampai anak jadi camtu bila lahir.." so this place adalah tempat di mana dorang gather dan berkongsi rasa serta informasi bahawa this condition can happend to anyone without any reason. So aku dengan bangga nya pulak jawab, "Well Madam, we're Muslim and we believe in Allah fate. Allah has created her that way in my womb and we're okay with it. Allah knows what is the best for my Zayra. I believe all Muslim will accept Allah fate when there is any unwanted situation happen to us. Thats y there are no issues on what has we done wrongly during pregnancy, or who's fault is this or what not, coz all this come from Allah, and we accept her as what she is". Lebih kurang gitulah aku jawap... Hehhehe...


Lawak kan, baju ni we all beli kat Bandung masa sama2 gi Bandung last year. Sekali, Ejump terpakai sama baju ngan we all pulak hari tuh! Terus dia tukar baju! Hahhaha...

Sayangnya, aku terlupa amik gambar family tuh! Boleh? Bongok kan??? Bengangnya aku! Bukannya senang nak jumpa, dah jumpa boleh lupa plak? The next day masa we all nak balik tuh, hubby ada nampak dia tukar duit kat kaunter hotel, hubby panggil aku kat restaurant, then bila we all sampai, dia dah takder pulak. Hu hu ..sedih jer tau .. kalau tak mesti ada kenangan yang dapat disimpan dalam blog nih, dan bolehlah aku tunjuk kat Zayra yang dia tak kesorangan di dunia ini. Kecik2 lagi dia dah dapat jumpa abang yang hampir sama conditionnya dengan dia, sayangnya Mommy langsung tak ingat nak ambil gambar untuk kenangan. Adushh...takperla sayang, ni Mommy tulis dalam blog so nanti bila adik besar, adik baca blog nih, adik tau yang You're not alone ok sayang ..?

My so so special baby Zayra yang gebush... Topi tak tahannnn...
Restaurant Ramayana yang best!
Baju nih khas utk amik gambar jer..bukan utk beli.. hahahaha
Ni pun eksen jer ..bukan duduk pun kat hotel nih..wkakaka
Nak surfing tapi tak bolehh....hu hu...
Terkenang kat Redang masa aku berpeluk sakan, skang tak boleh peluk sakan sebab ada 2 anak menanti untuk join sama!
Sempat berurut tepi laut ditemani Qarissa yang sibuk nak tolong urut!
Naik kuda kat Bali!

Kali ni ke Bali, memang makan semua sedap-sedap, sebab we all dapat makan nasi padang, dan pelbagai macam makanan yang halal dan sedap! Dulu masa pergi memang langsung tak sedap. Agen tuh bawak ntah ke mana-mana ntah, hampeh btol, tapi kali ni memang puas hati. Dapat jugak we all melawat tempat-tempat yang dulu tak sempat pergi. :)

Kat Rice Terrace, Ubud , Bali





Perhatikan btol2, sama jer muka mak ngan anak kan! Hahhaha..confirm anak aku nih! :)
Menu kat Restoran 3 Nyonya..
Ni kat Restaurant Plengkung. Sedap gak tau...!

Korang layanlah semua gambar2 nih okey .. :) hayati keseronokan we all kat sana.. heheheh

Hari terakhir...
Sempat shopping kat Mothercare Bali..
Spek mata made in Bali, tapi bila panas dia tutup muka, bukan nak pakai spek..apadaaaaaa...

Bila nak cuti lagi Daddy sayang??

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading